Вы находитесь на странице: 1из 35

PETIKAN 1 Arahan Am: Tiap-tiap soalan berikut diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, D.

Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian pada kertas jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih itu. Solan 1 hingga Soalan 5 Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. KM 12, Jalan Bayan, Taman Aur, 8300 Batu Pahat, 12 April 2011. Yang dirindui kakandaku Azimah, mudah-mudahan dalam keadaan sihat walafiat. Surat kakanda yang bertarikh 28 Mac 2011 telah selamat adinda terima dua hari lalu. Keluarga kita berasa terharu menerima surat kakanda itu. Maklumlah surat itu yang pertama kakanda kirim setelah hampir setahun kakanda meninggalkan kami. Adinda diminta membaca surat kakanda itu berulang-ulang kali di hadapan ayahanda, bonda dan adik-adik. Kata-kata kakanda dalam surat itu sungguh memberangsangkan adinda. Kakanda, Ayahanda sangat terharu mendengar cerita kakanda dipilih mengikuti rombongan penyelidik Akademik Sains California ke Pusat Nuklear Amerika Syarikat. Menurut ayahanda, belum pernah pelajar negara ini memperoleh peluang seperti itu. Sekarang adinda sedang belajar di tahun enam. Adinda sibuk mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan hampir tiba. Tambahan pula, adinda bukanlah pelajar cemerlang di sekolah. Pada waktu petang hari persekolahan, adinda pergi ke perpustakaan sekolah. Di sekolah, adinda mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan serta bertukar-tukar bahan bacaan. Adinda rasa itulah cara belajar yang pernah kakanda lakukan dan kakanda telah pun berjaya. Adinda sentiasa mengikut pesanan kakanda agar belajar dengan bersungguh-sungguh. Kini, adinda beruntung kerana dapat meminjam buku-buku terbaharu daripada perpustakaan bergerak, yang datang pada setiap hujung minggu. Untuk pengetahuan kakanda, ayahanda akan bersara beberapa bulan lagi. Baru-baru ini, iaitu pada 8 April 2011, ayahanda telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada Ketua Setiausaha Negara. Ayahanda berbesar hati atas penganugerahan itu. Bagi ayahanda, itulah satu-satunya hadiah yang akan menjadi kenangan persaraannya nanti. Rakan-rakan ayahanda mengucapkan tahniah atas kejayaan ayahanda itu. Sampai di sini sahaja buat kali ini. Sebelum adinda mengundur diri, terimalah salam mesra kami untuk kakanda yang jauh. Yang benar, Adib

Surat Azimah diterima oleh Adib pada A B C D 28 Mac 2011 30 Mac 2011 10 April 2011 12 April 2011

Semua perkara berikut benar tentang Adib kecuali A B C D anak yang gigih belajar anak yang menurut kata murid yang suka bekerjasama murid yang terbaik dalam kelasnya

Mengapakah Adib membaca surat Azimah beberapa kali ? A Kerana kali pertama menerima surat daripadanya. B Kerana kandungan surat sukar difahami C Kerana kandungan surat memberi semangat D Kerana Azimah menceritakan pengalamannya

Azimah dianggap pelajar istimewa kerana A berjaya menggembirakan adik-adiknya. B terpilih menyertai pasukan Penyelidik. C menjadi contoh kepada adik-adiknya. D berpeluang belajar di seberang laut.

Apakah yang menggembirakan hati ayah Adib ? A Kerana perkhidmatannya dihargai oleh majikannya B Kerana anak-anaknya berjaya dalam pelajaran C Kerana dia akan bersara beberapa bulan lagi D Kerana menerima tahniah daripada rakan

PETIKAN 2 Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca syair di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Tersebut kisah satu cerita, Seorang anak yang telah berjaya, Hidupnya senang lagi bahagia, Kerana kecilnya gigih berusaha. Datang sekolah tiadalah jemu, Walaupun kurang pensel dan buku, Hasratnya gigih menuntut ilmu, Kelak membantu ayah dan ibu. Disematnya azam di dalam hati, Kepada keluarga mahu berbakti, Adik-beradik pun ramai lagi, Dia mesti hidup berdikari. Siang dan malam membaca buku, Menulis mengira satu persatu, Membuang masa tiadalah mahu, Agar dadanya dipenuhi ilmu. Penat berusaha bertungkus-lumus, Setiap ujian semuanya lulus, Bekerja dan belajar hendaklah terus, Mohon petunjuk Tuhan yang kudus. Demikian coretan sebuah kisah, Menjadi senang sesudah susah, Janganlah kita mudah menyerah, Gigih berusaha membawa tuah.

