Вы находитесь на странице: 1из 5

Definisi Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik.

Kaedah seperti eksperimen, penyelidikan dan projek merupakan aktiviti yang menggunakan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran Proses Sains Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran proses ini terdiri daripada kemahiran yang mudah kepada yang kompleks. Memerhatikan Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek atau fenomena. Mengelaskan Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing- masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Mengukur dan menggunakan nombor Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu. Membuat inferens Membuat kesimpulan awal yang munasabah yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian. Meramalkan Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Berkomunikasi Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model. Menggunakan perhubungan ruang dan masa Memperihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu,berat dan jisim sesuatu objek dengan masa. Mentafsirkan data Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan. Mendefinisikan secara operasi Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan. Mengawal pembolehubah Mengenal pasti pembolehubah dimanipulasikan, pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pembolehubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pembolehubah yang bergerak balas. Pada masa yang sama pembolehubah yang lain dimalarkan. Membuat hipotesis Membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pembolehubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa.Kenyataan ini perlu diuji untuk membuktikan kesahihannya. Mengeksperimen Merancang dan menjalankan aktiviti untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan daripada aktiviti itu.

Kemahiran Manipulatif Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan perkara berikut: Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat. Melakar spesimen,peralatan dan bahan sains dengan tepat. Kemahiran Berfikir Berfikir adalah satu proses mental yang memerlukan individu menggabungjalinkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ada pada dirinya bagi membolehkannya memahami dan mencorakkan alam sekelilingnya. Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Kemahiran Berfikir Kritis Mencirikan Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek. Membandingkan dan membezakan Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Mengumpulkan dan mengelaskan Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing- masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat sepunya. Membuat urutan Menyusun objek dan maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan. Menyusun mengikut keutamaan Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan. Menganalisis Mengolah maklumat dengan menguraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat. Mengesan kecondongan Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada atau menentang sesuatu. Menilai Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan keburukan, berdasarkan bukti atau dalil yang sah. Membuat kesimpulan Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. Kemahiran Berfikir Kreatif Menjanakan idea Menghasilkan idea yang berkaitan dengan sesuatu perkara. Menghubungkaitkan Membuat perkaitan dalam sesuatu keadaan atau peristiwa untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan. Membuat inferens Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian. Meramalkan Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Mengitlakkan Membuat pernyataan umum