Вы находитесь на странице: 1из 54

1

KANDUNGAN Halaman KANDUNGAN BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3 PENGENALAN PENGERTIAN MODAL INSAN PENUTUP 3 4 6 1

BAB 2 PEMBENTUKAN MODAL INSAN 2.1 2.2 PENGENALAN KEPENTINGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN 2.3 PEMBENTUKAN MODAL INSAN MELALUI AL-QURAN DAN AL-SUNNAH 2.3.1 2.3.2 Ibadah yang Bersih Ibadah yang Sahih 13 15 19 11 8

2.3.3 2.3.4 2.3.5 2.3.6 2.3.7 2.3.8 2.3.9 2.4

Insan yang Berakhlak Mulia Insan Bersyariat Insan Berakal dan Berilmu Berjuang Melawan Hawa Nafsu Memelihara Waktu Insan Berdakwah dan Berjihad Insan Produktif

21 26 29 34 35 36 42

MODAL INSAN DAN CABARANCABARANNYA 44

2.5

PENYELESAIAN KEPADA CABARAN MODAL INSAN 46 52 54

2.6

PENUTUP

RUJUKAN

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1

PENGENALAN

Dalam

arus

perdana

masyarakat

kini,

membina

dan

membangunkan masyarakat aman damai, sejahtera, dan harmoni merupakan persoalan penting untuk diwacanakan secara serius. Kesejahteraan masyarakat terutamanya masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama menjadi pra syarat utama dalam menjana suasana yang lebih terarah kepada terbangunnya kebahagiaan dan keamanan sesebuah masyarakat. Kesejahteraan yang diidamkan merupakan satu hakikat yang perlu dibangunkan secara kolektif berasaskan kepada teras penting dalam sistem pembangunan iaitu melalui amalan pembangunan modal insan. Jelas ia menunjukkan kepada pelaksanaan yang tersusun rapi dan berterusan. Untuk menuju ke arah tersebut, maka membangunkan masyarakat dengan berpaksikan elemen pembangunan modal insan adalah jalan yang mesti dilalui dan ianya perlu diaplikasikan dan

diperkukuhkan Pembangunan

ke

dalam insan

seluruh yang

anggota

masyarakat. adalah

modal

dimaksudkan

pencernaan akhlak dan moral yang menyeluruh berasaskan ajaran Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan alSunnah. Oleh yang demikian, perbahasan kita ialah tentang penelitian pembentukan modal insan yang terdapat di dalam alQuran dan al-Sunnah. Kedua-dua sumber ini akan membahaskan bagaimana modal insan dibentuk dan hasil implikasinya ke atas diri setiap individu dan masyarakat melalui pembentukan tersebut.

1.2

PENGERTIAN MODAL INSAN

Modal menurut Kamus Dewan ialah wang atau harta benda yang dipergunakan seebagai pangkal atau pokok untuk berniaga atau sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan atau mencapai sesuatu yang lain. Manakala manusia pula ditakrifkan sebagai makhluk yang mempunyai akal budi atau boleh berfikir dan mempunyai daya upaya (Teuku Iskandar 2002: 832).

Berdasarkan penjelasan Kamus Dewan, modal insan merujuk kepada harta yang ada pada diri manusia, iaitu akal budinya dan dengannya manusia dapat mencapai sesuatu yang lain. Akal merujuk kepada fikiran atau kebolehan manusia untuk berfikir ddan mencapai ilmu, manakala budi pula merujuk kepada keupayaan manusia untuk diri dan menuju ke arah matlamat modal insan yang lebih baik (Ahmad Mohd Said & Khalidah Salekan 2007: 4). Selain itu, istilah insan ialah istilah al-Quran dan istilah ini merujuk kepada manusia yang menyeluruh dan sepadu. Kata insan diambil dari kata uns yang bererti jinak, harmoni dan tampak, atau kata nasiya yang bererti lupa, atau kata nasayanusu yang bermakna bergoncang. Walaupun terdapat sisi pandangan yang berbeza mengenai asal makna insan, yang penting kata insan digunakan dalam al-Quran untuk menunjukkan kepada manusia dengan keseluruhannya, jiwa dan raga (Muhammad Syukri Salleh 1987: 12). Manakala modal insan dalam perspektif Islam ialah bagaimana potensi insan seperti akal, hati dan jasmani dijadikan smuber kekuatan mengurus diri dan mengurus sistem. Kekayaan sumber-sumber ciptaan Allah dalam sistem memerlukan pengurusan yang baik dan bijaksana. Allah menghubungkan ciptaannya yang berupa sumber-sumber yang

mempunyai nilai tinggi sebagai rahmat yang perlu diuruskan sebagai amanah. Allah SWT menunjukkan menerusi al-Quran dan mengambil contoh binaan peribadi Rasulullah SAW sebagai modal insan yang terbaik supaya apabila peribadinya terbangun dengan baik, faktor jujur, amanah, ikhlas, adil dan saksama akan menjadi neraca pengrusan (Roslan Mohamed & Siti Aishah Abu Bakar t.th: 3). Berdasarkan daripada pengertian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa pembangunan modal insan amat penting diketengahkan demi mencapai kehidupan yang harmoni dan sejahtera dalam sesebuah masyarakat.

1.3

PENUTUP

Pembentukan modal insan dalam Islam memiliki kualiti amal soleh yang mempunyai kemampuan untuk mensejahterakan umat manusia dan hidup dalam suatu sistem pengurusan dan pentadbiran yang mampu mengekalkan kehidupan manusia secara harmoni dan aman damai. Perutusan Nabi Muhammad SAW dengan membawa risalah Islam berjaya membangunkan generasi cemerlang yang memiliki kekentalan akidah, akhlak teladan, daya juang yang tinggi dan jiwa penerokaan yang

hebat. Secara jelas ia menunjukkan betapa keutuhan insan sewajarnya dapat direalisasikan bila mana nilai modal insan dapat dicanangkan secara menyeluruh. Oleh yang demikian, di bawah ini kita akan membincangkan pembentukan modal insan berteraskan alQuran dan al-Sunnah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW.

