Вы находитесь на странице: 1из 17

BAB 1 KONSEP KEPEMIMPINAN PENDIDIKAN Pengenalan.

Pemimpin yang baik bukan suatu anugerah tetapi terbentuk melalui

pembelajaran, pengamatan, dan pemikiran yang rasional. Sekiranya anda mempunyai kemampuan dan kebolehan, anda juga mempunyai potensi sebagai seorang pemimpin yang berkesan. Pemimpin yang baik lahir melalui proses yang tiada noktah, melalui pembelajaran kendiri, pendidikan, latihan dan pengalaman. Pemimpin adalah orang yang berupaya untuk mempengaruhi sabordinat untuk bekerjasama di tahap yang tinggi dan bekersan bagi mencapai objektif organisasi. Terdapat beberapa aspek yang semestinya seseorang pemimpin itu perlu tahu dan lakukan. Kemahiran dan kemampuan untuk mempengaruhi sabordinat tidak akan datang dengan sendirinya, tetapi melalui pengetahuan yang diperolehi, melalui penerusan pengalaman kerja dan pembelajaran. Pemimpin yang baik adalah mereka berusaha mempertingkatkan kemahiran melalui penerusan dalam pekerjaan dan pembelajaran. Kepemimpinan merupakan suatu proses yang amat kompleks yang melibatkan kebolehan seseorang itu mempengaruhi sabordinat bagi mencapai misi dan visi organisasi, tugas atau objektif terhadap organisasi untuk menjadikannya lebih cekap dan berkesan. Seseorang yang melalui proses ini akan mengaplikasikan atribut kepemimpinannya (kepercayaan, nilai, etika, karektor, pengetahuan dan kemahiran). Dalam konteks ini, kedudukan sebagai pengurus, penyelia atau ketua dan sebagainya memberi kuasa kepada seseorang itu untuk menyiapkan sesuatu tugasan atau objektif tertentu dalam organisasi. Kuasa ini tidak

melambangkan sifat sebagai seorang pemimpin. Kuasa lebih merupakan sifat sebagai seorang pengurus atau ketua dalam sesebuah organisasi. Kepimpinan akan membolehkan seseorang itu dapat mempengaruhi sabordinat lebih berkeinginan atau cenderung berusaha mencapai matlamat dan objektif dengan lebih tinggi. Namun begitu, ketua atau boss dalam sesebuah organisasi hanya merupakan seseorang yang berusaha menyelesaikan atau membantu orang lain menamatkan sesuatu tugas. Menurut Bass (1998), dalam teori kepimpinannya menyatakan terdapat tiga asas untuk seseorang itu menjadi seorang pemimpin. Antaranya melalui tingkahlaku atau trait yang dapat menyumbang kepada perubahan dan peningkatan tahap profesionalisme kelompok dalam sesebuah organisasi. Teori beliau menjelaskan bahawa; i. beberapa tingkah laku atau trait personaliti mungkin dapat membantu seseorang pemimpin teori Trait. ii. Krisis atau peristiwa-peristiwa dan penting memungkinkan seseorang memberi ruang peluang kepada itu secara naturalnya berperanan sebagai pemimpin. Hal ini berkaitan dengan

menunjukkan kelebihan dalam kualiti kepemimpinan. Ianya berkaitan dengan Great Events Theory iii. Seseorang itu boleh memilih menjadi pemimpin. Mereka boleh belajar tentang kemahiran memimpin. Hal ini berkaitan dengan Teori Kepemimpinan Transformasi. Teori ini lebih diterima oleh ramai orang pada hari ini dan menjadi asas kepada pemilihan mengenai cara kepemimpinan. Apabila seseorang itu menghormati diri anda sebagai seorang pemimpin, sebenarnya ia tidak memikirkan mengenai atribut anda. Mereka