Apakah perkara yang diutamakan

dalam syair di atas ? A B C D 2 Kepentingan menghargai masa Kesungguhan mencari ilmu Menghormati ibu bapa Membantu adik-adik

Bagaimanakah keadaan hidup keluarga yang diceritakan dalam syair di atas? A B C D Berserah kepada nasib Amat suka membaca Berpelajaran tinggi Serba kekurangan

Semua pernyataan berikut benar tentang seorang anak yang telah berjaya dalam syair di atas kecuali A B C D megah bermurah hati ingin membela nasib keluarga mempunyai adik yang banyak sentiasa maju dalam pelajaran

Maksud mudah menyerah dalam syair di atas ialah A B C D terlalu bermurah hati selalu merendah diri terlalu cepat beralah selalu membantah

Maksud rangkap kelima dalam

syair di atas ialah A berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan B berusaha dahulu kemudian baru berserah kepada takdir C belajar dahulu baru mendapat pekerjaan yang baik D berserah bulat-bulat kepada takdir untuk berjaya

PETIKAN 3 Soalan 1 hingga Soalan 5 Lihat kedua-dua jadual di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. JADUAL 1: HARI DAN MASA SERTA JENIS PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN PESAKIT PAKAR LUAR 9.00 pagi hingga 5.00 petang Selasa 9.00 pagi hingga 5.00 petang Rabu 9.00 pagi hingga 5.00 petang Khamis 9.00 pagi hingga 5.00 petang Jumaat 9.00 pagi hingga 5.00 petang Sabtu 9.00 pagi hingga 5.00 petang Doktor Harun* PEMBEDAHAN Doktor Harun Doktor Lim Doktor Hassan Doktor Lim Doktor Chandran** Doktor Chandran* Doktor Ho Doktor Fauziah Doktor Lim Doktor Harun Doktor Chandran Doktor Hassan** Doktor Fauziah Doktor Ho

HARI & MASA

Isnin

JADUAL II: DOKTOR PAKAR DAN JENIS RAWATAN NAMA DOKTOR Doktor Hassan Doktor Fauziah Doktor Chandran Doktor Ho Dr. Hassan, Dr. Chandran dan Dr. Fauziah CATATAN: *9.00 pagi hingga 11.55 pagi sahaja **2.00 petang hingga 5.00 petang sahaja 12.00 tengah hari 2.00 petang: waktu makan Apakah jenis penyakit yang paling kurang diberi rawatan doktor pakar dalam seminggu ? A Mata B Kulit JENIS RAWATAN Mata Telinga, Hidung, Kerongkong Kulit Jantung Pembedahan

C Jantung D Telinga, hidung dan kerongkong 2 Berapakah jenis penyakit yang mendapat khidmat rawatan pakar dua kali seminggu ? A B C D 3 Satu jenis penyakit Dua jenis penyakit Tiga jenis penyakit Empat jenis penyakit

Bilakah rawatan penyakit kulit diberi pada waktu pagi sahaja ? A B C D Hari Selasa Hari Rabu Hari Khamis Hari Jumaat

Tujuan disediakan jadual seperti di atas adalah untuk ? A B C D mengurangkan kesesakan meringankan tugas doktor mengetahui nama-nama doktor memudahkan pesakit mendapatkan rawatan

Siapakah yang memberi rawatan pakar dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang ? A B C D Dr. Lim dan Dr. Hassan D.r Fauziah dan Dr. Ho Dr. Chandran dan Dr. Ho Dr. Harun dan Dr. Chandran

PETIKAN 4 Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca ucapan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya. Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para jemputan, guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan sekalian. Negara kita mempunyai hasrat untuk lebih maju dalam segala aspek. Wawasan 2020 dijadikan sebgai teras kepada masyarakat untuk mencapai impian sebagai sebuah negara maju di dunia. Dalam usaha mencapai matlamat Wawasan 2020, kita sebagai murid sekolah hendaklah berusaha dengan lebih tekun dan gigih. Saya ingin mengajak rakan semua untuk meneliti sebahagian daripada sembilan isi kandungan cabaran Wawasan 2020 itu. Rakan-rakan sekalian, Cabaran yang kedua ialah mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, yakin kepada diri sendiri dan cemerlang. Dengan ini kita akan dihormati oleh orang lain. Untuk mencapai matlamat tersebut, kita perlu berusaha membaiki diri. Saya yakin bahawa kita mampu berbuat demikian dengan sokongan dan tunjuk ajar guru di sekolah. Rakan-rakan semua, Cuba kita teliti pula cabaran keempat Wawasan 2020, iaitu mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai keagamaan dan kejiwaan. Ini membolehkan Malaysia menghasilkan rakyat yang beradab. Untuk mencapai matlamat ini, maka tiada tempat lain yang sesuai selain di sini. Di sekolah, guru sentiasa mendidik, membimbing dan mengasuh kita agar menjadi murid yang berakhlak dan bermoral tinggi. Hadirin sekalian, Cabaran ketujuh pula ialah mewujudkan masyarakat penyayang dan menyayangi. Sikap kasih sayang sebenarnya bukan sekadar diamalkan di rumah sahaja, malah meliputi pergaulan seluruh lapisan masyarakat. Di sekolah umpamanya, pemupukan sikap tersebut amat terasa di kalangan guru, murid dan anggota masyarakat sekolah yang lain. Dengan ini akan tercapailah satu system sosial yang mengambil kira kepentingan bersama dalam masyarakat Malaysia. Akhir kata, sebagai pemimpin di sekolah ini, saya ingin mengajak rakan-rakan agar bersama-sama berusaha untuk menjadi generasi pendukung wawasan. Sekian dan terima kasih. 1 Siapakah yang menyampaikan ucapan ?

