Вы находитесь на странице: 1из 12

WAJ 3101

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA


Nota Kuliah Pertama Falsafah Pendidikan BAB 1 PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

SEBELUM MERDEKA SELEPAS MERDEKA SEMASA MERDEKA SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA (1400-1956)

Dalam sistem pendidikan bagi tempoh ini, ia dibahagikan kepada dua fasa, iaitu sebelum zaman kolonialisme British dan semasa zaman kolonialisme British. FASA 1 (Sebelum Zaman Kolonialisme British) Sistem pendidikan negara kita telah wujud sejak zaman kegemilangan empayar Melaka lagi. Kedatangan Islam pada abad ke rantau Asia pada abad ke-15,menjadikan sistem pendidikan pada masa itu berteraskan agama Islam. Pada zaman ini juga, agama Islam diajar di rumah-rumah guru, kemudian berpindah ke masjid, surau dan madrasah dan akhirnya berpusatkan di sekolah pondok. PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM MERENTASI 3 PERINGKAT: 1. Peringkat Pertama : (berpusat di rumah guru) -murid-murid belajar mengaji al Kuran dan fardu ain daripada guru-guru yang di panggil ulama.Peringkat 2. Kedua :( berpusat di masjid, surau dan madrasah) -wujud untuk tampung bil. murid yang kian bertambah. -para ulama disanjung tinggi oleh masyarakat. Kadang-kadang mereka di undang ke istana untuk mengajar kaum kerabat Raja. 3. Peringkat Ketiga:( berpusat di rumah pondok) -sekolah agama tradisional pertama -tiada sukatan yang piawai. -kurikulum berdasarkan masjid Al Haram di Makah. -subjeknya adalah tauhid, al- Kuran, fekah, hadith, nahu, sufi, tasawwuf dan akhlak, b.arab dan jawi. -murid tinggal di pondok Tok Guru. -tamat pengajian, mereka akan berkhidmat di kampung masing-masing -ada juga yg melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi supaya dapat memasuki universiti tempatan. Pada tahun1511, apabila Portugis menawan Melaka, mereka telah memperkenalkan pendidikan berasaskan agama kristian mazhab Roman Katolik. Kemudian bertukar kepada mazhab Protestant apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda. Tahun 1786, bila Inggeris memerintah tanah Melayu, sistem pendidikan bertukar kepada sistem pendidikan Inggeris.

FASA 2 (Semasa Zaman Kolonialisme 1786-1956) Walaupun zaman kolonialisme British merentasi lebih kurang 2 abad, Jepun telah pun memerintah negara ini pada tahun 1942 hingga 1945.

Dalam tempoh itu, semua sekolah yang sedia ada di arah tutup melainkan sebilangan kecil sahaja yang di buka untuk mengajar Bahasa Jepun. Peringkat Pertama : (Sebelum Perang Dunia Kedua 1786-1941) Sistem Pendidikan di Tanah Melayu -Dikategorikan kepada lima peringkat. -Terdiri daripada pendidikan rendah, menengah, latihan perguruan, pendidikan vokasional dan teknik, dan pendidikan tinggi.

