You are on page 1of 5

kek coklat moist~ (resepi munira baharum) bahan A: 1 cwn serbuk koko 1 cwn susu cair 1 cwn susu

pekat (xsuka manis letak 1/2 cwn je dh ok) 1 cwn gula (xsuka manis letak 1/2 cwn je dh ok) 1 cwn minyak msk *semua bhn di atasgaul sebati n msk atas api perlahan... *rehatkan kejap bila bhn dh sebati... bahanB: 3/4 cwn tepung gandum 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder *semua bhn ni diayak k... bahanC: 4 bj telor (blender jer) cara: satukan bhn B dan C ke dlm bhn A... secara berselang seli n gaul ngan senduk jer... dh sebati...ketepikan...

utk karamel: bahan2: 2 sudu besar gula (ni utk loyang saiz 8")... kalo guna loyang kecik gula sket, loyang besar gula byk la ye... jadikan gula hangus supaya kek xmelekat pd loyang... bhgn atas (karamel): 1/2 tin susu cair 50gm gula castor 1/2 sudu teh esen vanila 3 kuning telur (kacau sebati lembut je...jgn sampai jd buih ye) cara: tuang bahan karamel dlm loyang gula hangus td... bakar sekejap dlm oven dgn kaedah bain marie (letak loyang kek dlm loyang berisi air di bwh)...agak2 15 minit camtu, utk pekatkan sket karamelnye tu... kuarkan dr oven...tuang adunan kek atas karamel... pastu bakar cara bain marie gak selama 1 jam @ sampai msk...suhu 160c... kuarkan dr oven...rehatkan dlm 15-20 minit baru terbalikkan... **jgn terbalikkan masa panas2 nnti karamelnye pecah** **pastikan karamel agak beku ye baru tuang adunan...kalo x nnti mmg bercampur lerr ngan karamel tuuu... **karamel tu nk kukus pon boleh je...dh letak adunan kek baru bakar...

4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag. Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium ) 3 biji telur dari peti sejuk (gred A) 275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan) 220 gm gula halus (anggaran 1 cawan) 150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan) 3 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil ovalette** 1 sudu kecil esen vanilla filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai pewarna **Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek. **sudu kecil = sudu teh **filling ialah inti bagi apam. Cara-cara penyediaan apam polkadot 1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih. 2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati. 3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan. 5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja). 6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan). 7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh. 8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

Sumber asal resepi: shell@myresepi Tips tambahan untuk buat apam polkadots. 1. Untuk mengelakkan filling melekat bawah apam (sebabnya filling terlalu cair). So cara untuk keraskan filling ialah first panaskan 1 sudu besar butter/marjerin. Pastu masukkn anggaran 1 sudu besar tepung gandum. Kacau hingga nampak tepung tu mendidih. Pastu masukkn jenis filling/jem yang nak guna. Kacau hingga sebati dan pekat. Kalau rasa keras sangat, boleh tambah sedikit air. Kalau lembik, boleh tambahkn lagi filling/jem.. 2. Sebelum masukkan adunan ke dalam piping bag, kacau adunan sehingga kelihatan sebati dan licin (tiada lubang angin) untuk mendapatkan permukaan apam yg rata dan

tidak berlubang. 3. Kukus apam dengan api sederhana. Kalau api besar akan menyebabkan apam polkadot akan merekah. 4. Bungkus alat kukusan dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam adunan apam ketika mengukus. 5. Selepas siap kukus dan agak2 apam dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara. Apam akan jadi keras jika terdedah lama pada udara. Bahan-bahan Resepi Bergedel Daging: 500 gram kentang (direbus dan dihancurkan) 200 gram daging kisar 2 biji telur (dipukul) cawan bawang goreng 2 tangkai daun sup (dimayang halus) 2 tangkai daun bawang (dimayang halus) 1 sudu kecil lada sulah 1 sudu besar tepung jagung Garam secukup rasa Secubit bahan perasa Minyak secukupnya untuk menggoreng Cara-cara masakan Resepi Bergedel Daging: 1. Gaulkan semua bahan-bahan bergedel daging sehingga sebati kecuali telur dan minyak. 2. Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper. 3. Celupkan adunan ke dalam telur yang telah dipukul. 4. Gorengkan adunan bergedel yang telah dicelup dengan telur ke dalam minyak. 5. Goreng sehingga garing kekuningan dan angkat serta toskan minyak.

6. Sedia untuk dihidangkan bersama mee sup, nasi air, makanan lain yang disukai atau makan begitu sahaja dengan sos cili.
Bun Inti Coklat Resepi : Secubit Garam - Kak Nor Bahan :

380gm tepung high protein ( tepung

roti )

3 sudu besar susu tepung - tak letak 80 gm gula castor 3 sudu kecil yis segera 1 biji telur A 100 ml air - Mas guna susu segar suam sikit 100g m water roux 1/2 sudu kecil garam 30 gm butter - Mas guna marjerin 30 gm shortening Inti :

chocolate filling secukupnya

Resepi Water Roux : 25 g tepung gandum 125 ml air Cara membuat water roux : masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan. Kaedah 1 - jika menggunakan BM:

1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu. 2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening. 3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan / mematikan yis. 4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening. 5. Biarkan proses menguli hingga selesai. 6. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali. 7. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda. 8. Boleh dibentuk ikut citarasa sendiri. 9. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C dengan api atas bawah lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak. 10. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)

Kaedah 2 - Jika menguli menggunakan tangan : 1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih. 2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata. 3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1. 4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli. 5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut) 6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar. 7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no8 dan seterusnya. ## sori la ya,kaedah nampak agak panjang sbb K.Nor tak reti nak buat pendek2. Rasa cam tak complete jer kaedah buat roti kalau main pendek2. Kang nanti org yg tak pandai or tak pernah buat roti tak faham cara nk buat roti ni. Bagi yg dah biasa, dah expert dgn kerja2 buat roti, gerenti dah faham dan tak perlukan kaedah membuat tu. Semua step buat roti biasanya sama jer kalau main campak dlm BM cuma yg tak biasa jer mungkin nampak cam cerewet jer nak buat roti

Filling Coklat Bahan-bahan : 250ml susu sejat 180ml air suam


125gm gula halus atau gula kastor.. 60gram mentega 60gram serbuk koko 40gram tepung jagung 3 sudu makan susu pekat manis ~ yang ni fiza tambah...bg lemak2 sikit...shedap... 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara : Campurkan susu,koko, air suam dan tepung jagung.Kacau Tapis kedalam bekas berisi gula..

Kacau dan pekatkan diatas api..guna api perlahan Kacau sampai pekat masukkan susu pekat Campurkan mentega dan esen Kacau sebati dan tutup api..sejukkan