A B C D 2

Ketua murid Ketua darjah Guru pengawas Penceramah jemputan

Cabaran wawasan yang dibincangkan oleh penyampai ucapan sebanyak A B C D dua tiga empat tujuh

Yang berikut merupakan peranan yang dapat dimainkan oleh sekolah kecuali A tempat murid merehatkan diri B tempat murid bergaul dengan mesra C tempat murid dilatih berdisiplin D tempat murid mencapai kecemerlangan

Apakah harapan penyampai ucapan kepada murid-murid ? A Agar menjadi orang yang penyayang B Agar meneliti kandungan wawasan C Agar menjadi penegak wawasan D Agar menjadi penyampai cabaran

Apakah tajuk yang paling sesuai dengan ucapan ini ?

A Peranan sekolah dan pemimpin B Peranan guru dan ibu bapa C Peranan Malaysia sebagai negara maju D Peranan murid ke arah menjadikan Malaysia maju

PETIKAN 5 Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca surat rasmi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Jawatankuasa Kebajikan Penduduk Seksyen 14, No. 115, Jalan 14/36, 46100 Petaling Jaya. _______________________________________________________________________ _ Tuan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Petaling Jaya, 46675 PETALING JAYA. Tuan, Taman Permainan Kanak-kanak Berhubung dengan perkara di atas, saya bagi pihak penduduk Seksyen 14, sekali lagi mengharapkan jasa baik tuan agar mempercepat pembinaan sebuah taman permainan kanak-kanak di kawasan ini. 2. Sejak kawasan perumahan ini dibuka, anak-anak di kawasan kami telah bertambah dengan pesatnya. Taman yang sedia ada sudah tidak dapat menampung bilangan kanakkanak yang ramai itu. Dalam mensyuarat Jawatankuasa yang diadakan pada 29 Februari 2012 yang lalu, satu keputusan telah diambil untuk merayu pihak tuan agar membina satu lagi kawasan permainan kanak-kanak untuk anak-anak kami. 3. Kami telah mengenal pasti satu kawasan yang pada fikiran kami sangat sesuai untuk dijadikan kawasan taman permainan. Tanah itu berhampiran dengan kawasan perumahan kami. Bersama-sama surat ini dikepilkan salinan kedudukan tanah yang dimaksudkan itu. 4. Untuk pengetahuan tuan, pihak kami telah pun mendapat penaja bagi menyediakan kelengkapan di taman permainan yang akan dibina itu. Kami berharap pihak tuan dapat menyegerakan kelulusan pembinaan taman tersebut. Kami sedia memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan projek ini. Diharap rayuan kami akan mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Yang Benar, (OTHMAN BIN SUHIL) Setiausaha, Jawatankuasa Kebajikan Penduduk Seksyen 14,

1 MAC 2012

Petaling Jaya. 1 Surat ini merupakan A B C D 2 surat rayuan surat bantahan surat kelulusan surat peringatan

Penulis menghantar surat ini setelah A mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Petaling Jaya B mendapat persetujuan Jawatankuasa Kebajikan Pendudukan C mendapat tempat yang sesuai dijadikan taman permainan D mendapat bantuan kewangan daripada pihak swasta

Apakah yang dipohon daripada Majlis Perbandaran itu ? A Kelulusan membina taman permainan kanak-kanak yang baru B Kelulusan mendapatkan tanah untuk persatuan C Kebenaran membina kelengkapan taman D Kebenaran menggunakan wang persatuan penduduk

Siapakah yang menulis surat ini ? A Yang Dipertua Majlis Perbandaran B Setiausaha Majlis Perbandaran C Setiausaha Persatuan Penduduk D Penduduk Seksyen 14