Pendidikan Rendah Dan Menengah

Sejarah tanah Melayu tahun 1854 Gabenor Negeri-Negeri Selat telah di arah oleh pihak pengurusan Syarikat India Timur untuk sediakan laporan mengenai status pendidikan ketika itu dan nasihatkan Kerajaan India tentang tindakan susulan yang perlu diambil dalam beberapa perkara. Di bawah pemerintahan British ketika itu, ketiga-tiga kaum etnik Melayu, Cina, India diasingkan dari segi pendidikan. British mengamalkan dasar Pecah dan Perintah dalam sistem pendidikan yang direka bentuk bertujuan untuk timbulkan pembahagian dalam kalangan rakyat jelata. Orang Melayu diberi pendidikan asas selama enam tahun sahaja bagi mencapai objektif berikut:1. Bekalkan kemahiran asas melalui Ilmu hisab agar anak-anak lelaki dapat jalankan perniagaan secara kecil-kecilan apabila dewasa nanti. 2. Pupuk kesedaran mengenai kepentingan nilai-nilai murni seperti kesucian peribadi, kebersihan persekitaran dan 3. Memastikan kefasihan bahasa Inggeris dalam kalangan anak-anak Raja. Bagi orang India, mereka diberi pendidikan asas bagi tempoh yang sama seperti orang Melayu Apabila tamat persekolahan, mereka akan menjadi buruh di ladang-ladang getah dan trek ketapi. Dasar seperti ini membantutkan mobiliti ekonomi dan geografi kaum tersebut. Orang cina diberi kebebasan untuk tubuhkan sekolah-sekolah mereka serta gunakan kurikulum, guru-guru dan buku teks dari negara cina. Ini kerana, British berpegang kepada dasar bahawa bukan tanggungjawab mereka untuk bekalkan pendidikan kepada rakyat tempatan Dengan dasar tersebut, tidak hairan apabila British tubuhkan sekolah-sekolah Inggeris untuk membekalkan tenaga pekerja bagi jentera pentadbiran British sahaja. SEKOLAH MELAYU Seperti :Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang (1826) Sekolah Melayu Bayan Lepas Sekolah Melayu Telok Belanga Sekolah Kampung Gelam Pendidikan di Sekolah Melayu yang di senaraikan di atas adalah sehingga darjah lima sahaja dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kerana itu, orang Melayu kurang berminat untuk hantar anak-anak mereka ke sekolah. Untuk penyelesaian, A.M Skinner , Nazir Sekolah-sekolah ketika itu telah kenalkan kelas-kelas mengaji Quran Campur tangan British di Negeri-negeri Melayu sedemikian telah akibatkan banyak sekolah Melayu dibuka. Menjelang tahun 1892, terdapat 190 sekolah Melayu. Namun ia tidak banyak berubah di mana hanya sebilangan kecil orang mendaftarkan anak-anak mereka untuk bersekolah Perkembangan Sekolah Melayu Sebagai langkah terakhir, Kerajaan British telah kuatkuasakan Akta Pelajaran Wajib dimana ibu bapa wajib menghantar anak-anak ke sekolah.

Ibu bapa yang gagal berbuat demikian akan didenda. British juga meminta pembesar-pembesar Melayu mendorong orang Melayu mendaftar anak-anak mereka di sekolah. Oleh kerana sambutan yang baik, British pun mendirikan lebih banyak sekolah Melayu. Terdapat juga sebilangan ibu bapa yang berprasangka terhadap persekolahan bagi anak perempuan mereka. Ekoran itu, sekolah-sekolah bagi murid-murid perempuan agak lambat ditubuhkan. Hanya pada tahun 1889 ditubuhkan Sekolah perempuan Melayu yang pertama di Telok Belanga dan sebuah lagi di Pulau Pinang Menjelang tahun 1940, terdapat peningkatan pada bilangan pendaftaran murid-murid di sekolah Melayu. Namun, kerajaan British tidak berusaha untuk wujudkan sekolah menengah aliran Melayu. Ini kerana, British masih kekal dengan dasar mereka untuk mendidik orang Melayu menjadi petani dan nelayan sahaja. Mereka bimbang, pendidikan tinggi dalam kalangan orang Melayu akan bangkitkan perasaan menentang penjajahan British. SEKOLAH CINA Penubuhan dan pembiayaan sekolah-sekolah cina adalah tanggungjawab masyarakat cina sendiri. Semua perbelanjaan ditanggung oleh pedagang-pedagang dan pemimpin cina. Guru-guru sekolah cina di bawa masuk khas dari cina. Sistem pendidikan mereka berteraskan sistem pendidikan nenek moyang mereka Menggunakan dialek masing-masing seperti Hakka, Kantonis dan Hokkien. Kesan daripada revolusi cina 1911, kerajaan cina mula beri perhatian rapi kepada orang-orang cina di seberang laut. Oleh demikian, sekolah-sekolah cina ketika itu sering di pantau oleh pegawai-pegawai pendidikan dari negara Cina. Sistem pendidikan aliran cina dibahagi kepada tiga peringkat:Perkembangan Sekolah Cina 1913-sekolah cina pertama ditubuhkan di Tanah Melayu di Singapura 1920-penggunaan dialek yang berbeza-beza di mansuhkan dan digantikan dengan Bahasa Mandarin. 1920-enakmen pendaftaran sekolah- sekolah diluluskan untuk sekat perkembangan pengaruh politik di sekolah-sekolah cina. Semua sekolah, guru, dan ahli lembaga sekolah perlu daftar dengan kerajaan British. 1924-kerajaan British mula beri tumpuan terhadap sekolah cina atas kesedaran terhadap puak nasionalis yang mula menyebarkan kempen anti-British di sekolah cina. Pelajar juga mula dipengaruhi oleh idea komunis. Akhirnya, sekolah cina ditukar menjadi sekolah separuh kerajaan dan di uruskan oleh British. 1945-penyemakan semula oleh sukatan pelajaran sekolah-sekolah cina dijalankan . 1945-pengenalan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu di laksanakan di sekolah-sekolah cina. SEKOLAH TAMIL Orang Tamil merupakan golongan terbesar pendatang pendatang India ke Tanah Melayu. Kesan kedatangan penghijrahan mereka ke ladang-ladang getah, gula, kelapa dan kopi di beberapa di Tanah Melayu mendesak pemilik-pemilik ladang untuk dirikan sekolah Tamil bagi mendidik anakanak pekerja. Ketika itu juga sambutan orang India terhadap sekolah Tamil ini juga kurang memuaskan Sekolah-sekolah itu juga tidak mencukupi dan kurang di lengkapi dengan kemudahan asas. Sistem pendidikan juga kurang tersusun dari segi kurikulum, pengurusan sekolah dan sebagainya. Akibat daripada itu, kebanyakan anak-anak orang India kurang berminat untuk belajar. Mereka hanya menamatkan pelajaran di peringkat sekolah rendah sahaja, kemudian bekerja sebagai buruh di ladang.