memerhatikan apa yang anda lakukan, dan dari situlah mereka mengetahui siapakah diri anda yang sebenarnya. Mereka menggunakan pemerhatian untuk meneliti adakah anda seorang yang ikhlas, terpuji, boleh dipercayai atau mempunyai kepentingan diri. Adakah anda menggunakan kuasa yang ada untuk dilihat baik dan mendapat promosi atau kenaikan pangkat. Pemimpin yang mempunyai kepentingan diri bukanlah seorang pemimpin yang berkesan kerana sabordinat hanya patuh (obey), tetapi tidak mengikuti atau menghormati anda. Mereka hanya dan mungkin berjaya mempengaruhi penilai atasan dengan cara memperlihatkan image yang baik kepada berkaitan dengan kesetiaan orang bawahannya tetapi pada hakikatnya keadaan sebaliknya berlaku. Situasi beginilah yang kerap berlaku dalam organisasi sekolah, guruguru akan didorong untuk memperkatakan yang terbaik tentang pentadbiran dan kepimpinan pemimpin sekolah mereka, jika keadaan sebaliknya maka berkemungkinan guru-guru yang menentang atau memperkatakan apa yang sebenarnya berlaku dalam sesebuah sekolah akan ditukarkan, diberi penilaian prestasi yang rendah, dibebankan dengan tugas yang tidak sepatutnya dan pelbagai lagi tekanan di tempat kerja. Asas kepada kepemimpinan yang baik ialah keihlasan dan kurang mementingkan diri serta meletakkan kepentingan organisasi dalam segala aspek. Bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), kepemimpinan anda adalah berkait rapat dengan kejayaan sekolah mencapai objektif. Pemimpin yang dihormati adalah pemimpin yang menumpukan kepada apa yang diyakininya (kepercayaan dan karektor) dan apa yang diketahui (pekerjaan, tugas, kemanusiaan) dan apa yang perlu dilakukan (motivasi, bimbingan dan sebagainya) Apakah yang boleh menyebabkan seseorang itu mematuhi arahan pemimpinnya? Sabordinat memerlukan bimbingan daripada seseorang

yang dihormati dan seseorang yang mempunyai hala tuju yang jelas. Untuk dihormati, mereka mestilah seseorang yang beretika difahami oleh semua guru dan staf di sekolah. Dua Aspek Penting Kepimpinan Hays (1989) mengenal pasti 75 komponen asas kepuasan kerja sabordinat, antaranya ialah: i. Salah satu masalah yang berkaitan dengan penyebab kepada kepuasan kerja dalam sesebuah organisasi ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap pemimpin atasan. ii. Keberkesanan komunikasi oleh pemimpin merupakan tiga aspek yang kritikal yang menjadi asas untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan dalam sesebuah organisasi iaitu; 1. membantu guru dan staf memahami secara keseluruhan strategi dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah. 2. membantu guru memahami bagaimana mereka boleh terlibat dalam mencapai matlamat sekolah. 3. berkongsi maklumat dengan guru-guru, iaitu bagaimana sekolah bertindak dan bagaimana guru-guru sepatutnya bertindak ianya berkaitan dengan objektif strategi perniagaan. Oleh itu, pada prinsipnya pemimpin sekolah mestilah seorang yang boleh dipercayai dan berkebolehan berkomunikasi terutamanya mengenai matlamat pencapaian, visi, misi, di mana dan apa yang dan bermoral. Perasaan untuk maju melalui visi masa depan yang jelas dan

sepatutnya dilakukan oleh guru-guru di sekolah. Prinsip Kepimpinan Pendidikan Prinsip kepimpinan bertujuan untuk memberi panduan dan membantu seseorang pemimpin sekolah mengenai apa yang mereka perlu ketahui dan lakukan. Terdapat sebelas 11 prinsip berkaitan kepemimpinan