BAB 2 PEMBENTUKAN MODAL INSAN

2.1

PENGENALAN

Pembentukan modal insan dalam Islam merupakan fokus utama atau matlamat yang paling tinggi dan ianya merupakan keupayaan bersama (ijtimai) dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat keseluruhannya sama ada di dunia mahupun di akhirat di dalam satu proses yang harmonis dan dinamis. Sebelum kita berbicara secara lebih lanjut, biarlah kita membincangnya dalam konteks semasa iaitu memetik pandangan peribadi Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagaimana diucapkan oleh beliau dalam beberapa ucapan dan perutusan rasmi: Dalam perutusan hari kemerdekaan negara ke-48, beliau mengungkapkan: Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberikan ilmu pengetahuan yang secukupnya, kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia yang mempunyai hemah yang tinggi, yang berjiwa

besar, cintakan negara dan mereka juga mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani (Utusan Malaysia 31 Ogos 2005). Intisari yang terungkap dalam ucapan beliau ini jelas mempamirkan hasrat peneraju utama negara bahawa bentuk dan wajah insan yang diperlukan oleh negara adalah kalangan insan yang seimbang pembangunan rohani dan jasmaninya. Insan hebat penguasaan ilmu pengetahuannya dan pada waktu yang sama berpegang teguh dan menghayati nilai-nilai akhlak yang murni. Dan di kalangan insan sebeginilah yang menurut beliau, akan dapat membina peradaban berkualiti untuk kegunaan manusia sejagat. Hasilnya, akan melahirkan suatu bentuk kesejahteraan yang menyeluruh masyarakat sejagat. Sehubungan dengan itu, pembangunan modal insan yang cuba diketengahkan oleh Islam adalah pembangunan yang datangnya daripada kesedaran yang tinggi dari umatnya yang saling bekerjasama dan bukannya datang daripada satu kelompok yang kecil. Di samping itu, pembangunan ini juga haruslah mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat secara keseluruhan dari segi zahir dan batin. Sekali lagi wajar ditegaskan di sini adalah, konsep pembangunan yang cuba dalam konteks

10

diketengahkan

oleh

Islam

adalah

untuk

mencapai

kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Pembangunan modal insan dalam Islam hendaklah ditangani secara bertahap dan hikmah. Malah dalam Islam itu sendiri amat mementingkan sesuatu perkara dilakukan secara hikmah. Firman Allah SWT dalam surah al-Nahl (16) ayat 125.

Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

11

Pembangunan modal insan dalam Islam hendaklah dijalankan secara dua tahap; iaitu peringkat pembangunan kerohanian dan satu lagi adalah pembangunan peringkat fizikal. Pembangunan pada peringkat kerohanian merupakan pembangunan yang paling asas dalam Islam. Akal dan jiwa manusia perlu dibangunkan dahulu sebelum sesuatu pembangunan fizikal dilakukan. Ini adalah bagi melahirkan insan yang mempunyai pemikiran yang bersih, suci dan pekerti mulia. Tumpuan utama pendekatan Islam adalah ke atas kejiwaan, moral dan etika-etika pembangunan yang mencakupi masa yang amat panjang dan mereka amat prihatin terhadap proses pembangunan Islam (Roslan Mohamed & Siti Aishah Abu Bakar t.th: 5).

2.2

KEPENTINGAN INSAN

PEMBANGUNAN

MODAL

Modal insan tidak sahaja harus dibangunkan dengan prinsipprinsip nilai yang berasaskan agama tetapi memerlukan olahan bijaksana bagaimana cabaran perubahan hari ini dapat dibentuk sesuai dengan acuan kita sendiri. Faktor nilai adalah

12

faktor yang amat penting dalam proses membangunkan modal insan (Roslan Mohamed & Siti Aishah Abu Bakar t.th: 7). Oleh itu, nilai moral, akhlak dan etika iaitu prinsip untuk mengukur dan menghakim sama ada sesuatu dan tujuan itu wajar atau tidak dinamakan sebagai keputusan etika. Nilai yang baik perlu wujud pada pemimpin sudah pasti menggalakkan kepimpinan yang berhemah, bertanggungjawab, amanah dan jujur yang mendorong rakyatnya berganding bahu membangunkan negara atau tamadun. Oleh itu, untuk memperolehi akhlak yang mulia, kita mesti terlebih dahulu mengetahui hakikat diri insan sebagai makhluk yang terdiri daripada unsur jasmani dan rohani. Tempat bagi terbentuk dan tersemainya etika ialah dalam unsur rohani yang membuahkannya dalam pelakuan dan perbuatan oleh anggota jasmani. Akhlak sangat penting untuk dibangunkan kerana ia menjadi fokus kepada pembangunan insan. Kejayaan pembangunan akhlak menjadi kejayaan terbesar kepada pembangunan insan. Akhlak mercu kepada kelahiran manusia untuk menjadi khalifah di bumi ini dan seterusnya memacu dan membina tamadun manusia (Roslan Mohamed & Siti Aishah Abu Bakar t.th: 8). Untuk itu, penelitian pembentukan modal insan melalui al-Quran dan al-Sunnah perlu dikaji dan diketengahkan kerana

13

ianya sudah terbukti kemampuannya menerusi kesan-kesan peninggalan sejarah yang pernah menguasai dunia beberapa ratus tahun yang lalu, bermulanya daripada zaman Nabi Muhammam SAW dan para sahabatnya sehinggalah kejatuhan khilafa Islamiah di tangan Mustafa Kamal Attaturk pada zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah. Berikut merupakan penelitian pembentukan modal insan yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah:

2.3

PEMBENTUKAN MODAL INSAN MELALUI ALQURAN DAN AL-SUNNAH

Allah SWT menjadikan manusia yang mempunyai pelbagai perangai dan sifat. Dengan keunikan kejadian manusia, maka hadirlah sebuah peruntukan undang-undang yang serba lengkap dan merangkumi setiap aspek kepelbagaian kehidupan. Dengan perutusan para Nabi dan Rasul, tujuan mereka ialah menjadikan umat masing-masing sebagai insan soleh yang layak menjadi khalifah di muka bumi. Mereka mengajarkan risalah masing-masing kepada umat mereka, tidak dikurangi dan ditambah walaupun sedikit. Namun, sedikit sahaja yang beriman dan selebihnya ingkar dan kufur

14

terhadap perutusan dan kandungannya. Orang yang beriman diangkat darjatnya melebihi malaikat, bagi golongan ingkar diturunkan darjatnya melebihi binatang. Firman Allah SWT dalam surah al-Tin (95) ayat 4 hingga 5.

