Вы находитесь на странице: 1из 2

MESIN 1. Mesin ialah sebarang alat yang memudahkan kita membuat kerja. 2.

Penggunaan mesin dapat: a) Meringankan kerja b) Menjimatkan masa c) Mengurangkan penggunaan tenaga. 3. Mesin terbahagi kepada dua jenis iaitu: a) Mesin ringkas b) Mesin kompleks MESIN RINGKAS 1. Berikut adalah jenis-jenis mesin ringkas: a) Tuas b) Roda dan gandar c) Takal d) Baji e) Satah condong f) Skru g) Gear TUAS 1. Tuas terbahagi kepada tiga bahagian iaitu daya, beban dan fulkrum. 2. Tuas terdiri daripada sebatang rod yang berputar pada suatu titik tetap yang dinamakan fulkrum. 3. Daya diperlukan untuk mengangkat atau menggerakkan beban. 4. Beban ialah objek yang hendak diangkat atau digerakkan. 5. Kedudukan fulkrum menentukan jumlah daya yang diperlukan untuk mengangkat beban. Daya Beban Fulkrum a) Semakin dekat kedudukan fulkrum dengan beban, maka semakin sedikit daya yang diperlukan untuk menggerakkan beban. b) Semakin jauh kedudukan fulkrum dengan beban, maka semakin banyak daya yang diperlukan untuk menggerakkan beban. 6. Kegunaan tuas: a) Mengangkat atau menggerakkan objek b) Membuka penutup tin atau botol c) Menarik keluar paku 7. Tuas boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu: a) Tuas Kelas Pertama b) Tuas Kelas Kedua c) Tuas Kelas Ketiga

8. Tuas Kelas Pertama: Beban

Daya Fulkrum

a) Fulkrum terletak di antara daya dan beban b) Contoh: jongkang-jongket, gunting, playar, pengetip kuku c) Contoh: mencabut paku, membuka tin biskut 9. Tuas Kelas Kedua Beban Daya

Fulkrum

a) Beban terletak di antara fulkrum dan daya. b) Contoh: pembuka botol, pemotong kertas, kereta sorong 10. Tuas Kelas Ketiga
bahagian tengah joran.

a) Daya terletak di antara beban dan fulkrum b) Contoh: Joran, penyapu, penyepit ais

RODA DAN GANDAR 1. Roda dan gandar digunakan untuk membawa beban dari satu tempat ke tempat yang lain. 2. Roda dan gandar terdiri daripada roda yang disambungkan kepada suatu batang yang dipanggil gandar. 3. Apabila roda berputar, gandar turut berputar. 4. Saiz roda biasanya lebih besar daripada gandar. 5. Ini data mengurangkan daya yang diperlukan semasa melakukan kerja. 6. Contoh alat yang menggunakan roda dan gandar: -pemutar skru, pili air, kasut roda, gerudi tangan, pemukul telur, spanar kereta. TAKAL 1. Takal digunakan untuk menaik atau menurunkan beban. 2. Takal terdiri daripada satu roda beralur yang boleh berputar. 3. Alur pada roda di pasang dengan tali atau rantai. 4. Apabila tali ditarik, roda pada takal akan berputar. 5. Ini membolehkan beban ditarik ke atas. 6. Contoh penggunaan takal. a) Menaikkan bendera, b) kren 7. Bilangan takal mempengaruhi jumlah daya yang diperlukan untuk mengangkat beban. 8. (a) semakin banyak takal digunakan, semakin kurang jumlah daya yang diperlukan untuk mengangkat beban. 9. Ini bermakna kerja-kerja untuk mengankat beban menjadi lebih mudah apabila lebih banyak takal digunakan. 10. Terdapat dua jenis takal: a) Takal tetap: . b) Takal bergerak:

5. Semakin curam satah condong, semakin besar jumlah daya yang diperlukan untuk menaikkan objek. 6. Ini mengakibatkan kerja-kerja menaikkan objek menjadi sukar. SKRU 1. Skru adalah sejenis satah condong berbentuk silinder yang mempunyai bebenang skru disekelilingnya. 2. Skru digunakan untuk mencantumkan objek dan mengangkat objek. 3. Contoh alat yang mempunyai skru: a) Spanar b) Gerudi tangan c) Pengapit G d) Kepala paip e) Botol f) Jek skru GEAR 1. Gear terdiri daripada roda-roda yang bergerigi. 2. Roda-roda dipasang dengan cara tertentu supaya geriginya bersentuhan. 3. Gear digunakan untuk mengubah kelajuan objek tau menukar arah gerakan objek. 4. Apabila salah satu gear berputar, gear yang lain akan turut berputar. 5. Biasanya arah putaran gear adalah berlawanan. Walaubagaimanapun, terdapat gear yang berputar mengikut arah yang sama. Contoh: Gear pada basikal. 6. Contoh alat yang menggunakan gear: a) Gerudi tangan b) Pemukul telur c) Jam tangan d) Pengayuh dan rantai basikal

BAJI 1. Baji ialah sebarang alat yang mempunyai satu atau dua satah condong untuk membentuk hujung yang tajam. 2. Baji digunakan untuk memisahkan dua objek. 3. Contoh baji: Kapak, pisau, pencucuk ais, gergaji, pengetip kuku dan pahat. Satah condong 1. Satah condong terdiri daripada satu permukaan condong . 2. Satah condong memudahkan objek dinaikkan ke satu aras yang lebih tinggi. 3. Penggunaan satah condong dapat mengurangkan jumlah daya yang diperlukan untuk menaikkan objek berbanding mengangkat objek secara menegak. 4. Contoh situasi: a) Menaiki tangga b) Menolak objek ke atas lori c) Jalanraya zigzag di kawan berbukit-bukit

Вам также может понравиться