pendidikan (untuk bahagian seterusnya akan diterangkan bagai mana untuk mencapai prinsip-prinsip tersebut) Antaranya ialah: 1. Mengetahui dan berusaha untuk meningkatkan kemampuan diri. Dalam usaha kita untuk mengetahui kemampuan dan kebolehan diri, seseorang pemimpin sekolah itu perlu memahami apa yang sepatutnya diketahui dan dilakukan (atribusi). Melihat kepada pencapaian kendiri bermaksud penerusan dalam memperkukuhkan attribut. Ianya boleh dilakukan melalui pembacaan, pembelajaran kendiri, kursus-kursus dan sebagainya. 2. Menguasai kemahiran berjaya secara dan teknikal. di Untuk dilihat sebagai perlu pemimpin yang dihormati sekolah, anda

mengetahui tugas anda dan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang guru-guru dan pekerjaan mereka. 3. Bertanggungjawab terhadap tindakan. Meneliti kaedah untuk memandu organisasi ke arah atau tahap yang lebih tinggi. Apabila sesuatu tindakan yang dilakukan salah, sama ada secara sengaja atau tidak, jangan menyalahkan orang lain. Analisa situasi, ambil tindakan pembetulan dan seterusnya bergerak ke tahap yang lebih mencabar. 4. Menilai situasi dan masa untuk membuat keputusan. Guna kaedah penyelesaian masalah yang terbaik, untuk membuat perancangan dan keputusan. 5. Menjadi role model yang terbaik kepada guru-guru. Mereka bukan sahaja mendengar apa yang sepatutnya mereka lakukan, tetapi juga melihat apa yang terjadi dalam sesebuah sekolah. 6. Ketahui guru dan staf anda dan mengambil berat soal-soal kesejahteraan mereka. Mengetahui erti kemanusiaan dan mementingkan keihklasan dalam membimbing sabordinat. 7. Maklumat Terkini. Mengetahui bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang lain, pegawai atasan dan orang lain yang menjadi tonggak dalam sesebuah organisasi sekolah.

8. Membina semangat bertanggungjawab dan tingkahlaku yang baik di kalangan guru-guru dan staf. membantu professional. 9. Memastikan segala tugas difahami, diselia dan diselesaikan. Komunikasi adalah asas kepada sikap bertanggungjawab. 10. Melatih guru-guru dan staf sekolah bekerja dalam kumpulan. Terdapat ramai pemimpin yang membahagikan organisasinya kepada jabatan, bahagian, seksyen, unit dan sebagainya sebagai suatu kumpulan. Sebenarnya ianya bukan merupakan team atau kelompok yang sebenarnya tetapi lebih bersifat sebuah kumpulan manusia yang melakukan sesuatu kerja. 11. Guna sepenuhnya kebolehan yang dimiliki oleh diri anda untuk kepentingan sekolah. Melalui pembinaan semangat berkumpulan, anda mampu untuk memastikan setiap jabatan atau unit dapat berfungsi lebih efektif dan efisien. Faktor-faktor Kepimpinan Terdapat empat faktor dalam kepimpinan iaitu; 1, Pengikut. wujudnya perbezaan antara manusia, maka sudah tentulah akan berlaku juga perbezaan dalam bentuk dan gaya kepimpinan yang diperlukan. Sebagai contoh, guru novice memerlukan lebih penyeliaan daripada guru yang berpengalaman. Seseorang yang mempunyai sikap yang kurang baik memerlukan perbezaan pendekatan berbanding dengan mereka yang mempunyai motivasi yang tinggi. Oleh itu, pemimpin sekolah mesti mengetahui secara mendalam sikap, sifat dan kemampuan guru-guru dan staf di sekolah. Aspek yang paling berkesan ialah mengetahui alam manusia: keperluan, emosi dan motivasi. mereka. Pemimpin mesti mengetahui keperluan guru dan staf disekolahnya, berpengetahuan mengenai tingkahlaku dan atribusi mereka untuk Tindakan-tindakan sedemikian akan bertanggungjawab secara lebih rasa