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikannya dalam keadaan serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah.

Menurut

al-Qaradhawi,

matlamat

pertama

yang

menjadi sasaran Islam ialah membina insan yang soleh yang layak menjadi khalifah di bumi yang telah dimuliakan oleh Allah SWT. Dijadikannya dalam bentuk paling elok dan ditundukkan kepadanya semua isi langit serta bumi. Ia adalah manusia yang memiliki semua sifat kemanusiaan dan diangkat

15

lebih tinggi dari taraf haiwan ternak dan binatang buas. Manusia yang soleh inilah yang menjadi asas kepada keluarga yang soleh, masyarakat dan umat yang soleh (al-Qaradhawi 2012: 377).

Sejarah Islam telah mempamerkan ramai insan yang mempunyai kemahiran dalam berbagai bidang yang telah memberikan sumbangan besar kepada kemanusiaan. Sudah tentu mereka telah melalui satu latihan yang baik sehingga mereka mempunyai kompetensi yang tinggi dalam banyak bidang. Sumber latihan ini tidak lain adalah al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW kerana orang-orang Arab hanya muncul membina tamadun unggul dan memimpin umat manusia sejagat hanya selepas mereka mengambil al-Quran dan Sunnah sebagai asas kehidupan mereka. Antara asas pembentukan modal insan yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah ialah: 2.3.1 Ibadah yang Bersih

Akidah merupakan asas kepada seorang pendidikan yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Ia tidak boleh dicampuri oleh

16

akidah-akidah lain seperti yang tercatat dalam al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah al-Ancam (6) ayat 162.


Maksudnya: katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Ayat di atas menerangkan bahawa bukan sahaja sembahyang dan ibadah-ibadah khusus yang perlu diikhlaskan kepada Allah tetapi keseluruhan kehidupan mesti milik Allah semata-mata. Insan yang beriman dan berakidah seharusnya

mempunyai pemikiran yang jelas tentang dirinya dan alam sekelilingnya. Dirinya bukanlah tumbuhan liar di padang yang luas yang muncul sendirian tanpa sesuatu kuasa yang menanamnya. Beliau menyedari bahawa alam disekeliling bukanlah muncul sendirian tanpa Penciptanya dan Pentadbirnya. Sebaliknya, beliau beriman bahawa beliau mempunyai Tuhan yang menciptanya, menyempurnakannya

17

dan menyeimbangkannya, mengajar kepadanya berbicara, mengurniakan kepadanya akal dan kehendak, mengutuskan kepadanya para Rasul, menurunkan kepadanya kitab-kitab suci sebagai panduan, memberikan hujah kepadanya serta menjelaskan matlamat dan jalan sebenar kejadiannya selaku makhluk Allah SWT. Manusia mesti meyakini bahawa disebalik alam yang indah ini terdapat Pencipta yang Maha Agung yang menjadikan segala sesuatu serta menentukan kadarnya, yang memberikan setiap satu penciptaanNya kemudian memberikan pula petunjuk. Namun apa yang diciptaNya akan musnah dan Dia akan menggantikannya dengan alam yang lain iaitu alam yang kekal abadi, yang padanya akan dibalas setiap apa yang telah mereka usahakan dan diberikan pahala terhadap apa yang telah diamalkannya dan mereka tidak akan dizalimi (al-Qaradhawi 2012: 378). Berkenaan dengan kenyataan ini, Allah SWT berfirman dalam surah Shad (38) ayat 27 hingga 28.

18


Maksudnya: Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan. Yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab neraka. Patutkah Kami jadikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh itu sama seperti orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi? Atau patutkah Kami jadikan orang-orang yang bertaqwa sama seperti orang-orang yang berdosa? Oleh yang demikian, pembentukan modal insan mestilah hidup dalam keadaan beriman kepada Allah SWT. Beriman dengan risalah-risalah-Nya, kitab-kitab-Nya dan para rasul-Nya serta dengan risalah terakhir-Nya iaitu risalah dan perutusan Nabi Muhammad SAW. Keimanan merupakan ciri keunikan insan Muslim. Seseorang Muslim dengan akidahnya yang berteraskan kepada Tauhid. Yang mana Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah tidak boleh dipisahkan. Berbeza dengan keimanan golongan bukan Muslim iaitu mereka hanya beriman bahawa Allah sahajalah yang mencipta

19

langit dan bumi seperti dalam firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut (29) ayat 61.


Maksudnya: Dan sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya)?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintah-Nya)?

2.3.2

Ibadah yang Sahih

Pembentukan modal Insan yang soleh mesti seorang ahli ibadat. Beliau haruslah sedar bahawa disekelilingnya dijadikan untuknya. Sebaliknya beliau sedar kejadiannya hanya untuk Allah. Beribadat hanya kepada Allah yang Maha Esa adalah matlamatnya yang paling utama. Lantaran itu, kewujudannya

20

sebagai insan dan makhluk yang dhaif di dunia ini memiliki tanggungjawab atas dirinya sebagai hamba dan milik Allah SWT. Untuk itu, sebarang perbuatannya haruslah ditujukan kepada Penciptanya. Firman Allah SWT dalam surah alDzariyat (51)ayat 56 hingga 57.


Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.

Al-Qaradhawi menjelaskan bahawa makhluk menjadi khadam antara satu sama lain. Setiap jenis makhluk menjadi khadam kepada jenis makhluk lain yang lebih tinggi darjatnya. Tanah berkhidmat kepada tumbuh-tumbuhan, tumbuhtumbuhan pula berkhidmat kepada binatang, manakala binatang pula berkhidmat kepada manusia, manakala manusia

21

berkhidmat melainkan

pula untuk

kepada

Penciptanya kepada

dengan Tuhannya

cara dan

mengabdikan diri kepada Tuhannya1. Manusia tidak diciptakan berkhidmat Penciptanya, iaitu dengan beribadat kepada-Nya semata-mata tanpa ada sebarang penyekutuan dengan sesiapa atau sesuatu yang dijadikan-Nya di bumi dan di langit (al-Qaradhawi 2012: 383-384).

