Вы находитесь на странице: 1из 40

TOPIK 1

KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

PENGENALAN
Guru penting dalam aspek pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah Coopes: Guru berkesan mempunyai ilmu pengetahuan & kemahiran mengajar:
Kuasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran & psikologi manusia Jujur, galak pembelajaran dan wujudkan interaksi positif pelbagai hala

Berilmu pengetahuan lengkap dalam meta pelajaran yang diajar Guna kaedah & teknik mengajar yang membolehkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dengan kaedah & teknik yang betul

Aspek psikologi penting:


Guru dapat merancang, menyampai & menilai pengajaran dengan lebih berkesan Guru dapat menjalankan tugas sebagai pengganti ibu bapa

DEFINISI PSIKOLOGI
Perkataan Greek purba Psyche: jiwa Logos: kajian mengenai sesuatu (pemikiran yang mempengaruhi sikap & perlakuan organisme) Psikologi: kajian mengenai sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa seseorang

Definisi Kamus Dewan:


Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia

Henry Roediger dan rakan-rakan:


Psikologi ialah kajian sistematik tentang tingkah laku & mental benda hidup

SEJARAH PERKEMBANGAN PSIKOLOGI


Dimulakan pada tahun 384 322 SM oleh tokohtokoh: Socrates, Plato & Aristotle Bertukar dari satu kajian saintifik tersendiri kepada ilmu falsafah Beberapa fahaman dan aliran:
Interaksionisme - Psikologi Gestalt Empirisme - Humanistik Strukturlisme - Kognitivisme Fungsionalisme - Konstruktivisme Behaviourisme

ALIRAN PERKEMBANGAN PSIKOLOGI


Diperkenalkan oleh Rene Descartes (1595 1960) Seorang ahli falsafah & pakar matematik Perancis manusia terdiri daripada gabungan pemikiran dan badan (jasad & roh) Menentang pendapat dualisme (manusia terdiri daripada jasad yang terpisah daripada roh)

ALIRAN EMPIRISME
Bermula di England pada abad ke-17 & 18 John Locke & George Berkeley John Locke: konsep tabula rasa jiwa manusia kosong semasa dilahirkan

ALIRAN STRUKTURALISME
Muncul di Jerman Menumpukan kajian kepada pengalaman sedar Wilhelm Wundt (1832 1920):
mengkaji perasaan, sikap, persepsi & tanggapan individu terhadap sesuatu keadaan. Membina makmal psikologi pertama di Leipzig, Jerman Bapa Psikologi

Mengenal pasti tiga komponen utama pengalaman sedar:


Sensasi: penglihatan, bunyi, bau, rasa & perasaan Imej: pengalaman yang tidak wujud (ingatan kepada seseorang / peristiwa) Afeksi: reaksi emosional (cinta, kasih sayang, bahagia & cemburu) Elemen pengalaman ini dipercayai akan bergabung di dalam seseorang dalam proses perkaitan Analytic introspection membahagikan pengalaman seseorang kepada elemen yang tertentu

ALIRAN FUNGSIONALIS
Diasaskan John Dewey dan William James di Amerika Menekankan pengalaman sedar & tingkah laku Mengkaji bagaimana manusia menggunakan mindanya untuk berfikir dan menghasilkan tingkah laku Berpendapat proses mental sentiasa aktif & berterusan

Dipengaruhi teori evolusi Darwin & falsafah pragmatisme William James:


Ahli psikologi Amerika pertama Rang amerika pertama menubuhkan makmal psikologi di Amerika Memperkenalkan kursus psikologi Menerbitkan dua jilid buku: The Principles of Psychology

ALIRAN BEHAVIOURISME
Diasaskan oleh J.B. Watson di Amerika Utara:
Terkenal dengan Teori Pelaziman Klasik 1913 - menerbitkan pendapatnya dalam Psychology as the Behaviourist Views It. Psikologi ialah ilmu yang mengkaji tingkah laku yang nyata

Tokoh lain: Pavlov, Thorndike, Skinner & Hull

Juga dikenali sebagai Associationism: mengkaji kaitan mental antara dua peristiwa atau idea yang membawa kepada terjadinya pembelajaran Prinsip pembelajaran / tingkah laku yang diperoleh melalui kajian ke atas haiwan akan cuba diaplikasi kepada manusia Fokus kajian kepada tingkah laku manusia & menolak aspek kerohanian kerana dipengaruhi falsafah logik positif

Aliran falsafah logik: semua ilmu / pengetahuan perlu disahkan secara empirikal/pemerhatian yang sistematik Konsep kritikal dalam ilmu psikologi ialah definisi operasional Tujuan ilmu psikologi ialah untuk menghurai, menerang, meramal & mengawal tingkah laku

