Вы находитесь на странице: 1из 25

PEMARKAHAN 1. Tugasan 1 2. Perbincangan 3.

FORUM JUMLAH

KRP 3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH


TAJUK

REFLEKSI 5 UNIT
1. 2. 3. 4. 5.

Perkembangan kurikulum dan pengajaran sekolah rendah Matlamat kurikulum sekolah rendah Organisasi kurikulum sekolah rendah Integrasi dalam kurikulum sekolah rendah Bahan pengajaran dan pembelajaran KUMPULAN NEGERI SEMBILAN04( A112PJJ )

DISEDIAKAN OLEH NAMA MOHD ZAMRIN BIN JANHARI NO. ID D 20102043064 NO. TELEFON 013-3798598

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. ROSNIDAR BT MANSOR

TARIKH SERAH: 28 APRIL 2012

REFLEKSI UNIT PELAJARAN 1 TAJUK 1 Perkembangan kurikulum dan pengajaran sekolah rendah

1.

Ringkasan Isi Kandungan Unit

Sebelum kedatangan penjajah, pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal. Corak pendidikan yang dijalankan adalah pendidikan tradisional. Corak pendidikan ini merangkumi pemerhatian, penglibatan, nasihat dan teguran. Selain itu, tingkahlaku, akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri turut dijalankan oleh masyarakat dalam pembelajaran tidak formal ini. Apabila penjajah Inggeris datang ke Tanah Melayu, sistem pendidikan vernakular telah diperkenalkan oleh penjajah. Sistem pendidikan vernakular terbahagi kepada beberapa jenis sekolah iaitu Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular Tamil dan Sekolah Vernakular Inggeris.Sekolah-sekolah menggunakan bahasa pengantar masing-masing dan lokasi sekolah juga berbeza mengikut sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masing-masing.Sekolah vernakular Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pada 1871, A.M. Skinner telah merombak corak pendidikan Sekolah vernakular Melayu kepada membentuk dua sesi pembelajaran iaitu sesi pagi untuk pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam dan mata pelajaran vokasional manakala sesi petang untuk pembelajaran Al-Quran dan Bahasa Arab. Sekolah vernakular Cina menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Kurikulum yang dijalankan meliputi ajaran-ajaran klasik Cina, opera, tulisan dan kebudayaan. Pengajaran yang diamalkan ialah menggunakan kaedah menghafal, mengira dan menulis. Sekolah vernakular Tamil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Kurikulum yang dijalankan adalah berteraskan kepada unsur-unsur kerohanian dan kebudayaan Hindu serta bahasa pertuturan. Sekolah vernakular Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Corak kurikulum dan pengajaran yang dijalankan lebih berorientasikan keturunan Inggeris daripada semua aspek termasuk nilai dan pemikiran yang ditanamkan kepada muridmurid. Selain itu, kurikulum sekolah Inggeris lebih mementingkan akademik.Menerusi corak

pendidikan vernakular, maka wujud dua kesan utama iaitu sistem pendidikan yang tidak ada keselarasan dari segi objektif, matlamat dan kurikulum serta wujudnya masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.

Pada 1951, Laporan Fenn-Wu diperkenalkan untuk membina bangsa yang bersatu padu secara berasingan untuk sekolah vernacular Cina. Menerusi laporan ini terdapat beberapa cadangan yang diusulkan antaranya penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pelaksanaan kurikulum dan pengajaran, mata pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil diteruskan dan pengajarannya diperbaiki, buku teks dari luar Tanah Melayu perlu disemak dan perlu dimasukkan unsurunsur tempatan, institusi atau kolej bagi melatih guru untuk sekolah Cina adalah diperlukan bagi menampung kekurangan guru terlatih, serta bantuan kewangan daripada kerajaan perlu ditambahkan untuk sekolah-sekolah Cina. Selepas merdeka, sistem pendidikan telah menggunakan system Akta Pelajaran 1961. Menerusi akta ini, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya bagi semua sekolahsekolah. Oleh itu, pendidikan selepas merdeka dapat melahirkan rakyat yang bebas daripada masalah buta huruf serta perpaduan kaum dapat disatukan.

2. Peta Minda

Sebelum Penjajahan Bersifat tradisional dan keagamaan

Vernekular Melayu Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Perkembangan Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah Semasa Penjajahan Wujudnya sekolah vernekular. Vernekular Cina Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar.

