Вы находитесь на странице: 1из 21

SEMINAR FIQH MEDIK 2012 15 MAC 2012

ARTIFICIAL REPRODUCTIVE TECHNIQUE [ART] PERSENYAWAAN LUAR RAHIM DAN MASA DEPAN GLOBAL

DISEDIAKAN OLEH: FARAH AISYAH BINTI AHMAD MADIHAH BINTI MD YUSOF ASILAH BINTI ARIPIN NUR HUSNA BINTI ISMAIL NURUL NASUHA BINTI MOHAMAD ZAWAWI AFIFAH BINTI HAMDAN ADILA AZURA BINTI ABDULLAH

PENDAHULUAN Fitrah manusia pasti menginginkan kebahagiaan. Kebahagiaan bagi sepasang suami isteri ialah kurniaan anak, sebagai penyejuk mata dan penawar hati. Dalam Islam sendiri, antara matlamat perkahwinan adalah untuk meramaikan umat Nabi Muhammad SAW, sebagaimana yang tercatit dalam hadis Rasulullah SAW: Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah SAW memerintahkan kami berkeluarga dan sangat melarang kami membujang. Baginda bersabda: Nikahilah perempuan yang subur dan penyayang, sebab dengan jumlahmu yang banyak, aku akan berbangga di hadapan para Nabi pada hari kiamat.1 Namun, realiti kehidupan di dunia milik Allah SWT, akan ada yang diuji olehNya sebagai ukuran keimanan, yakni dengan masalah ketidaksuburan. Seiring dengan peredaran zaman, kemajuan dan kemodenan dalam bidang perubatan juga tidak ketinggalan. Pelbagai kajian telah dilakukan oleh para saintis, maka muncul pelbagai alternatif baru bagi meyelesaikan masalah ketidaksuburan. Alternatif ini dikenali sebagai Assisted Reproductive Technology (ART) iaitu Teknologi Bantuan Pembiakan. Kertas kerja ini mengupas isu yang berkaitan dengan salah satu teknik daripada ART yang banyak digunakan oleh pasangan yang menghadapi masalah ketidaksuburan iaitu In Vitro Fertilization (IVF) atau Persenyawaan Luar Rahim atau lebih dikenali sebagai Bayi Tabung Uji. Islam adalah agama yang syumul, mengambil berat setiap inci perkara dalam kehidupan, begitu juga dalam sudut perubatan moden. Isu ini bukanlah perkara baru dalam perbahasan, namun berapa ramai daripada kalangan kita yang cakna akan perkara ini terutamanya dari sudut Fiqh Perubatan?

APA ITU KETIDAKSUBURAN? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, subur membawa maksud berupaya menjalani persenyawaan (antara benih lelaki dengan benih perempuan). Ketidaksuburan pula diertikan sebagai keadaan tidak subur, yakni tidak mampu melahirkan anak. Merujuk kepada buku Blueprints Obstetric & Gynecology edisi kelima menyatakan infertility iaitu ketidaksuburan bermaksud kegagalan pasangan untuk
1

Sunan al Nasai

memperoleh zuriat selepas 12 bulan mencuba melalui persetubuhan yang selamat dan natural.2 Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Dr Hamid Arshat, pakar sakit puan terkenal di Malaysia, kes-kes ketidaksuburan, 35% adalah disebabkan penyakit atau kecacatan pada zakar dan sperma oleh suami, 35% lagi ialah oleh penyakit dan kecacatan di organ peranakan isteri, 5% pula kedua-dua sama-sama menyumbang kepada masalah ketidaksuburan di dalam perkahwinan mereka. 20% lagi tidak diketahui puncanya serta 5 % lagi mandul dan disahkan gagal untuk menghasilkan cahayamata akibat tiada sperma dan juga mengalami kerosakan yang berkekalan pada organ peranakan.3 Seiring peredaran zaman, maka terciptalah pelbagai teknik dan kaedah bagi menyelesaikan masalah kesuburan ini. Buktinya di United States, pada tahun 2001, 1.2 juta wanita telah menggunakan bantuan perubatan untuk membolehkan mereka hamil dan 10 peratus wanita telah menerima rawatan kesuburan sepanjang hidup mereka.

