Вы находитесь на странице: 1из 9

1.0 PENGENALAN Kertas ini membincangkan mengenai proses pembentukan kata yang terdapat dalam satu petikan pilihan.

Petikan tersebut diambil dari Dewan Siswa di ruangan fokus keluaran Disember 2011. Petikan tersebut bertajuk Remaja budayakan kesukarelawanan., ditulis oleh Dr Mohd Suhaimi Mohamad.

Kertas kerja ini akan mengfokuskan kepada proses pembentukan kata. Da1am teori linguistik, unsur-unsur yang membentuk kata dikena1i sebagai morfem. Morfem ialah unit yang paling kecil dalam bahasa, yang menjalankan tugas nahu. Tidak dinafikan bahawa perkataan juga adalah bentuk bahasa yang terkecil. Perbezaan antara keduanya ialah perkataan mengandungi makna yang lengkap dan boleh berdiri sendiri dalam ayat. Satu perkataan itu boleh terbentuk daripada satu morfem atau lebih. Contohnya, perkataan isi. Perkataan isi ini terdiri daripada satu morfem. Manakala jika perkataan yang mempunyai dua morfem pula adalah seperti mengisi iaitu terdiri daripada mofem meng dan juga isi. Morfem terbahagi kepada dua jenis iaitu mofem bebas dan juga mofem terikat. Morfem bebas ialah mofem yang boleh berdiri dengan sendirinya sebagai suatu ayat. Morfem terikat pula ialah ialah satu morfem yang tidak boleh berdiri sendiri tanpa bantuan morfem lain seperti bersekolah iaitu terdiri daripada morfem ber dan sekolah. Dengan ini jelaslah bahawa terdapat perbezaan yang ketara antara perkataan dan morfem.

2.0 Teori kajian : Proses pembentukan kata Proses pembentukan kata ialah satu proses membentuk perkataan melalui pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan pengakroniman. Berdasarkan artikel yang dikaji, terdapat kesemua proses pembentukan kata. Konsep asas dalam kajian ini ialah konsep kata tunggal.

2.1 Kata Tunggal Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar. Ia tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal mempunyai tiga jenis. Jenis yang pertama merupakan satu unit yang bebas dan boleh berdiri dengan sendiri. Contohnya buku dan pen. Jenis yang kedua pula ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Ia juga dikenali dengan kata tugas. Sebagai contoh, di, untuk dank ke. Ketiga, kata akronim iaitu kata singkatan yang terbentuk daripada gabungan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.

2.2 Kata terbitan Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.

Kata terbitan terbahagi kepada empat jenis iaitu kata terbitan berawalan,kata terbitan akhiran, kata terbitan Apitan dan kata terbitan sisipan.

2.2.1 Kata terbitan berawalan

Imbuhan awalan dalam bahasa Melayu boleh terbentuk melalui kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

2.2.1.1 Awalan kata nama Awalan kata nama terdiri daripada awalan pem- (pembantu, pembeli) , awalan pen(pensyarah, penduduk), awalan peng- (pengarah, penghasut), awalan penge(pengebom, pengelap), awalan pel- (pelajar), awalan per- (perasap, pertapa), awalan pe- (pekerja, peragut) dan ke- (ketua, kekasih).

2.2.1.2 Awalan kata kerja Awalan kata kerja terdiri daripada me- (melawan, merasa), mem- (membeli, membangkang), men- (mendukung, mencari), meng- (menggari,, mengikut), menge(mengekod, mengecat), memper- (memperisteri, memperluas), be- (beraja, berasa), ber- (berjalan, berganti), bel- (belajar), ter- (terbabit, terbentuk), di- (diatur, disusun), dan diper- (dipercepat, diperoleh).

2.2.1.3 Awalan kata adjektif Awalan kata adjektif terdiri kepada tiga iaitu awalan te- (teruncing, teringin), se(secantik, sebaya) dan ter- (terbesar, terputih).

2.3 KATA TERBITAN BERAKHIRAN Kata terbitan berakhiran boleh terbentuk dalam kata nama dan kata kerja sahaja.

2.3.1 Akhiran kata nama

Akhiran kata nama terdiri daripada akhiran ah (ustazah, sultanah), -at (hadirat, muslimat), -an (pakaian, jahitan), -in (hadirin, muslimin), -wan (sasterawan, usahawan), -wati (seniwati, olahragawati), dan -isme (nasionalisme, komunisme).

2.3.2 Akhiran kata kerja Akhiran kata kerja pula terdiri daripada dua bentuk akhiran sahaja iaitu i (turuti, duduki) dan kan (buatkan, gunakan).

2.4 KATA TERBITAN BERAPITAN Imbuhan apitan boleh didapati dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan.

2.4.1 Apitan kata nama Apitan kata nama terdiri daripada apitan pe--an (pelaksanaan, perasaan), pem-(pembuatan, pembinaan), pen--an (pentakrifan, pendapatan), peng--an (penggunaan, pengairan), penge--an (pengehadan, pengesyoran), pe--an (pesisiran, pekarangan), per--an (persalinan, permainan), pel--an (pelajaran), dan ke--an (kelainan, kedukaan).