Selepas Kemerdekaan Wujudnya Akta Pelajaran 1961

Vernekular India Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.

3. 1.

Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Zaman sebelum penjajahan Inggeris: Pendidikan Tradisional Penjelasan Pendidikan yang dijalankan adalah berbentuk informal iaitu ibu bapa memainkan peranan penting dalam proses pendidikan anak-anak. Corak pendidikan ini merangkumi pemerhatian, penglibatan, nasihat dan teguran. Sekolah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Corak kurikulum dan pengajaran yang dijalankan lebih berorientasikan keturunan Inggeris daripada semua aspek termasuk nilai dan pemikiran yang ditanamkan kepada muridmurid.

2.

Zaman penjajahan Inggeris: Penubuhan sekolah Inggeris

3.

Zaman penjajahan Inggeris: Penubuhan sekolah vernakular

Penubuhan sekolah ini diadakan secara terasing antara satu sama lain. Penggunaan bahasa pengantar bagi setiap jenis sekolah adalah berbeza iaitu mengikut bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu, sekolah Agama menggunakan bahasa Arab dan bahasa Melayu, sekolah Cina menggunakan bahasa Cina dan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil.

4.

Zaman selepas merdeka: Penubuhan Akta Pelajaran 1961

Menerusi akta ini, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya bagi semua sekolah-sekolah. Oleh itu, pendidikan selepas merdeka dapat melahirkan rakyat yang bebas daripada masalah buta huruf serta perpaduan kaum dapat disatukan.

4.

Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Penjajah Inggeris memperkenalkan sistem pendidikan Vernakular untuk memberi gambaran bahawa pemerintahan kolonial tidak berminat membangunkan rakyat melalui sistem pendidikan. Persefahaman dan perpaduan tidak dianggap penting untuk dipupuk menerusi pendidikan Inggeris yang mengabaikan soal pendidikan yang tunggal. Selain itu, sistem ini diperkenalkanadalah untuk mengekalkan eksplotasi ekonomi negara, memastikan bekalan tenaga kerja peringkat bawah untuk memenuhi keperluan-keperluan penjajah dan mengawal perkembangan semangat nasionalisme di kalangan penduduk tempatan. Menerusi corak pendidikan ini juga, wujud dua kesan utama iaitu sistem pendidikan yang tidak ada keselarasan dari segi objektif, matlamat dan kurikulum serta wujudnya masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.Oleh itu, sistem persekolahan yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris adalah untuk kepentingan mereka dan tidak memberi impak yang positif terhadap pendidikan negara. Walau bagaimanapun, sistem pendidikan yang berteraskan kepada Akta Pelajaran 1961 telah diperkenalkan selepas merdeka telah membuatkan perpadua kaum dapat dibentuk menerusi pendidikan. Hal ini disebabkan, satu bahasa pengantar telah digunakan oleh semua sekolah dan memudahkan murid-murid daripada sekolah lain berintreksi antara satu sama lain. Justeru itu, kurikulum dan pengajaran selepas merdeka lebih menjeruus ke arah perkembangan ekonomi negara berasaskan pertanian dan lain-lain.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN3 TAJUK 2 Matlamat kurikulum sekolah rendah

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Matlamat pendidikan adalah berbeza dan berubah mengikut lokasi, keadaan dan masa. Pendidikan sebelum penjajahan Inggeris adalah bercorak tradisional tanpa premis khusus yang dinamakan sekolah. Matlamat kurikulum menerusi pendidikan bercorak tradisional ini adalah bermatlamatkan kesejahteraan dan kerohanian hidup di dunia dan di akhirat. Pada zaman penjajahan Inggeris, sistem pendidikan vernakular diperkenalkan. Menerusi sistem ini, terdapat beberapa jenis sekolah ditubuhkan iaitu Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular Tamil dan Sekolah Vernakular Inggeris. Matlamat kurikulum dalam pendidikan pada ketika itu ialah memeberikan pendidikan asas kepada kanak-kanak agar dapat meneruskan aktiviti atau pekerjaan yang telah dilakukan oleh ibu bapa mereka. Selain itu, matlamat pendidikan yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris adalah sebagai memenuhi dasar pecah dan perintah. Semasa zaman selepas merdeka, pelbagai pelaksaan pendidikan telah diperkenalkan. Antaranya, Penyata Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957 dan Akta Pendidikan 1961. Perlaksanaan pendidikan ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk mencapai matlamat kurikulum bersepadu dalam kalangan masyarakat negara.Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan pada tahun 1993. Melalui KBSR ini, murid-murid yang akan dilahirkan adalah berkeyakinan dan tabah dalam berhadapan dengan cabaran kehidupan sebenar. KBSR menekankan kepada aspek penerapan nilai murni dan semangat patriotik agar murid-murid sedar akan peranan mereka kepada negara. Matlamat KBSR adalah bertujuan utuk mencapai matlamat perkembangan individu menyeluruh. Selain itu, matlamat KBSR adalah berdasarkan pelaksanaa setiap mata pelajaran. KBSR terus mengalami perubahan dan mulai tahun 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan ke atas semua murid Tahun 1. KSSR adalah berteraskan kepada melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. KSSR adalah bertujuan untuk melatih murid-murid supaya mempunyai sikap ingin tahu, suka berfikir dan rajin untuk terus belajar. Selain itu, muridmurid perlu berusaha mencari pengetahuan sendiri daripada pelbagai sumber seperti daripada