Mengapakah persatuan mengemukakan surat ini ? A Agar tanah kosong di tempat mereka dapat digunakan sepenuhnya B Agar kawasan mereka mempunyai taman permainan kanak-kanak C Agar kawasan mereka terkenal dengan taman permainannya D Agar anak-anak mereka mendapat tempat bermain yang selesa

PETIKAN 6 Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya Azman membimbit buku yang dipinjamkannya dari perpustakaan sambil bergegas keluar rumah. Sedang dia menuruni anak tangga rumahnya, dia terserempak dengan kakaknya yang baru sahaja pulang dari pasar. Eh, mana adik dan emak ? Sejak tadi kakak tidak dengar suara mereka. Pintu dan tingkap kenapa ditutup? tanya Halina. Emak dan adik Ana ke hujung kampung. Bapa yang hantar tadi. Pada hari minggu ini, Pak Anjang ada kenduri kata emak, terang Azman bersahaja. Engkau hendak ke mana dengan buku dan berpakaian kemas ? tanya Halina sambil meletakkan bakul yang penuh dengan barang-barang keperluan dapur. Hari ini hari Sabtu, biasalah saya berpakaian begini. Lagipun di sekolah ada pameran Hari Keluarga. Semua ahli masyarakat mengambil bahagian. Mereka telah bersiap-siap sejak hari Jumaat lagi. Ada yang mempamerkan dan menjual hasil kraf tangan, hasil pertanian dan makanan. Saya kena jaga gerai makanan. Nampaknya dapat makan percumalah hari ini, jelas Azman sambil mencapai basikalnya yang tersandar pada tiang. Azman terus mengayuh basikalnya. Di pertengahan jalan, dia bertembung dengan kawan sekelasnya Karim yang sedang menunggu bas sekolah. Kenapa lambat Man. Bukankah kau kena bertugas? tanya Karim. Aku dengar Cikgu Shairi kata pada hari Khamis lalu, acara bermula 8.30 pagi. Sekarang sudah pukul 8.40 pagi. Sebenarnya aku sudah siap awal untuk ke sekolah, tetapi kakak aku tanya macammacam, terang Azman kepada rakannya itu. Engkau pula kenapa ketinggalan bas, setahu aku bas pak cik Manan selalunya datang tepat pada masanya? kata Azman pula. Hari ini kita senasib. Aku tunggu di sini sejak pukul 8.00 tadi. Agaknya bas rosak, sebab itu tak muncul-muncul hingga jenuh aku menunggunya, balas Karim. Kalau begitu, eloklah kau ikut aku. Kira-kira suku jam sampailah kita. Kalau kau tunggu juga, alamat kau tidak akan dapat mengambil bahagian dalam acara sukaneka yang bermula jam 9.00 pagi, pelawa Azman kepada rakannya. Baiklah, kata Karim. Mereka pun meneruskan perjalanan ke sekolah.

Kenapakah Azman tergesa-gesa pergi ke sekolah pada pagi itu ? A Kerana dia akan menyertai acara sukaneka B Kerana dia pergi ke sekolah menaiki basikal C Kerana dia bertugas menjaga gerai makanan D Kerana dia akan pulangkan buku perpustakaan

Bilakah Pak Anjang akan mengadakan kenduri ? A B C D Pada hari Khamis Pada hari Jumaat Pada hari Sabtu Pada hari Ahad

Apakah maksud Karim apabila dia mengatakan Hari ini kita senasib ? A Dia dan Azman terlewat sampai ke rumah B Dia dan Azman terlibat dalam acara sukaneka C Dia dan Azman terpaksa berkongsi basikal D Dia dan Azman terharu mengenangkan nasib

Pada pendapat kamu mengapakah Karim bersetuju mengikut Azman ? A Agar dapat menemani Azman ke sekolah B Agar tiba di sekolah sebelum acara sukaneka C Agar tiba di sekolah sebelum acara pembukaan D Agar dapat menyaksikan pameran Hari Keluarga

Yang berikut ialah sifat-sifat yang ada pada diri Azman kecuali A B C D mesra berdisiplin menepati masa bertanggungjawab

