Вы находитесь на странице: 1из 11

Pengenalan Selalunya ibubapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah terangsang, lasak atau tidak mendengar cakap

ini sebagai hiperaktif. Istilah gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan (ADD) digunakan oleh profesional dalam bidang perubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih serius dan berpanjangan pada kanak-kanak. Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali jenis yang tidak memberi perhatian penuh) adalah subkategori kepada ADHD. Biasanya, kanak-kanak dalam golongan ini kurang memberi perhatian penuh dan tumpuan mudah terganggu. Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali tidak didiagnosa dengan tepat. Gangguan hiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang digunakan untuk menggambarkan ADHD. Dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak mengalami masalah ADHD dan diandaikan ADHD dialami oleh sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak di setiap bilik darjah. ADHD lebih kerap didiagnosa pada kanak-kanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Ini mungkin berlaku kerana ADD tanpa hiperaktiviti lebih berpengaruh dalam diri kanak-kanak perempuan dan tidak didiagnosa dengan tepat. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami gangguan ini hanya mendapat bantuan pada usia 6-9 tahun walaupun kebanyakanibu bapa menegaskan masalah yang dihadapi anak mereka mula dikesan pada usia yang lebih muda. ADHD dianggap sebagai penyakit yang akan kekal sepanjang hayat dan sedikit sebanyak dibawa ke alam dewasa. Kadar kelaziman maslah kesihatan mental ini di kalangan kanak-kanak ialah satu hingga tiga peratus dan kajian mendapati kira-kira 10 peratus orang dewasa turut mengalami masalah ini yang mungkin diperoleh ketika dewasa atau bermula sejak kecil. Menurut perunding psikiatri, walaupun ada ibu bapa yang menolak apabila dinasihatkan membawa anak berjumpa psikiatri, kebanyakkannya bersetuju selepas memahami keadaan sebenar yang dialami oleh anak-anak. Lebih penting, di kalangan murid yang menerima rawatan, lebih 50 peratus menunjukkan peningkatan dalam prestasi dalam pelajaran. Pada peringkat awal, kanak-kanak ADHD tidak menimbulkan banyak masalah selain dilabel sebagai kanak-kanak hiperaktif dan ketinggalan dalam bilik darjah, tetapi ia memberi banyak kesan negatif termasuk masalah sosial apabila meningkat dewasa. Masalah kurang daya tumpuan yang dialami kanak-kanak ADHD ini tidak dapat belajar dengan baik. Mereka tidak boleh memberi tumpuan pada pelajaran dan sukar menyudahkan tugasan. Akibatnya mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. pada pandangan

mata kasar, kanak-kanak ADHD ini normal seperti kanak-kanak normal lainnya tetapi mereka tidak dapat memberikan tumpuan dalam bilik darjah. Mereka sering dilabel sebagai pelajar lembab, pelajar malas dan diletakkan dalam kelas terakhir.

Ciri-ciri pelajar hiperaktif. Pelajar yang mengalami masalah hiperaktif akan menunjukkan tiga ciri-ciri yang berbeza.Antaranya ialah melalui tempoh tumpuan yang singkat, kegiatan hiperaktiviti dan melalui tingkah laku mereka. Guru akan dapat mengenal pasti pelajarnya yang mengalami masalah hiperaktif melalui tingkah laku yang ditonjalkan oleh mereka Tidak boleh menumpukan perhatian pada guru di sekolah atau tadika dan tidak berupaya menghabiskan tugas diberikan atau aktiviti permainan. Biasanya, mereka mudah beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan lain dan sering kali tidak mendengar apabila orang cuba bercakap dengannya. Kanak-kanak yang tidak memberi tumpuan di kelas kemungkinan terlalu aktif kerana mempunyai tenaga yang berlebihan. Tidak semua kanak-kanak begitu aktif dan pihak guru hendaklah bersedia dengan mempelbagaikan aktiviti supaya kanak-kanak ini tidak merasa cepat bosan. Tumpuan kanak-kanak yang aktif tidak lama dan mereka melakukan sesuatu aktiviti begitu cepat sekiranya terlalu mudah. Oleh itu guru hendaklah memberi aktiviti yang mencabar supaya mereka lebih menumpukan sesuatu aktiviti lebih lama. Sekiranya aktiviti yang diberikan bukan sesuatu yang diminati oleh kanak-kanak, mereka tidak akan memberi penumpuan. Mereka selalunya tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti kanak-kanak lain dan tidak berupaya mematuhi arahan yang diberi oleh guru. Kanak-kanak ini akan melakukan banyak kesilapan didalam kerja sekolah mereka dan akan mengalami kesukaran untuk mengatur aktiviti seharian mereka.Tambahan lagi, menurut para penyelidik dan para guru, murid ini mudah hilang perhatian dan tergolong sebagai pelupa. Kanak-kanak yang mengalami masalah hiperaktif ini tidak akan dapat berduduk diam. Mereka akan kelihatan gelisah tampak pada tangan dan kaki serta akan mengeliat dalam tempat duduk. Kanak-kanaki ni tidak akan duduk dikerusi mereka sewaktu dikelas walaupun mereka sepatutnya duduk disitu dan ada guru yang sedang mengajar ketika itu. Selain itu, mereka juga akan berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan daripada kanak-kanak biasa dan juga banyak bercakap. Kelakuan hiperaktif selalunya mendapat perhatian serta merungsingkan ibu bapa apabila kanak -kanak itu berusia dua atau tiga tahun, apabila dia sudah boleh berlari,

