Вы находитесь на странице: 1из 11

Topik: Pembetulan Kesilapan

Jenis-jenis Kesilapan
1. Imbangan Duga disediakan untuk menguji ketepatan catatan bergu dalam buku
perakaunan.
2. Namun, Imbangan Duga yang seimbang tidak bermakna bebas daripada sebarang
kesilapan.
3. Terdapat dua jenis kesilapan dalam Imbangan Duga, iaitu kesilapan yang ketara dan
kesilapan yang tidak ketara.

Kesilapan Tidak Ketara Dalam Imbangan Duga


1. Kesilapan ini ditunjukkan dalam Imbangan Duga. Hal ini bermakna Imbangan Duga
masih seimbang walaupun kesilapan wujud dalam buku perakaunan.
2. Semua kesilapan dibetulkan melalui catatan jurnal am.

(a) Kesilapan Ketinggalan


Kesilapan ini berlaku apabila satu urus niaga langsung tidak dicatatkan dalam mana-mana
buku. Tiada akaun yang didebitkan dan tiada akaun yang dikreditkan.

Contoh: 1
Ambilan barang bernilai RM80 untuk kegunaan sendiri terlupa direkod dalam mana-mana
buku.

Akaun Ambilan Akaun Belian

Pembetulan Kesilapan:
Untuk membetulkan kesilapan ini, urus niaga direkod ke dalam kedua-dua akaun yang
berkenaan mengikut system catatan bergu yang berikut.

Jurnal Am
Butir Debit Kredit
RM RM
Akaun Ambilan 80
Akaun Belian 80
(Pembetulan kesilapan: Ambilan barang terlupa direkod
mana-mana buku)

Akaun Ambilan Akaun Belian


Belian RM80 Ambilan RM80
(b) Kesilapan Prinsip
Kesilapan ini berlaku apabila urus niaga dicatatkan dalam jenis akaun yang salah. Contohnya,
butir perbelanjaan modal direkod sebagai perbelanjaan hasil dan sebaliknya.

Contoh 2:
Belanja membaiki mesin sebanyak RM100 tersilap didebitkan ke dalam Akaun Mesin.
Catatan dalam Akaun Tunai adalah betul.

Akaun Mesin

Pembetulan Kesilapan:
Untuk membetulkan kesilapan ini, batalkan catatan dalam Akaun Mesin (dengan
mengkreditkan Akaun Mesin). Rekod catatan yang betul dalam Akaun Belanja Membaiki
Mesin (dengan mendebitkan Akaun Belanja Membaiki Mesin).

Jurnal Am
Butir Debit Kredit
RM RM
Akaun Belanja Membaiki Mesin 100
Akaun Mesin 100
(Pembetulan kesilapan: Belanja membaiki mesin tersilap
direkod dalam Akaun Mesin)

Akaun Mesin (SALAH)


Bank 100 Belanja membaiki
(kesilapan) mesin (pembetulan) 100

Akaun Belanja Membaiki Mesin (BETUL)


Mesin (pembetulan) RM100

(c) Kesilapan Amaun


Kesilapan ini berlaku apabila amaun yang salah dicatat di sebelah debit dan juga di sebelah
kredit.

Contoh 3(a):
Bayar kadar bayaran sebanyak RM108 telah silap catat sebagai RM180 dalam Buku Tunai
dan Akaun Kadar Bayaran. Catatan bergunya adalah betul.

Buku Tunai Akaun Kadar Bayaran


Kadar bayaran RM180 Tunai RM180
Pembetulan Kesilapan 3(a):
Untuk membetulkan kesilapan ini, kedua-dua angka yang salah dalam kedua-dua akaun itu
mesti dibetulkan. Jika angka yang salah lebih daripada angka yang betul, perbezaan antara
kedua-dua amaun itu mesti dicatat di sebelah yang bertentangan dalam kedua-dua akaun itu
untuk mengurangkan amaun itu. Dalam contoh 3(a), perbezaan antara kedua-dua amaun itu
ialah RM72.