PETIKAN 7 Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Pengarang : Selamat sejahtera Encik Kamal. Kamal : Selamat sejahtera. Pengarang : Saya ucapkan tahniah kerana Encik Kamal telah dipilih sebagai Tokoh Sekolah. Kamal : Saya bersyukur kepada Allah dan terharu atas pemilihan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah. Pengarang : Saya dapat tahu bahawa kecemerlangan Encik Kamal di sekolah berterusan ke peringkat universiti. Siapakah yang mendorong Encik Kamal ? Kamal : Ibu bapa saya yang menjadi pendorong utama atas kejayaan saya. Mereka sentiasa menggalakkan saya berusaha sehingga berjaya ke universiti. Bapa mengharapkan saya meneruskan cita-citanya yang tidak tercapai. Pengarang : Saya ingin tahu mengapa Encik Kamal meminati bidang sains ? Kamal : Saya bersyukur kerana semasa di sekolah guru-guru yang mengajar saya telah mendorong saya sehingga saya tertarik hati dalam bidang itu. Mereka sering mengaitkan sains dalam kehidupan seharian. Saya juga banyak membaca buku berkaitan sains dan sentiasa berfikir tentang sesuatu kejadian. Pengarang : Kebanyakan murid kurang berminat mata pelajaran sains. Bagaimana Encik Kamal dapat menguasai bidang ini sehingga menjadi pakar ? Kamal : Sebenarnya sains tidak begitu sukar. Pelajar perlu mengetahui cara dan teknik yang betul belajar sains. Saya banyak membuat latihan, uji kaji dan mencatat isi penting semasa membaca serta melibatkan diri dalam perbincangan kumpulan. Saya juga menyediakan jadual waktu belajar. Pengarang : Apakah nasihat Encik Kamal kepada murid-murid ? Kamal : Saya berseru kepada mereka supaya berani menyahut cabaran masa kini yang mementingkan bidang sains. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Pengarang : Saya bagi pihak majalah sekolah mengucapkan terima kasih atas kesudian Encik Kamal ditemu bual. Semoga kejayaan Encik Kamal akan menjadi contoh kepada murid-murid sekolah ini. Kamal : Sama-sama. Saya harap murid-murid sekolah ini akan sentiasa beroleh kejayaan cemerlang yang berterusan.

Siapakah Encik Kamal ? A B C D Seorang ahli sains Seorang guru sekolah Seorang pelajar sekolah Seorang penuntut universiti

Mengapakah Encik Kamal mengatakan sains itu penting pada masa sekarang ? A Mempelajari sains membolehkan kita berfikir tentang sesuatu kejadian B Kehidupan harian kita banyak bergantung kepada kemajuan sains C Mempelajari sains membolehkan seseorang menyahut cabaran D Kita akan menjadi pakar apabila mempelajari ilmu sains

Pernyataan di bawah semuanya benar kecuali A Encik Kamal menghargai pemilihannya sebagai Tokoh Sekolah B Guru telah menimbulkan minat Encik Kamal untuk belajar Sains C Encik Kamal telah mempelajari sains dengan pelbagai kaedah D Bapa Encik Kamal pernah menuntut di universiti yang sama

Encik Kamal ada mengatakan, Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Apakah maksud Encik Kamal apabila berkata demikian ? A Ilmu sains boleh dipelajari dengan pelbagai cara B Ilmu sains perlu dipelajari untuk mengatasi cabaran masa C Kita berupaya menguasai sains jika berusaha bersungguhsungguh D Kesukaran ilmu sains bukan penghalang kepada cita-cita kita

Apakah tujuan pengarang menemu bual Encik Kamal ? A Untuk meraikan Encik Kamal sebagai Tokoh Sekolah B Untuk mengetahui tentang kejayaan Encik Kamal C Untuk mendapatkan maklumat tentang ilmu sains D Untuk mendapatkan bahan majalah sekolah

PETIKAN 8 Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca rencana di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Pada bulan September 1987, sebuah taman telah dibuka di Kuala Selangor dikenali sebagai Taman Alam Kuala Selangor. Pembukaan taman ini hasil usaha sama antara Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dengan Persatuan Pencinta Alam. Taman Kuala Selangor ini merupakan taman alam yang pertama di Malaysia. Kerja pembinaan taman alam mini hanya mengambil masa tiga bulan sahaja sebelum dibuka. Taman ini diwujudkan untuk memelihara dan menjaga warisan semula jadi yang terdapat di situ dan sebagai pengiktirafan kepentingan hutan bakau pada kehidupan rakyat Malaysia. Ketam, udang dan ikan banyak terdapat di hutan bakau. Ini menjadikan pantai Kuala Selangor sangat penting sebagai kawasan perikanan. Kawasan seluas 600 ekar ini mempunyai habitat yang berlainan. Ada kawasan dataran Lumpur, tasik, hutan bakau dan hutan tanah kering yang membuat kawasan ini kaya dengan spesies hidupan liar. Terdapat lebih kurang 100 spesies burung di kawasan ini. Keindahan alam semula jadi dapat dinikmati di taman ini. Kita boleh melihat helang merah berterbangan di udara. Pucung dan bangau mencari makan. Pekaka menangkap ikan dalam tasik dan memerang berenang-renang di air. Kita juga boleh melihat lotong kelabu seolah-olah berterbangan dari dahan ke dahan. Taman ini juga menyediakan kemudahan untuk sesiapa sahaja yang ingin mempelajari dan membuat kajian tentang alam semula jadi. Kita boleh berkunjung ke taman ini pada bila-bila masa sama ada pada awal tahun, pertengahan tahun ataupun akhir tahun. Walau bagaimanapun, pengunjung taman ini dilarang mengganggu haiwan yang terdapat di situ. Mereka juga dilarang memetik bunga-bungaan, membuang sampah merata-rata tempat dan berbuat bising.

