Вы находитесь на странице: 1из 18

ELEKTROMAGNET

SAINS PN AZMANIRAH BT AB RAHMAN

ARUHAN ELEKTROMAGNET
perkaitan penting antara elektrik dan magnet iaitu aruhan elektromagnet yang telah ditemui oleh Michael Faraday pada tahun 1825. Fenomena aruhan elektromagnet ialah merujuk kepada terhasilnya arus dalam konduktor akibat medan magnet yang berubah. Aruhan elektromagnet melengkapkan perkaitan antara medan elektrik dan medan magnet.

HUKUM FARADAY
Hukum Faraday menyatakan apabila berlaku gerakan relatif antara gegelung pengalir dengan magnet, fluks magnet akan memotong pengalir. Daya gerak elektrik teraruh terjana antara hujung dawai pengalir tersebut. Kehadiran daya gerak elektrik dapat dikesan dengan menggunakan meter galvano.

HUKUM FARADAY
Daya gerak elektrik yang teraruh pada pengalir diperoleh dengan dua cara iaitu: fluks memotong pengalir pengalir memotong fluks

Daya Gerak Elektrik(dge)

Daya gerak elektrik adalah beza keupayaan antara terminal bateri apabila tiada arus mengalir didalam bateri.

D.g.e boleh diukur dengan menggunakan sebuah voltmeter berintangan tinggi yang disambung secara terus kepada terminal-terminal sel atau bateri itu. Unit d.g.e ialah volt(v).

D.g.e boleh diukur dengan menggunakan sebuah voltmeter berintangan tinggi yang disambung secara terus kepada terminalterminal sel atau betri itu. Unit d.g.e ialah volt(v).

HUKUM FARADAY

Hukum Faraday digunakan dengan meluas pada pengubah. Pengubah merupakan alat pegun yang digunakan untuk mengubah voltan arus ulang alik dari satu gelung kepada satu gelung yang lain tanpa mengubah frekuensi dan kuasa di kedua dua iaitu gelung primer dan gelung sekunder.

GAMBAR PENGUBAH

HUKUM FARADAY

Pengubah beroperasi di atas prinsip tenaga yang dipindahkan secara berkesan dengan kearuhan magnet dari satu set gelung kepada gelung yang lain dengan adanya perubahan kutub dan nilai fluks magnet yang disebabkan oleh perubahan nilai dan arah dari bekalan arus ulangalik.

Contoh

apabila kutub utara satu magnet bar bergerak memasuki satu solenoid maka jarum pada Galvanometer akan menunjukkan satu pesongan. Ini menunjukkan ada arus elektrik mengalir didalam solenoid.

PEMOTONGAN FLUKS

Faktor yang mempengaruhi dge

Fluks memotong pengalir

Pengalir memotong fluks

Hukum Lenz

Hukum Lenz menyatakan bahawa arus aruhan yang terhasil daripada gerakan relatif di antara magnet bar dengan solenoid sentiasa mengalir pada arah yang menentang perubahan fluks magnet yang menghasilkan arus tersebut.

Hukum Lenz

Apabila kutub utara suatu magnet bar memasuki solenoid, maka arus yang teraruh di dalam solenoid tersebut akan menyebabkan bahagian solenoid yang berhampiran dengan kutub utara magnet itu sebagai kutub utara juga.
Ini

dicapai dengan arus aruhan ini mengalir pada arah lawan pusingan jam jika dilihat dari sisi kiri solenoid. Oleh yang demikian, kutub utara solenoid akan menentang (menolak) kutub utara magnet bar yang sedang memasuki solenoid tersebut.

Hukum Lenz

Apabila kutub utara magnet bar keluar dari dalam solenoid, maka arus yang teraruh di dalam solenoid tersebut akan menjadikan bahagian kanan solenoid sebagai kutub selatan.

Ini dicapai dengan arus aruhan ini mengalir pada arah pusingan jam jika dilihat dari sisi kanan solenoid. Oleh yang demikian, kutub selatan solenoid akan menentang (menarik) pergerakan kutub utara magnet bar yang sedang keluar daripadanya.

Вам также может понравиться