Вы находитесь на странице: 1из 12

MINIT MESYUARAT PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PETALING (2) 2011 BIL 1 / 2011

Tarikh Masa Tempat Kehadiran 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.

: : : :

17 Februari 2011 8.30 pagi Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Seri Petaling (2)

Encik Ilham Ridhwan Bin Ahmad Cik Nor Shariza Binti Abd Rahman Cik Raihanah Athirah Binti Mat Razali Cik Siti Zulaikha Izlin Binti Rusman Encik Halim Bin Saad Encik Mohd Izzad Fadzly Bin Abdul Halim Encik Mohd Khairuladli Bin Abu Bakar Encik Mohd Syazwan Bin Muhamed Encik Muhamad Irfan Nuwais Bin Razif Encik Muhammad Akif Nabil Bin Farhan Encik Muhd Amin Affifi Bin Othman Puan Asmah Binti Daud Puan Naga Dewi Kartiga a/p Naga Linggam Puan Nurshuhaina Binti Hussin

(Pengerusi)

15. 16. 17. 18. 19. 20.

Puan Nurul Huda Binti Zaid Puan Nurul Mawaddah Binti Aziz Puan Nurul Nazierah Binti Omar Puan Sim Yie May Ustaz Mohamad Siddik Bin Juraimi Cik Nor Aishah Binti Azmi (Setiausaha)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru penasihat unit beruniform di atas kehadiran yang sangat memuaskan.

1.2 Pengerusi menyatakan bahawa tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Seri Petaling (2) 2011

2.0 PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PETALING (2) 2011

2.1 Tempat

2.1.1 Ahli mesyuarat sebulat suara memilih Tapak Perkhemahan Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan sebagai lokasi perkhemahan.

2.1.2 Rasionalnya pemilihan tempat tersebut adalah kerana kawasan perkhemahan tersebut mempunyai bentuk muka bumi landai dan berhampiran air terjun selain bebas dari sebarang gangguan luar agar para peserta dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam aktiviti mereka.

Tindakan: Setiausaha / AJK Penginapan

2.2 Tarikh / Masa

2.2.1 Ahli mesyuarat sebulat suara memutuskan bahawa perkhemahan tersebut diadakan selama 3 hari 2 malam dan memilih tarikh 15 hingga 17 Mac 2011 sebagai tarikh perlaksanaan aktiviti perkhemahan.

2.2.2 Pemilihan tarikh tersebut dibuat kerana terdapat kekosongan aktiviti berdasarkan takwim sekolah.

Makluman: Semua Ahli Jawatankuasa

2.3 Sasaran / Penyertaan

2.3.1 Ahli mesyuarat sebulat suara memilih kumpulan yang terlibat bagi perkhemahan ini ialah ahli-ahli unit beruniform yang berada dalam Tahun 5 dan 6.

2.3.2 Pemilihan ini dilakukan supaya mereka didedahkan kepada satu pengalaman dan ilmu tentang perkhemahan yang dapat diaplikasi dan digunakan pada masa akan datang.

Tindakan: AJK Pendaftaran

2.4 Pelantikan Ahli Jawatankuasa

2.4.1 Ahli mesyuarat telah sebulat suara mencadang dan melantik serta membahagikan ahli jawatankuasa perkhemahan kepada beberapa unit iaitu:2.4.1.1 Penaung Tuan Haji Azmi Bin Abdul Hamid Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Petaling (2)

2.4.1.2

Penasihat Encik Azrul Bin Azmi GPK Kokurikulum

Sekolah Kebangsaan Seri Petaling (2)

2.4.1.3

Jawatankuasa Pelaksana Pengerusi : Encik Ilham Ridhwan Bin Ahmad Puan Sim Yie May Cik Nor Aishah Binti Azmi Encik Muhamad Irfan Bin Razif

Timbalan Pengerusi : Setiausaha Bendahari : :

2.4.1.4

Ahli Jawatankuasa AJK Aktiviti : Cik Siti Zulaikha Izlin Binti Rusman AJK Kerohanian : Ustaz Mohamad Siddik Bin Juraimi Puan Naga Dewi Kartiga a/p Naga Linggam AJK Pengangkutan : Encik Muhammad Akif Nabil Bin Farhan AJK Pendaftaran : Cik Nor Shariza Binti Abd Rahman

AJK Makanan AJK Cenderahati AJK Peralatan

: : :

Puan Nurul Nazierah Binti Omar Puan Nurshuhaina Binti Hussin Encik Mohd Izzad Fadzly Bin Abdul Halim

AJK Keselamatan AJK Kebersihan AJK Disiplin

: : :