KETIDAKSUBURAN DALAM ISLAM Terdapat beberapa senario kes yang digambarkan di dalam Al-Quran yang membantu kita untuk mendapatkan gambaran yang betul tentang masalah ketidaksuburan. Dalam Al-Quran diceritakan kisah Nabi Zakaria AS tetap setia dan memberi sokongan kepada isterinya. Dalam surah 21:89-90, Allah berfirman: "Dan (ingatlah kisah) Zakaria, ketika dia berdoa kepada Tuhannya:"Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik". Maka Kami kabulkan (doa)nya, dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya, dan Kami jadikan isterinya (dapat mengandung). Sungguh, mereka selalu bersegera dalam (mengerjakan) kebaikan, dan mereka berdoa kepada Kami dengan penuh harap dan cemas. Dan mereka orang-orang yang khusyuk kepada Kami.4 Sebagai qudwah yang ditonjolkan oleh Nabi Zakaria AS, setiap permasalahan yang berlaku, memerlukan kita untuk bergantung kepada Allah swt, Tuhan Yang Maha Berkuasa. Baginda sendiri, walaupun seorang Nabi, tidak henti-henti berdoa memohon kepada Allah SWT supaya dikurniakan cahaya mata untuk mewarisi perjuangan mentauhidkan Allah.

Blueprint Obstetric & Gynaecology Ed Ke-5. Tamara L. Callahan, Aaron B Caughey, Philadelphia:Luppincott Williams & Wilkins (LWW), 2009. 3 http://www.hamidarshat.com/bayi-tabung-uji-informasi-96.html 4 Surah Al-Anbiya ayat 89-90

Cukup untuk kita petik satu hadis, Rasulullah SAW bersabda: Setiap penyakit pasti ada penawarnya.5 Inilah satu prinsip penting yang diajar oleh Rasulullah SAW iaitu kita sebagai orang mukmin tidak boleh berputus asa apabila ditimpa penyakit. Carilah penawarnya kerana setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Manusia perlulah berusaha mencari alternatif terbaik untuk mengatasi masalah kesuburan. Namun begitu terdapat beberapa kes ketidaksuburan tidak dapat dirawat walaupun pelbagai alternatif dan teknologi terkini telah dicuba. Semua ini ialah ketentuan Allah swt. Seperti firman Allah swt dalam surah Asy-Syura 42: 49-50; "Milik Allah-lah kerajaan langit dan bumi; Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki, dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan jenis laki-laki dan perempuan, dan menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Dia Maha Mengetahui dan Mahakuasa.6

DEFINISI In-Vitro Fertilization (IVF) merupakan antara teknologi yang tidak asing lagi yang dilakukan bagi mengatasi masalah kesuburan. IVF atau Persenyawaan Luar Rahim adalah asas bagi Teknologi Pembiakan Gesaan (Basic Assisted Reproduction Technique). Secara asasnya, teori IVF adalah persenyawaan berlaku dalam vitro (kaca). Sperma lelaki dan ovum (telur) perempuan dicampurkan dalam satu piring makmal dalam persekitaran yang sesuai. Setelah disenyawakan, embrio yang terhasil akan dipindahkan ke dalam rahim.7 Kaedah IVF ini merupakan kaedah persenyawaan antara ovum dan sperma yang berlaku di dalam tabung uji, bertentangan dengan normal, di mana persenyawaan seharusnya berlaku di dalam tiub fallopian wanita. Penggunaan teknologi IVF ini juga turut membawa kepada beberapa permasalahan lain. Seiring dengan perkembangan teknologi dunia, di mana kaedahkaedah baharu pula diperkenalkan dalam mengatasi masalah kesuburan dan menjamin
Hadith Sahih Muslim Surah Asy-Syura ayat 49-50 7 . Kertas Kerja Bayi Tabung Uji menurut Perspektif Sains oleh Ahmad Shuib Yahaya. Program Thaqafah Online Perubatan 2005.
6 5