Pembinaan Taman Alam Kuala Selangor bermula pada A Jun 1987

B Julai 1987 C September 1987 D Disember 1987 2 Taman Alam Kuala Selangor dikatakan istimewa kerana A siap dibina dalam masa tiga bulan B merupakan taman alam pertama C menjadi pusat perikanan yang penting D terdapat pelbagai jenis burung di situ 3 Apakah tujuan Taman Alam Kuala Selangor itu dibina ? A Untuk mengekalkan keaslian kawasan tersebut B Untuk memberi keselesaan kepada para pengunjung C Untuk mendapatkan pengiktirafan rakyat Malaysia D Untuk meningkatkan pendapatan nelayan kawasan itu 4 Pernyataan berikut benar tentang Taman Alam Kuala Selangor kecuali A penyelidikan boleh dijalankan di sini B taman ini meliputi kawasan yang amat luas C pengunjung boleh berbuat perkara yang disukai D terdapat pelbagai jenis hidupan air di taman ini 5 Di manakah letaknya Taman Alam Kuala Selangor ? A Di kawasan berhampiran hutan

tanah kering B Di kawasan berhampiran dataran berlumpur C Di kawasan berhampiran hutan bakau D Di kawasan berhampiran dengan laut

PETIKAN 9 Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Bunga raya ditanam sudah, Bunga kebangsaan menghiasi taman, Kuala Lumpur dihias indah, Waktu malam seperti kayangan. Bunga raya indah menawan, Ditanam subur di mana-mana, Merah warnanya lambing keberanian, Jadi kebanggaan warga Malaysia. Merah kelopaknya bertambah seri, Hijau daunnya menyentuh rasa, Buat pelancong dating ke mari, Sempena Tahun Melawat Malaysia. Bunga melur si bunga anggerik, Diserikan pula si bunga tanjung, Pantai Malaysia cantik menarik, Menjadi tarikan kepada pelancong. Kuala Lumpur indah ceria, Bangunan berseni cantik bentuknya, Rakyat hidup aman bahagia, Keharmonian bangsa beraneka budaya.

Mengapakah Kuala Lumpur diperindah ? A Untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia B Untuk menyambut kedatangan pelancogn asing C Untuk mencantikkan bangunan pada waktu malam D Untuk mencantikkan Bandaraya Kuala Lumpur

Bunga kebangssan Malaysia ialah

A B C D 3

bunga anggerik bunga tanjung bunga melur bunga raya

Pernyataan berikut menggambarkan kehidupan rakyat Malaysia yang dinyatakan dalam puisi kecuali A rakyat Malaysia suka akan keindahan B rakyat Malaysia suka melancong C rakyat Malaysia mengamalkan hidup harmoni D rakyat Malaysia mengamalkan pelbagai kebudayaan

Apakah yang ingin disampaikan oleh penulis tersebut ? A Pelancong tertarik dengan bunga-bungaan di Malaysia B Pelancong tertarik dengan kebudayaan Malaysia C Pelancong tertarik dengan keindahan negara kita D Pelancong tertarik dengan kecantikan bangunan negara kita