memanjat dan melompat.Malahan masalah ini menyebabkan kanak-kanak hiperaktif menjadi lebih cergas dalam bidang sukan dan permainan berbanding murid yang lain. Sentiasa bergerak ke sana ke mari dan bising waktu bermain bersama rakan atau seorang diri. Disamping itu juga, ciri-ciri yang ditunjukkan melalui tingkah laku pula adalah seperti Kanak- kanak ini akan menjawab sebuah soalan itu dengan spontan sebelum soalan yang diajukan belum habis diterangkan kerana kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran, sering mengganggu atau mencelah perbualan orang lain, sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan. Mereka juga akan bertukar daripada satu aktiviti ke aktiviti yang lain dan sukar mengendali satu-satu aktiviti yang dilakukan. Gejala hiperaktif ini boleh dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun.

Faktor-faktor pelajar hiperaktif. Terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi berlakunya masalah hiperaktif dikalangan pelajar sama ada faktor semula jadi mahupun faktor sekeliling mereka.

Faktor Keturunan Didapatkan korelasi yang tinggi dari hiperaktif yang terjadi pada keluarga dengan anak hiperaktif. Kurang lebih sekitar 25-35% dari orang tua dan saudara yang masa kecilnya hiperaktif akan menurun pada anak. Hal ini juga terlihat pada anak kembar yang berkemungkinan besar akan menghadapi masalah hiperaktif. Seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini kepada anak anak lelaki mereka. Oleh itu, keadaan ini telah menjadikan kanak-kanak lelaki lebihcenderung mengalami hiperaktif sebanyak tiga kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan (Zuhayati yazid, 2009).

Faktor Toksik Beberapa zat makanan seperti salisilat dan bahan-bahan pengawet memiliki potensi untuk membentuk perilaku hiperaktif pada anak. Faktor toksik juga akan di alami oleh para ibu yang merokok dan mengambil alcohol semasa mengandung kerana kadar timah (lead) dalam serum darah anak akan meningkat.Selain itu, terkena sinar X pada saat hamil juga dapat melahirkan calon anak hiperaktif.

Faktor Neurologik Faktor neurologik adalah merupakan faktor sekeliling yang telah menganggu ibu semasa hamil. Dalam hal ini, ibu hamil yang mengalami pelbagai masalah sepertig angguan otak akibat kesukaran saat kelahiran, penyakit berat, cedera otak dan sebagainya. Secara tidak langsung turut menganggu perkembangan bayi. Insiden hiperaktif yang lebih tinggi didapatkan pada bayi yang lahir dengan masalah-masalah prenatal seperti lamanya proses persalinan, distres fetal, persalinan dengan cara ekstraksi forcep, toksimia gravidarum atau eklamsia dibandingkan dengan kehamilan dan persalinan normal. Di samping itu faktor-faktor seperti bayi yang lahir dengan berat badan rendah, ibu yang terlalu muda, ibu yang merokok dan minum alkohol juga meninggikan insiden hiperaktif Terjadinya perkembangan otak yang lambat. Menurut Raihanah Abdullah (2004) pula, tekanan perasaan yang dialami oleh ibu semasa hamil dan lemas ketika proses bersalin akan mendedahkan kanak-kanak kepada risiko hiperaktif. Menurutnya lagi, jika wanita hamil berasa tertekan sama ada dirumah mahu pun dipejabat ketika proses kehamilan, secara tidak langsung bayi yang dikandungakan terdedah dengan pelbagai risiko negatif. Pergolakan dalam jiwa yang kurang mendapat perhatian suami dan terlalu emosional sekaligus akan mendedahkan anak yang dikandung kepada risiko hiperaktif. Dalam kontek sini, faktor neurologik adalah merupakan masalah-masalah yang dihadapi oleh ibu semasa hamil dan kesannya akan mempengaruhi bayi tersebut.