Jurnal Am
Butir Debit Kredit
RM RM
Buku Tunai 72
Akaun Kadar Bayaran 72
(Pembetulan kesilapan: Kadar bayaran sebanyak RM108
silap catat sebagai RM180 dalam kedua-dua akaun)

Buku Tunai
Kadar bayaran RM72 Kadar bayaran RM180
(pembetulan) (kesilapan)

Akaun Kadar Bayaran


Tunai RM180 Tunai RM72
(kesilapan) (pembetulan)

Contoh 3(b):
Belian daripada Azhar sebanyak RM120 silap catat sebagai RM102 dalam Akaun Bekian dan
Akaun Azhar. Catatan bergunya adalah betul.

Akaun Belian
Azhar RM102

Akaun Kadar Bayaran


Belian RM102

Pembetulan Kesilapan 3(b):


Jika angka yang salah kurang daripada angka yang betul, perbezaan antara kedua-dua amaun
itu mesti dicatat di sebelah yang sama dalam kedua-dua akaun itu untuk menambahkan
amaun itu. Dalam contoh 3(b), perbezaan antara kedua-dua amaun itu ialah RM18.

Jurnal Am
Butir Debit Kredit
RM RM
Akaun Belian 18
Azhar 18
(Pembetulan kesilapan: Belian daripada Azhar sebanyak
RM120 silap catat sebagai RM102 dalam kedua-dua akaun)

Akaun Belian
Azhar (kesilapan) RM102
Azhar (pembetulan) 18

Akaun Kadar Bayaran


Belian (kesilapan) RM102
Belian (pembetulan) 18

(d) Kesilapan Komisen


Kesilapan ini berlaku apabila urus niaga dicatatkan dalam akaun perorangan yang salah.

Contoh 4:
Jualan kepada Lisa sebanyak RM88 tersilap catat ke dalam Akaun Lina. Catatan dalam Akaun
Jualan adalah betul.

Lina
Lina RM88

Pembetulan Kesilapan:
Untuk membetulkan kesilapan ini,
(a) Catatan dalam akauan yang salah dibatalkan dengan satu catatan di sebelah yang
bertentangan dengan amaun yang sama.
(Akaun Lina dikreditkan dengan RM88 untuk membatalkan catatan itu)
(b) Rekodkan catatan yang betul.
(Akaun Lisa didebitkan)

Jurnal Am
Butir Debit Kredit
RM RM
Lisa 88
Lina 88
(Pembetulan kesilapan: Jualan kepada Lisa tersilap catat
dalam Akaun Lina)

Lina
Jualan RM88 Lisa RM88
(kesilapan) (pembetulan)

Lisa
Lina RM88
(pembetulan)

(e) Kesilapan Songsang/Terbalik


Kesilapan ini berlaku apabila catatan bergu telah diterbalikkan walaupun dicatat ke dalam dua
akaun yang betul.

Contoh 5:
Ambilan tunai RM60 telah didebitkan ke dalam Akaun Tunai dan dikreditkan ke dalam Akaun
Ambilan.

Akaun Ambilan
Tunai RM102

Akaun Tunai
Ambilan RM102

Pembetulan Kesilapan:
Untuk membetulkan kesilapan ini, batalkan catatan yang salah dengan satu catatan di sebelah
yang bertentangan dengan amaun dua kali ganda daripada amaun asal yang direkodkan
(kerana menggunakan amaun asal cuma membatalkan kesilapan sahaja).

Jurnal Am
Butir Debit Kredit
RM RM
Akaun Ambilan 120
Akaun Tunai 120
(Pembetulan kesilapan: Membetulkan ambilan tunai yang
dicatat secara songsang)

Akaun Ambilan
Tunai RM120Tunai RM60
(pembetulan) (kesilapan)

Akaun Tunai
Ambilan RM60 Ambilan RM120
(kesilapan) (pembetulan)

(f) Kesilapan Saling Mengimbangi


Kesilapan saling mengimbangi boleh berlaku sama ada:
(a) Sebelah debit sahaja
(b) Sebelah kredit sahaja
(c) Sebelah debit dan kredit

Contoh 6(a): sebelah debit sahaja


Gaji sebanyak RM350 telah direkod sebagai RM300 manakala insurans sebanyak RM600
telah direkod sebagai RM650.
Pembetulan Kesilapan 6(a):

Akaun Gaji
Tunai (kesilapan) RM300
Tunai (pembetulan) 50

Akaun Insurans
Tunai RM650 Tunai RM50
(kesilapan) (pembetulan)

Contoh 6(b): sebelah kredit sahaja


Sewa diterima RM2 000 tertinggal dalam buku manakala jualan RM20 000 telah direkodkan
sebagai RM22 000.