2. Pemimpin seseorang pemimpin mestilah ikhlas, lebih memahami siapakah dirinya, apa yang kita perlu tahu, dan apa yang kita boleh lakukan. Pelu diingat, bukannya diri seseorang itu yang menentukan kejayaannya sebagai seorang pemimpin, tetapi guru-guru dan staf di sekolah. Jika guru-guru tidak yakin dan percaya terhadap kepemimpinannya, maka mereka mungkin tidak berjaya mempengaruhi serta melaksanakan sesuatu program dengan lebih berkesan. Untuk lebih berjaya seseorang pemimpin itu perlu mendorong pengikutnya, bukannya bergantung kepada kemampuan diri sendiri sebagai seorang pemimpin. Sifat dan kemampuan sedemikian akan menyebabkan seseorang pemimpin itu akan lebih dipercayai. 3. Komunikasi- Semua situasi adalah berbeza. Apa yang pemimpin lakukan dalam sesuatu situasi tidak semestinya boleh dilakukan dalam situasi yang lain. Oleh itu, pemimpin perlu menggunakan kearifannya untuk membuat keputusan, memilih kaedah terbaik untuk bertindak dan bertingkahlaku dalam setiap situasi tertentu. Sebagai contoh, seseorang pemimpin itu mungkin terpaksa berhadapan dengan sabordinat yang bertingkahlaku tidak manis, situasi ini mungkin sesuatu yang sudah terlambat atau terlalu awal, terlalu cepat atau terlalu lembab, maka hasilnya sudah tentu tidak akan berkesan. Kepelbagaian usaha akan memberi impak kepada faktor-faktor di atas. Sebagai contoh usaha untuk membina hubungan dengan pihak atasan, kemahiran sabordinat, pemimpin tidak formal dalam organisasi dan bagaimana sesebuah sekolah diuruskan. Atribute Jika anda seorang pemimpin yang boleh dipercayai oleh guru-guru, maka mereka akan lebih dihormati. Untuk menjadi pemimpin yang baik, terdapat beberapa perkara yang semestinya seseorang pemimpin itu tahu dan lakukan. Berikut adalah kerangka yang dicadangkan:

1. Bersikap professional- Sebagai contoh, menjadi orang yang dipercayai dalam organisasi, seseorang pemimpin itu hendaklah tidak atau kurang mementingkan diri sendiri dan sentiasa mengambil sikap bertanggungjawab. 2. Bersikap professional dengan memperlihatkan karektor yang baik. sebagai contoh ikhlas, kompetensi, komitmen, intergriti, sentiasa memberi galakan / dorongan, berterus terang dan imiginatif. 3. Memahami dan menguasi empat factor dalam kepimpinan pengikut, pemimpin, komunikasi dan situasi 4. memahamai dan menguasi diri sendiri, sebagai contoh kekuatan dan kelemahan diri, tingkahlaku, berpengetahuan dan berkemahiran. 5. Memahmi unsur-unsur kemanusiaan. Contohnya, keperluan manusia dan emosi dan bagaimana mereka bertindak terhadap tekanan. 6. Memamahami tugas sebagai seorang pemimpin, contohnya bertindak secara profesional dan berkebolehan membimbing dan melatih orang lain mengenai sesuatu tugas. 7. Memahami organisasi sekolah kita, contohnya membantu dan meningkat budaya dan iklim yang cemerlang dan siapakah pemimpin yang tidak formal di sekolah anda. 8. Bertindak terhadap arahan yang diberikan, contohnya terhadap matlamat yang telah ditetapkan, penyelesaian masalah, dan membuat keputusan serta perancangan untuk kemajuan sekolah. 9. Melaksanakan tugas dengan baik sebagai contoh berkomunikasi, penyelarasan, penyeliaan dan penilaian tugasan dan program yang akan dan telah dilaksanakan. 10. Memotivasikan sabordinat, sebagai contoh membina suasana kerja yang beretika, bermoral dan kerja berkumpulan atau espirit de corp antara guru-guru, melatih, membimbing dan melaksanakan kerja-kerja perundingan. Persekitaran

