You are on page 1of 1

KEK COKLAT TANPA TELUR Eggless butterless and milkless choc cake source: kak Dayang Bahan-bahan : loyang

9 inci 2 cawan tepung gandum + 2 sk baking powder + 1 sk soda bikarbonat (diayak sekali) 1/2 cawan serbuk koko atau campuran serbuk coklat 2 cawan gula icing 2 peket coffee mix (3 in 1) / coffee 2 in 1 pun boleh 2 1/2 cawan air panas 1/2 sk garam 160 ml minyak masak sayuran / minyak jagung 2 sk cuka 2 sk esen vanilla Cara-cara : Panaskan oven pd suhu 160-170C. Sediakan loyang kek yg bersesuaian. Griskan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. Sediakan bekas yg agak besar. Satukan tepung, gula, serbuk coklat, coffee dan garam. Ratakan. Kemudian masukkan air panas dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu atau spatula. Tuangkan minyak masak / minyak jagung. Kacau lagi hingga sebati. Jika adunan bergentel, tapiskan. Akhir sekali, masukkan cuka dan terus kacau hingga rata. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak. Suhu bergantung pd oven masing2. Tidak mengapa jika permukaan kek retak sebab memang begitulah kejadiannya. Setelah kek masak, biarkan ia sejuk semalaman sebelum dipotong. Hiaskan dgn krim / ganache jika suka. **Kek ini sgt moist, lembut dan lebih sedap dimakan setelah dibiarkan semalaman atau 1-2 hari.