Pembetulan Kesilapan 6(b):

Akaun Sewa Diterima


Tunai RM300

Akaun Insurans
Tunai RM2 000 Tunai RM22 000
(pembetulan) (kesilapan)

Contoh 6(c): sebelah debit dan kredit


Komisen diberi sebanyak RM250 dan komisen diterima sebanyak RM350 masing-masing
terlebih catat sebanyak RM50.

Pembetulan Kesilapan 6(b):

Akaun Komisen Diberi


Tunai RM250 Tunai RM50
(kesilapan) (pembetulan)

Akaun Komisen Diterima


Tunai RM50 Tunai RM350
(pembetulan) (kesilapan)

Kesilapan Ketara Dalam Imbangan Duga


1. Kesilapan ketara berlaku apabila jumlah debit Imbangan Duga berbeza daripada jumlah
kreditnya.
2. Jenis-jenis kesilapan yang ketara dalam Imbangan Duga adalah seperti yang berikut:

(a) Catatan Bergu Tidak Lengkap


Kesilapan ini berlaku apabila terdapat ketinggalan catatan debit atau catatan kredit bagi
sesuatu urus niaga.

Contoh 7:
Terima cek daripada Rose RM600 didebitkan dalam Buku Tunai sahaja. Tiada catatan dibuat
dalam akaun Rose.

Pembetulan Kesilapan:

Jurnal Am
Butir Debit Kredit
RM RM
Akaun Tergantung 600
Rose 600
(Pembetulan kesilapan: Terima cek sebanyak RM600
daripada Rose terlupa direkod dalam Akaun Rose)

Akaun Rose
Bank RM300

(b) Amaun yang didebitkan berbeza dengan amaun yang dikreditkan

Contoh 7:
Belian tunai RM506 telah didebitkan dengan betul dalam Akaun Belian tetapi dikreditkan
dalam Buku Tunai sebagai RM560.

Pembetulan Kesilapan:

Jurnal Am
Butir Debit Kredit
RM RM
Belian 54
Akaun Tergantung 54
(Pembetulan kesilapan: Belian tunai sebanyak RM506 silap
catat sebagai RM560 dalam Buku Tunai )

Akaun Belian
Tunai RM300

(c) Urus niaga direkod dua kali di sebelah yang sama


Kesilapan ini berlaku kerana kedua-dua akaun yang berkenaan telah didebitkan atau
dikreditkan

Contoh 8:
Ambilan tunai RM200 telah direkod dengan betul di sebelah kredit dalam Buku Tunai tetapi
juga dicatat di sebelah kredit Akaun Ambilan.

Pembetulan Kesilapan:

Jurnal Am
Butir Debit Kredit
RM RM
Akaun Ambilan 400
Akaun Tergantung 400
(Pembetulan kesilapan: Membetulkan ambilan tunai catat di
sebelah kredit Akaun Ambilan )

Akaun Ambilan
Tunai (pembetulan) RM400 Tunai (kesilapan) RM200

Cara Pembetulan Kesilapan-kesilapan


1. Untuk membetulkan semua kesilapan, sediakan satu jurnal am dan membuat pembetulan
melalui jurnal am.
2. Selepas membuat pembetulan melalui jurnal am, Akaun Tergantung disediakan untuk
membuat pelarasan kesilapan ketara sahaja.
3. Akhirnya, sediakan satu penyata penyelarasan untung bersih untuk menghitung untung
bersih yang betul. Hanya kesilapan dalam Akaun Nominal sahaja membuat pelarasan
dalam penyata tersebut kerana Akaun Nominal akan memberi kesan terhadap untung
bersih.

Contoh 9:
Imbangan Duga yang disediakan untuk sesebuah perniagaan pada 31 Disember 2009
menunjukkan jumlah baki debit telah melebihi jumlah baki kredit sebanyak RM130. Amaun
ini telah dimasukkan ke dalam Akaun Tergantung.