Perkembangan Sekolah Tamil Sebagai penyelesaian kepada masalah yang berlaku, Kerajaan British telah mengambil beberapa langkah untuk kembangkan sekolah tamil antaranya:1912-Penguatkuasaan Undang-undang Buruh. Semua pemilik ladang wajib mendirikan sekolah bagi anak-anak pekerja jika bilangan kanak kanak di ladang tersebut melebihi 10 orang. 1914-Penubuhan sekolah-sekolah Tamil di kawasan perbandaran yang mempunyai ramai penduduk orang India. Dibiayai oleh pertubuhan-pertubuhan orang India. iii.1930-Penubuhan Nazir sekolah Tamil dan latihan untuk guru-guru Tamil bagi mengatasi masalah kekurangan guru yang terlatih. iv. 1930-Pengenalan sukatan pelajaran berorientasikan Tanah Melayu melalui penggunaan Bahasa Tamil, Malayalam dan Telegu. SEKOLAH INGGERIS Terdapat satu lagi sekolah pada zaman kolonialisme British, iaitu sekolah Inggeris. Dikenali juga sebagai sekolah Mubaligh. Dikelolakan oleh mubaligh Kristian. Ciri-ciri Sekolah Inggeris -Sekolah Inggeris mempunyai beberapa ciri tertentu. Sekolah-sekolah ini : -Terletak di kawasan bandar yang kurang orang Melayu -Mewajibkan murid-murid bukan beragama ISLAM untuk mengikuti pelajaran agama Kristian. -Memperluaskan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. -Mendapat bantuan kewangan dan sokongan daripada Kerajaan British.

LATIHAN PERGURUAN

Sebelum Perang Dunia Kedua, kerjaya perguruan mengalami masalah-masalah seperti di bawah : Gaji rendah yang menyebabkan ramai guru letak jawatan atau berhenti perkhidmatan mereka. Minat kaum perempuan untuk menjadi guru agak rendah Latihan perguruan Melayu amat mengecewakan Masalah-masalah ini wujud lanjutan amalan Kerajaan British yang mengambil guru-guru dari England untuk mengajar di sekolah-sekolah di negara ini. Pada tahun 1870, keadaan sedemikian telah berubah apabila Jawatankuasa Wooley telah mengkaji keadaan pelajaran di Singapura. Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa : Lebih ramai guru yang terlatih dan berkelayakan tinggi amat diperlukan. Pihak berkuasa menyedari tentang peri penting latihan profesional untuk guru-guru yang sememangnya bertanggungjawab ke atas pendidikan kanak-kanak. Masalah kekurangan guru terlatih di sekolah-sekolah Melayu juga perlu diberi perhatian serius. Pihak British telah mendirikan maktab-maktab perguruan seperti yang berikut : Maktab Perguruan Telok Belanga, Singapura (1878) Maktab Perguruan Melayu Taiping, Perak (1878) Maktab Perguruan Melayu Melaka, Melaka (1900) Maktab Perguruan Melayu Matang, Perak (1913) Maktab Perguruan Sultan Idris Di Tanjong Malim, Perak (1922) Maktab Latihan Perguruan Perempuan Melayu, Melaka (1935) Didapati bahawa bahan bacaan dan rujukan dalam bahasa Melayu agak kekurangan ketika itu. Bagi mengatasi masalah ini dan memantapkan lagi bekalan bahan-bahan tersebut, pihak British telah menubuhkan sebuah pusat yang dikenali sebagai Biro Penterjemahan pada tahun 1942 dan ditempatkan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.

PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

Sejarah perkembangan pendidikan bermula sejak awal abad ke-20 seperti huraian ringkas di bawah : 1900- Permulaan kegiatan kemahiran kraf tangan Melayu di Kuala Lumpur. Orang-orang Melayu yang berkemahiran dalam seni menganyam, menyulam dan mengukir diambil untuk mengajar seni tersebut di sekolah-sekolah Melayu berdekatan dengan Kuala Lumpur. 1905- Pembukaan Sekolah Teknik Teacher di Kuala Lumpur untuk memberi latihan kepada pembantu teknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur & Kereta Api Tanah Melayu. 1918- Pembentukan Suruhanjaya Pendidikan Teknik Dan Industri untuk mengkaji keperluan pelajaran vokasional dan teknik di Negeri-negeri Melayu. 1923- Penubuhan Pusat Latihan Pertanian 1926- Penubuhan Sekolah Teknik yang kemudian diukur status kepada Maktab Teknik (1941) & Universiti Teknologi Malaysia (1972) 1931- Penubuhan Sekolah Pertanian di Serdang, Selangor untuk melatih pegawai-pegawai pertanian. 1946- Sekolah Pertanian di naik taraf menjadi Kolej Pertanian & bertukar kepada Universiti Pertanian Malaysia (1972) & hari ini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.

PENDIDIKAN TINGGI

Pada abad ke-20, Kerajaan British berusaha untuk mengembangkan pendidikan tinggi di Tanah Melayu. 1905- Penubuhan Sekolah Perubatan King Edward V11 di Singapura yang kemudian ditukar kepada Kolej Perubatan King Edward V11 1929- Penubuhan Raffles College di Singapura 1938- Pembentukan Suruhanjaya mengkaji kedudukan pusat pengajian tinggi di Tanah Melayu yang diketuai oleh Sir William Maclean. Antara cadangan yang dikemukakan termasuk gabungan Kolej Perubatan King Edward V11 dan Raffles College menjadi sebuah Universiti. 1941- Pembentukan Universiti Malaya di Singapura SISTEM PENDIDIKAN DI SABAH Sebelum pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara, masyarakat pelbagai suku kaum & etnik di Sabah hanya menerima pendidikan tidak formal. Semasa pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara, sistem pendidikan di Sabah telah mengalami perkembangan yang agak pesat. Mubaligh-mubaligh Roman Katolik mula mendirikan sekolah-sekolah di Papar (1881) & di Sandakan seperti senarai berikut : SEK. REN. St MARY (1883) SEK. Lelaki St MICHAEL (1888) SEK. CONVENT untuk murid-murid perempuan (1891) Bahasa Inggeris menjadi bahasa penghantar di kebanyakan sekolah di Sabah. Bahasa Cina & Bahasa Dusun turut digunakan sebagai bahasa pengantar. Perkembangan sekolah -Lanjutan daripada penubuhan sebuah sekolah kebangsaan Cina di Jesselton, terdapat 79buah sekolah swasta di Sabah pada tahun 1939. -Masyarakat orang Sarawak yang terdiri daripada orang Iban, Kelabit dan Melanau menerima pendidikan daripada nenek moyang mereka yang merangkumi kemahiran-kemahiran asas. -Dikelolakan oleh 3 golongan, iaitu mubaligh Kristian, Kerajaan Brooke & masyarakat Cina.

