You are on page 1of 6

Bahan : 2 cawan gula castor 1 buku butter (cairkan) 1 cawan susu sejat 1 sudu besar cuka makan 1 1/2

cawan tepung gandum 1/2 cawan koko 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat 4 biji telur Cara : 1. Sediakan tin pembakar. Alas tin dan sapukan marjerin 2. Masukkan cuka pada susu dan biarkan. (Akan jadi macam yogurt) 3. Ayak tepung, koko dan soda bikarbonat. Masukkan dalam mangkuk besar (mixing bowl). 4. Pukul telur dan gula dan masukkan dalam tepung. 5. Masukkan mentega yang telah dicairkan dan separuh dari susu masam tadi. Pukul selama lebih kurang 2 minit. 6. Masukkan semua baki susu tadi dan pukul lagi 2 minit. 7. Masukkan adunan dalam tin kek dan bakar. 8. Bila masak, keluarkan kek dan sejukkan sebentar. Sapu kek dengan jam . Kemudian tuangkan krim cokelat atas kek. Jangan simpan dalam petisejuk. Krim Cokelat 1. Masukkan satu bar cooking chocolate dan 1/4 cawan susu segar ke dalam periuk. 2. Masak dengan api kecil. 3. Masukkan 2 sudu besar gula ising dan 1 sudu besar mentega. Kacau sentiasa. 4. Bila sudah pekat dan berkilat, tuang atas kek. 5. Ambil pisau dan ratakan atas dan keliling kek. Posted by Ogy Rosli at 11:28 AM

Bahan: 400 gm tepung naik sendiri 100 gm cocoa powder 500 gm butter (2 biji) 500 gm castor sugar 8 telur (size A) 1 bar cooking chocolate (cuts into chips atau 2 cawan chocolate chips, lebih pun tak pe) 2 cups fresh milk or evaporated milk Cara: 1. Panaskan oven 2. Ayak tepung dengan cocoa powder 2X

3. Pukul butter dan castor sugar hingga kembang 4. Masukkan telur sebiji, sebiji hingga habis. Pukul lagi hingga semua kembang. 5. Masukkan tepung yang telah diayak dengan cocoa powder 6. Masukkan chocolate chips 7. Masukkan dalam tin cake yang telah dialas dan disapu butter dan bakar selama 1 jam 15 minit, 180 C . 8. Resepi ini adalah untuk 2 biji kek.
Posted by Ogy Rosli at 11:58 AM

Satu Adunan, 2 kek) Kek Cokelat ni sangat moist dan senang buat. Muai pulak tu, satu adunan, boleh dapat 2 biji kek. Ikut cara, step by step. 1. Masakkan dulu : 2 cawan minyak jagung 1 1/2 cawan serbuk koko 2 cawan gula pasir 1 cawan susu manis (i used MilkMaid)

1 tin susu cair (evaporated milk, i used Nestle's Ideal) Cara : Masukkan semua bahan di atas dalam periuk, letak atas api. Jangan mendidih, sekadar semua bercampur dan gula hancur. Sejukkan. 2. Panaskan kukusan. Masukkan air 3/4 kukusan dan panaskan kukusan. Sediakan tin kek. Sediakan 2 tin sebab adunan ni muai. Alas bawah tin dengan aluminium foil dan sapu dengan mentega. Tepi tin pun sapu jugak. Guna tin yang at least 7"X7". Isikan separuh tin sahaja adunan tu nanti sebab ianya akan naik sekali ganda. 3. Ayakkan : 2 1/2 cawan tepung gandum 2 tsp baking powder 2 tsp soda bicarbonate Cara : Campurkan semua bahan di atas dan ayak 3 kali. 4. Pukulkan : 7 biji telur saiz B Cara : Pukul hingga betul-betul naik dan kembang 5. Pastikan air dalam kukusan sudah mendidih. Kecilkan api. 6. Masukkan campuran tepung (no.3) kedalam adunan no. 1 yang dah suam. Kacau, satu arah sahaja sehingga semuanya bergaul rata. (Kalau kacau kekanan, make sure ke kanan sahaja, jangan men tibai kacau ikut suka) 7. Masukkan adunan telur (no.4). Pun kacau ikut arah yang sama hingga adunan bergaul rata. 8. Masukkan adunan dalam tin kek, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 1/2 jam atau sehingga masak. Kecilkan api kukusan tuh yer. Kalau api kuat, karang kek anda mendak kat tengah pulak. SELAMAT MENCUBA. Nota : Anda boleh letakkan topping bila kek dah sejuk. Resepi topping, cari sahaja dari links saya yang berlambak tu. Untuk topping dalam gambar tu, saya guna topping yang anak-anak suka. Begini caranya, Mentega (dalam 1 bar), keluarkan dari fridge dan biarkan sehingga lembut. Mentega sejuk dan beku, takleh tau. Biar dia sehingga pada suhu bilik. Susu pekat manis (ikut suka, banyak mana nak letak, nak manis -letak banyak, tak nak manis, letak sikit) Milo (pun letaklah ikut suka gak) Cara : Pukul mentega hingga putih, masukkan susu manis dan milo. Dah bergaul rata

semuanya, bolehlah digunakan. Kalau nak lapiskan di kek, potong dua kek tu, letakkan adunan ni dan sandwichkan kek. Lebihannya, buat hiasan atas kek. Posted by Ogy Rosli at 2:29 PM Labels: Kek