ALIRAN PSIKOLOGI GESTALT


Timbul di Jerman sebagai reaksi kepada pendapat ahli strukturalisme Berpendapat manusia mempersepsi dunia di dalam bentuk satu keseluruhan/gestalt Gestalt: bermaksud keseluruhan/pola/ terorganisasi Tokoh utama: Max Wertheimer, Wolfgang Kohler & Kurt Koffka

ALIRAN HUMANISTIK
Diasaskan Abraham Maslow & Carl Rogers Menekankan cara fikiran, pengamatan & interpretasi individu tentang sesuatu peristiwa/kejadian Mempercayai seseorang individu bertanggungjawab ke atas tindakannya; kuasa motivasi berkecenderung untuk berkembang & mencapai pemenuhan kendiri (selfactualisation)

ALIRAN KOGNITIVISME
Dipelopori tokoh-tokoh psikologi gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner & Ausubel Minat mengkaji pemikiran manusia, persepsi & penanggapan, kognisi, metakognisi, kemahiran berfikir kritis & kreatif, kemahiran belajar, motivasi dan lain-lain

ALIRAN KONSTRUKTIVISME
Juga dikenali sebagai faham binaan Diasaskan Von Glaserfeld, Piaget, Vygotsky, Confrey & Seymour Peppert Mengambil kira bagaimana individu membina kefahaman terhadap bahan yang mereka pelajari Menekankan peranan aktif pelajar semasa P & P Digemari sebagai kaedah mengajar matematik & subjek sains

PENDEKATAN PSIKOLOGI
Behaviourisme Psikoanalitik Humanistik/kemanusiaan Biologi

PENDEKATAN BEHAVIOURISME
Tertumpu kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan secara nyata Menekankan idea bahawa tingkah laku & proses mental ialah hasil pembelajaran Satu siri gerak balas yang berlaku dengan wujudnya rangsangan Watson: tingkah laku manusia dipengaruhi persekitaran & bukan daripada unsur dalaman

Juga dikenali psikologi rangsangan gerak balas (R-G) Tokoh lain: Pavlov, Skinner & Thorndike Pavlov: konsep pelaziman klasik bagi menunjukkan perkaitan antara rangsangan dengan gerak balas

Thorndike:
memperkenalkan Teori Lazim Cuba Jaya (trial & error) Asas pembelajaran dipengaruhi ganjaran & denda Organisme akan membuat sesuatu yang akan membawa keseronokan dan sebaliknya Melabelkan jenis pembelajaran ini sebagai pembelajaran instrumental atau operan Teori diperluaskan oleh Skinner

Skinner: mengukur proses pembelajaran dengan menukar frekuensi ganjaran & dendaan

PENDEKATAN PSIKOANALITIK
Mempercayai tingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses psikologi tidak sedar, konflik dalam, dorongan (impulses), kemahuan & motif yang tidak disedari. Mengandaikan semua tingkah laku hasil daripada interaksi faktor genetik & persekitaran serta mempunyai kesan ke atas tingkah laku dengan mempengaruhi proses tidak sedar & sedar psikologi

Sigmund freud:
pelopor ahli teori psikoanalitik Ideanya mempengaruhi ahli yang lain Teori struktur personaliti beliau membahagikan sruktur psikik kepada 3:
Id: dominan peringkat awal kehidupan bayi Ego: mengambil kira kehendak moral & piawai etika masyarakat Superego: membezakan yang baik dari yang buruk

Percaya setiap entiti bertanggungjawab bagi satu set operasi psikologi Pendekatan perkembangan tentang abnormaliti: proses tumbesaran (psikoseksual)mempengaruhi kemenjadian individu

PENDEKATAN KOGNITIVISME
Dipelopori tokoh psikologi gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner & Ausubel Memberi perhatian khusus berkaitan proses pemikiran manusia:
Persepsi & penanggapan Kognisi Metakognisi Kemahiran berfikir kritis & kreatif Kemahiran belajar Motivasi dll

Cuba memahami apakah proses yang terlibat & cara pengoperasian Percaya peristiwa dalaman yang berlaku mesti dikaji untuk memahami keseluruhan tingkah laku

PENDEKATAN HUMANISTIK
Manusia ialah individu yang bebas & baik, berpotensi untuk berkembang & berwawasan Manusia terdorong untuk bertindak kerana sesuatu kemahuan/keperluan Manusia sentiasa aktif; tidak menunggu untuk dirancang oleh orang lain Pengajian psikologi menolong manusia memaksimumkan potensi untuk perkembangan psikologikal

