Вы находитесь на странице: 1из 2

Menjadi murid cemerlang merupakan cita-cita setiap orang. Tulis cara-cara untuk menjadi murid cemerlang dalam pelajaran.

Semua murid pastinya bercita-cita untuk menjadi murid cemerlang. Yang pastinya Kejayaan tidak akan datang menggolek tanpa disusuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh dalam usaha menggapai kejayaan.

Salah satu cara ingin menjadi murid cemerlang adalah dengan memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar. Jika kita memberi tumpuan, mudahlah kita memahami dan menguasai pelajaran tersebut. Kita seharusnya tidak berbual-bual ketika guru mengajar kerana perlakuan ini merugikan diri kita.

Di samping itu, kita juga perlu lebih banyak membuat latihan atau latih tubi. Latih tubi ini dapat membantu memperkukuh penguasaan terhadap sesuatu pelajaran. Latihan bukan sahaja diperoleh dari pihak sekolah malah boleh diperolehi melalui buku latihan yang berada di pasaran atau dengan melayari internet.

Dalam usaha menjadi murid cemerlang kita harus mengisi masa senggang dengan belajar, membaca buku dan lain-lain. Kita juga harus mengulang kaji pelajaran atau membaca nota pelajaran yang guru beri. Yang pasti kita perlu menghabiskan masa yang lapang dengan perkara yang berfaedah. Selain itu, menghadiri kelas tambahan juga dapat membantu meningkatkan pemahaman terhadap sesuatu mata pelajaran. Hal ini demikian kerana masa belajar dapat dipertingkatkan dan mendapat bimbingan tambahan daripada guruguru yang berpengalaman dan mahir dalam mata pelajaran tersebut.

Kesimpulannya, kita hendaklah berusaha untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Umpama kata pepatah Usaha Tangga Kejayaan. Kemudian disusuli dengan bertawakal kepada Tuhan agar segala usaha yang dilakukan akan mendatangkan hasil yang cemerlang.

Tulis catatan harian tentang aktiviti yang kamu lakukan dalam satu hari.

Sabtu, 13 Februari 2013 8.30 pagi Kami sekeluarga bersiap sedia untuk pergi berkelah. Tempat destinasi yang akan dituju ialah Hutan Lipur Bukit Baka. Ayah meletakkan barang-barang perkelahan ke dalam bonet kereta. Saya pula membantu ibu menyiapkan bekalan makanan dan minuman untuk mengisi perut kami nanti. Setelah semuanya selesai kami pun bertolak ke tempat yang hendak dituju. 10.30 pagi Kira-kira dua jam perjalanan, kami pun tiba di tapak perkelahan. Kami melihat begitu ramai sekali pengunjung yang berada di situ. Ayah mencari tempat berteduh untuk meletakkan barang-barang perkelahan. 3.30 petang Setelah ayah dan abang pulang dari solat Jumaat kami pun sama-sama mengangkat barang-barang yang dibawa ke kereta.Kami pun bertolak pulang ke rumah dengan perasaan yang begitu seronok walaupun berasa sungguh penat. Saya berharap agar dapat pergi lagi ke tempat tersebut jika berpeluang. 6.00 petang Setelah selesai berehat, saya membantu ayah mencuci keretanya. Abang juga turut membantu saya dan ayah pada petang itu. Selepas selesai mencuci kereta ayah, kami menikmati juadah petang yang ibu sediakan. 8.00 malam Saya membuat sedikit ulang kaji untuk persediaan persekolahan esok hari. hampir dua jam saya bersengkang mata mengulang kaji saya masuk tidur setelah menunaikan solat isyak.

Вам также может понравиться