kualiti keturunan seperti kaedah Pembekuan Embrio, yang mana embrio dibekukan untuk tujuan penggunaan akan datang, GIFT atau Gamete Intrafallopian Transfer (Pemindahan Gamet Ke Dalam Salur Rahim) iaitu pemindahan hasil campuran sperma dan ovum ke dalam salur rahim tanpa persenyawaan, ZIFT atau Zygote Intrafallopian Transfer (Pemindahan Zigot Ke Dalam Salur Rahim) juga dikenali sebagai PROST (Pronuclear Stage Transfer), terdapat juga kaedah TET (Tubal Embyo Transfer) iaitu pemindahan Embrio ke dalam salur rahim, teknologi IUI (Intrauterine Insemination) iaitu permanian beradas yang mana air mani disalurkan ke dalam tubuh wanita tanpa melalui kaedah biasa iaitu persetubuhan, kaedah PGD (Preimplantation Genetic Disorder) iaitu mengenal pasti keadaan bayi terlebih dahulu sebelum kehamilan berlaku, dan yang terakhir kaedah ibu tumpang yang kini mendapat sambutan terutama di negara Barat dimana sperma dan ovum milik pasangan suami isteri diimplankan pada dinding rahim wanita lain8. Tidak dinafikan dengan kewujudan Teknologi Pembiakan Gesaan ini membawa banyak kebaikan dalam institusi kekeluargaan, namun hadir bersamanya kemudaratan yang perlu diberi perhatian. Teknologi-teknologi baharu ini bukan sahaja berbeza menurut fitrah asal kejadian manusia, tetapi turut mewujudkan persoalan-persoalan dalam menentukan nasab dan keturunan, pemilikan harta pusaka, persoalan wali dalam pernikahan, hubungan kekeluargaan dan sebagainya. Ringkas kata, teknologi-teknologi ini memberi kesan kepada masa hadapan populasi dunia, di mana sekiranya diaplikasi secara berleluasa, akan menyebabkan kekeliruan dalam pelbagai isu. Justeru, diharap dengan penyediaan kertas kerja ini, IVF dan masa depan global memberi sedikit penjelasan terhadap isu penggunaan teknologi IVF sekaligus membantu menyelamatkan generasi masa depan.

SEJARAH IVF Bermulanya kajian tentang IVF ini bukanlah mengambil jangka masa yang pendek dan usaha yang enteng, namun memerlukan tempoh masa yang panjang dan usaha yang berterusan. Hakikatnya, IVF bermula daripada kajian keatas haiwan iaitu pada tahun 1959 oleh seorang Doktor di Boston, United States (US), Dr.Shang. Beliau telah melaksanakan kajian keatas seekor arnab dengan menggunakan sperma dan telur arnab, kemudian dimasukkan ke dalam rahim arnab .Kejayaan seterusnya direkod pada tahun 1968 keatas seekor tikus. Rentetan daripada itu, kajian keatas manusia dilakukan. Sudah berkali-kali percubaan yang dilakukan keatas manusia, namun gagal. Sehingga tahun 1976 hasil usaha Dr. Robert Edwards, seorang wanita telah berjaya hamil, malangnya wanita tersebut menanggung risiko tinggi apabila kehamilan berlaku diluar rahim (kelahiran ektopik) iaitu embrio tertempel pada tiub fallopian

(saluran rahim). Oleh sebab itu, pembedahan terpaksa dilakukan untuk memotong tiub berkenaan. Walaubagaimanapun, usaha Dr. Robert Edwards tidak ternoktah dek kegagalan itu. Beliau meneruskan usaha dan bersatu tenaga bersama Dr.Patrick Steptoe. Maka tercatatlah satu sejarah dunia pada tanggal 25 Julai 1978, di Oldham Gen Hospital, England. Pada hari tersebut, lahirnya seorang bayi tabung uji pertama di dunia; Louise Brown selepas hampir seratus kali percubaan menemui kegagalan. Kejayaan ini bukanlah pengakhiran, namun sebagai satu permulaan dan pencetusan kepada kajian untuk teknik penyelesaian bagi masalah kesuburan. Selepas detik kelahiran Louise Brown, pelbagai teknik baru berkaitan IVF diperkenalkan dan tumbuhnya pusat-pusat rawatan dan klinik-klinik yang menawarkan kaedah ini kepada mana-mana pasangan yang mengalami masalah kesuburan. Bermula dari itu, hampir lebih sejuta kelahiran melalui teknik moden ini telah direkodkan.9

PROSEDUR IVF Pertama sekali, ujian kesihatan perlu dijalani terlebih dahulu di pusat perubatan yang menawarkan perkhidmatan bayi tabung uji ini. Ujian kesihatan ini bertujuan bagi mengenalpasti kitaran haid, kitaran ovulasi, keadaan rahim, respon tubuh badan terhadap beberapa jenis dadah bagi membolehkan doktor menjadualkan prosedur yang sebaiknya mengikut kiraan yang dilakukan. Stimulasi

Seterusnya, persediaan bagi membolehkan doktor mengeluarkan ovum daripada rahim akan dilakukan. Doktor akan memberi beberapa jenis dadah bagi membolehkan penghasilan folikel yang banyak, supaya dapat meningkatkan kemungkinan untuk menghasilkan ovum yang banyak. Hal ini penting untuk menghasilkan ovum yang berkualiti bagi proses persenyawaan. Mengikut siri Lupron, 14 suntikan akan diberikan untuk merangsang ovulasi dan suntikan pada peringkat akhir adalah bagi menjadikan ovum matang dan siap untuk diovulasi. Pengeluaran Ovum

