Вы находитесь на странице: 1из 14

Kepuasan kerja guru

Ahli Kumpulan LAM TEE YAW JM 40269 YEE FUI SUN JM40268 TAN MEI MEI JM40267

Definisi
Menurut Davis (1988), kepuasan kerja dapat didefinsikan sebagai keseronokan yang dinikmati oleh pekerja apabila bekerja Kepuasan kerja merujuk kepada satu keadaan emosi yang gembira dan positif berpunca daripada pekerjaan ( Locke, 1976).

Kepentingan kepuasan kerja


Menurut kepada George & Jones (2012), kepuasan kerja berpotensi dalam mempengaruhi pelbagai tingkah laku dalam organisasi dan menyumbang kepada tahap kesejahteraan para pekerja. Untuk menghasilkan organisasi pendidikan berprestasi tinggi, adalah penting para guru mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi.

Model Aspek kerja (Job Facet)


Model aspek merupakan model yang memberikan tumpuan terhadap situasi bekerja di mana sesuatu pekerjaan dibahagikan kepada komponen-komponen kecil ataupun aspek pekerjaan untuk mengenalpasti kepuasan pekerja dalam setiap aspek kerja. Model aspek adalah amat berguna kerana ia dapat membantu pihak pentadbir sekolah mengenalpasti aspek-aspek kerja yang mempengaruhi kepuasan kerja guru di sekolah.

(1) Manfaatkan kekuatan guru


Pihak pentadbir sekolah mesti memastikan setiap kekuatan, potensi, bakat dan kemahiran yang ada pada guru mestilah dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dalam soal pembahagian kerja dalam sesebuah sekolah. Sebagai contoh, jika terdapat seorang guru yang sangat mahir dalam permainan sukan badminton, maka sudah tentulah kepuasan kerja guru itu akan bertambah tinggi apabila ditugaskan untuk menjadi jurulatih pasukan badminton sekolah berbanding dengan guru tersebut yang ditugaskan untuk menyandang jawatan guru penasihat sukan ping pong.

(2) Pencapaian
Guru akan merasai kepuasan kerja apabila guru telah mencapai sesuatu kejayaan dalam kerjayanya di sekolah. Contohnya, apabila terdapat guru yang berjaya memperolehi jawatan guru cemerlang di sekolah, maka ini dikatakan amat memuaskan guru kerana pencapaian ini merupakan salah satu sumber penting yang meningkatkan tahap kepuasan kerja guru. Guru berasa puas apabila mereka berkemampuan untuk menyumbang kepada pencapaian diri mereka. (Schonfeld,1990).

(3) Kesibukan kerja


Guru akan rasa puas hati apabila senantiasa sibuk dengan kerjanya di sekolah. Ini bermakna guru yang sentiasa sibuk dengan tugasnya akan mempunyai kepuasan kerja yang lebih tinggi berbanding guru yang tidak sibuk dalam urusan sekolah.

(4) Prospek
Prospek di sini merujuk kepada peluang naik pangkat guru di sekolah. Sekiranya terdapat banyak peluang untuk naik pangkat, maka ini dapat memberikan rangsangan kepada guru untuk bekerja dengan lebih kuat dan bersungguh-sungguh supaya dapat memperolehi peluang untuk naik pangkat sama ada menyandang jawatan ketua bidang, penolong kanan atau jawatan jawatan lain.

(5) Kuasa autonomi


Kuasa di sini merujuk kepada kuasa yang ada pada seseorang guru dalam mengawal orang lain sama guru atau pelajar. Pihak pentadbir sekolah harus menurunkan kuasa kepada guru untuk mengendalikan dan menjayakan sesuatu program atau aktiviti di sekolah.

(6) Polisi dan amalan sekolah


Polisi dan amalan yang ditetapkan oleh sekolah haruslah mesra dan mengembirakan guru di sekolah. Sekiranya polisi dan amalan yang dipraktik dalam sekolah kurang mesra, sudah tentulah para guru akan rasa tidak puas hati

(7) Upah
Upah merujuk kepada ganjaran wang yang diberikan kepada guru. Upah yang dibayar haruslah adil dan saksama. Para guru akan menikmati kepuasan kerja apabila gaji yang dibayar oleh kerajaan mempunyai ciri keadilan dan kesaksamaan.

(8) Rakan sekerja


Hubungan yang baik antara rakan sekerja dikatakan dapat meningkatkan tahap kepuasan kerja guru di sekolah. Pihak pentadbir sekolah harus sentiasa prihatin terhadap hubungan antara guru dalam sesebuah sekolah dan mengambil initiatif untuk memastikan hubungan mesra selalu dijalin dalam kalangan guru

(9) Kreativity
Guru boleh memperolehi kepuasan kerja apabila guru digalakkan untuk menjana idea sendiri secara bebas. Sekiranya guru diberikan kebebasan dan galakkan untuk mengekploitasi kaedah pengajaran yang baru atau mengendalikan sesuatu aktiviti dan program dengan idea baru.

(10) Berdikari
Berdikari bermakna kesanggupan seseorang melakukan sesuatu kerja tanpa bergantung kepada orang lain. Kebolehan kerja secara sendiri dapat memberikan kepuasan bekerja kepada para guru di sekolah.

Вам также может понравиться