Setiap

sekolah

mempunyai darjah

persekitaran cara

yang

tertentu

yang

mempengaruhi

pertimbangan

bagaimana

seseorang

pemimpin bertindak terhadap sesuatu masalah atau peluang. Ianya berkaitan dengan tahap dan kesan yang ditinggalkan oleh kepimpinan sebelumnya iaitu; 1. matlamat dan piawaian pencapaian yang ditetapkan 2. aspek-aspek nilai yang diamalkan dan dicapai dalam sekolah 3. Pencapaian konsep-konsep kemanusiaan. Organisasi yang berjaya mempunyai pemimpin yang baik, yang mana mereka menetapkan standard dan matlamat pencapaian yang tinggi merentasi pelbagai spectrum dan strategi, kepemimpinan, perancangan, persembahan, pencapaian pelajar, qualiti dan reliabiliti. Nilai membayangkan pertimbangan sabordinat terhadap organisasi., pelajar, ibu bapa dan masyarakat sekitar. Nilai ini didefinisikan sebagai bagaimana persekolahan dilaksanakan dan apakah kaedah dan perkakasan dan masalah yang dihadapi dalam sesebuah sekolah. Konsep didefinisikan sebagai apakah kualiti pencapaian pelajar yang akan dicapai, metod dan proses pengajaran dan pembelajaran. Matlamat, nilai dan konsep meningkatkan sesebuah sekolah secara tersendiri atau bagaimana ianya dilihat dari dalam atau luar sekolah. Personaliti ini didefiniskan sebagai role, perhubungan, ganjaran dan budaya yang mencorakkannya. Role atau peranan didefinisikan sebagai satu set pengharapan tentang tingkahlaku atau apa sahaja yang berkaitan. Setiap role mempunyai dan juga tingkahlaku dan peranan pemimpin semasa. Pemimpin mewarnakan persekitaran melalui tiga kaedah atau tindakan

satu set tugas dan tanggungjawab yang mungkin atau tidak boleh dilaksanakan atau dikeluarkan. Role mempunyai kesan yang sangat besar terhadap tingkahlaku kerana wang atau ganjaran dibayar berdasarkan tugas, prestige yang disarankan kepada peranan, ianya merupakan penyelesaian atau cabaran dan sebagainya. Perhubungan ditentukan melalui peranan tugas. Sesetengah tugasan dapat dilaksanakan dengan baik secara bersendirian, tetapi kebanyakannya dilakukan melalui perhubungan dengan orang lain. Tuigasan akan ditentukan melalui siapa yang memainkan peranan diperlukan untuk berinteraksi dengannya. Semakin kuat perhubungan semakin kuat kerjasama/persefahaman. hal ini memerlukan pemimpin lebih kerap berinteraksi dengan sabordinat. Dalam tingkah laku manusia, agak sukar untuk berhubungan dengan orang yang sukar untuk berhubung dan kita berkencederungan lebih untuk mengelak untuk daripadanya. Seseorang individu berkecenderungan

melakukan sesuatu apabila adanya ganjaran. dan persahabatan adalah merupakan kuasa ganjaran yang hebat. Kebanyakan tugas dan tingkahlaku berhubungan dengan peranan yang berkaitan peranan dalam berhubungan. Oleh itu, tugasan yang baru dan tingkahlaku adalah berkait rapat dengan peranan atau role semasa, kerana kekuatan berhubungan dibentuk daripada pengalaman lepas, sama ada pemain peranan atau mereka yang berkecenderungan untuk berperanan. Terdapat dua tekanan bagaimana untuk bertindak dalam organisasi: Budaya dan iklim. Setiap organisasi mempunyai budaya distinctive tertentu. Ianya

berkaitan dengan Pembina, pemimpin yang lepas, pem,impin semasa, krisis, peristiwa, sejara dan saiz. Keputusan berkaiatan amalan: rutin, ritual dan cara mereka melakukan Sesutu. Aaman-amalan ini memberi