Apakah jenis puisi di atas ? A B C D Pantun Syair Sajak Gurindam

PETIKAN 10 Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca jadual di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Jadual Aktiviti Kebudayaan Sempena Sukan Malaysia ke-6 Acara Tempat 1 Pertunjukan Permainan Gasing Pahang Kampung Budaya 2 Persembahan Silat Tari Jawa Pulau Keladi, Pekan 3 Jualan Hasil Kraf Tangan 2 Jun 2007 1 Pertunjukan Permainan Congkak Medan SeleraSri Ketapang, Ahad 2 Persembahan Seni Silat Gayung Pekan 3 Jualan Hasil Kraf Tangan 3 Jun 2007 1 Persembahan Muzik Gamelan Taman Gelora, Isnin 2 Pertunjukan Permainan Laga Buah Keras Kuantan 3 Persembahan Gendang Silat Pahang 4 Jun 2007 1 1 Pertandingan Sepak Raga Bulatan Dataran Teruntum, Selasa 2 Persembahan Nyanyian Tradisional Kuantan 3 Jualan Hasil Kraf Tangan 5 Jun 2007 1 Persembahan Wayang Kulit Kompleks Belia Indera Rabu 2 Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu Asli Mahkota, Kuantan 3 Pertunjukan Permainan Gasing Pangkah Sila berhubung dengan pihak Urus Setia Sukan Malaysia (SUKMA) di Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan masa dan pengangkutan ke tempat-tempat berkenaan. Tiket untuk menyaksikan Sukan Malaysia boleh diperoleh di sana. Bayaran masuk adalah seperti berikut: 1. Dewasa 2. Kanak-kanak - RM 10.00 untuk sepanjang kejohanan dan RM 3.00 bagi satu hari - separuh harga bayaran orang dewasa Tarikh 1 Jun 2007 Sabtu

Apakah tujuan aktiviti dalam jadual di atas diadakan ? A Memeriahkan Sukan Malaysia Keenam B Meraikan para pengunjung Sukan Malaysia Keenam C Meraikan atlet sukan dengan permainan tradisional D Memperkenalkan Persatuan Tradisional Negeri Pahang

Berapa kalikah jualan hasil

kraf tangan diadakan ? A Berapa kalikah jualan hasil kraf tangan diadakan ? A B C D 3 Sekali Dua kali Tiga kali Empat kali

Pada hari apakah pihak penganjur perlu menyediakan hadiah ? A B C D Sabtu dan Ahad Ahad dan Isnin Isnin dan Selasa Selasa dan Rabu

Bagaimanakah caranya para pengunjung boleh mengetahui masa sesuatu aktiviti kebudayaan diadakan ? A Menghubungi Unit Kebudayaan Negeri B Merujuk Urus Setia Sukma Keenam C Menghubungi Majlis Perbandaran Kuantan D Merujuk jadual yang disediakan

Jika adik kamu yang berusia 10 tahun ingin menyaksikan Sukan Malaysia pada hari Rabu, dia perlu membayar sebanyak A B C D RM 1.50 RM 3.00 RM 5.00 RM 10.00

PETIKAN 11 Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Abdul Samad bin Muhamad Said atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Samad merupakan tokoh sasterawan negara yang terkenal. Beliau dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Melaka. Beliau menerima pendidikan awal di sekolah Melayu hingga darjah empat. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke sekolah Inggeris dan lulus peperiksaan School Certificate pada tahun 1965 Beliau antara penulis Melayu yang gigih dan berpengalaman. Sejak di bangku sekolah lagi, beliau mula menulis cerpen dan sajak. Bakat semula jadinya sebagai penulis terselah apabila novel pertamanya yang bertajuk Gerhana memenangi hadiah sagu hati Peraduan Mengarang Novel DBP pada tahun 1958. Novel itu kemudian diterbitkan dengan judul Salina pada tahun 1961. Novel ini dianggap karya terbaik Pak Samad dan diterjemahkan ke dalam sembilan bahasa. Pak Samad turut menulis novel remaja dan kanak-kanak, antaranya termasuklah : Bendera Merah Di Atas Bukit, Yang Berat Sama Dipikul dan Lima Kawan Ke Rumah Rahsia. Pak Samad turut menghasilkan puisi. Ungkapan bahasa puisinya sungguh indah dan mempesonakan pembaca. Keperitan hidup yang dialami pada zaman Perang Dunia Kedua menjadi inspirasi kepadanya untuk menulis. Banyak karyanya yang berlatarbelakangkan zaman itu. Pak Samad ulat buku. Buku menjadi teman hiudpnya. Ke mana-mana sahaja Pak Samad pergi, beliau tidak lupa membawa buku untuk dibaca. Pak Samad sentiasa menggalakkan penulis muda supaya rajin membaca untuk menghasilkan karya yang baik. Bagi Pak Samad, selagi hayat dikandung badan, beliau akan terus berkarya. Sumbangan Pak Samad terhadap bahasa dan sastera Melayu amat besar. Sebagai mengenang jasanya itu, pada tahun 1979, Pak Samad dianugerahi Hadiah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) dan dipilih untuk menerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1985. Pada tahun 1997, Pak Samad dikurniakan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Kerajaan Negeri Melaka.

