Вы находитесь на странице: 1из 11

FITRAH KEJADIAN MANUSIA

Implikasi fitrah manusia kepada guru-guru Perbincangan kumpulan: Dalam kumpulan 4 5 orang, anda dikehendaki berbincang apakah implikasi fitrah manusia terhadap guru-guru dari segi pengajaran dan pembelajaran?

Fitrah berasal dari bahasa Arab yang bererti sifat, asal kejadian, kesucian, bakat atau tabiat. AaGym (2005) mendifinisikan Fitrah sebagai tabiat yang suci dan asli yang dibawa manusia sejak lahir dan belum pernah disentuh dan diubah.

Ini bererti fitrah merupakan 1. Suatu pemberian atau anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia sama ada dalam bentuk fizikal dan mental. 2. Suatu ketetapan Tuhan sejak manusia itu belum dilahirkan yang merangkumi aspek potensi, bakat semula jadi, keupayaan mental dan fizikal.

Faktor yang mempengaruhi fitrah manusia dibahagi kepada tiga kumpulan iaitu: Perspektif Agama Perspektif Biologi Implikasi fitrah manusia kepada guru-guru

Perspektif Agama
Fitrah manusia dari segi: FIZIKAL
perubahan bentuk tubuh badan

KOGNITIF
perubahan pemikiran

SOSIO-EMOSI
perubahan dalam berhubung dengan orang lain perubahan personaliti individu

ROHANI / MORAL
berkaitan dengan Tuhan/Kepercayaan

Perspektif Biologi
Proses Kejadian Manusia
Manusia ciptaan Tuhan Adam (manusia pertama) dan Hawa (pasanganya) Proses kelahiran manusia Pendidikan manusia
Telah Aku jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian ( Surah at-Tin:4 )

Merancang strategi untuk mengembangkan potensi pelajar


Aspirasi sekolah yang turut menekankan kepada kecemerlangan sukan, turut membantu muridmurid mengembangkan potensi jasmani. Ini bermakna murid-murid berpeluang mempamerkan kemahiran piskomotor yang ada dalam diri mereka. Misalnya, dalam permainan tenis atau badminton, murid-murid berupaya melakukan servis,memulangkan bola dengan tepat dan berupaya mengawal permaina di dalam gelanggang.

Mengenalpasti potensi-potensi yang ada pada pelajar


Guru berperanan dalam membantu kanakkanak menyerlahkan potensi yang terpendam. Sifat-sifat yang ada dalam diri kanak-kanak seperti ingin tahu, keterbukaan, daya cipta dan kebolehan menyelesaikan masalah perlulah ditingkatkan kerana ia dapat membantu kanak-kanak menyedari kebolehan dan potensi diri sendiri.

Memberi motivasi kepada pelajar untuk meneruskan potensi-potensi yang ada pada pelajar.
Guru perlu memperkukuhkan kekuatan dalaman murid. Contohnya kesediaan dan kesungguhan murid dalam melaksanakan tugasan atau menjawab soalan. Elakan daripada membesarkan kelemahan murid. Hargai setiap komitmen yang diberi oleh murid kerana ini akan meransang mereka untuk terus belajar dan berusaha.

Guru mesti menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak.


Guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti kognitif yang dapat mengilap intelek kanakkanak. Contoh dalam menyelesaikan masalah Mathmatik Tahun 1 , kemahiran mengira menggunakan objek dapat mengembangkan potensi pelajar untuk berfikir secara logik.

Kesimpulan
Kesimpulannya, guru perlu menyedari potensi murid-murid adalah berbeza antara satu sama lain. Guru yang peka terhadap potensi yang ada dalam diri murid-murid dapat membantu mengembangkannya supaya mencapai kemajuan dalam setiap bidang yang diceburi. Pendidikan memainkan peranan penting untuk mempertingkatkan potensi manusia. Jika pendidikan yang diterima berkesan, maka potensi manusia itu terus meningkat dan berkembang.

Вам также может понравиться