Вы находитесь на странице: 1из 2

z

EDISI RAMADHAN 5 OGOS 2010


BERSAMA MENGIMARAHKAN SURAU KITA

Bulan ini dalam SEJARAH

PASTI LITTLE IKHWAN

Bulan yang dimaksudkan ialah bukan dalam kalendar masehi


tetapi bulan dalam kalendar hijriah iaitu bulan Ramadhan. Satu-satunya bulan dalam setiap tahun yang boleh menyebabkan seluruh umat Islam ambil tahu, hormati dan kira akan pemergiannya. Kalau ditanya tarikh hijriah dalam bulan lain sudah tentu kita akan mengeleng kepala mengatakan ketidakpastian. Tetapi pada bulan Ramadhan dengan selamba dan yakin kita dapat memberitahu. Kenapa? Sama ada kerana kita nak ambil peluang untuk merebut kelebihan Ramadhan ataupun kita mengira bilalah Ramadhan nak habis dan hari raya menjelang. Walaubagaimanapun, marilah kita cuba ingat balik apa yang berlaku pada bulan ini semasa zaman Rasulullah s.a.w dahulu. Pada bulan Ramadhan berlakunya perang pertama dalam Islam iaitu peperangan Badar. Cuba bayangkan bagaimana hebatnya orang Islam zaman dulu tengah-tengah puasa pun boleh berperang. Seterusnya berlakulah juga peristiwa turunnya Al-Quran ataupun dikenali sebagai Nuzul Quran pada 17 Ramadhan. Selain daripada itu, dalam bulan Ramadhan terdapat juga Lailatul Qadr, malam yamg jika beribadat padanaya samalah seperti beribadat selama seribu bulan. Inilah ganjaran yang diberikan oleh Allah yang Maha Pemurah kepada hamba-hambanya yang mudah lalai. Betul tak? Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Akhir sekali, marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri. Wassalam.

PROGRAM TARBIAH RAMADHAN SURAU AL-FURQAN


SOLAT TARAWIKH Bermula pada 1 Ramadhan hingga 30 Ramadhan TADARUS AL-QURAN Bermula pada 1 Ramadhan hingga 23 Ramadhan MAJLIS KHATAM AL-QURAN 24 Ramadhan QIAMULLAIL DAN SAHUR JAMAIE 21 Ramadhan hingga 30 Ramahdan KAUNTER PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH Sepanjang bulan Ramadhan MINDA AL-FURQAN & PEMERIKSAN KESIHATAN PERCUMA 17 Ramadhan IFTAR BERSAMA PELAJAR UITM 10 Ramadhan KULIAH HARIAN RAMADHAN 1 Ramadhan hingga 30 Ramadhan

JUADAH RAMADHAN
KURMA: BERBUKA PUASA MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH

Rasulullah bersabda: Jika salah seorang diantara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu barakah, kalau tidak ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci

FADHILAT RAMADHAN
Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan. "Sabda baginda dalam hadis yang lain, "Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan." 1. 2. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda. Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu. iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebaan dari siksa api neraka. 4. Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain. 5. Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat. 6. Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan. 7. Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya. 8. Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.

3. Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa

Вам также может понравиться