Encik Halim Bin Saad Puan Asmah Binti Daud Cik Raihanah Athirah Binti Mat Razali

Pengakap

Encik Mohd Khairuladli Bin Abu Bakar

PBSM

Encik Mohd Syazwan Bin Muhamed

TKRS

Encik Muhammad Amin Affifi Bin Othman

Puteri Islam Tunas Puteri 2.5 Aktiviti / Program

: :

Puan Nurul Mawaddah Binti Aziz Puan Nurul Huda Binti Zaid

2.5.1 Ahli mesyuarat telah mencadangkan dan sebulat suara memilih beberapa aktiviti yang boleh dilaksanakan ketika perkhemahan dijalankan.

2.5.2 Antara aktiviti yang telah dipersetujui dan akan dilaksanakan ialah:2.5.2.1 2.5.2.2 2.5.2.3 2.5.2.4 2.5.2.5 2.5.2.6 2.5.2.7 2.5.2.8 2.5.2.9 Ice Breaking Kuliah Subuh dan Maghrib Kuliah Moral dan Kerohanian Qiamulail Burung Hantu Senaman Pagi Taklimat Teknik Simpulan dan Ikatan Pertandingan Kawad Kaki Pertandingan Masak Ala Rimba

2.5.2.10 Malam Kebudayaan 2.5.2.11 Flying Fox 2.5.2.12 Wall Climbing 2.5.2.13 Explorace 2.5.2.14 Majlis Perasmian Penutup

Tindakan: AJK Aktiviti

2.6 Pengangkutan

2.6.1 Ahli mesyuarat telah sebulat suara untuk mendapatkan perkhidmatan dua buah bas bas ekspres.

2.6.2 Hal ini kerana bagi menampung bilangan peserta yang berjumlah 60 orang murid termasuk 10 orang guru.

Tindakan: Bendahari dan AJK Pengangkutan 2.7 Perbelanjaan / Keperluan Program

2.7.1 Pihak

sekolah

telah

memperuntukkan

sebanyak

RM

2500

melaksanakan aktiviti perkhemahan ini.

2.7.2 Ahli mesyuarat telah bersetuju untuk meminta RM 10 ke atas setiap orang peserta perkhemahan. Hal ini bertujuan untuk menampung kos perbelanjaan dan melancarkan aktiviti perkhemahan tersebut.

2.7.3 Makanan

2.7.3.1 2.7.3.2 2.7.3.3 2.7.3.4 2.7.3.5

Sarapan Pagi Minum Pagi Makan Tengahari Minum Petang Makan Malam

2.7.3.6

Minum Malam

2.7.4 Peralatan yang diperlukan

2.7.4.1 2.7.4.2 2.7.4.3 2.7.4.4 2.7.4.5 2.7.4.6 2.7.4.7 2.7.4.8

Khemah Tali Lampu picit Komputer riba, LCD dan skrin putih Peti kecemasan Kain putih 5 meter Kertas A4 Peralatan memasak

Tindakan: Bendahari / AJK Peralatan / AJK Pendaftaran

2.8 Keselamatan

2.8.1 Setiap murid akan dilindungi oleh insurans berkelompok.

2.8.2 Keselamatan setiap murid semasa aktiviti perkhemahan dijalankan juga akan dijaga dan diawasi oleh guru pengiring.

Tindakan: AJK Keselamatan

2.9 Penghargaan

2.9.1 Sijil Penghargaan akan diberikan kepada semua peserta.

2.9.2 Cenderhati akan diberikan kepada guru besar dan guru-guru pengiring.

2.9.3 Hadiah akan diberikan kepada kumpulan peserta perkhemahan yang menang dalam pertandingan yang dianjurkan. Tindakan: AJK Cenderahati

3.0 HAL-HAL LAIN

3.1 Encik Ilham Ridhwan Bin Ahmad Meminta agar semua ketua penasihat pasukan unit beruniform menghantar laporan aktiviti bulanan pasukan unit beruniform masing-masing sebelum 21 Februari 2011.

Tindakan: Semua Guru Penasihat Unit Beruniform

4.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru penasihat unit beruniform yang terlibat dalam memberikan cadangan dan pandangan dalam mesyuarat ini. Beliau mengharapkan agar semua dapat memberikan kerjasama dan komitmen dalam pelaksanaan program tersebut.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh,

______________________________ (CIK NOR AISHAH BINTI AZMI) Setiausaha Program Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform, Sekolah Kebangsaan Seri Petaling (2).

Tarikh: 19 Februari 2011

Вам также может понравиться