guru, rakan, sumber-sumber di sekeliling mereka seperti buku, internet dan sebagainya.

2. Peta Minda

MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

SEBELUM PENJAJAHAN Bermatlamatkan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

SEMASA PENJAJAHAN Bermatlamatkan kesinambungan aktiviti keluarga mengikut bangsa.

SELEPAS KEMERDEKAAN Bermatlamatkan tiga kurikulum iaitu KLSR, KBSR dan KSSR

Kurikulum Lama Sekolah Rendah Ordinan Pelajaran 1957

Kurikulum Baru Sekolah Rendah Matlamat kurikulum dalam pendidikan berdasarkan KBSR adalah untuk mencapai matlamat perkembangan invidu yang menyeluruh. Selain itu, matlamat KBSR adalah berdasarkan pelaksanaa setiap mata pelajaran. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matlamat kurikulum dalam pendidikan berdasarkan KSSR adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan potensi merangkumi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insane yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

3.

Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan Matlamat kurikulum menerusi pendidikan bercorak tradisional ini adalah bermatlamatkan kesejahteraan dan kerohanian hidup di dunia dan di akhirat. Matlamat kurikulum dalam pendidikan pada zaman penjajahan ialah memberikan pendidikan asas kepada kanak-kanak agar dapat meneruskan aktiviti atau pekerjaan yang telah dilakukan oleh ibu bapa mereka. Selain itu, matlamat pendidikan yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris adalah untuk mengekalkan eksplotasi ekonomi negara, memastikan bekalan tenaga kerja peringkat bawah untuk memenuhi keperluan-keperluan penjajah dan mengawal perkembangan semangat nasionalisme di kalangan penduduk tempatan.

1.

Matlamat kurikulum dalam pendidikan sebelum penjajahan

2.

Matlamat kurikulum dalam pendidikan semasa penjajahan

3.

Matlamat kurikulum dalam pendidikan selepas merdeka: Matlamat KBSR

Matlamat kurikulum dalam pendidikan berdasarkan KBSR adalah untuk mencapai matlamat perkembangan invidu yang menyeluruh. Selain itu, matlamat KBSR adalah berdasarkan pelaksanaa setiap mata pelajaran. Matlamat kurikulum dalam pendidikan berdasarkan KSSR adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan potensi merangkumi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insane yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

4.

Matlamat kurikulum dalam pendidikan selepas merdeka: Matlamat KSSR

4.

Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Sistem pendidikan vernakular yang diperkenalkan penjajah adalah bertujuan untuk mengekalkan eksplotasi ekonomi negara, memastikan bekalan tenaga kerja peringkat bawah untuk memenuhi keperluan-keperluan penjajah dan mengawal perkembangan semangat nasionalisme di kalangan penduduk tempatan. Menerusi corak pendidikan ini, maka wujud dua kesan utama iaitu sistem pendidikan yang tidak ada keselarasan dari segi objektif, matlamat dan kurikulum serta wujudnya masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Sistem yang diamalkan ini tidak memberi keberkesanan untuk perpaduan kaum. Walau bagaimanapun, sistem pendidikan yang diamalkan selepas merdeka telah melahirkan perpaduan kaum dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sistem KBSR yang diperkenalkan telah menyelaraskan matlamat dalam setiap mata pelajaran.