Selepas jumlah ovum yang diperlukan berjaya diperolehi, prosedur bagi mengeluarkan ovum dari faraj akan dilakukan. Bagi menjalankan proses ini ubat pelali akan diberikan supaya kesakitan tidak dirasai. Ovum yang telah diekstrak akan disimpan di dalam bekas khas yang terdiri daripada medium cecair kultur dan disimpan di dalam inkubator pada suhu badan. Prosedur ini hanya memakan masa 15-30 minit, dan jadual untuk pemindahan embrio akan ditentukan kemudiannya.
9

In Vitro Fertilization and Embryo Transfer. J.D Biggers, United States of America: Churchill Livingstone, 1984.

Persenyawaan

Ovum dan sperma akan disenyawakan di dalam makmal. Lebih kurang 100,000 sperma akan diletakkan bersama dengan satu ovum. Persenyawaan ovum dan sperma ini akan didokumentasikan dan embrio yang terhasil akan disimpan di dalam tabung uji dan diletakkan di dalam inkubator. Peringkat awal persenyawaan ialah dengan terhasilnya dua nukleus dan ovum yang telah disenyawakan ini dinamakan zigot. Pemindahan embrio

Ovum mengambil masa lebih kurang 18 jam untuk disenyawakan dan dalam tempoh 16-18 jam kemudiannya, ovum yang telah disenyawakan akan membahagi menjadi dua sel, dan seterusnya empat sel. Selepas 48 jam setelah ovum diekstrak, embrio akan terbentuk dan sedia untuk dipindahkan ke dalam rahim. Setelah pemindahan berjaya dilakukan, janin yang terbentuk akan membesar di dalam rahim seperti kehamilan normal.10

Hubungan antara anak dan ibu bapanya. Secara fitrahnya kaedah kelahiran bayi bermula dengan pertemuan 2 anggota sulit pasangan suami isteri ketika melakukan hubungan kelamin.Lantas, berlakulah kaedah persenyawaan antara benih si suami (sperma) dan benih si isteri (ovum) dan seterusnya membesar menjadi embrio. Oleh sebab inilah anak yang dilahirkan itu mempunyai hubungan dan ikatan yang sangat erat dengan kedua ibu bapanya. Hubungan anak dengan bapanya merupakan hubungan kejadian manusia melalui air mani si bapa dan pewarisan ( ) begitu juga dengan ibunya, anak tersebut mempunyai hubungan kejadian manusia melalui ovum (telur) si ibu. Bahkan, ada satu lagi hubungan antara anak dan ibunya iaitu hubungan ketika mengandungkan anak dan penjagaan yang bersumberkan daripada rahim si ibu ( ). Oleh sebab ini, sekiranya sperma bukan milik si bapa tetapi milik lelaki lain maka di sana terputuslah hubungan si anak dengan si bapanya yang merupakan suami kepada wanita tersebut. Apabila ovum yang bukan milik si ibu yang mengandungkan si anak, maka di sana terputuslah salah satu daripada dua hubungan antara ibu dan anak. Secara kesimpulan ringkas, apabila terputus salah satu hubungan tersebut maka si bapa buka nlah si bapa yang sah terhadap anak itu dan si ibu bukanlah si ibu yang sah.

10

Ivfprocedure.org www.advancedfertility.com/ivf procedures.htm www.pulse-hospital.com/ivf-pregnancy-procedure.html

Fasal 1 :Situasi penggunaan kaedah IVF dalam masyarakat Sebelum dibincangkan permasalahan yang berlaku dalam hal ini maka cantiklah sekiranya disenaraikan tiga perkara yang sangat penting dalam masalah ini : Sperma (air mani) lelaki Ovum (telur) perempuan Dinding rahim (tempat berlakunya penempelan) perempuan