kesan/impak kepada tingkahlaku individu danianyaberkaiatan dengan norma2 dan secara langsung berkaiatan dengan tingkahlaku individu. Iklim berkaitan dengan perasaan dalam organisasi, individu, perkingsian persepsi dan sikap terhadap ahli2 dalam organisasi. Manakala budaya secara lebih mendalam berkaiatan dengan asas nature organisasi, dan keputusannya berkaiatan peristiwa formal dan tidask formal, peraturan, tradisi dan amalan; iklim merupakan fenomena jangka pendek yang dibina oleh pemimpin Iklim memperlihatkan kepercayaan tertang perasaan terhadap organisasi di kalangan ahli-ahlinya. Persepsi individu terhadap perasaan organisasi dating daripada apa yang mereka percaya tentang aktiviti yang terdapat dalam organisasi. Aktiviti-aktiviti ini akan mempengaruhi inidividu dan motivasi berkumpulan dan kepuasan. Anatara aktiviti termasukalah: 1. Bagaimana seseorang pemimpin memastikan keutamaan dan matlamat organisasi/ apa yang diharapkan melalaui kita? 2. Apakah sistem yang boleh merangsang, ganjaran, dan tekanan dalam sesebuah organisasi? 3. Sejauhmana kompeten seseorang pemimpin? Adakah pemimpin bebas membuat keputusan? 4. Apakah yang berlaku jika terdapat kegagalan? Iklim organisasi secara langsung berkaiatan dengan kepimpinan dan gaya pengurusan oleh pemimpin, berasaskan nilai, atribusi, kemahiran dan tindakan yang diberikan keutamaan oleh pemimpin. Etika iklim ialah persaan terhadap organisasi mengenai aktiviti yang mengandungi etika. Iklim etika berkaiatan perasaan sama ada kita melakukannya dengan betul> tingkahlaku pemimpin merupakan factor penting yang memberi kesan kepada iklim dan budaya organisasi.

Dalam lain perkataan, budaya adalah sesuatu yang jangka panajang, fenomena yang kompleks. Budaya memperlihatkan perkongsian pengharapan dan cermin diri dalam organisasi. Persekiatran yang matang membina nilai yang matang dan membina tradisi atau cara kita melakuaan sesuatu didalam organisasi. Pelbagai perkara yang dilakukan adalah berbeza antara organisasi. Perkongsian visi dan cerita yang sama membanyangkan budaya dalam organisasi, Individu pemimpin tidak boleh dengan mudah untuk membina atau menukar budaya kerana budaya adalah sebahagian daripada organisdasi. Budaya mempengaruhi tingkahlaku iklim kesan daripada tindakan dan proses pemikiran pemimpin. Tetapi apa yang peting, apa sahaja yang dilakuakn oelh pemimpin akan memberi kesan kepada iklim organisasi. Model-Model Kepimpinan Model-model kepemimpijan membantu kepimpinan sekolah untuk lebih memahami tindakan-tindakan yang sepatutnya dilakukan dalam situasi-situasi tertentu. Idea-idea dalam model kepimpinan bukan bertujuan untuk kita mematuhi 100 peratus apa yang disarankan di dalam model tetapi lebih kepada menemrima dan menyederai setiap situasi dan pelbagai pendekatan yang perlu dilakukan dalam sesebuah sekolah atau organisasi.. Dalam buku ini dua model akan dibincangkan iaitu Four Fream work approach dan Magerial Grid. Di dalam model Four Framework, Bolman dan Deal (1991)

mencadangkan pemimpin menunjukkan tingkahlaku kepimpinan dalam empat jenis iaitu; structural, Human Resource, Political atau simbolik. Tingkahlaku ini boleh jadi berkesan atau tidak bergantung kepada pemilihan tingkahlaku berdasarkan situasi-situasi tertentu: 1. Struktural Framework dalam kepimpinan berkesan, pemimpin adalah Pembina sosial, dimana kepimpinan meruapakan penganalisis dan pereka bentuk. Dalam situasi kepimpinan yang tidak berkesan