Tokoh-tokohnya: Abraham Maslow, Rollo May, Carl Rogers & Gordon Allport Teori Hierarki Keperluan Maslow:
Manusia tidak pernah puas dengan apa yang telah dicapai Kehendak manusia terbahagi kepada 5 peringkat; dari keperluan asas kepada keperluan bersifat psikologi Manusia aktif bergerak dari satu peringkat ke satu lagi; dari bawah ke atas

Rogers:
manusia sentiasa berusaha memahami diri sendiri Mempengaruhi & mengawal perlakuan dirinya & orang lain Percaya pada dasarnya semua manusia & dilahirkan dengan kecenderungan untuk kesempurnaan Motif memandu manusia berkembang dan menjadi matang & sihat

Psikologi menolong manusia memperkembangkan lagi potensi individu ke tahap yang maksimum

PENDEKATAN BIOLOGI
Pendekatan biomedik & Model Penyakit / Model Perubatan Mengandaikan manusia ialah sistem fizikal & difahami dari sudut fizikalnya Perlu difahami keadaan fisiologi & sistem saraf individu Percaya bahawa masalah yang selalu memang dihadapi adalah hasil kecacatan tubuh badan, kecederaan/penyakit yang selalunya mempunyai kesan ke atas otak

Ahli fisiologi Jerman, Edward Hitzig & Gustav Fritsch, mendapati bahawa struktur otak adalah tempat asal-usul urat saraf & berkait rapat dengan tingkah laku manusia

PENGERTIAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN


Gabungan dua bidang:
Psikologi: kajian tentang pemikiran & tingkah laku individu/kumpulan secara saintifik Pendidikan: proses mengembangkan potensi & kemahiran individu di dalam bidang yang tertentu

Banks & Thompson:


psikologi ialah ilmu yang mengkaji tingkah laku manusia Pendidikan mengkaji & membina metodologi pengajaran pembelajaran untuk digunakan di sekolah

Psikologi pendidikan:
Kajian tentang perkembangan manusia, pembelajaran, ingatan, motivasi, pengurusan bilih darjah & pengujian serta penilaian pembelajaran

Borich & Tombari:


satu disiplin yang fokuskan kajian tentang pengetahuan teoretikal & pengetahuan empirikal mengenai pengajaran & pembelajaran di dalam bilik darjah

Clifford:
Applying the methods of psychology to studying the process of education Pengaplikasian psikologi dalam kajian proses pendidikan

Grinder:
Pengaplikasian pengetahuan psikologi dalam situasi bilik darjah

Tugas ahli psikologi pendidikan:


Mengkaji pelajar, proses belajar & strategi pengajaran untuk meningkatkan pembelajaran

TUJUAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN


Memahami tingkah laku pelajar dalam proses P & P; meramalkan tingkah laku gantian yang mungkin berlaku; & mengawal tingkah laku tersebut Matlamat ahli psikologi tertumpu kepada 4 bidang; memerihalkan, menerangkan, mengawal & meramalkan sesuatu perlakuan (ganti tingkah laku negatif dengan positif)

KEPENTINGAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN KEPADA GURU


Sebab guru perlu memahami & mempraktikkan psikologi pendidikan:
a. Guru dapat memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian; membantu pelajar memahami diri mereka; membantu guru merancang objektif & matlamat pembelajaran yang sesuai dengan pelajarnya; & merumuskan langkah supaya pelajar dapat mencapai matlamat & objektif pembelajaran yang telah ditetapkan

b. Guru dapat meramal tingkah laku pelajar; apa yang digemari pelajar & sebaliknya mengikut peringkat umur; membantu merancang peneguhan yang sesuai dalam usaha mengawal tingkah laku & memotivasi pelajar supaya rajin belajar c. Guru dapat mengetahui tahap perkembangan pelajar dari segi fizikal, kognitif, sosial & emosi; dapat merancang P&P mengikut tahap perkembangan pelajar d. Guru dapat merekacipta soal selidik yang mudah untuk mengenali tahap perkembangan pelajar; dapat menyediakan program untuk meningkatkan prestasi pembelajaran

e. Guru dapat menjalankan penyelidikan berkaitan isu dalam bidang pendidikan dan membantu guru membantu pelajar menyelesaikan masalah & meningkatkan kualiti P&P f. Membantu guru memahami personiliti & konsep kendiri pelajar supaya guru dapat membantu pelajar ke arah pembentukan konsep kendiri yang positif

Supaya dapat melahirkan manusia yang kamil, baik budi pekerti & bertanggungjawab kepada keluarga , bangsa & agama

TAMAT

Вам также может понравиться