Penyelarasan ini menyebabkan KBSR dapat mencapai matlamat perkembangan individu yang menyeluruh. Justeru itu, KBSR telah ditukarkan kepada KSSR kerana peredaran zaman. KSSR adalah berteraskan kepada melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Menerusi KSSR, pelajar akan belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi. Selain itu, KSSR adalah bertujuan untuk melatih murid-murid supaya mempuntai sikap ingin tahu, suka berfikir dan rajin untuk terus belajar. Oleh itu, peneraju pimpinan negara pada masa hadapan akan lebih kreatif, kritis dan inovatif dalam memajukan negara.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN 4 TAJUK 3 Organisasi kurikulum sekolah rendah

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Organisasi kurikulum sekolah rendah boleh diorganisasikan mengikut penyusunan secara vertikal yang melibatkan urutan serta kesinambungan dan penyusunan secara horizontal yang melibatkan liputan, skop dan imbangan. Organisasi KBSR dan KSSR yang dilaksanakan menerusi penyusunan secara vertikal adalah melalui dua tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Tahap 1 terdiri daripada Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3, manakala Tahap 2 terdiri daripada Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Fokus pendidikan KBSR adalah 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Murid-murid Tahap 1 diberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas manakala murid-murid Tahap 2 pula, tumpuan terhadap mengukuhkan dan menggunakan kemahiran asas dalam pelbagai bidang ilmu. Fokus pendidikan KSSR adalah 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Tahap 1 ditumpukan kepada penguasaan asas 4M. Manakala Tahap 2 memfokuskan kepada pengukuhan dan aplikasi 4M.

Rekabentuk kurikulum dalam KBSR berasakan kepada tiga bidang iaitu Komunikasi, Manusia dan Alam Kelilingnya, dan Perkembangan Diri Individu. Bidang Komunikasi merupakan bidang yang utama dalam KBSR kerana penumpuan terhadap penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira yang dikenali sebagai koomponen Kemahiran Asas. Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya mempunyai dua komponen iaitu Nilai, Kerohanian dan Sikap, serta Kemanusiaan dan Persekitaran. Manakala bidang Perkembangan Diri Individu adalah menerusi komponen Kesenian dan Rekreasi.Mata pelajaran yang dilaksanakan oleh KBSR adalah mengikut kategori komponen iaitu Kemahiran Asas (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina (SJKC), Bahasa Tamil (SJKT) dan Matematik), Nilai, Kerohanian dan Sikap (Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral), Kemanusiaan dan Persekitaran (Sains, Kajian Tempatan dan Kemahiran Hidup), dan Kesenian dan Rekreasi

(Muzik, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan).

KSSR direka bentuk berasaskan enam tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi, serta Keterampilan Diri. Menerusi Tahap 1, kurikulum diorganisasikan dalam tiga bentuk modul iaitu Modul Teras Asas (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina , Bahasa Tamil, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Matematik), Modul Teras Tema (Seni Visual dan Muzik, Dunia Sains dan Teknologi, dan Malaysia Negaraku), dan Modul Elektif (Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK), Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK), Bahasa Iban, dan Bahasa Kadazandusun). Manakala Tahap 2, kurikulum diorganisasikan dalam dua bentuk mata pelajaran iaitu mata pelajaran Teras dan mata pelajaran Elektif.Mata pelajaran teras dikelaskan kepada lima tunajang iaitu Tunjang Komunikasi (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina , Bahasa Tamil), Tunjang Sains dan Teknologi (Matematik, Sains, Reka Bentuk dan Teknologi/ Teknologi Maklumat, dan Komunikasi), Tunjang

Perkembangan Fizikal dan Estetika (Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual), Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai(Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral) dan Tunjang Kemanusian (Sejarah). Mata pelajaran Elektif pula dikelaskan kepada satu tunjang iaitu Tunjang Komunikasi (Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK), Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK), Bahasa Iban, Bahasa Semai dan Bahasa Kadazandusun).

Justeru itu, terdapat persamaan antara KBSR dan KSSR dari sudut organisasinya iaitu tahun pembelajaran adalah mengikut tahap-tahap. Selain itu, KBSR dan KSSR mempunyai perbezaan dari sudut mata pelajaran mengikut bidang dan komponen. Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran juga menunjukkan perbezaan antara KBSR dan KSSR mengikut tahap.