Faktor Kultural dan Psikologi Pada anak hiperaktif sering ditemukan hubungan yang dianggap keliru antara ibubapa atau penjaga dengan anaknya. Terdapat tiga jenis faktor yang akan dibincangkan dibawah factor kulturul dan factor psikologi iaitu pemanjaan, kurang disiplin dan pengawasan dan orientasi kesenangan.

Pemanjaan Ibubapa terhadap anaknya. Adalah kenyataan bahwa setiap anak mendambakan cinta dan kasih sayang. Namun, cinta yang berlebihan sama dengan memanjakan. Memperlakukan anak terlalu manis,memujukmujuk makan, membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh anak dan sebagainya. Dalam batas tertentu, ia bermanfaat namun, bila berlebihan, akan membahayakan. Pemanjaan akan memberikan pengaruh buruk dalam pengasuhan anak. Cara ibubapa yang salah dalam mendidik

anak-anak dengan terlalu memanjakan mereka telahmenjadikan anak-anak sering melakukan sesuatu dengan kehendak hati mereka serta tidak takut akan sesiapa. Dalam konteks ini, anak-anak yang terlalu dimanjakan oleh ibubapa akan menyebabkan mereka selalu ingin memilih cara sendiri supaya segala yangmereka inginkan dapat dipenuhi oleh ibubapa mereka. Keadaan seperti ini telah mendorong anak-anak menjadi seorang yang hiperaktif dengan bertindak diluar batas orang tua. Natijahnya,perilaku kanak-kanak seperti itu akan menjadi kebiasaan kepada mereka dan tidak hairanlah kalau perilaku seperti itu terbawabawa oleh mereka didalam kelas ataupun sekolah.

Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan oleh ibubapa. Ahli Pemikir moden berpendapat bahawa disiplin adalah pengawasan yang sepatut dibina dalam diri bagi mandapat cara hidup yang teratur dan sistematik supaya cara kehidupan akan datang anak-anak menjadi teratur dan berdisiplin. Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan juga antara faktor yang mampu mewujudkan masalah hiperaktif pada diri anak-anak.Pada hakikatnya, factor ini pula merupakan faktor dimana kanak-kanak terlalu kurang diberikan perhatian dan pengawasan yang agak berbeza dengan kanak-kanak yang terlalu dimanjakan. Apabila pengawasan ibu bapa longgar dan kurang perhatian diberikan kepada anak-anak, ia menyebabkan kanak-kanak lebih gemar dan berasa bebas melakukan sesuatu perkara. Kanak-kanak yang mempunyai sifat nakal boleh dikawal jika ibubapa memberikan didikan awal dan mengawal tindakan anak-anak.Namun begitu, sifat ibubapa yang tidak mempedulikan tingkah laku kanak-kanak menyebabkan mereka menjadi anak yang tidak mendengar kata, asyik dengan aktivitinya sendiri, terlalu resah,tidak boleh duduk diam hamper disemua situasi sam ada di sekolah, di klinik dan di rumah dan sebagainya serta tidak boleh menumpukan perhatian kepada pembelajaran dengan sepenuhnya.Inilah yang menyebabkan kanak-kanak hiperaktif tertinggal dalam bidang akedemik disekolah berbanding kanak-kanak normal.

Orientasikan kesenangan Anak yang memiliki keperibadian yang berpotensi kesenangan umumnya akan memiliki ciri-ciri hiperaktif secara sosio-psikologi dan harus di didik agak berbeza agar mahu mendengarkan dan menyesuaikan diri( Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007).Dalam hal ini, kanak-

kanak ini akan sering menginginkan kesenangan untuk kepentingan dan keinginan diri sendiri.Mereka tidak akan mempedulikan kesan atau akibat selepas itu. Contohnya,kanak-kanak yang hiperaktif tidak akan mahu dihukum dengan kesusahan. Mereka juga tidak akan

mempedulikan akan peraturan atau pun hukuman yang akan diterima sekiranya bersikap diluarkawalan ibubapa ataupun sesiapa sahaja yang berada berdekatan dengan mereka.