Apabila Lejar perniagaan disemak, kesilapan-kesilapan berikut telah dapat dikesan:


(a) Jualan kredit sebanyak RM750 kepada S.Samy telah didebit ke dalam Akaun S.Sany.
(b) Diskaun diberi sebanyak RM350 telah dikredit ke dalam Akaun Diskaun Diterima.
(c) Satu jualan kredit sebanyak RM500 kepada Tanli telah didebit ke dalam Akaun Tanli
tetapi catatan kreditnya tertinggal.
(d) Belian alat tulis sebanyak RM200 telah salah didebit ke dalam Akaun Alat Pejabat.
(e) Satu belian secara tunai sebanyak RM850 telah didebit ke dalam Akaun Belian dengan
RM580.
(f) Sewa yang diterima sebanyak RM300 telah didebit ke dalam Akaun Sewa. Catatan yang
betul telah dibuat ke dalam Akaun Tunai.

Dikehendaki:
(a) Catatan-catatan Jurnal untuk membetulkan semua kesilapan di atas.
(b) Akaun Tergantung untuk menunjukkan semua pelarasan yang perlu dibuat.
(c) Jika untung bersih sebelum kesilapan atas dibetulkan adalah RM26 280, sediakan penyata
untuk menghitung untung yang betul.

Penyelesaian:
(a) Jurnal Am
Tarikh Butir Debit Kredit
(RM) (RM)
2009 S.Samy 750
Dis. 31 S.Sany 750
(Pembetulan kesilapan: Jualan kredit kepada S.Samy
sebanyak RM750 tersilap catat ke dalam Akaun S.Sany)
Dis. 31 Akaun Diskaun Diberi 350
Akaun Diskaun Diterima 350
Akaun Tergantung 350
(Pembetulan kesilapan: Diskaun diberi sebanyak RM350
tersilap catat ke dalam Akaun Diskaun Diterima)
Dis. 31 Akaun Tergantung 500
Akaun Jualan 500
(Pembetulan kesilapan: Jualan kredit sebanyak RM500
terlupa catat ke dalam Akaun Jualan)
Dis. 31 Akaun Alat Tulis 200
Akaun Alat Pejabat 200
(Pembetulan kesilapan: Belian alat tulis tersilap catat ke
dalam Akaun Alat Pejabat)
Dis. 31 Akaun Belian 270
Akaun Tergantung 270
(Pembetulan kesilapan: Belian sebanyak RM850 tersilap catat
sebagai RM580 dalam Akaun Belian)
Dis. 31 Akaun Tergantung 600
Akaun Sewa 300
Akaun Sewa Diterima 300
(Pembetulan kesilapan: Sewa diterima sebanyak RM300
tersilap direkod ke dalam Akaun Sewa)

Akaun Tergantung
2009 RM 2009 RM
Dis. 31 Jualan 500 Dis. 31 Perbezaan dalam buku 130
Sewa 600 Diskaun Diberi 350
Diskaun Diterima 350
Belian 270
1 100 1 100

Kesan-kesan Kesilapan terhadap Untung:

(a) Jualan ↑ Untung ↑ (b) Kos ↑ Untung ↓ (c) Hasil ↑ Untung ↑


Jualan ↓ Untung ↓ Kos ↓ Untung ↓ Hasil ↓ Untung ↓

(d) Belanja ↑ Untung ↓


Belanja ↓ Untung ↑

1. Segala kesilapan dalam Akaun Nominal yang menyebabkan untung meningkat, maka
akaun tersebut harus ditolak dengan untung bersih yang sebelum diselaraskan.
2. Segala kesilapan dalam Akaun Nominal yang menyebabkan untung menurun, maka
akaun tersebut harus ditambah dengan untung bersih yang sebelum diselaraskan.

Penyata untuk menyeleraskan untung


RM
Untung bersih sebelum pelarasan dibuat 26 280
Tambah: Jualan tertinggal 500
Sewa diterima tersilap catat ke Akaun Sewa 600
27 380
Tolak: Diskaun diberi tersilap catat ke Akaun Diskaun Diterima 700
Belian alat tulis tersilap catat ke Akaun Alat Pejabat 200
Belian sebanyak RM850 tersilpa catat sebagai RM580
dalam Akaun Belian 270
Untung bersih yang betul 26 210

Soalan-soalan STPM
STPM 2002:
Imbangan Duga yang seimbang tidak bermakna bahawa urus niaga telah direkodkan dengan
betul. Nyatakan tiga kemungkinan kesilapan yang berlaku semasa perekodan urus niaga.
[3 markah]

Вам также может понравиться