2.3.3

Insan yang Berakhlak Mulia

Akhlak yang kukuh adalah amat penting dalam pembinaan modal insan sehingga Rasulullah SAW menyifatkan perutusannya adalah semata-mata untuk menyempurnakan akhlak. Akhlak yang dimaksudkan ialah jujur, berani, teguh pendirian, tabah, tekun, sabar pengasih dan apa sahaja akhlak yang mulia. Rasulullah SAW sendiri telah menjadi contoh dan teladan dalam memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia. Allah SWT telah menyatakan tentang keagungan akhlak Rasulullah SAW di dalam al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah al-Qalam (68) ayat 4.
Walaupun hakikat pengabdian tersebut tidak memberi apa-apa makna kepada Penciptanya, iaitu tidak dapat memberi manfaat ataupun dharurat kepada Tuhannya. Berbeza dengan manusia yang menciptakan kenderaan, kerana kenderaan dijadikan atas kemaslahatan (kepentingan) manusia iaitu memudahkan urusan tugasan harian baginya.
1

22


Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. Dalam membentuk modal insan Muslim sepatutnya menjadikan Rasulullah SAW sebagai teladan yang baik. Allah telah mengutuskan Baginda untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak dan menyifatkan Baginda SAW sebagai berakhlak agung. Insan tersebut mengambil dan mengikuti petunjuk Baginda serta berakhlak dengan akhlak Baginda dengan harapan agar dapat mendampingin Baginda pada hari Qiamat kelak. Al-Qaradhawi menjelaskan bahawa insan Muslim ialah manusia yang berjaya menewaskan naluri dan syahwatnya apabila dia menyucikan dirinya dengan riadhah, mujahadah dan mengawasi dirinya sehingga dia berjaya berpindah dari nafsu yang sentiasa menyuruh ke arah kejahatan kepada nafsu yang sentiasa mencela kejahatan diri (al-Nafs al-Lawwamah) (al-Qaradhawi 2012:387). Oleh yang demikian, manusia tersebut berjaya mendapat kejayaan apabila ketaqwaannya mengatasi kejahatan sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-Syams (91) ayat 7 hingga 10.

23

Maksudnya:

Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Islam telah mengajar kita bahawa akhlak dan kesopanan merupakan keperluan akidah dan kesempurnaan iman yang mana kedua-duanya merupakan hasil yang pasti bagi ibadat yang benar. Jika ibadat tidak membuahkan akhlak dan kesopanan, bermakna ibadat tersebut cacat. Akhlak insan Muslim tidak boleh dibahagi-bahagikan. Akhlaknya tidak sama seperti akhlak orang Yahudi yang mengharamkan riba dalam interaksinya sesama Yahudi tetapi menghalalkannya

24

dalam interaksinya dengan orang lain. Akhlak insan Muslim juga tidak sama seperti akhlak orang Barat penjajah yang berinteraksi di dalam negaranya dengan moral yang baik tetapi apabila dia berinteraksi dengan orang dari negara lain dia mencuri, menzalimi, melewati baras dan sombong (alQaradhawi 2012: 392). Firman Allah SWT dalam surah alMaidah (5) ayat 8.

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekalikali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah,

25

sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Sesungguhnya insan Muslim sentiasa berlaku adil kepada orang yang dikasihinya dan orang yang dibencinya, kepada kerabat yang dekat dan musuh yang jauh. Inilah yang membezakan antara akhlak orang Islam dengan bukan Islam. Jika orang Islam dizalimi, beliau tidak membalas dengan berlebihan dan melampaui batas kerana perkara tersebut dilarang sama sekali. Bahkan, orang Islam yang lebih tinggi nilai akhlaknya ialah sanggup memaafkan saudaranya samada di kalangan Muslim mahupun bukan Islam.

2.3.4

Insan Bersyariat

Selain dari berpegang teguh dengan akhlak dan adab kesopanan, insan Muslim juga harus berpegang teguh dengan manhaj Rabbani dan syariat yang difardhukan ke atasnya oleh Tuhannya. Tuhannyalah yang menetapkan sesuatu perkara, menghalalkan segala perkara baik untuknya, mengharamkan perkara yang buruk ke atasnya, menentukan kewajipan ke

26

atasnya, menjelaskan hak untuknya dan memperincikan apa yang diperlukannya. Dia tidak dibiarkan begitu sahaja dan tidak ditinggalkannya untuk habuan falsafah-falsafah dan sistem-sistem manusia yang saling bertentangan yang cenderung ke kanan dan ke kiri. Sebaliknya dilakarkan kepadanya jalan yang lurus serta memastikannya supaya bergerak di atasnya di samping mengambil kira keuzurannya dengan menentukan kelonggaran-kelonggaran baginya dan mengenalpasti kadar darurat yang tertimpa ke atasnya dengan mengharuskan baginya perkara-perkara haram mengikut kadar, bentuk dan jangka masa darurat tersebut tanpa keterlaluan (alQaradhawi 2012: 393). Firman Allah SWT dalam surah alBaqarah (2) ayat 173.


Maksudnya: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatangbinatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak

27

mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Mengasihani. Allah Maha Pengampun, lagi Maha

Seorang insan Muslim terikat dengan hukum-hakam syariat dan manhaj Ilahi dalam hubungan kekeluargaan, kemasyarakatan, ekonomi dan politiknya. Dia berkahwin atau bertalaq, menjual dan membeli, menyewa atau memberi sewa, mencari nafkah atau membelanjakannya, memiliki atau memberi, mewarisi atau mewariskan, berhukum atau dihukum, berdamai atau berperang, semuanya mestilah berdasarkan perintah dan larangan Allah serta menurut tuntutan dan pilihan yang diberikan-Nya. Al-Qaradhawi menambah bahawa adat dan muamalat yang menjadi keperluan hidup manusia, maka asas hukum padanya adalah tiada tegahan. Oleh itu, tidak boleh menegah sesuatu melainkan jika perkara itu telah ditegah oleh Allah SWT. Ini kerana perintah dan tegahan itu merupakan asas syariat Allah SWT. Justeru, ibadah khusus menjadi sabit kerana ia termasuk dalam suruhan Allah. Dari situ, jika sesuatu perkara seperti muamalat dan adat itu tidak pernah sabit melalui perintah Allah, maka bagaimana ia secara tiba-tiba

28

boleh dilarang dan ditegah (al-Qaradhawi 2012: 12)? Atas dasar inilah, Imam Ahmad dan para ulama hadith menyebutkan bahawa asas hukum bagi ibadah khusus ialah tawqifi. Kita tidak berhak untuk mereka-reka sesuatu melainkan apa yang dating dari Allah. Jika kita memandaimandai, maka kita termasuk dalam golongan yang ditempelak Allah SWT. Firman Allah dalam surah al-Syura (42) ayat 21.