Pengaruh Sekolah Sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak. Pada hakikatnya, kanak-kanak yang mengalami masalah hiperaktif didalam kelas kadang-kadang adalah disebabkan oleh masalah persekitaran, masalah pembelajaran, bosan didalam kelas dan sebagainya akan menyebabkan mereka melakukan perkara-perkara mengikut kehendak hati mereka.Mereka akan menimbulkan pelbagai masalah seperti menggangu rakan-rakan belajar, membuat bising,tidak dapat duduk diam dan sebagainya. Dalam proses pembelajaran didalam kelas, mereka merasa susah untuk duduk dengan diam di kerusi dan menumpukan perhatian itu singkat sekali, sehingga mereka menjadi terlalu aktif .Kadangkala,mereka sedar untuk harus mematuhi peraturan didalam kelas,namun mereka sendiri tidak mampu mengawal diri sehingga melakukan perkara yang tidak dapat dikawal oleh orang lain dan tidak mempedulikan larangan guru.

Kesan-kesan pelajar hiperaktif

Kendiri yang rendah Kendiri ditakrifkan sebagai persepsi tentang diri sendiri & merangkumi gambaran tentang rupa, kesihatan, kebolehan, kelemahan, kekuatan & tingkah laku kendiri seseorang individu. Dibentuk hasil daripada interaksi individu dengan orang lain & penyesuaian dengan alam sekitar.Ia boleh dipengaruhi oleh tanggapan orang lain terhadap individu. Selain itu, maksud kendiri menurut Huffman (2002) menyatakan daripada pandangan Teori Rogers, konsep kendiri ialah semua maklumat dankepercayaan individu terhadap kehidupan mereka, kualiti dan tingkah laku mereka sendiri.Manakala menurut Carl Rogers (1902- 1987), komponen personaliti yang utama adalah kendiri sebahagian yang dikenali sebagai saya. Menurut Rogers lagi individu yang kurang sihat mentalnya atau tidak dapat menyesuaikan diri bermula apabila

individu mendapati mereka tiada kongruen antara konsep kendiri dan pengalaman sebenar yang dialaminya. Biasanya pelajar- pelajar yang hiperaktif mempunyai sifat kendiri negatif dalam dirinya sehingga mereka merasa rendah diri bila berhadapan dengan orang ramai. Hal ini demikian kerana orang ramai asyik memandang serong dan tidak menyokong dan memberi semangat dalam melakukan sesuatu perkara.Orang ramai seolah-olah hilang kepercayaan terhadap pelajarpelajar yang mengalami masalah hiperaktif kerana sifat mereka yang nakal dan aktif. Ciri- ciri kendiri negatif ialah tiada keyakinan diri, suka meminta pertolongan dan tidak pandai berdikari,tidak suka menerima pendapat dari orang lain, selalu merasa tidak puas hati dengan apa yang diterimanya, selalu menimbulkan masalah, suka menyinggung perasaan orang lain, pentingkan diri sendiri dan sebagainya. Hal ini akan menyebabkan pelajar yang mempunyai sifat hiperaktif initidak dapat menumpukan perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana mereka suka berangan- angan dan ini akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran. Selain itu, mereka akan merasakan apa yang mereka lakukan akan dipandang serong dan salah di mata guru.Pelajar- pelajar yang kendirinya rendah biasanya akan ketinggalan dan tidak boleh pergi jauh. Sebagai contoh seperti jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang mempunyai kendiri yang tinggi dan memperoleh penghormatan yang tinggi dalam hidup. Kesimpulannya, pelajar hiperaktif kebanyakkannya mempunyai sifat kendiri yang rendah tetepi mereka juga akan memperoleh kejayaan jika mereka berupaya merubah sifat mereka.

Kurang tumpuan dalam kelas. Akibat mempunyai sifat kendiri negatif akan menyebabkan mereka tidak memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam kelas dan menyebabkan pelajar ini ketinggalan di dalam kelas. Hal ini demikian kerana mereka lebih suka bermain berseorangan.Hal ini akan menyebabkan mereka hilang tumpuan kepada guru yang sedang mengajar di hadapan. Selain itu, kanak- kanak hiperaktif ini cepat merasa bosan kerana guru tidak pandai menarik minat mereka. Mereka juga akan cepat merasa bosan terhadap matapelajaran atau sesuatu yang menggunakan kebijaksanaan akal dan minda kerana mereka malas untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.Jikalau para guru bijak menarik minat mereka ini akan mendorong mereka untuk memberi tumpuan dan tidak aktif lagi.

Pelajar- pelajar hiperaktif ini juga mudah cepat letih dan mengantuk kerana mereka telah menggunakan semua tenaganya untuk bermain. Ini menyebabkan mereka tidak fokus dan sering ketinggalan dalam proses pembelajaran. Selain itu mereka juga sering mengganggu pelajarpelajar yang lain. Contoh gangguan ialah pelajar hiperaktif ini sering membuat bising ketika guru sedang mengajar.Keadaan kelas yang di sekelilingi oleh benda-benda yang menarik perhatian mereka seperti permainan atau sesuatu yang baru bagi mereka juga dapat menghilangkan tumpuan mereka untuk belajar. Jadual waktu yang begitu padat dan masa pembelajaran yang panjang akan menyebabkan mereka bosan dan letih.Hal ini akan menyebabkan mereka tidak berminat untuk belajar tidak kesemua pelajar dapat mengikuti pembelajaran yang begitu terikat dengan jadual waktu kerana masa belajar boleh di sesuaikan mengikut kesediaan mental dan fisikal pelajar setiap hari.