2. Peta Minda

TAHAP 1 TAHUN 1, 2, 3

TAHAP 2 TAHUN 4, 5, 6

Tahap-tahap dalam KBSR/ KSSR

ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

ORGANISASI KBSR 1. Bidang Komunikasi 2. Bidang Manusia dan Sekelilingnya 3. Perkembangan diri

ORGANISASI KSSR 1. Tunjang Komunikasi 2. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai 3. Tunjang Kemanusiaan 4. Perkembangan Fizikal & Estetika 5. Sains dan Teknologi 6. Keterampilan Diri

PERBEZAAN KBSR dan KSSR mempunyai perbezaan dari sudut mata pelajaran mengikut bidang dan komponen. Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran juga menunjukkan perbezaan antara KBSR dan KSSR mengikut tahap.

3.

Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan Organisasi KBSR dan KSSR menerusi penyusunan secara vertikal dilaksanakan melalui dua tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Tahap 1 terdiri daripada Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3, manakala Tahap 2 terdiri daripada Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

1.

Tahap-tahap dalam KBSR/ KSSR

2.

Organisasi Bidang pelajaran

KBSR dan

: Rekabentuk kurikulum dalam KBSR berasakan kepada tiga bidang Diri Individu. Bidang Komunikasi merupakan bidang yang utama dalam KBSR kerana penumpuan terhadap penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya mempunyai dua komponen iaitu Nilai, Kerohanian dan Sikap, serta Kemanusiaan dan Persekitaran. Manakala bidang Perkembangan Diri Individu adalah menerusi komponen Kesenian dan Rekreasi. Selain itu, KSSR direka bentuk berasaskan enam tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi, serta Keterampilan Diri.

mata iaitu Komunikasi, Manusia dan Alam Kelilingnya, dan Perkembangan

3.

Organisasi KSSR : Tunjang dan mata pelajaran

KSSR direka bentuk berasaskan enam tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi, serta Keterampilan Diri. Terdapat 14 mata pelajaran teras dan 6 mata pelajaran elektif.

4.

Perbezaan antara organisasi KBSR dengan KSSR

KBSR dan KSSR mempunyai perbezaan dari sudut mata pelajaran mengikut bidang dan komponen. Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran juga menunjukkan perbezaan antara KBSR dan KSSR mengikut tahap.

4.

Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Pelaksanaan KBSR dan KSSR mempunyai persamaan dari segi Tahap-tahap persekolahan iaitu TAhap 1 dan Tahap 2. Selain itu, terdapat perbezaan reka bentuk pelaksanaan KBSR dan KSSR. Menerusi ogranisasi KBSR terdapat 3 bidang asas dalam pendidikan iaitu komunikasi, manusia dan alam kelilingnya serta perkembangan diri individu. Manakala menerusi organisasi KSSR terdapat beberapa tunjang asas kepada pendidikan iaitu komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan, kerohanian, sikap dan nilai serta komunikasi elektif. Perbezaan ini menenjukkan bahawa proses pembelajaran menerusi KSSR dapat melahirkan murid yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Hal ini disebabkan oleh corak reka bentuk organisasi KSSR adalah lebih sistematik serta dapat mewujudkan insan yang berdaya saing untuk memajukan negara di masa hadapan.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN 6 TAJUK 4 Integrasi dalam kurikulum sekolah rendah

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Pendidikan boleh dilihat sebagai proses sosialisasi dan pembudayaan masyarakat. Pendidikan juga boleh dilihat sebagai satu pelaburan yang membolehkan seseorang mendapat kedudukan dari sudut kewangan mahupun status sosial. Di negara ini, pendidikan merupakan wahana bagi pembangunan insan dan pembangunan negara. Pelaksanaan pendidikan dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu bagi mencapai tujuan yang diimpikan. Oleh itu, kurikulum perlu dibentuk dan disusun berteraskan beberapa objektif seperti memperkembangkan potensi kanak-kanak secara harmonis, menyeluruh dan bersepadu dengan membina suasana pembelajaran yang baik bagi meningkatkan daya fikir untuk mencari kebenaran serta menyelesaikan masalah.