Maksudnya: Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari agama mereka - sebarang undangundang yang tidak diizinkan oleh Allah? dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orangorang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 2.3.5 Insan Berakal dan Berilmu

29

Keimanan Islam tidak akan berkata kepada insan Muslim sebagaimana kata agama-agama lain: Percayalah secara membuta tuli. Sebaliknya ia menyeru insan Muslim agar mengetahui tentang Tuhannya dan mengasaskan kepercayaannya atas dasar keyakinan bukan atas dasar sangkaan serta menyandarkannya kepada bukti bukannya taqlid iaitu mengikut tanpa mengetahui hujah (al-Qaradhawi 2012: 405). Firman Allah SWT dalam surah al-An cam (6) ayat 148.


Maksudnya: Orang-orang musyrik akan mengatakan: "Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun". Demikianlah juga

30

orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa kami. Katakanlah: Adakah kamu mempunyai (sesuatu keterangan yang berdasarkan) ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada Kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan sematamata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta. Al-Quran telah memberi dorongan dengan pelbagai bentuk supaya melihat, berfikir dan meneliti samada terhadap bukti-bukti kekuasaan Allah yang terdapat pada alam yang boleh dilihat atau pun ayat-ayat-Nya yang diturunkan, dibacakan dan didengar, dengan ungkapan lain mushaf yang bisu iaitu alam dan mushaf yang bertutur iaitu al-Quran. AlQuran adalah satu-satunya kitab suci yang mengarahkan agar melihat, berfikir, menggunakan akal dan meneliti di samping arahannya supaya beribadat dan beramal. Tidak hairanlah jika berfikir dianggap sebagai kefardhuan Islam sepertimana yang terkandung di dalam al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah Shad (38) ayat 29.

31

Maksudnya: (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad). Kitab yang banyak faedahfaedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil ikhtibar.

Menurut al-Qaradhawi akal menurut perspektif Islam ialah tidak bertentangan dengan wahyu, sebaliknya akal adalah bukti kepada kebenaran wahyu. Justeru itu, para pengkaji dari kalangan umat Islam menganggap akal adalah asas kepada naql (wahyu) kerana jikalau tanpa akal sudah pasti kita tidak akan tahu kewujudan Allah SWT. Kita tidak akan dapat menegakkan dalil-dalil tentang kewujudan Allah dan tidak dapat menghapuskan salah faham kaum atheis. Tanpa akal maka tiadalah hujah untuk membuktikan kemungkinan dan kewujudan wahyu, kebenaran para Nabi dan Rasul, yang mana Nabi Muhammad SAW merupakan penutupnya (al-Qaradhawi 2012: 415). Akal manusia mempunyai lingkungannya yang tidak wajar melampauinya, jika tidak ia akan tersesat di lembah kesesatan. Itulah lingkungan makhluk yang begitu banyak dan

32

luas ini. Sementara yang berkaitan dengan zat Allah SWT dan keagungan kedudukan-Nya, akal tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengetahuinya. Lebih utama baginya menerimanya dari wahyu serta mengambil darinya setelah terbukti kebenarannya. Akal yang akan menegakkan kebenaran wahyu, kemudian ia berdiri dengan sendirinya serta mengambil dari wahyu perkara-perkara yang bukan bidangnya dari urusan ketuhanan, alam ghaib dan hari akhirat. Firman Allah SWT dalam surah al-Isra ayat 85.

Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.

Setiap insan Muslim mestilah menuntut ilmu yang bermanfaat dari ahlinya kerana ilmu tidak datang seperti turunnya air hujan dari langit, tetapi diperolehi melalui proses belajar dalam jangka masa panjang. Melalui proses ini, insan

33

Muslim

telah

membangunkan

tamadun

agung

yang

menyepadukan antara ilmu dan iman. Ia telah meninggalkan kesan di dalam kehidupan manusia dalam bentuk ilmu pengetahuan yang pelbagai, ia juga telah memimpin dunia selama beberapa kurun.

2.3.6

Berjuang Melawan Hawa Nafsu

Berjuang melawan hawa nafsu merupakan satu lagi kemahiran yang perlu ada pada setiap orang. Semua orang boleh cenderung kepada kebaikan dan boleh juga cenderung kepada kejahatan. Kecenderungan kepada kejahatan perlu dilawan supaya kejahatan tidak dilakukan oleh setiap orang. Dalam pendidikan Islam, hawa nafsu yang membawa kepada kejahatan tidak dihapuskan tetapi disalurkan kepada satu jalan yang baik. Sebenarnya nafsu seseorang itu adalah wadah tempat berinteraksi segala yang buruk dan jahat, halal dan haram, hak dan batil. Ia seperti bejana yang menerima apa sahaja. Baik hidayah mahu pun kesesatan, baik yang bersih mahu pun yang kotor. Sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah al-Shams (91) ayat 7 hingga 10.

