Вы находитесь на странице: 1из 15

PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 3

Anyaman ialah proses menganyam dengan menjalinkan daun, kertas atau plastik secara berselang-seli, turun naik atau atas ke bawah. Bahan-bahan asas yang boleh digunakan seperti daun pandan, mengkuang, bilah buluh, rotan, lidi, paku-pakis ribu-ribu, nipah dan bahan-bahan lain.

Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman. Dua jenis warna yang kontra digunakan bagi menunjukkan kesan. Antara jenis-jenis kelarai ialah : Kelarai berasaskan flora Kelarai berasaskan fauna Kelarai berasaskan rupa geometri Kelarai berasaskan rupa abstrak Kelarai berasaskan tempat dan pencipta

Kelarai Mata Bilis

Kelarai Sisik Ikan

Kelarai Tampuk Jantung

Kelarai Kepala Lalat Kelarai Siku Keluang

PEMBARIS

GAM

KERTAS WARNA

GUNTING

KERTAS LUKISAN PISAU PENSIL

Langkah 1 Lakarkan garisan selari dengan ukuran yang sama pada kertas lukisan dengan menyediakan bingkai di sekelilingnya sebanyak 2 cm

2 cm

LANGKAH 2
Lakarkan garisan selari pada kertas warna dengan ukuran panjang yang sama iaitu 1 cm.

LANGKAH 3
Potong garisan selari yang dibuat pada kertas lukisan dan kertas warna tadi

LANGKAH 4
Susun kertas warna pertama di atas kertas lukisan secara bertindan tindih dan melintang iaitu sehelai di atas dan sehelai di bawah.

LANGKAH 5
Susun pula kertas warna kedua secara berselangseli dengan kertas warna pertama tadi.

LANGKAH 6
Teruskan menganyam kertas warna tadi secara berselang seli sehingga habis. Lebihan anyaman dipotong dan digamkan di sebelah belakang.

Cuba nanti

Вам также может понравиться