terhadap sesuatu perkara untuk keseluruhan kumpulan berdasarkan pemerhatian ke atas sampel atau beberapa maklumat daripada kumpulan itu. Membuat gambaran mental Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda. Mensintesiskan Menggabungkan unsur yang berasingan untuk menghasilkan satu gambaran menyeluruh dalam bentuk seperti pernyataan, lukisan atau artifak. Membuat hipotesis Membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya. Menganalogikan Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep yang kompleks atau mujarad secara mengaitkan konsep itu dengan konsep yang mudah atau maujud yang mempunyai ciri yang serupa. Mereka cipta Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada untuk mengatasi masalah secara terancang. http://zarinaahmad.blogspot.com/p/kemahiran-saintifik.html PENGENALAN Penekanan terhadap penguasaan kemahiran saintifik dan bukan semata-mata terhadap pengetahuan merupakan antara perubahan kurikulum sains yang telah dilakukan. Pengetahuan sains merupakan hasilan daripada kegiatan ahli sains menyelesaikan masalah secara saintifik untuk mendapatkan keterangan yang rasional tentang sesuatu fenomena alam (Harlen, 2000). Pemerolehan pengetahuan sains itu sendiri tidak cukup menggambarkan sifat celik sains di kalangan pelajar tetapi kemahiran untuk memperoleh pengetahuan tersebut melalui proses menyelesaikan masalah, merekacipta atau menjana idea baru menjadi jauh lebih penting. Proses seumpama ini lazimnya menggunakan pendekatan inkuiri yang memberi peluang pelajar menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir dalam proses penyelesaian masalah dan aktiviti sains. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains, seperti yang disaran oleh Science: A Process Approach atau lebih dikenali sebagai SAPA (American Association for the Advancement of Science (AAAS), 1967) 66 Jurnal Pendidikan 2005, UniversitiMalaya telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu. Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan pelajar mempersoal sesuatu dan mencari jawapan secara sistematik. Kemahiran proses sains boleh diperkembangkan melalui aktiviti sains yang merangkumi aktiviti seperti merekabentuk eksperimen, membuat pemerhatian, menganalisa data dan membuat kesimpulan. Selain menyeronokkan, aktiviti sains dalam makmal memberi pengalaman baru serta dapatan tertentu yang mampu memperkukuhkan pemahaman sesuatu konsep sains. Walau bagaimanapun, aktiviti sains dalam makmal dan pembentukan sikap positif terhadap sains sering diabaikan. Pengabaian ini boleh menjejaskan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sains. Bagi sistem pendidikan sains di Malaysia, sejak Kursus Sains Paduan Malaysia (Malaysian Integrated Science Course), yang diperkenalkan pada tahun 1969, ujian amali sains telah diwajibkan ke atas pelajar aliran sains yang mengambil mata pelajaran sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia http://myais.fsktm.um.edu.my/5398/1/5.pdf KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS Anda akan dibantu untuk mencapai lapan kemahiran proses sains asas. Ke semua lapan ini telah disenaraikan mengikut urutan yang menaik dalam kompleksitinya. Untuk memperoleh kemahiran ini dengan baik, anda dinasihatkan untuk mengikut aktiviti mengikut urutan. Klik pada kemahiran untuk menjalankan aktiviti berkaitan. Pemerhatian: proses pemerhatian melibatkan penggunaan satu atau lebih daripada pancaindera kita dalam persepsi ciri-ciri sesuatu objek atau sesuatu perkara yang sedang berlaku; pemerhatian boleh dibuat secara langsung dengan pancaindera atau pun secara tidak langaung melalui peralatan sains