Kecerdasan Emosi pelajar Perkataan emosi sebenarnya berasal daripada bahasa Perancis, motion, dari mouvoir yang bermaksud kegembiraan iaitu dari bahasa Latin emovere. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, emosi dapat ditakrifkan sebagai suatu perasaan atau jiwa yang kuat. Menurut Oxford English Dictionary pula, emosi bermaksud setiap pergerakan atau pergolakan fikiran, perasaan, nafsu; setiap keadaan mental yang hebat atau meluap-luap. Secara umumnya emosi bermaksud perasaan. Manusia merupakan antara hidupan yang memiliki emosi yang sangat kompleks dan halus. Emosi juga adalah adaptasi evolusi, kerana meningkatkan kemampuan organisma untuk mengalami dan mengevolusi lingkungannya dan kemudian menambah kemungkinan hidup dan beriproduksi. Manakala kecerdasan pula didefinisikan menurut Kamus Dewan edisi ketiga sebagai kesempurnaan akal untuk berfikir, memahami, mengerti dan seumpamanya. Dari segi kontekstual, dapatlah disimpulkan bahawa kecerdasan emosi merupakan sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya memanfaatkan maklumat sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu. Goleman (1997) mengemukakan bahwa kecerdasan emosional adalah kemampuan lebih yang dimiliki seseorang dalam memotivasi diri, ketahanan dalam meghadapi kegagalan, mengendalikan emosi dan menunda kepuasan, serta mengatur keadaan jiwa. Dengan kecerdasan

emosional tersebut seseorang dapat menempatkan emosinya pada porsi yang tepat, memilah kepuasan dan mengatur suasana hati. Sementara Cooper dan Sawaf (1998) mengatakan bahwa kecerdasan emosional adalah kemampuan merasakan, memahami, dan secara selektif menerapkan daya dan kepekaan emosi sebagai sumber energi dan pengaruh yang manusiawi. Kecerdasan emosi menuntut penilikan perasaan, untuk belajar mengakui, menghargai perasaan pada diri dan orang lain serta menanggapinya dengan tepat, menerapkan secara efektif energi emosi dalam kehidupan seharihari.Melalui kajian yang telah dibuat menunjukkan kemahirandan emosi lebih penting dalam kejayaan hidup seseorang pelajar daripada kebolehanintelektual semata-mata. Kesimpulannya kecerdasan Emosi lebih penting berbanding IQ yang tinggi. Biasanya pelajar-pelajar yang hiperaktif tidak mempunyai kesemua aspek EQ iaitu mengenali emosi diri, kemampuan mengurus emosi,kemampuan memotivasikan diri, kemampuan mengenali emosi orang lain dankemampuan membina hubungan.Hal ini demikian kerana pelajar hiperaktif ini selalu berseorangan, tahap sosial yang rendah dan mempunyai kesabaran yang rendah. Hal ini akan menyebabkan pelajar tersebut merasa tertekan. Ini akan menyebabkan mereka bermain dan tidak menumpukan perhatian ketika berada di dalam kelas. Selain itu juga, mereka juga tidak mempunyai kawan kerana sikap mereka yang terlalu aktif itu menakutkan pelajar-pelajar lain termasuk gurunya untuk mendekati. Selain itu juga, pelajar yang hiperaktif ini juga mudah marah walaupun itu kesalahannya sendiri. Pelajar ini suka menyalahkan orang lain dan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai kawan

Usaha mengatasi pelajar hiperaktif

Rujukan http://www.duniapsikologi.com/kecerdasan-emosional-pengertian-definisi-dan-unsurunsurnya/ http://cikgusemasa.blogspot.com/2012/08/konsep-kendiri.html http://sitik.wordpress.com/2011/03/04/petua-menangani-kanak-kanak-hiperaktif-adhd/ http://azieazrol.blogspot.com/2010/04/masalah-murid-hiperaktif-adhd.html http://www.scribd.com/doc/90890443/Faktor-Penyebab-Anak-Hiperaktif-2 http://akucikguprasekolah2013.blogspot.com/2012/07/isl-bab-3-ciri-ciri-kanak-kanak.html

Вам также может понравиться