pemimpin merupakan petty tyrant dimana kepemimpinan merupakan sesuatu yang detail. Kepimpinan structural memfokus kepada struktur, strategi, persekitaran, perlaksanaan, ujikaji dan pengubahsuaian. 2. Human resource Framework- dalam situasi kepimpian yang berkesan, pemimpin merupakan katalis perubahan dan pemimpinan servant dimana tingkahlakunya banyak membantu, membimbing/menasihat dan empowerment.. Dalam spemimpin yang tidak berkesan, pemimpin merupakan seorang yang memaksa secara melampau/ pendesak dimana pemimpinnya meruapakan seorang yang abdication and fraud. Pemimpin human resource percaya kepada konsep komunikasi dan manusia; mereka visible dan accessible; mereka empower; meningkatkan penglibatan, sokongan, perkongsiaan maklumat dan membuat keputusan berdasarkan perbincangan dengan sabordinat/ bawahan dalam organisasi. serah kpd organisasi. 3. Political framework pemimpin yang berkesan lebih kepada menasihat dimena merka mengamalkan kepimpinan coalitation dan membina. Dalam kepimpinan tidak berkesan, pemimpin merupakan seorang yang hustler, tidak dapat memanipulasikan kepimpinan. Pemimpin political mengesahkanm/ memastikan apa yang sepatutnya mereka mahu dan apa yang mereka akan dapat; mereka ascess pembahagian kuasa dan faedah; mereka membina jaringan dengan semua yang berkepentingan; lebih kepada sikap memujuk dahulu lepas itu lebih kepada perundingan dan akan memaksa apabila diperlukan. 4. Symbolik Framework dalam kepimpinan berkesan, pemimpin merupakan persuruh/ nabi, dima kepimpinan lebih merupakan gaya inspirasi. Dalam kepimpinan tidak berkesan, pemimpin bersifat fanatic atau tidak berguna dima kepimpinannya kabur dan lebih kepada cerminan. Pemimpin simbolik melihgat organisasi sebagai temapatnya untuk memainkan peranan tertentu dan memberi impression; pemimpin ini menggunakan symbol untuk dapat sokongan/perhatian; mereka mencuba merangka pengalaman dengan menyediakan plausible

interprestation atas pengalaman; melindungi dan berkomunikasi dengan visi. Model ini mencadangkan pemimpin boleh diletakkan dalam empat katogeri dan ada masa-masa sesuatu pendekatan tersebut boleh dilakasanakan dan ada masanya tidak sesuai. Setiap satu pendekatan boleh inadequate. Kita sepatutnya melihat kepada empat kerangka tersebut dan bukannya berpandukan kepada satu kerangka sahaja/ Sebagai contok semenjak perubahan besar dalam organisasi, kepimpinan structural mungkin meuapakan gaya kepimpinan lebih efektif jika dibandingkan dengan gaya visionary; apabila pembangunan ekonomi sudah kukuh sepertimana yang dikehendaki, visionanry pendekatan mungkin lebih baik. Namun begitu, pemimpin perlu memahami diri sendiri setaip daripada kita akan cenderung mempunyai pendekatan yang lebih disukai. Kita perlu lebih berhati-hati setap masa keran setiap pendekatan ada limitasinya tersendiri Teori managerial grid Blake & Mouton (1985) menggunakan dua azis iaitu pertimbangan kemanusiaan garisan menengak dan pertimbangan tugas, garisan mendatar. Kedua-duanya mempunayi jeda 1 hingga 9. Apa yang dinayatakan dalam teori ini ialah dua dimensi tersbut menerangkan konsep pengurusan tingkahlaku. Konsep ini dapat di perhatikan dalam rajah di bawah: Kebanyakkan orang berada antara yang hamper dengan dua axis, tetapi pemimpin ytang berada lebih jauh di atas scala, boleh terdiri dari empat jenis pemimpin iaitu; authoritarian )9 on task, 1 on people) Team leader (9;9), country club (one on task, 9 on people) dan Improverished (1 on task, 1 0n people).