34


Maksudnya:


Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). 2.3.7 Memelihara Waktu

Waktu amat terhad kepada sesiapa sahaja. Ia akan terbuang sia-sia jika tidak dimanfaatkan. Ia tidak boleh diperbaharui. Oleh setiap orang yang melalui pendidikan Islam mesti pandai menjaga waktu. Betapa pentingnya waktu, Allah dan RasulNya telah menerangkannya melalui al-Quran dan Sabdanya. Allah swt banyak bersumpah di dalam al-Qur'an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri,

35

wallaili dan sebagainya. Allah bersumpah dengan masa yang menyifatkan semua manusia dalam kerugian, kecuali yang beriman, beramal saleh, berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Amal saleh yang dimaksudkan ialah semua amalamal yang ikhlas semata-mata kepada Allah dan tidak bertentangan dengan syariat-Nya. Sehubungan dengan waktu, Rasululah bersabda supaya memanfaatkan lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu waktu hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, rehat sebelum sibuk dan kaya sebelum miskin. 2.3.8 Insan Berdakwah dan Berjihad

Insan Muslim adalah insan yang berdakwah dan berjihad. Maksudnya, manusia tidak hanya memadai dirinya sahaja yang baik, sebaliknya beliau berusaha untuk memperbaiki orang lain serta mendakwah orang lain kepada apa yang ditunjukkan oleh Allah kepadanya. Daripada ini, al-Qaradhawi membawa surah al-cAsr sebagai dalil agar manusia menjadikan amalan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran sebagai syarat kepada kejayaan manusia dari kerugian di dunia dan akhirat di samping iman dan amal soleh. Firman Allah SWT dalam surah al-cAsr ayat 1 hingga 3.

36

Maksudnya: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesanpesan dengan sabar.

Al-Qaradhawi

menjelaskan

makna

perkataan

berpesan iaitu menasihati orang lain dengan kebenaran serta menyeru ke arahnya dan juga menerima nasihat dengan kebenaran dari orang lain. Setiap insan Muslim adalah pemberi nasihat dan penerima nasihat dengan kebenaran (al-Qaradhawi 2012: 398). Justeru itu, umat Baginda juga diutuskan sepertimana Baginda diutuskan. Semua manusia yang mengikut Baginda adalah penggerak dakwah (petugas) bagi Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah Yusuf (12) ayat 108.

37


Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan Aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.

Insan Muslim tidak membiarkan kemungkaran tersebut berlaku secara berleluasa. Jika kemungkaran berlaku dari kalangan para pemerintah dan orang-orang kenamaan, maka insan Muslim mestilah tidak merasa lemah dalam menghadapi mereka dengan perintah dan larangan secara berhikmah dan nasihat yang baik. Pendakwah tersebut hendaklah bersandar kepada kekuatan kebenaran yang ada bersamanya dan keyakinan bahawa rezekinya adalah di tangan Allah, tiada siapa yang boleh mengurangkannya, sementara ajalnya telah

38

ditetapkan di sisi Allah SWT, tidak akan dikemudiankan atau didahulukan walau sesaat pun (al-Qaradhawi 2012: 402). Berdakwah kepada kebaikan dan menyeru ke arah kebaikan serta melarang kemungkaran merupakan sebahagian dari prinsip asas agama ini. Menurut perspektif Islam, tidak memadai bagi seseorang itu jika dia hanya soleh secara individunya tetapi tidak mempedulikan kerosakan yang berlaku terhadap orang lain. Sebaliknya orang yang soleh di sisi Islam ialah orang yang memperbaiki dirinya dan cuba memperbaiki diri orang lain sekalipun dengan cara berdakwah dan melakukan amar maruf nahi mungkar. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 104.

Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang

39

daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Jihad di jalan Allah untuk membela kebenaran, menegakkan pengajaran kebaikan, kepada menjamin penerusan dakwah, serta menghalang fitnah, menghalau para penyerang, memberi para pelanggar perjanjian menyelamatkan kaum yang lemah merupakan prinsip Islam yang tidak disanggah oleh mana-mana Muslim. Tiada seorang Muslim pun yang tidak tahu tentang kedudukan dan kelebihannya serta apa yang tidak tahu tentang kedudukan dan kelebihannya serta apa yang telah disediakan oleh Allah untuk mereka yang melakukannya di samping pensyariatannya. Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa (4) ayat 75.


Maksudnya:

40

Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Iaitu, mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi Kami dari pihak-Mu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihak-Mu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh).

2.3.9

Insan Produktif

Insan Muslim bukanlah pendeta atau rahib yang bertapa di atas biaranya. Sebaliknya, insan Muslim adalah insan yang beramal dan produktif di dalam kehidupannya, yang memberi sumbangan kepada kehidupan sepertimana dia mengambil

41

sumbangan darinya. Memakmurkan dunia adalah salah satu matlamat penciptaan manusia dan perlantikannya sebagai khalifah di atas permukaan bumi sepertimana dalam firman Alalh SWT dalam surah Hud (11) ayat 61.


Maksudnya: Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh lalu ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Dia-lah yang menjadikan kamu dari bahanbahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu, mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepada-Nya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya.

42

Al-Qaradhawi menjelaskan makna memakmurkan iaitu menuntut agar kita selaku manusia membangunkan bumi ini. Asal tuntutan adalah wajib dan tidak bersalahan dengan ibadat. Bahkan jika ia dilakukan menurut perintah Allah SWT serta menepati hukum-hukum syariat maka ia menjadi ibadat. Menurutnya lagi, pekerjaan yang paling utama ialah pekerjaan yang paling diperlukan oleh manusia sementara orang lain tidak memperdulikannya (al-Qaradhawi 2012: 420). Misalnya, jika keperluan semasa memerlukan kepada makanan dan manusia sibuk pula dengan urusan perindustriaan maka perkara itu harus dihentikan dalam beberapa waktu yang ditetapkan sehingga sumber makanan mencukupi untuk membekalkan keperluan masyarakat dalam beberapa tempoh. Allah SWT telah menjadikan kepada manusia bumi yang terhampar dan kesenangan untuk jangka masa tertentu. Allah memberikan keberkatan kepadanya dan menentukan makanannya di dalamnya serta membekalkan padanya puncapunca kehidupan yang memastikan kekalnya manusia sehingga sampai ke satu-satu masa yang dikehendaki-Nya.