Konsep

kurikulum

bersepadu

dilaksanakan

supaya

proses

pengajaran

dan

pembelajaran di dalam bilik darjah dijalankan secara kepelbagaian perkara daripada pelbagaii aspek atau dimensi. Hal ini akan memberi impak yang lebih berkesan kepada murid-murid dalam pembelajaran mereka. Selain itu, proses pen gajaran dan pembelajaran yang melaksanakan kurikulum bersepadu ialah laluan untuk berlakunya konsep pembelajaran berasaskan minda. Oleh itu, persekitaran pembelajaran harus dilaksanakan dengan pelbagai cara rangsangan agar pembelajaran menjadi lebih berkesan. Pengintegrasian ialah salah satu cara yang digunakan oleh guru bagi menyepadukan elemen seperti kemahiran berfikir, kemahiran multilingual, nilai murni dan nilai patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Konsep kesepaduan dalam KBSR ialah penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nialai murni dilakukan secara menyeluruh dan bersepadu. KBSR dirancang untuk membolehkan setiap orang murid memperoleh kemahiran,

mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap

dan amalan yang dikehendaki. Oleh itu, terdapat enam elemen penting menerusi konsep ini iaitu kesepaduan unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani, pendidikan untuk semua, penggunaan pengetahuan dan kemahiran sedia ada, meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta bahasa pengantar yang lain, pendidikan sepanjang hayat, serta penekanan kepada nilai murni. Manakala proses pelaksanaan KBSR meliputi konsepkonsep seperti pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara holistik, pendidikan untuk semua, dan pendidikan sepanjang hayat. Selain itu, KBSR turut melaksanakan pengajaran yang berasaskan kepada kurikulum bersepadu dengan menggunakan pula konsep penggabungjalinan dan penyerapan. Konsep penggabungjalinan ialah satu proses menggabungkan pelbagai kemahiran yang relevan ke arah pembelajaran murid yang integratif dan menyeluruh bagi sesuatu mata pelajaran.

Penggabungjalinan

boleh

dilihat

menerusi

tiga

sudut

kemahiran

iaitu

penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran, penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatu mata pelajaran, dan penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum. Konsep penyerapan ialah proses mengintegrasi atau menyatupadukan pengetahuan am atau pengetahuan daripada mata pelajaran lain ke dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran. Menerusi konsep ini, konsep penerapan akan terhasil. Konsep penerapan bermaksud proses menerapkan nilai-niali dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum.

Konsep integrasi yang dilaksanakan oleh KBSR akan terus digunakan dalam KSSR. Elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan dalam KBSR akan terus diberi penekanan dalam KSSR selain elemen merentas kurikulum (EMK). EMK diperkenalkan dalam KSSR sebagai tambahan kepada aspek-aspek yang disepadukan dalam KBSR dan sebagai pelengkap kepada uasaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. Selain itu, EMK dalam KSSR merujuk kepada penyepaduan tiga elemen iaitu kreativiti dan inovatif, keusahawanan, serta teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh itu, EMK adalah penting dalam membangunkan negara serta merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Hal ini

disebabkan konsep EMK menekankan ICT sebagai pengupaya dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta ICT dijadikan satu mata pelajaran di sekolah.

2. Peta Minda

Integrasi dalam kurikulum sekolah rendah

Kurikulum Bersepadu Pembelajaran berkonsepkan berasaskan minda

Pengintegrasian Dalam Kurikulum Dan Pengajaran Salah satu cara bagi menyepadukan pelbagai elemen dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

INTEGRASI DALAM KBSR 1. Kesepaduan unsure intelek, rohani, emosi dan jasmani 2. Pendidikan untuk semua 3. Penggunaan pengetahuan sedia ada 4. Peningkatan penggunaan BM dan BI 5. Pendidikan sepanjang hayat 6. Penekanan kepada Nilai Murni

INTEGRASI DALAM KSSR Elemen Merentas Kurikulum (EMK) diperkenalkan sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. EMK dalam KSSR merujuk kepada penyepaduan tiga elemen iaitu kreativiti dan inovatif, keusahawanan, serta teknologi maklumat dan komunikasi.

3.

Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

Konsep 1. Kurikulum bersepadu: Kesepaduan dalam KBSR Konsep kesepaduan

Penjelasan dalam KBSR membawa maksud

penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh dan bersepadu. Terdapat enam elemen penting menerusi konsep ini iaitu kesepaduan unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani, pendidikan untuk semua, penggunaan pengetahuan dan kemahiran sedia ada, meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta bahsa pengantar yang lain, pendidikan sepanjang hayat, serta penekanan kepada nilai murni.