Bilakah bakat awal Pak Samad sebagai penulis mula dikenali ? A Setelah memenangi peraduan mengarang novel pada tahun 1958 B Setelah menjejakkan kakinya di sekolah C Setelah menulis novel remaja dan kanak-kanak D Setelah lulus peperiksaan School Certificate

10

Pernyataan berikut adalah benar tentang Pak Samad kecuali mendapat penghargaan daripada negeri asalnya B mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa C mendapat pengiktirafan negara sebagai penulis D mendapat latihan khusus dalam bidang penulisan A

Perkataan keperitan dalam petikan bermaksud A B C D kelemahan kesusahan kekecewaan kedukaan

Mengapakah Pak Samad sentiasa membawa buku ke sana ke mari ? A kerana ingin menggalakkan golongan remaja membaca B kerana beliau kuat membaca C kerana mahu menghargai karya penulis D kerana beliau banyak menulis

Kebanyakan karya Pak Samad menceritakan A pengalamannya pada zaman kanak-kanak B pergolakan jiwa remaja C kesengsaraan hidup pada zaman perang D pergelokan Perang Dunia Kedua

PETIKAN 12 Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca iklan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. IKLAN Hadiah Galakan Penulis Muda Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Pekan Pendahuluan Hadiah Galakan Penulis Muda diajurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Pekan dan ditaja oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Program ini bertujuan untuk menggalakkan dan memberi peluang kepada murid-murid berkarya dan menulis dalam Bahasa Melayu. Syarat dan peraturan penyertaan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Terbuka kepada semua murid sekolah rendah tahap II di daerah Pekan Karya hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu. Karya hendaklah asli karangan sendiri bukan terjemahan Karya boleh dalam bentuk rencana, cerpen atau puisi. Karya yang sama tidak boleh dihantar kepada pihak lain. Karya mestilah belum pernah diterbitkan. Jumlah perkataan bagi rencana dan cerpen antara 300 hingga 500 patah perkataan manakala puisi pula bebas. Karya mestilah ditulis sendiri. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 16 Mac 2012. Penyertaan mestilah dikirim kepada : Urus Setia Hadiah Galakan Penulis Muda, Pejabat Pelajaran Daerah Pekan, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.. Ganjaran Tiga hadiah utama dan sembilan hadiah sagu hati serta sijil penyertaan akan diberikan kepada penulis karya yang terpilih. 3 hadiah utama (satu hadiah bagi setiap bidang) 9 hadiah sagu hati (3 hadiah bagi setiap bidang) : RM500 setiap satu :RM100 setiap satu

Siapakah yang mengadakan pertandingan menulis ini ? A Pejabat Pelajaran Daerah Pekan B Sekolah-sekolah rendah di daerah Pekan C Jabatan Pelajaran Pahang D Urus Setia Galakan Penulis Muda

Di bawah ialah antara syarat yang diwajibkan untuk menyertai pertandingan kecuali A karya hendaklah ditaip sendiri B karya hendaklah tulisan sendiri C 12 karya akan terpilih memenangi wang tunai D karya hendaklah ciptaan sendiri

Pertandingan Galakan Penulis Muda terbuka kepada A murid-murid tahun 4,5, dan 6 B murid-murid sekolah di daerah Pekan C murid-murid sekolah rendah di daerah Pekan D murid-murid tahap II sekolah rendah di daerah Pekan

Apakah matlamat diadakan pertandingan menulis ini ? A Memberi hadiah kepada pemenang pertandingan B Melatih murid-murid menulis karya yang panjang C Mencungkil bakat penulis muda berkarya dalam Bahasa Melayu D Melatih murid-murid agar mematuhi syarat-syarat pertandingan

Katakanlah Salmah memenangi hadiah utama menulis cerpen dan puisi, berapakah jumlah yang diterimanya ? A B C D RM200 RM500 RM600 RM1 000

JAWAPAN
PETIKAN 1 (Surat kiriman) 1. C 2. A 3. B 4. A 5. D PETIKAN 3 (Jadual) 1. A 2. C 3. C 4. D 5. B PETIKAN 2 (Syair) 1. B 2. D 3. A 4. C 5. B PETIKAN 4 (Ucapan) 1. A 2. B 3. A 4. C 5. A

PETIKAN 5 (Surat Kiriman Rasmi) 1. A 2. A 3. C 4. D 5. B PETIKAN 7 (Dialog) 1. B 2. A 3. D 4. C 5. D

PETIKAN 6 (Cerita) 1. C 2. D 3. C 4. B 5. C PETIKAN 8 (Rencana) 1. A 2. B 3. A 4. C 5. C

PETIKAN 9 (Pantun) 1. A 2. D 3. B 4. C 5. A

PETIKAN 10 (Jadual aktiviti) 1. A 2. C 3. D 4. B 5. A

JAWAPAN
PETIKAN 11 (Biografi) 1. A 2. B 3. B 4. C 5. D PETIKAN 12 (Iklan) 1. A 2. D 3. C 4. D 5. C

Вам также может понравиться