Вы находитесь на странице: 1из 3

Kekuatan Kekuatan permainan tradisional yang dijalankan seperti permainan guli,zero point,jentik gelung getah dan timbang bulu

ayam ini adalah dimana murid dalam menggunakan kemahiran berfikir dan anggota fizikal bagi memastikan bahawa permainan ini dapat dikuasai sepenuhnya oleh murid tersebut. Pengunaan aspek memperkembang kemahiran berfikir adalah menerusi murid berfikir bagaimana strategi yang tepat seperti dalam permainan guli dimana murid perlu memastikan balingan guli ini tepat memasuki lubang (mangkuk polistrin) yang terletak dalam jarak 2 meter dari tempat balingan guli tersebut.Murid juga harus berfikir bagi mengelakkan strategi yang digunakan sesuai dengan kemampuan anggota badan seperti kekuatan balingan dan memastikan balingan tidak batal seperti kaki murid memijak atau melebihi garisan yang ditetapkan dalam permainan guli dan permainan zero point yang menggunakan anggota badan untuk melepasi gelung getah. Permainan ini juga bukan sahaja melibatkan aspek mental tetapi juga aspek perkembangan fizikal.Penggunaan anggota badan seperti tangan yang digunakan untuk melontar guli ini dapat membantu memperkembang kemampuan aspek fizikal seperti dalam aktiviti sukan yang mengunakan tangan seperti lontar peluru dan rejam lembing.Kekuatan permainan juga adalah pemberian mata yang diberikan berdasarkan bilangan guli yang masuk kedalam lubang yang disediakan dan pengiraan mata bagi bilangan berapa kali menimbang bulu ayam.Ini berbeza sedikit berbanding permainan tradisional biasa disebabkan tidak terdapat pemberian markah.Hal ini disebabkan, pemberian mata yang berbeza akan membantu meningkatkan motivasi murid untuk meraih mata yang tertinggi.Ini akan membantu murid untuk bersungguh sungguh dalam permainan ini dan pemberian mata adalah satu bentuk peneguhan positif atas kejayaan seperti dapat memasukkan guli dalam lubang yang disediakan.

Kelemahan Setiap benda dalam dunia ini tidak bersifat sempurna dan termasuklah permainan tradisional yang dijalankan.Kelemahan yang dikenalpasti yang terdapat dalam permainan ini adalah dalam aspek penggunaan bahan.Sebagai contoh,penggunaan mangkuk polestrin yang mengantikan lubang ini tidak sesuai untuk permainan guli.Hal ini demikian,mangkuk ini agak ringan dimana mudah terbalik dan bergerak sewaktu permainan ini dijalankan.Oleh itu,guli yang telah masuk kedalam mangkuk ini sering kali terkeluar apabila pembaling lain membaling guli mengenai permukaan mangkuk polistrin. Kelemahan dalam aspek bahan yang kedua adalah menerusi penggunaan kon yang digunakan bagi penanda setiap bucu dan digunakan untuk memegang tali raffia yang bertindak sebagai garisan bulatan ini.Penggunaan kon ini tidak sesuai disebabkan kon ini tidak dapat memastikan tali rafia ini tegang dipemukaan tempat permainan berlangsung,Ia akan menyebabkan pemain mudah tersadung terkena tali tersebut.Selain itu dalam penggunaan bahan permainan menimbang bulu

ayam,getah pada bulu ayam tersebut terlalu nipis yang menyebabkan bulu ayam tersebut seolah-olah terapung dan lambat jatuh serta memudahkan pemain untuk menimbangnya Kelemahan permainan ini adalah dalam aspek jarak.Seperti dalam permainan

guli,jarak antara pemain dan mangkuk polistrin adalah sejauh dua meter.Semasa permainan ini dijalankan didapati jarak ini terlampau jauh untuk pemain membaling guli ini supaya masuk kedalam mangkuk polistrin yang disediakan.Selain itu,kelemahan yang dikenalpasti adalah pemilihan kawasan permainan.Pemilihan kawasan permainan iaitu padang hoki IPGKSM dilihat tidak sesuai untuk permainan sesetengah permainan tradisional seperti permainan guli.Hal ini disebabkan permukaan padang yang berumput menyusahkan para petugas permainan ini untuk mencari semula guli yang gagal masuk kedalam lubang (mangkuk polistrin) yang disediakan.Permukaan ini juga menyebabkan kedudukan mangkuk polestrin yang diletakkan tidak dalam keadaan yang seimbang dan mudah terbalik.

Refleksi (MOHD ALIF BIN KAMIL) Tugasan permainan tradisional ini adalah tugasan yang memberi pengalaman baru terhadap saya tentang permainan dan budaya.Hal ini disebakan ia memperkenalkan semula kepada generasi baru tentang permainan tradisional iaitu permainan guli Saya juga menyedari bahawa permainan masa lapang dan sukan rakyat yang lahir di dalam kebudayaan Melayu, malah dalam kebudayaan semua dikatakan sebagai satu cara untuk pelepasan emosi manusia itu sendiri. Permainan ini bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan tetapi juga berperanan dalam aktiviti sosial untuk menyerikan majlis-majlis keramaian, perkahwinan dan sebagainya. Di samping berfungsi diatas permainan tradisional dalam masyarakat Melayu memainkan beberapa peranan yang lain seperti bertindak sebagai alat komunikasi di kalangan anggota masyarakat.Selain itu tugasan ini juga membantu saya mengetahui dalam aspek-aspek pengurusan permainan dan sukan. Aspek-aspek pengurusan permainan ini adalah termasuk dalam penyediaan kertas kerja,bagaimana untuk menyediakan bahan,penyiapan peraturan-peraturan

permainan dan pengurusan semasa permainan ini dilangsungkan.Pengurusan permainan ini penting bagi memastikan permainan yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.Pengurusan semasa permainan ini juga merangkumi pengurusan peserta iaitu murid itu sendiri.Kawalan murid ini penting bagi memastikan permainan berjalan lancar,keselamatan murid dapat dijaga dan murid dapat terlibat dengan permainan ini dengan gembiran dan sepenuhnya. Akhir sekali,saya berharap tugasan permainan tradisional ini dapat memberi pengalaman yang berharga kepada saya dalam menjadi guru yang serba boleh bukan sahaja dalam aspek kurikulum tetapi juga kokurikulum.Semoga tugasan ini juga akan memberi manfaat yang sama kepada semua yang terlibat

menjayakannya.

Вам также может понравиться