2.4.2 Apitan kata kerja Apitan kata kerja terdiri daripada me--kan (memainkan, menakutkan), men--kan (mendermakan, menzahirkan), mem--kan (membaharukan, memvariasikan), meng-kan (menggunakan, menghiraukan), menge--kan (mengepinkan, mengetinkan), ber--kan (beralaskan, berbajukan), ber--an (berlanjutan, berjauhan), di--kan (dibiarkan, dipisahkan), me--i (melalui, menyedari), men--i (mencurigai,

menziarahi), mem--i (membaharui, mempercayai), meng--i (menganggotai, mengekori), di--i (didekati, diadili), diper--kan (diperdengarkan, diperbahaskan), diper--i (diperingati, diperbaharui), memper--kan dan (memperdengarkan, mempercayai), dan

memperlihatkan), memper--i ke--an (kehausan, kepanasan).

(memperingati,

2.4.3 Apitan kata adjektif Apitan kata adjektif mempunyai satu apitan sahaja iaitu apitan ke--an

(keinggerisan, kearaban, dan kecinaan).

2.5 KATA TERBITAN BERSISIPAN

2.5.1 Sisipan kata nama Terdapat dua sisipan kata nama iaitu sisipan -el- (kelengkeng, telunjuk, dan kelabut) dan -er- (keruping, seruling, dan serabut).

2.5.2 Sisipan kata adjektif Sisipan kata adjektif terdiri daripada -el- (kelebak, selerak, dan gelembung), -er(gerodak, dan gerigi), -em- (gemilang, semerbak, dan gemerlap) dan -in- (sinambung).

2.5.3 Sisipan kata kerja Terdapat satu sisipan kata kerja iaitu sisipan -el- (jelajah, dan gelegak). 2.6 PROSES PEMAJMUKAN

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk lazimnya dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya, kereta api ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti 'yang' . Manakala, suami isteri pula bukan kata majmuk kerana perkataan ini diletakkan kata hubung dan diantara kedua perkataan tersebut.

Kata majmuk boleh dibahagikan kepada tiga jenis. Pertama, kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contohnya, alat tulis. Kedua, kata majmuk yang berbentuk istilah khusus, contohnya, hak milik. Ketiga, kata majmuk yang mendukung maksud kiasan yang juga dikenali sebagai simpulan bahasa contohnya, kaki ayam.

Kata majmuk boleh diimbuhkan dengan imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terbahagi kepada dua bentuk. Pertama, imbuhan awalan atau akhiran. Kata majmuk yang menerima imbuhan ejaannya tetap terplsah, contohnya, campur aduk menjadi bercampur aduk. Kedua ialah imbuhan apitan. Dengan adanya imbuhan apitan maka ejaan sebuah perkataan majmuk tersebut pelu dicantum contohnya mencampuradukkan.

2.7 PROSES PENGGANDAAN Proses penggandaan merupakan proses menggandakan kata dasar atau mengulangi sesuatu perkataan, seluruhnya atau pada bahagian-bahagian tertentu.Kata dasar boleh

mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Dengan ini, kata dasar terbahagi kepada tiga bahagian iaitu secara berentak, penuh dan separa. 2.7.1 Penggandaan penuh

Penggandaan penuh ialah proses menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Misalnya, meja-meja, rumah-rumah pembesar-pembesar, dan permainan-permainan.

Penggandaan separa Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar yang boleh terdiri daripada kata tunggal ataupun kata terbitan Penggandaan separa merupakan pengulangan suku kata pertama pada kata akar dengan atau tanpa perubahan dalam nilai bunyi vokal yang terdapat pada suku kata pengulang. Contohnya, laki menjadi lelaki dan bukan lalaki. Manakala, penggandaan separa kata berimbuhan pula, melibatkan kata dasar utama sahaja, tanpa menggandakan imbuhan pada kata tersebut, contohnya bersama-sama, menari-nari, doa-doakan dan amatamati. Perkataan-perkataan tersebut mengandungi imbuhan sama ada awalan ataupun akhiran, namun hanya perkataan dasar sahaja yang diulangi.

Penggandaan berentak Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut. Dalam proses penggandaan ini, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan berentak dibahagikan kepada tiga jenis iaitu penggandaan berentak pengulangan vokal, penggandaan berentak pengulangan konsonan dan penggandaan berentak bebas. Penggandaan berentak pengulangan vokal mempunyai ciri-ciri persamaan pada

yokel tertentu, contohnya, kuih-muih (pengulangan vokal u dan i) , cerai-berai (pengulangan vocal a dan i ). Penggandaan berentak pengulangan konsonan mempunyai persamaan bunyi-bunyi konsonan tertentu. Contohnya, huyung-hayang (pengulangan konsonan h, y dan g), kucar-kacir (pengulangan konsonan k, c dan r). Penggandaan berentak bebas pula tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya, lintang pukang dan mundar mandir

2.8 Pengakroniman

3.0 ANALISIS DATA BERDASARKAN PETIKAN

Bibiliografi Asmah Haji Omar, 1993. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, et. al., 2003. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar, 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan, 2006 , Morfologi. Kuala Lumpur: PTS PROFESSIONAL

Вам также может понравиться