You are on page 1of 23

ALOI

APAKAH MAKSUD ALOI ?


Kebanyakan logam wujud dalam pepejal.Logam tulen terdiri daripada atom yang sama jenis dan saiz.Susunan atom di dalam logam menyebabkannya bersifat mulur dan boleh ditempa. Kebanyakan logam tulen adalah lembut dan tidak kuat.Sifat logam tulen ini dapat diperbaik dengan menjadikannya aloi. Aloi adalah campuran dua unsur atau lebih mengikut peratusan tertentu dengan unsur utamanya ialah logam. Tujuan pengaloian adalah untuk menambah kekuatan dan kekerasan logam tulen, mencegah kakisan logam, dan membaiki rupa bentuk logam supaya menjadi menarik dan berkilat.

Susunan atom di Aloi


Aloi mengandungi campuran beberapa unsur logam dan bukan logam.
Atom Tembaga Atom Timah

Atom Besi

Justeru itu, kehadiran atom-atom lain yang berlainan jenis dan saiz di dalam atom induk menganggu susunan yang teratur dalam atom induk. Keadaan ini mengurangkan lapisan atom daripada tergelincir satu sama lain.Oleh itu, Aloi lebih keras dan kuat daripada logam tulen.

ALOI BESI ( IRON ALLOY )


Keluli ( Steel )
99 % Besi,

1 % Karbon

73 % Besi,

Keluli nirkarat
( Stainless Steel )

1 % Karbon,
18 % Kromium, 8 % Nikel

ALOI TEMBAGA ( COPPER ALLOY )


Nikel Tembaga ( Cupro-nickel ) 75 % Tembaga, 25 % Nikel

Tembaga ( Brass )

70 % Tembaga, 30 % Zink 90 % Tembaga, 10 % Timah

Gangsa ( Bronze )

ALOI ALUMINIUM ( ALUMINIUM ALLOY )


Magnalium
95 % Aluminium, 5 % Magnesium

93 % Aluminium,

Duralumin

3 % Tembaga, 3 % Magnesium,

1 % Mangan

ALOI PIUTER ( PEWTER ALLOY )


96 % timah,

Piuter

3 % Tembaga, 1 % Antimoni

SIFAT-SIFAT ALOI
Keluli - keras dan kuat. Nikel-Tembaga kuat dan berkilau. Keluli nirkarat kuat, berkilau, tidak boleh karat. Tembaga kuat dan berkilau. Gangsa keras, kuat, tahan kakisan. Magnalium kuat, ringan, tahan kakisan. Duralumin kuat, ringan, tahan kakisan. Piuter kuat, berkilau, tahan kakisan.

PENGALOIAN
Tujuan pengaloian Untuk memperbaiki penampilan logam tulen. Logam tulen mempunyai permukaan berkilat.Apabila terdedah kepada udara dan air, ia akan kehilangan kilatan di permukaan.Atom-atom lain membantu mengurangkan pembentukan lapisan oksida di permukaan.

Untuk meningkatkan kekuatan dan kekerasan pada logam tulen. Logam tulen lebih lembut daripada aloi.Atom-atom lain mengganggu susunan yang teratur di logam tulen.Keadaan ini mengurangkan lapisan atom daripada tergelincir satu sama lain.Oleh itu, Aloi lebih keras dan kuat daripada logam tulen.

Untuk meningkatkan daya tahan kakisan pada logam tulen.

Kebanyakan logam hakis apabila terdedah kepada udara dan air. Atom-atom lain membantu mengurangkan pembentukan lapisan oksida di permukaan.Jadi logam itu akan menjadi tahan hakisan daripada udara dan air.

KEGUNAAN ALOI DALAM BIDANG PERINDUSTRIAN


keluli untuk membina bangunan, jambatan, landasan keretapi, badan kenderaan, paku besi dan skrew.
Keluli nirkarat untuk menghasilkan bahagian automobil, alatan dapur seperti pisau, gunting, sudu, garpu, periuk dan alatan pembedahan.

Nikel-Tembaga untuk menghasilkan duit syiling Tembaga untuk menghasilkan alatan muzik, alatan perhiasan, kunci, nat, bolt dan bahagian elektrik.

Gangsa untuk menghasilkan duit syiling, pingat, monumen dan alatan perhiasan.

Magnalium untuk menghasilkan penimbang dan intrumen yang ringan.

alat

Duralumin untuk menghasilkan kapal terbang, kabel elektrik, periuk tekanan ( pressure cooker ), basikal lumba dan kereta api laju.

Piuter untuk menghasilkan alatan perhiasan, cenderahati, piala dan rantai kunci ( key chain ).

PPIK melalui ujikaji dalam kurikulum sekolah rendah.

TAJUK : PENGARATAN

OBJEKTIF: Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan pengaratan. HIPOTESIS: Kehadiran udara dan air yang menyebabkan pengaratan berlaku.

PERNYATAAN MASALAH:Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pengaratan berlaku?

Pemboleh ubah: (a) Dimanipulasikan: Kehadiran udara dan air (b) Bergerak balas: Keadaan paku (c) Dimalarkan: Jenis paku besi Bahan: Tabunguji, pakubesi, gabus, airpaip, airsuam,minyak,dan kalsium klorida kontang.

PROSEDUR 1. Labelkan tabung uji dengan A,B dan C. 2. Paku besi yang sempurna dimasukkan ke dalam ketiga-tiga tabung uji yg.disediakan. 3. Masukkan sedikit air paip ke dalam tabung uji A. 4. Masukkan sedikit air suam ke dalam tabung uji B kemudian masukkan minyak sedikit. 5. Masukkan kalsium klorida kontang ke dalam tabung uji C. 6. Ketiga-tiga tabung uji itu ditutupkan dengan gabus. 7. Pemerhatian pada paku besi dilakukan selepas 1 minggu.

PEMERHATIAN
TABUNG UJI A B C PEMERHATIAN Paku besi berkarat. Paku besi tidak berkarat. Paku besi tidak berkarat.

PERBINCANGAN 1. Tabung uji A mengandungi air.Udara terdapat dalam air juga.Jadi,kehadiran air dan udara menyebabkan paku besi berkarat. 2. Tabung uji B tidak mengandungi udara.Ini kerana air suam tidak mengandungi udara.Lapisan minyak menyekat udara melarut dalam air suam.Ketidak adaan udara menyebabkan paku besi tidak berkarat. 3. Tabung uji C tidak mengandungi air.Ini kerana kalsium klorida kontang yang terdapat dalam tabung uji menyerap air yang terdapat dalam wap udara.Ketidak adaan air menyebabkan paku besi tidak berkarat.

KESIMPULAN Kehadiran air dan udara menyebabkan paku besi berkarat.

TAMAT SEKIAN, TERIMA KASIH