SISTEM PENDIDIKAN DI SARAWAK Kerajaan Brooke telah mendirikan sekolah-sekolah di luar bandar Kucing. Bahasa pengantar : Bahasa Melayu , Bahasa Cina & Bahasa Inggeris Pada tahun 1924, Kerajaan Brooke telah menubuhkan Jabatan Pelajaran untuk mentadbir sistem pendidikan di Sarawak. Ekoran daripada Laporan Hammond, maka sekolah mengikut kaum telah didirikan pada tahun 1940. Maktab Perguruan Melayu telah didirikan pada tahun 1941 untuk melatih golongan muda yang berminat untuk menceburi diri dalam profesion perguruan Peringkat Kedua : selepas perang dunia kedua (1946-1956) Rancangan Cheeseman Pada tahun1946, mencadangkan : Pendidikan peringkat rendah (asas) secara percuma dalam semua bahasa pengantar. Pendidikan peringkat menengah (sekolah pertengahan & tinggi) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin & Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib di semua sekolah vernakular. Laporan Barnes 1951 Mencadangkan : Menubuhkan sekolah dwibahasa di mana bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris. Sekolah-sekolah Melayu, Cina & Tamil ditukarkan secara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan. Pengajaran agama menggantikan pengajaran Jawi di sekolah. Ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak-anak mereka ke kelas agama pada waktu petang kerana pengajaran agama tidak diajar pada waktu persekolahan. Laporan Fenn-Wu 1952 Mencadangkan : Bahasa Melayu, Bahasa Cina & Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah vernakular. Ordinan Pelajaran 1952 Mencadangkan : Sistem pendidikan sekolah kebangsaan dilaksanakan melalui pengenalan Bahasa Inggeris secara beransur-ansur di sekolah-sekolah Melayu. Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris juga mula dikuatkuasakan di sekolah-sekolah Cina & Tamil. Sekolah jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan. Pendidikan agama diadakan pada waktu persekolahan untuk murid-murid beragama Islam sama ada dalam kawasan sekolah mereka atau di kawasan lain yang berhampiran Sekolah-sekolah vokasional diperkembangkan. Penyata Razak 1956 Mencadangkan : Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris wajib bagi semua sekolah rendah & menengah.

Bahsa Inggeris, Bahasa Cina & Bahasa Tamil menjadi bahasa pengantar bagi sekolah jenis kebangsaan. Dua jenis sekolah yang terbuka kepada semua jenis etnik : Penyata Razak 1956 - sekolah-sekolah rendah yang menerima bantuan atau persendirian. - sekolah-sekolah menengah yang menerima bantuan atau persendirian. Sistem pendidikan sekolah menengah terdiri daripada Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) & Pra Universiti. Sistem peperiksaan yang berpusat & sama bagi semua. Guru-guru sekolah rendah & menengah yang berkelayakan. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan. PENDIDIKAN TINGGI Ketika zaman kolonialisme British, Universiti Malaya telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 1949. Penubuhan universiti tersebut merupakan usaha Kerajaan Inggeris bagi memenuhi keperluan dan permintaan rakyat tanah air terhadap pengajian tinggi. Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia Negara Malaysia mempunyai sejarah pembentukan negara bangsa yang amat panjang dalam mengorak langkah mencapai kemerdekaan. Selari dengan proses tersebut, pendidikan juga telah berkembang seiring dengan zaman. Maka, dapatlah disimpulkan bahawa sistem pendidikan di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu sebelum merdeka, selepas merdeka dan sistem pendidikan semasa. Perkembangan sistem pendidikan sebelum merdeka terbahagi kepada empat peringkat iaitu sebelum kedatangan British, tempoh penjajahan pertama, tempoh penjajahan kedua dan awal kemerdekaan, iaitu sebelum pembentukan gagasan Malaysia. Perkembangan sistem pendidikan selepas merdeka terbahagi kepada tiga tahap iaitu tahap pertama(1963-1965), tahap kedua(1966-1970) dan tahap ketiga(1971-1975). Perkembangan sistem pendidikan semasa pula berlaku selepas tempoh 1975. PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA Pada peringkat pertama sistem pendidikan sebelum merdeka iaitu sebelum kedatangan British pendidikan pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian. Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi. Perkembangan sistem pendidikan semasa penjajahan British(1984-1986) pula bermula setelah Francis Light mengambil Pulau Pinang hingga menjelang Perang Dunia Kedua. Pada masa itu, kerajaan British mula memberi perhatian terhadap pendidikan di negeri-negeri Selat. Blundell(Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah

Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Melaka. Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakular ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam. Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negerinegeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan A Guide To Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils. Buku tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan. Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah ke dalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Selepas itu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class, di mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak. Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious dengan pengajaran sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara China. Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British. Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi bertambah baik. Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India telah diambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-sekolah Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina, kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India. Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India. Sementara itu, perkembangan bagi sekolah Inggeris pula bermula apabila pada peringkat awal penubuhannya, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha kaum mubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan mempunyai beberapa matlamat seperti berikut: i. untuk semua bangsa; ii. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin; iii. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar berpatutan; iv. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-kira; v. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu; vi. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain; vii. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain; viii. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian. Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Pada awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun 1905 pula, sebuah sekolah Melayu

iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anak Melayu peringkat atasan. Sementara itu, perkembangan sistem pendidikan untuk tempoh kedua selepas kedatangan British pula bermula dari tempoh 1946-1957. Perkembangan pendidikan terbantut apabila pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945 iaitu pada Perang Dunia Kedua. Pada zaman ini, kebanyakan sekolah terpaksa ditutup dan hanya sebilangan kecil daripadanya digunakan untuk mengajar bahasa Jepun. Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikan semula. Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum baru telah digubal. Laporanlaporan yang dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956. Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supaya menyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan guru-guru terlatih di sekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi mereka yang mempunyai rekod penilaian yang baik serta mempunyai etika pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar. Sistem pendidikan di Malaysia pada awal kemerdekaan bermula setelah Parti Perikatan merebut 51 daripada 52 kerusi dalam Pilihan Raya Umum pertama di Persekutuan Tanah Melayu.Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem yang telah tercatat di dalam Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Kursuskursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sastera dan Sains. Pada tahun ini juga Laporan Rahman Talib diwujudkan iaitu pada tahun 1960. PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS MERDEKA Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia selepas merdeka bermula pada tahun 1963 hingga 1975. Tahap pertamanya(1963-1965) pula menekankan perlaksanaan Akta Pelajaran 1961. Antara yang dilaksanakan dalam tahap pertama ini, termasuklah pemansuhan Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah(1964), penubuhan sistem Pendidikan Aneka Jurusan(1965) dan penubuhan Pusat Latihan Daerah. Tahap kedua(1966-1970) pula dilaksanakan dibawah Rancangan Malaysia Pertama yang digubal untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul pada masa itu. Antara yang dilaksanakan dalam tempoh ini termasuklah penubuhan Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional, penyelarasan sistem pendidikan melalui Polisi Pendidikan Kebangsaan serta penubuhan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Tahap ketiga(1971-1975) merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan ekonomi serta mengeluarkan lebih ramai tenaga kerja mahir bagi melancarkan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Antara yang ditekankan ialah peranan pendidikan dalam perpaduan(Rancangan Malaysia Kedua), penubuhan Rukun Negara dan Pusat Pengajian Sains. PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SEMASA Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negara dan tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat penting dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran yang diajar di sekolahsekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika mereka. Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulan September 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi:

Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. (Sumber: Education In Malaysia, 1980) Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitu kurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar, perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu murid yang lemah serta mengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah dicadangkan. Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusan perdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa, penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan di sekolah serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan. Pada tahun 1990-an, peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR), Penilaian Menengah Rendah(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) telah diperkenalkan. Selain itu, beberapa akta telah digubal untuk memantapkan sistem pendidikan di negara ini termasuklah: i. Akta Pelajaran 1995 ii. Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 iii. Rang Undang-Undang Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 iv. Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej(Pindaan 1996) v. Rang Undang-Undang Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 vi. Rang Undang-Undang Lembaga Akreditasi Negara 1996 Perkembangan terhadap sistem pendidikan berterusan sehingga ke hari ini antaranya termasuklah penubuhan Sekolah BESTARI 1995, Koridor Raya Multimedia 1999, Ujian Bahasa Inggeris(MUET), PSMI 2003, Sekolah Wawasan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006. Perlaksanaan pelbagai program ke arah perkembangan sistem pendidikan ini akan berlanjutan untuk masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terus meningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. http://aranaz13.blogspot.com/2011/12/perkembangan-sistem-pendidikan-di.html