2.

Pengintegrasian dalam kurikulum dan pengajaran: Kesepaduan dalam KSSR

Menerusi kesepaduan dalam KSSR, Elemen Merentas Kurikulum (EMK) diperkenalkan sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. EMK dalam KSSR merujuk kepada penyepaduan tiga elemen iaitu kreativiti dan inovatif, keusahawanan, serta teknologi

maklumat dan komunikasi.

4.

Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Pelaksanaan

KBSR

meliputi

konsep-konsep

seperti

pendekatan

bersepadu,

perkembangan individu secara holistik, pendidikan untuk semua, dan pendidikan sepanjang hayat. KBSR turut melaksanakan pengajaran yang berasaskan kepada kurikulum bersepadu dengan menggunakan pula konsep penggabungjalinan dan penyerapan. Konsep

penggabungjalinan ialah satu proses menggabungkan pelbagai kemahiran yang relevan ke arah pembelajaran murid yang integratif dan menyeluruh bagi sesuatu mata pelajaran.Selain itu, pengajaran melalui penggabungjalinan dengan mata pelajaran lain mampu menghasilkan satu alternatif bagi guru dalam usahanya untuk menghasilkan pembelajaran yang memberangsangkan di kalangan muridnya. Konsep penyerapan ialah proses mengintegrasi atau menyatupadukan pengetahuan am atau pengetahuan daripada mata pelajaran lain ke dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran.Melalui penggunaan konsep penggabungjalinan dan penyerapan ini, potensi murid dapat diperkembangkan secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek. Oleh itu, matlamat pendidikan negara berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dicapai dengan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN 9 TAJUK 5 Bahan pengajaran dan pembelajaran

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Bahan pengajaran ialah bahan yang digunakan oleh guru untuk pelaksanaan pengajaran sesuatu tajuk dalam sesuatu mata pelajaran. Manakala bahan pembelajaran ialah bahan yang digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran diklasifikasikan kepada bahan bercetak (modul, buku teks, buku latihan, buku aktiviti dan buku sumber) , CD-ROM dan DVD-ROM, internet, bahan siaran ( radio dan televisyen), bahan realia, bahan replika dan sebagainya.Modul digunakan menerusi KSSR dalam proses pembelajaran untuk mengantikan pembelajaran KBSR yang bergantung pada buku teks serta buku latihan dan aktiviti. Penggunaan CD-ROM buku teks akan menjadikan pembelajaran murid lebih seronok dan menarik kerana bersifat interaktif. Proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan internet membolehkan murid-murid mengakses maklumat yang diperlukan dalam pembelajarannya seperti pembelajaran penyelesaian masalah, pembelajaran berasaskan projek dan lain-lain.

Penggunaan bahan-bahan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memupuk nilainilai positif dalam diri murid seperti gemar membaca, membuat penerokaan, inging mencuba dan membuat eksperimen, menghargai sesuatu nilai dan sebagainya. Selain itu, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran turut dapat membangkitkan minat, motivasi dan rasa ingin tahu, keyakinan diri, sifat kerjasama serta disiplin dalam kalangan murid. Terdapat beberapa pihak yang terlibat mengurus bahan pengajaran dan pembelajaran iaitu pengurusan sekolah, panitia mata pelajaran, guru pusat sumber sekolah, guru mata pelajaran, guru kelas dan murid-murid. Pengurusan sekolah bertaggungjawab untuk menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dengan membuat pengagihan peruntukan untuk urusan pembelian atau penyedian, urusan penyimpanan dan penjagaan, pelupusan dan sebagainya. Panitia mata pelajaran perlu menyediakan stok dan inventori bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran

menerusiurusan keluar masuk bahan iaitu peminjaman dan pemulangan bahan bagi memastikan bahan tidak hilang. Guru pusat sumber sekolah bertanggungjawab memastikan

perpustakaan, bilik audio/video dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru direkod supaya masalah kehilangan tidak beralaku dan keadaan bahan terurus dengan sempurna. Guru mata pelajaran perlu menjaga dan mengurus bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan perlu melaporkan kehilangan atau kekurangan kepada panitia. Guru kelas bertanggungjawab untuk mempamerkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai supaya suasana fizikal bilik darjah konduktif serta dekorasi menarik diwujudkan menerusi proses pembelajaran murid-murid. Semua bahan-bahan pengajaran dan

pembelajaran yang disediakan bertujuan untuk memudahkan murid-murid mengikuti proses pembelajaran secara berkesan.Selain itu, murid-murid perlu memberi kerjasama semasa menggunakan bahan-bahan berkenaan dengan tidak mengoyak, merosak dan sebagainya.