2.4

MODAL INSAN DAN CABARAN-CABARANNYA

43

Dalam membangun modal insan terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat masa kini. Antara cabarancabarannya ialah: i. Amalan rasuah yang masih menjadi amalan dalam sesetengah pengurusan. ii. Jenayah berat yang kian meningkat seperti membunuh, merompak, merogol sering menjadi bahan berita utama di media massa sama ada cetak atau elektronik. Ini menunjukkan bahawa manusia sudah tidak mempunyai moral atau muflisnya nilai harmoni dalam diri masyarakat itu sendiri. iii. Hubungan kekeluargaan yang kian renggang. Manusia kini kurang mementingkan hubungan kekeluargaan. Kejadian penderaan anak-anak kecil, dicabul dan dirogol kini menjadi semakin serius. Hal ini terjadi kerana nilai dan perasaan kasih sayang sudah pudar dan terhakis dalam konteks hubungan kekeluargaan. iv. Terdapat segolongan manusia yang begitu rakus menebus tanah untuk pembangunan. Ini kerana manusia sangat mementingkan pembangunan fizikal tanpa mengambil kira organisasi yang akan melemahkan sistem

44

kepentingan pembangunan mapan. Kegiatan pembalakan dan pembersihan hutan untuk menjalankan projek pembangunan tidak memberi pertimbangan kepada keceriaan dan keseimbangan alam sekitar. Dalam erti kata lain, konsep pembangunan mapan tidak dilaksanakan dengan sewajarnya. v. Kadar pengangguran di kalangan siswazah menjadi isu negara. Pengangguran siswazah menjadi salah satu isu penting negara. Kegagalan siswazah mendapatkan pekerjaan adalah kerana kekurangan pelbagai kemahiran generik yang dikehendaki oleh pihak industri atau organisasi. Disamping itu, siswazah kurang berkemahiran dari aspek komunikasi, kerja berpasukan, 2006: 12). 2.5 PENYELESAIAN KEPADA CABARAN MODAL INSAN kemahiran berbahasa Inggeris, kemahiran teknologi maklumat dan sebagainya (Fadzli Ahmad et. al.

Setiap cabaran atau masalah yang dihadapi pasti ada jalan penyelesaiannya. Penyelesaian kepada cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pembangunan insan semestinya memerlukan kepada sifat-sifat yang baik (sifat mahmudah) seperti sikap

45

amanah, tanggungjawab, toleransi, ilmu pengetahuan agama yang mantap serta hubungan kasih sayang antara manusia dengan Pencipta dan hubungan yang baik antara manusia sesama manusia. Sebagai contoh, dalam pembangunan masyarakat kini nilai-nilai dan sikap amanah perlulah diterapkan dalam diri masing-masing. Ini kerana selagi umat Islam memelihara amanah Allah SWT maka akan luruslah segala amalan dan tanggngjawab yang dilaksanakan. Pekerja adalah pemegang amanah kepada kerja yang diserahkan kepadanya. Antara tonggak penting bagi seorang pekerja yang baik ialah kemampuan melaksanakan kerjanya dan amanah dalam melaksanakan kerjanya. Amanah adalah sifat terpuji dan terangkum dalam lingkungan personaliti yang baik yang mesti dimiliki oleh setiap individu, apalagi bagi mereka yang diamanahkan dengan sesuatu tanggungjawab dan sering berurusan dengan orang lain. Dengan adanya sifat amanah dan tanggungjawab serta ikhlasnya seseorang itu bekerja kerana Allah, dengan pastinya masalah rasuah, curi tulang, penipuan, pecah amanah dan sebagainya tidak akan berlaku pada masyarakat kini. Selain itu, antara penyelesaian kepada kebahagiaan rumah tangga yang harmoni adalah melalui penekanan dari aspek agama, kerohanian, jasmani yang menjadi landasan utama. Menurut Kolonel Profesor Dato Dr.

46

Kamaruddin Kachar, peranan agama amat penting dalam konteks S.W.T terbentuknya sebagai jalan keluarga atau bahagia. Beliau yang juga menyarankan kekuatan iman dan ketakwaan kepada Allah pendekatan mampu mewujudkan keluarga bahagia. Segala aktiviti hidup dan aspek kehidupan manusia mestilah didasarkan kepada sifat takwa, kerana ia merupakan tujuan akhir dan punca segala bentuk aktiviti dan tingkahlaku. Sifat ini juga merupakan kunci keberkatan rezeki, keamanan, kemakmuran, ketenteraman dan kesejahteraan. Takwa mengatur kebudayaan iaitu perhubungan manusia dengan tuhan, hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungannya dengan alam sekeliling (Kamaruddin Kachar 2006: 1-2). Selain itu, penyelesaian kepada masalah pengangguran di kalangan siswazah pada hari ini adalah berdasarkan kepada kualiti modal insan yang bergantung pada kekuatan ilmu dan kecanggihan keterampilan yang dimiliki oleh seseorang. Ilmu merangkumi bidang yang luas dan pelbagai. Orang yang berilmu akan cenderung untuk melaksanakan apa yang dimilikinya. Berilmu dengan ilmu dengan erti kata bekerja, berakhlak dengan akhlak yang baik, melaksanakan ajaran Islam mengikut apa yang diajar oleh Islam. Menyedari kehidupan yang sementara ini, manusia hendaklah

47

menggunakan masa yang ada untuk seluruh kehidupan mereka. Modal insan dalam perspektif Islam ialah bagaimana potensi insan seperti akal, hati, jasmani dijadikan kekuatan mengurus diri dengan masa yang ada. Masa yang ada digunakan untuk belajar, bekerja, berkeluarga, bermasyarakat hingga tercapainya matlamat kehidupan yang sebenar (Roslan Mohamed & Siti Aishah Abu Bakar t.th: 11).

