Вы находитесь на странице: 1из 2

Bidang Kejuruteraan

January 5, 2011pensilmurahLeave a comment

KERJAYA jurutera penting dan besar kepada kemajuan negara. Tanpa jurutera, siapakah yang akan merancang dan mereka bentuk projek-projek seperti pengairan, jalan raya, jambatan, perlombongan, jana kuasa dan kilang? Malah tugas mereka meliputi kajian dan pembangunan, pembinaan, penyenggaraan dan pengawalan, pengeluaran, perundingan, pengurusan serta latihan. Apa itu kejuruteraan? Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal. Pengetahuan itu digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya menggunakan bahan dan sumber semula jadi. Jurutera ialah individu yang terlatih dalam mereka, membuat dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera awam, elektrik dan kapal terbang. Mereka perlu menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur, mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia, memperbaiki kaedah-kaedah sedia ada dan merintis kaedah baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif. Pelbagai pengkhususan di bidang kejuruteraan ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara. Di antara pengkhususan itu ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kaji terbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian. Perkembangan semasa di Malaysia mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion ini. Setiap hari, pasti ada syarikat mengiklankan jawatan kosong sebagai jurutera di akhbar-akhbar tempatan. Walaupun kerjaya ini mencabar, ia mampu memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan sekali gus mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerjaya ini. KEJURUTERAAN merupakan satu bidang yang sangat luas dan merangkumi berbagai skop ilmu. Dalam perkembangan sains dan teknologi terkini beberapa cabang baru dalam bidang kejuruteraan telah mula diperkenalkan seperti Kejuruteraan Genetik dan lain-lain. Bidang ini sangat mencabar serta memerlukan seseorang yang tahan lasak serta mampu membuat kerja-kerja luar pejabat serta di dalam makmal. Antara bidang kejuruteraan yang sangat diminati dan sudah mantap dari segi kerjaya ialah kejuruteraan awam, elektrik, kimia, mekanik, aeronautikal, petroleum, CAD/CAM, telekomunikasi, bahan, pembuatan, alam sekitar, senibina, ukur (bahan), ukur (bangunan), ukur (pengurusan hartanah) dan sains kejuruteraan. Boleh dikatakan semua institusi pengajian tinggi tempatan menawarkan kursus kejuruteraan. Mengikut perangkaan menjelang tahun 2020 Malaysia memerlukan lebih ramai jurutera bagi menampung keperluan negara yang sedang menuju ke arah sebuah negara maju. Mata pelajaran yang pelajar perlu di beri tumpuan untuk mengikuti kursus ini di universiti adalah semua mata pelajaran sains dan matematik. Bidang kejuruteraan semakin hari semakin mencabar dan justeru itu ia memerlukan kepakaran yang tinggi untuk mengaplikasikan teknologi kejuruteraan yang canggih serta menjimatkan masa, tenaga dan kos. Bidang-bidang baru dalam kejuruteraan pada masa kini ialah kejuruteraan genetik dan teknologi maklumat. Ia merupakan cabang baru dalam dunia sains yang memerlukan kepakaran pada masa kini.

Вам также может понравиться