Вы находитесь на странице: 1из 2

TUTORIAL Implikasi Teori Perkembangan Kognitif Piaget terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa pada peringkat awal, kanak-kanak seperti di kelas tadika perlu didedahkan kepada bahan-bahan pelajaran yang terdiri daripada objekobjek besar iaitu yang senang dilihat dan disentuh. Pelbagai jenis alat bantu mengajar diperlukan untuk mengajar kanak-kanak disebabkan perkembangan kognitif mereka yang terhad. Murid-murid mesti didedahkan kepada rangsangan-ransangan kreatif seperti seni visual dan tayangan video kerana ia dapat mensimulasikan perkembangan kognitif kanakkanak. Aktiviti dirancang dan dirangkaikan dengan perkembangan kognitif mereka. Sebagai contoh, muzik dan tarian. Murid-murid juga masih belum bersedia menyelesaikan masalah abstrak atau dalam bentuk hipotesis. Oleh itu, banyak contoh konkrit dan analogi diperlukan untuk memudahkan pemahaman murid-murid. Isi pelajaran dan aktiviti pelajaran yang disediakan perlu selaras dengan peringkat perkembangan kognitif murid-murid. Sekiranya tidak, bahan atau aktiviti pelajaran tersebut mungkin akan membosankan murid-murid atau terlalu sukar bagi mereka. Sebagai guru yang mengajar pelbagai subjek di tadika, kita harus menumpukan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit dan memahami kebolehan mereka dalam aktiviti pembelajaran matematik. Murid-murid hanya memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantu mengajar memainkan peranan penting untuk menyampaikan konsep matematik dengan berkesan. Murid-murid suka menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar. Oleh itu, kaedah kerja praktik merupakan kaedah yang sesuai digunakan supaya menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran matematik. Semua konsep matematik baru harus diperkenalkan melalui contoh-contoh konkrit. Setiap tajuk pelajaran perlu disusun dan diperingkatkan. Ini membolehkan

penyampaian tajuk pelajaran daripada peringkat yang senang kepada peringkat yang susah. Cara seperti ini akan menjamin murid-murid memperolehi hasil pembelajaran yang maksimum.

TUTORIAL Implikasi Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky terhadap pengajaran dan pembelajaran. Beberapa ciri penting teori seperti berikut: i.Tahap pembelajaran atau kematangan mental seseorang kanak-kanak boleh ditingkatkan melaluiscaffolding. Scaffolding merupakan pertolongan atau bimbingan yang diberi oleh orang yang lebih berpengalaman untuk meningkatkan tahap pembelajaran atau pemikiran kanak-kanak. ii.Vygotsky percaya semua orang mempunyai Zone Of Proximal Development (ZPD) iaitu potensi kognitif pada tahap yang lebih tinggi. Potensi ini hanya mampu dicapai melalui proses scaffolding. iii.Bahasa merupakan alat untuk berfikir dan alat yang digunakan oleh orang dewasa untuk memindahkan pengetahuan kepada kanak-kanak. iv.Alat-alat yang digunakan dalam sesuatu budaya atau cultural tools (seperti bahasa, media, televisyen atau komputer) adalah sangat penting untuk meningkatkan komunikasi, pembelajaran dan pemprosesan pemikiran ke tahap yang lebih tinggi. Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Dari segi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru yang mengamalkan prinsipprinsip teori Vygotsky akan mendapati proses pembelajaran yang sangat aktif. Guru akan menggunakan teknik scaffolding dengan membimbing dan memberi tindak balas tentang pembelajaran isi kandungan baru. Guru juga akan menyediakan alat-alat pembelajaran yang bersesuaian dan mencukupi untuk mencapai objektif pengajatan yang efektif. Vygotsky mengutarakan cadangan supaya perkembangan kanak-kanak didasarkan kepada keupayaan mereka menggunakan perantaraan bahasa, sistem nombor dan peta bagi perkembangan kognitif. Keupayaan mereka pula bergantung kepada pendedahan mereka kepada pembantu dan persekitaran orang dewasa yang kebiasaannya terdiri daripada guruguru dan pengasuh. Ini sangat bermakna terhadap perkembangan kreativiti, kognitif, sosial dan kemahiran mengawal perasaan.

Вам также может понравиться