Kepimpinan

authoritarian

tugas

tinggi,

perhubungan

dengan

sabordinat yang rendah 9, 1; sesorang itu yang mendapat rateing terlalu tinggi berorientasikan tugas dan terlalu menekan pekerjanya (autokratik)> keadaan ini sangat kurang atau tiada kerjasamama atau kolaborasi. Sesorang yang berorientasikan tugas menunjukkan tingkahlaku sedemikian; mereka berpegang kepada jadual tugas; mereka menjangkakan sabodinat melakukan tugas sepertimana yang diarahkan tanpa persoalan atau perbahansa; apabila sesuatu didapati salah, mereka cenderung untuk mencari kepada siapa yang sepaptutnya perkara dipersalahkan daripada melihat kenapa sesuatu

tersebut salah atau gagal dan bagaimana untuk mengatasinya; mereka tidak ada tolenrasnsi dengan apa yang dirancangkan. Oleh itu amat sukar bagi sabodrinat untuk melibatkan diri atau kerjasama membangunkan organsiasi. Pemimpin kumpulan (Team leader orietasi tugas dan hubungan pada peringkat tinggi- 9,9. Kepimpinan jenis ini menekankan kepada contoh yang positif. beliau berusaha kepada persekitaran kerja kumpulan, di mana semua ahli sepaptutnya mencapai potensi yang tertinggi. Mereka mendorong ahli kumpulan mencapai matlamat kumpulan secara berkesan dan manasabah, di samping bekerja kuat untuk mengukuhkan ikatan antara ahli-ahli. Kebanyakkan mereka berjaya mempimpin pasukan yang produktif. Country Club Leader rendah dalam tugas dan tahap tinggi dalam perhubungan 1, 9; pemimpin ini menguunakan kuasa ganjaran untuk memperkukuhkan disiplin dan mendorong ahli kumpulan untuk mencapai matlamat. Pemimpij ni berkebolehan mengemukan pekerja lebih kepada kuasa tekanan dan undang-undang. Ketidakmapuan pemimpin jenis ini menguunakan jeopardize power dalam buhubungan dengan ahli kumpulan.

Improverished Pemimpin tahap yang rendah dalam tugas dan perhubungan 1,1; pemimpin ini menggunakan pendekatan pembahagian tugas dan menghiliang. Kepimpinan jenis ini tidak komited sama ada sesuatu trugas untuk dikekalkan atau dicapai objektif.; mereka membiarkan ahli kumpulan melakukan apa sahaja yang difikirkan boleh maju. Ahli kumpulan biasanya restu dengan apa yang berlalu oleh pemimpin. Kebanyakkan daripada pemimpin berada antara dua ais, buka pada atahp 9 on tugas dan 9 on people. Walaubagaimanapun tiga pendekatan yang lain tidak boleh ditingggalkan SAesuatu situasi mungkin memerlukan satau atau mana-mana pendekatan kepimpinan yang lain, daripada siri pembelajaran mansuia. Proses Kepimpinan yang Hebat Jalan untuk menjadi pemimpin terbaiak () atau pemimpin yang berjaya ialah; 1. Proses Cabaran Pertama, dapatkan proses yang anda fakir diperlukanuntuk peningkatan lebih baik 2. Inspire perkongsian visi- seterusnya kongsi visi dalam perkataan, iannya boleh difahami oleh sabordinat. 3. En able orang lain untuk bertindak beri mereka alat dan kaedah untuk menyelesaikan masalah 4. Tunjukakan model/ beri jalan apabila sesuatu proses mengalami kesukaran, anda sama-sama merasakan kepayahan. Pemimin beritahu yang lain apa yang sepaptutnya dilakukan, pemimpin tunjukkkan bahawa ianya boleh dilakukan. 5. Dorongkan perasaan sabordinat kongsi keseronokkan/kejayaan dengan sabordinat dan simpan perasaan sakit dalam hati anda.

Вам также может понравиться