2. Peta Minda

Kategori bahan pengajaran dan pembelajaran bahan bercetak (modul, buku teks, buku latihan, buku aktiviti dan buku sumber) , CD-ROM dan DVD-ROM, internet, bahan siaran ( radio dan televisyen), bahan realia, bahan replika dan sebagainya.

Rasional penggunaan bahan penggunaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dapat memupuk nilai-nilai positif dalam diri murid bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran turut dapat membangkitkan minat, motivasi dan rasa ingin tahu, keyakinan diri, sifat kerjasama serta disiplin murid.

Bahan pengajaran dan pembelajaran

Garis panduan penggunaan Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dapat berfungsi dengan berkesan menerusi beberapa garis panduan penggunaannya.

Pengurusan bahan pengajaran dan pembelajaran Penggunaan bahan perlu direkod bagi memastikan ianya dapat digunakan pada masa akan datang.

3.

Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan Konsep ini menerangkan beberapa jenis bahan-bahan

1.

Kategori bahan pengajaran dan pembelajaran

pengajaran dan pembelajaran yang digunakan seperti bahan bercetak (modul, buku teks, buku latihan, buku aktiviti dan buku sumber) , CD-ROM dan DVD-ROM, internet, bahan siaran ( radio dan televisyen), bahan realia, bahan replika dan sebagainya.

2.

Rasional penggunaan bahan

Konsep ini menerangkan penggunaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dapat memupuk nilai-nilai positif dalam diri murid seperti gemar membaca, membuat penerokaan, inging mencuba dan membuat eksperimen, menghargai sesuatu nilai dan sebagainya. Selain itu, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran turut dapat membangkitkan minat, motivasi dan rasa ingin tahu, keyakinan diri, sifat kerjasama serta disiplin dalam kalangan murid.

3.

Garis panduan penggunaan dalam pengajaran dan pembelajaran

Konsep

ini

bertujuan

untuk

memastikan

bahan-bahan

pengajaran dan pembelajaran dapat berfungsi dengan berkesan menerusi beberapa garis panduan penggunaannya seperti kesesuaian untuk mencapai objektif pembelajaran, praktikal (kemudahan yang diperlukan), memupuk perhatian murid, bersifat interaktif (sesuai dengan keadaan sekitar),

kepelbagaian (selaras dengan tajuk-tajuk berbeza) dan selaras dengan nilai serta budaya.

4.

Pengurusan bahan pengajaran dan pembelajaran

Semua bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan bertujuan untuk memudahkan murid-murid

mengikuti proses pembelajaran secara berkesan. Oleh itu,

Pihak-pihak yang terlibat dengan penyediaan bahan-bahan tersebut perlu merekod penggunaan bahan dan memastikan bahan berada dealam keadaan baik dan boleh digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta muridmurid perlu memberi kerjasama semasa menggunakan bahanbahan berkenaan dengan tidak mengoyak, merosak dan sebagainya.

4.

Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Kaedah mempersembahkan pengajaran melalui audio atau visual yang melibatkan alat pandang dengar seperti overhead projecter, komputer dan sebagainya. Guru akan mempamirkan bahan-bahan yang telah disediakan untuk menerangkan sesuatu konsep atau contoh untuk kemahiran. Apabila menggunakan kaedah ini, pelajar akan lebih berminat untuk belajar dan memudahkan pelajar memahami kandungan serta tajuk yang diterangkan oleh guru mereka. Selain itu, kaedah permainan atau simulasi juga dapat menarik minat pelajar. Kaedah permainan atau simulasi adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap matematik Ianya juga akan dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu, khusus semasa menyelesaikan

pelbagai masalah matematik. Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip ' bermain sambil belajar '. Penyelesaian bagi beberapa masalah boleh ditunjukkan melalui aktiviti permainan dan simulasi, khususnya masalah yang melibatkan aplikasi kehidupan seharian.

Вам также может понравиться