Penyelarasan Sistem Pendidikan di Sabah Sistem Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Pendidikan di sekolah rendah adalah percuma 1960-an s.rendah dibahagikan mengikut bahasa pengantar, BM, BC dan BI. 1970, DARJAH 1 DI Sekolah Inggeris menukar bahasa pengantar kpd BM. 1976,semua sekolah kecuali sekolah cina menggunakan bm sebagai b. pengantar Dikehendaki mengambil peperiksaan Darjah Enam mengikut bhs pengantar mereka 1978, peperiksaan masuk sekolah menengah dimansuhkan Sekolah menengah kerajaan, bahasa pengantar yang digunakan ialah Bahasa Melaysia / BI

Sekolah menengah cina telah menukar bahasa pengantar kpd BI, kecuali Bahasa Cina dan sejarah Kelas Bridge dijalankan selama setahun/ dua tahun supaya melengkapkan diri dengan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di peringkat sekolah menengah Murid tingkatan 3 di sekolah menengah inggeris akan menduduki Peperikasaan LCE (lower certificate examination) Murid di sekolah menengah cian akan menduduki peperiksanan SCJCE (sabah Chinese junior certificate examination) 1973, SCJCE dimansuhkan dan murid2 di sekolah menengah rendah dikehendaki mengambil peperikasaan SRP / LCE Kolej Sabah di KK menggunakan BM sebagai bahasa pengantar dlm tingkatan 1 pd thun 1968 SRP pertama kalli diperkenalkan di Sabah pd tahun 1971 Murd yang lulus akan meneruskan tingkatan 4 megnikut aliran bc / bi Tingkatan 5 akan menduduki SPM /MCE/ CSC/ SCSCE Tingkatan 6 akan mengambil Peperiksaan HSC (Higher Scholl Certificate)/ STP (Sijil Tinggi Persekolahan)

Maktab Perguruan 2 buah Maktab Perguruan iaitu Kolej Kent melatih guru BM dan BC, dan Maktab Perguruan melatih guru BI dalam sekolah rendah inggeris dan sekolah rendah 1962, Maktab Latihan Perguruan Sukarela Bumiputera, melatih guru sambilan yang sedang mengajar di sekolah bumiputera di luar Bandar 1974, maktab perguruan di Sandakan dan Keningau dibina di bawah Rancangan Malaysia Kedua

Pendidkan Teknik dan Vokasional 1974, 2 buah sekolah vokasional di Likas dan di Sandakan Di Likas, menawarkan kursus Elektrik, Mekanik Kenderaan Motor, Pembinaan, Radio dan TV Di Sandakan , 1973, Pusat Laithan Perdagangan Khas , menawarkan kursus selama 2 tahun penuh masa dalam Perdagangan, Pertukangan Tangan, Pertukangan Kayu dan Mekanik Kenderaan Motor Ordinan Pelajaran Sabah 1965, Lembaga Pelajaran dan bbrp Jawatankuasa Pelajaran Tempatan akan ditubuhkan untuk menasihati kerajaan / aspek pendidikan dan perkembangan di peringkat negeri dan daerah Berkaitan dgn kenaikan pangkat, pentadbiaran, pengurusan sekolah serta kebajikan murid2 di dalam daerah

Penyelarasan Sistem Pendidkan Sarawak Hampir serupa dgn Semenanjung Malaysia Perbezaan bahasa pengantar dan kurikulum untuk sekolah rendah dan sekoalh menengah Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Januari 1966, bayaran yuran sekolah utk sekolah rendah telah dimansuhkan Pelajaran sekolah rendah dua peringkat, peringkat bawah (1-4) dan peringkat atas (5-6) Sekolah rendah dalaman hanya hingga darjah 4 BI dan BC sebagai bahasa pengantar Sekolah menengah dua peringkat juga, peringkt pertama, Junior Secondary (tingkatan 1-3), peringkat kedua, Senior Secondary (tingkatan 4-6) 1970, kelas transition aliran BM ditubuhkan utk murid dari sekolah rendah Inggeris / Cina apbl memilih untuk memasuki sekoalh menengah yang menggunakan Bahasa Malaysia sbg bahasa pengantar 1974, murid sekolah dikehendaki mengambil Peperiksaan Masuk Sekolah Mengengah 1975, murid sekolah rendah secara automatic diberi tempat di dalam kelas Transition / Tingkatan 1 di sekolah mennegah

Вам также может понравиться