Sebagaimana Islam amat prihatin untuk membina negara dan umatnya yang soleh, yang memiliki risalah Rabbaniyyah, insaniyyah, akhlaqiyyah dan sejagat, ia juga mahu umat ini diperintah oleh sistem pemerintahan yang soleh supaya matlamat-matlamatnya dapat dicapai dan dilaksanakannya dengan penuh bebas tanpa gangguan atau anasir-anasir dari pihak musuh yang sedang memerhatikan dan menunggu masa untuk menyerang. Pihak penjajah yang telah menjajah banyak negara umat Islam telah berjaya menanamkan pemikiran asing pada kebanyakan mereka yang beranggapan bahawa Islam adalah agama tanpa negara. Barat mentafsir perkataan agama menurut kefahaman mereka, iaitu tidak ada kena mengena dengan urusan dunia. Barat menganggap bahawa urusan kenegaraan adalah diatur oleh akal manusia berdasarkan

48

pengalaman dan suasananya yang sentiasa berkembang. Mereka cuba menerapkan kefahaman ini ke atas umat Islam di Timur sebagaimana mereka mengaplikasikannya ke atas agama Nasrani di Barat. Disebabkan ketamadunan di Barat tidak sempurna melainkan setelah mereka bebas dari belenggu agama, maka pada pandangan mereka ketamadunan di negara Arab dan negara-negara Islam di Timur juga mesti bangun di atas keruntuhan agama (al-Qaradhawi 2012: 525). Barat mentafsirkan bahawa agama hanya dalam bentuk hubungan antara hati manusia dengan Tuhannya, tiada ruang baginya di dalam sistem kehidupan dan masyarakat. Membentuk modal insan bukanlah ciptaan para penggerak dakwah, sebaliknya ia merupakan satu suruhan yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah , realiti sejarah yang benar dan bukannya khayalan, tabiat dan fitrah dakwah yang bersifat syumul dan Sunnah Allah sebagai ketetapan bagi kehidupan umat manusia. Firman Allah SWT dalam surah alNisa (4) ayat 58 hingga 59.

49


Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Wahai orangorang yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (alQuran) dan (Sunnah) Rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

50

Sasaran di dalam ayat di atas ialah supaya rakyat mentaati pemerintah dengan syarat pemerintah tersebut dari kalangan mereka (tergolong dalam golongan beriman). Allah SWT menjadikan ketaatan ini selepas ketaatan kepada Allah SWT dan ketaatan kepada Rasul. Allah juga memerintahkan merujuk perbezaan pendapat kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu al-Quran dan al-Sunnah apabila berlaku perbalahan. Ini memastikan wujudnya sesebuah negara kepada umat Islam untuk menguasai dan mendapatkan ketaatan. Jika tidak, perkara ini tidak mempunyai sebarang erti.

2.6

PENUTUP

Berdasarkan perbincangan yang dikemukakan di atas, jelas menunjukkan betapa elemen pembangunan modal Insan adalah merupakan nadi utama dalam kerangka menjana kesejahteraan masyarakat. Pembangunan insan melalui dimensinya adalah satu kekuatan yang mampu merubah seluruh kehidupan ke arah kebaikan dan kebahagian yang sebenarnya. Dalam konteks ajaran Islam, insan adalah modal terpenting yang perlu

51

dibangunkan segala kapasiti yang ada demi untuk menjana dan membangunkan peradaban umat secara total. Walaupun terdapat pelbagai cabaran dalam konteks membangunkan modal insan, hakikatnya potensi insan tetap mampu dibangunkan melalui proses pendidikan dan pembangunan yang bersifat menyeluruh. Yang pasti, kejayaan dan kesejahteraan masyarakat dan umat mesti dicipta dan dijana berasaskan kepada keutuhan dan kekuatan ajaran Islam itu sendiri. Justeru, pembangunan modal insan perlu dipastikan terus menjadi teras dalam mengupayakan masyarakat ke arah nilai kesejahteraan yang sebenarnya. Sebagai kesimpulannya, Islam adalah agama Allah yang diturunkan dengannya kitab al-Quran sebagai sumber rujukan dan dengannya Rasul terakhir sebagai pemberi tunjuk ajar kepada umat manusia. Hukum-hakam Islam adalah himpunan tanggungjawab dan ajaran yang diserukan oleh Rasulullah SAW yang disampaikan kepada umatnya dari apa yang diwahyukan oleh Allah SWT yang terdiri dari hakikathakikat kewujudan alam nyata dan alam ghaib yang mempunyai hubungan dengan ketuhanan, kenabian, alam kubur, hari pengadilan dan hari akhirat. Pembentukan modal insan memerlukan kepada

panduan yang realiti melalui pertuturan dan amali (seiring).

52

Tidak hanya terbatas atas kertas dan peraturan yang terikat dengan kehidupan duniawi semata-mata, tetapi termasuklah juga kehidupan (kebangkitan) selepas kematian. Al-Quran dan al-Sunnah cuba membawa perkara-perkara asas dalam pembentukan modal insan yang menjadi panduan kepada umat manusia. Ringkasnya, insan role model tersebut harus menjadikan kehidupan dunia sebagai jambatan menuju akhirat. Kerana kejayaan di akhirat bergantung sejauhmana seseorang memanfaatkan nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya dan memastikan bahawa segala amal perbuatannya menjadi ibadat yang menghasilkan keuntungan dan bukannya kerugian yang membawa kepada penyesalan yang berpanjangan.

RUJUKAN

Abdullah Basmeih. 1980. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Agama Islam (BAHEIS) Jabatan Perdana Menteri. Ahmad Mohd Said & Khalidah. 2007. Pembangunan Insan Aspirasi dan Realiti. Kuala Lumpur: Blue-T Communication. Sdn. Bhd. Al-Qaradhawi, Yusuf Abdullah. 2012. Ciri-Ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan (terj.

53

Mohammad Zaini Yahaya). Kuala Lumpur: Penerbitan Seribu Dinar Sdn. Bhd. Al-Qaradhawi, Yusuf Abdullah. 2012. Islam Holistik (terj. Juanda Jaya). Bangi: Penerbit Syabab. Baharom Mohamad & Mohamad Johdi Salleh. 2009. Pembangunan Modal Insan Sebagai Satu Pelaburan Penting Dalam Konteks Pembinaan Negara. Kota Bharu: Pusat Sumber Pendidikan Negeri. Haron Din. 2003. Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Syukri Salleh. 1987. Pembangunan Berteraskan Islam. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Mustapha Kamal et al. 2010. Pembangunan Modal Insan dan Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Riza Atiq Abdullah. 2007. Pembinaan Kemahiran Insaniah Dalam Konteks Islam Hadari. Bangi: UKM. Roslan bin Mohamed & Siti Aishah binti Abu Bakar. t.th. Pembangunan Masyarakat Ke Arah Kesejahteraan Berteraskan Pembangunan Insan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya (UM). Teuku Iskandar. 2002. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Utusan Malaysia (31 Ogos 2005).

54

Вам также может понравиться