Pengkelasan: proses pengkelasan melibatkan penyusunan objek atau perkara yang berlaku mengikut ciri-cirinya Menggunakan nombor: proses ini diperlukan untuk membuat pengukuran atau membuat perbandingan serta untuk menyusunkan objek Berkomunikasi: proses ini melibatkan perpindahan data; data boleh dipindahkan melalui percakapan, penulisan, graf, rajah, lukisan, peta atau pun formula; kemahiran seperti menyoal, berbincang, memberi penerangan juga adalah kemahiran berkomunikai Pengukuran: proses ini akan menyusunkan objek atau perkara melalui magnitud seperti panjang, luas, isipadu dan jisim; proses ini melibatkan penggunaan peralatan sains Membuat inferens: proses ini menggunakan logik untuk membuat kesimpulan daripada pemerhatian; proses ini akan kemukakan penerangan atau sebab untuk sesuatu situasi Membuat ramalan: ramalan adalah berasaskan pemerhatian, pengukuran serta inferens tentang perhubungan di antara pembolehubah; ramalan adalah spekulasi; ramalan adalah cadangan apakah yang mungkin berlaku Penggunaan perhubungan ruang-masa: proses ini melibatkan memperihalkan perhubungan spatial objek dan perubahannya dengan masa; contohnya adalah pergerakan, arah, bentuk dan penyusunan spatial. http://kelas-online.tripod.com/sains/asas.htm Untuk memahami idea tentang kemahiran proses, seseorang harus melihat aturan peristiwa yang dilalui oleh penyelidik yang mengambil bahagian dalam penyiasatan sains. Proses pemikiran dalam sains dinamakan kemahiran proses sains. Ia merupakan proses di mana para saintis membuat pemerhatian, menyoal, membuat inferens, membuat hipotesis dan menyiasat secara sistematik dalam usaha murni untuk membina, mengubah dan/atau menambah khazanah pengetahuan sains yang sedia ada. Kemahiran proses dibahagikan kepada kemahiran proses sains asas (Basic Science Process Skills) dan kemahiran proses sains bersepadu (Integrated Sciene Process Skill) Sesuai dengan peringkat awal perkembangan kognitif kanak-kanak dalam aras pengendalian konkrit dan pengendalian formal yang diutarakan oleh Piaget, Kemahiran Proses Sains Asas merangkumi kemahiran-kemahiran berikut: KPS 1 : Memerhati KPS 2 : Mengelas KPS 3 : Mengukur dan menggunakan nombor KPS 4 : Membuat inferens KPS 5 : Meramal KPS 6 : Berkomunikasi KPS 7 : Menggunakan perhubungan ruang dan masa Kemahiran Proses Sains Bersepadu yang sesuai diperkenalkan kepada kanak-kanak pada peringkat perkembangan kognitif yang lebih tinggi (misalnya, pada peringkat sekolah menengah), merangkumi kemahiran-kemahiran berikut: KPS 8 : Mentafsir maklumat KPS 9 : Mengawal pembolehubah KPS 10 : Mendifinisi secara operasi KPS 11 : Membuat hipotesis KPS 12 : Mengeksperimen http://cikgumart.blogspot.com/2011/10/kemahiran-proses-sains.html ahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid mengguna dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat, menyimpan peralatan dan bahan sains dengan cara yang betul, menggendalikan spesimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat, mematuhi arahan eksperimen dan membuat pemerhatian, perekodan dan pengukuran dengan betul (Abu Hassan, 2003). Kemahiran Proses Sains Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan komponen kemahiran saintifik. Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses asas bersepadu (Pusat Perkembangan Kurikulum 1999). Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengenal pasti kemahiran proses sains asas sebagai kemahiran memerhati, kemahiran mengelas, kemahiran mengukur dan menggunakan nombor, kemahiran membuat inferens, kemahiran membuat ramalan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran menggunakan hubungan ruang dan masa. Kemahiran proses sains bersepadu pula ialah kemahiran mentafsirkan data, mendefinisikan secara operasi, kemahiran mengawal pembolehubah, kemahiran membina hipotesis dan kemahiran mengeksperimen. Kemahiran proses sains asas merupakan prasyarat kepada kemahiran proses sains bersepadu, pelajar perlu menguasai kemahiran ini dahulu sebelum kemahiran proses sains bersepadu dapat digunakan dengan berkesan. Kemahiran proses sains bersepadu bergantung kepada keupayaan pelajar untuk berfikir pada tahap yang lebih tinggi dan berfikir lebih daripada satu perkara pada sesuatu masa. http://suksessains.blogspot.com/2012/04/kemahiran-sains.html 1.0 Pendahuluan

Sains merupakan bidang yang menekankan kepada pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran. Alam sekitar merupakan makmal utama untuk murid menguasai kemahiran proses sains. Kepentingan penguasaan kemahiran proses sains termaktub dalam kurikulum sains sekolah rendah. Kurikulum sains sekolah rendah memberikan penekanan kepada penguasaan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik di samping kepada pemahaman prinsip asas sains serta pemupukan sikap saintifik. Strategi pengajaran dan pembelajaran kurikulum ini menyarankan pendekatan inkuiri yang menegaskan pembelajaran melalui pengalaman...(p. iii) Guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran membantu murid menguasai kemahiran proses sains. Kejayaan menerapkan kemahiran proses sains dalam kalangan murid sekolah rendah bergantung kepada strategi dan penyampaian guru semasa pengajaran. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) matlamat sains sekolah rendah untuk membangunkan perkembangan, minat dan kreativiti pelajar melalui pengalaman harian dan penyiasatan yang dapat menggalakkan mereka untuk menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Penguasaan kemahiran proses sains dapat membantu murid dalam menyelesaikan masalah harian mereka.

Вам также может понравиться