Perlu juga diingatkan kembali, bahawa salah satu Maqasid Syariah ialah menjaga keturunan. Situasi persenyawaan melalui teknologi IVF 1. Persenyawaan air mani daripada pasangan suami isteri dilakukan, selepas itu dikembalikan embrio tersebut ke dalam rahim si isteri. Persenyawaan air mani daripada pasangan suami isteri dilakukan, selepas itu embrio tersebut diletakkan ke dalam rahim isteri kedua (kes poligami). Persenyawaan air mani daripada pasangan suami isteri dilakukan, selepas itu diletakkan ke dalam rahim perempuan lain. Persenyawaan air mani daripada seorang suami dengan air (telur) perempuan asing, kemudian diletakkan embrio tersebut ke dalam rahim isterinya. Persenyawaan air mani yang dilakukan oleh dua orang ajnabi, kemudian diletakkan kembali embrio tersebut ke dalam rahim wanita ajnabi tersebut. Persenyawaan air mani yang dilakukan oleh seorang lelaki ajnabi dengan seorang isteri, kemudian diletakkan embrio tersebut ke dalam rahim perempuan lain. Persenyawaan air mani yang dilakukan oleh seorang lelaki ajnabi dengan seorang isteri, kemudian diletakkan embrio ke dalam rahim isteri lelaki tersebut. Persenyawaan oleh pasangan bukan suami isteri tetapi embrio diletakkan ke dalam rahim isterinya. Persenyawaan air mani daripada pasangan bukan suami isteri, kemudian diletakkan ke dalam rahim perempuan lain. ( Dalam kes ini melibatkan 3 individu yang langsung tidak mempunyai sebarang hubungan).

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

Hukum syarak tentang perbincangan ini : Situasi yang pertama : Hukum persenyawaan air mani daripada pasangan suami isteri dilakukan, selepas itu dikembalikan embrio tersebut ke dalam rahim si isteri.

Pendapat yang pertama : HARUS mengikut pandangan Majma al-Fiqh al-Islami11 . Harus melakukan kaedah IVF dalam situasi ini dan ini merupakan pandangan kebanyakan ulama masa kini dan juga keputusan Persatuan Kedoktoran Islam.12 Pendapat yang kedua : Tiada keharusan dalam melakukan IVF walaupun dalam situasi ini, dan pandangan ini adalah pandangan yang mengHARAMkannya. Pendapat yang paling rajih merupakan pendapat yang pertama. Dalilnya ialah : Sesungguhnya jelas di sini pensabitan nasab kepada kedua ibu bapanya (suami isteri tersebut) kerana sumbernya(sperma dan ovum) datang daripada mereka. Oleh sebab anak itu mendapat nasabnya maka, dia berhak untuk disabitkan hak pewarisan dan hak lain-lain sperti anak-anak yang dilahirkan melalui kaedah normal. Perbuatan persenyawaan di luar rahim disempurnakan dengan menggunakan air mani pasangan suami isteri, kemudian di masukkan ke dalam rahim isteri, ini merupakan gambaran atau ibaratnya sama sahaja seperti melakukan persetubuhan normal oleh suami isteri, yang anak itu dinasabkan kepada pemilik sperma dan telur tersebut.13 Memiliki zuriat merupakan salah satu tujuan perkahwinan dalam islam, dan kaedah IVF merupakan salah satu cara untuk mencapai kepada tujuan tersebut. Ini merupakan salah satu cara untuk merawat masalah tidak dapat melahirkan anak (sama ada masalahnya daripada pihak isteri mahupun suami) dengan syarat sperma dan ovum mestilah daripada pasangan suami isteri yang sah.

Para ilmuan fiqh telah menetapkan keharusan dalam IVF bagi situasi ini dengan syarat seperti berikut : Penyempurnaan perbuatan IVF ini adalah dengan kerelaan pasangan suami isteri dan pada waktu hubungan suami isteri masih kekal(belum bercerai). Doktor yang melaksanakan kaedah ini perlulah daripada kalangan doktor Muslim yang boleh dipercayai dalam agama dan ilmu kedoktorannya.14 Mempunyai jaminan yang sangat cukup daripada berlakunya percampuran nasab.15

Fiqh Tibiyyah Muasarah (1/135) Qadaya Tibbiyah Muasarah, keputusan al-Fiqhi tentang IVF (1/135) 13 At-Tantawi, Fatawa Ali at-Tantawi, (1/102)
11 12

Qadaya Tibbiyah Muasarah (1/140) Majalah al-Fiqhi al-Islami, Keputusan Mujama al-Fiqhi al-Islami dalam perkara IVF dan bayi tabung uji pada Daurah yang ke-2, 1987 Masihi, (1/328)
14 15

Situasi yang kedua : Hukum persenyawaan air mani daripada pasangan suami isteri dilakukan, selepas itu embrio tersebut diletakkan ke dalam rahim isteri kedua (kes poligami). Kebiasaanya keadaan ini berlaku apabila perempuan yang mendermakan telurnya mengalami masalah kesihatan, seperti rahim lemah atau dengan kehamilan itu akan menyebabkan dia mendapat masalah kesihatan serta sebab-sebab lain. Untuk gambaran situasi ini, insyaAllah kita akan bincangkan dalam fasal yang ketiga. Situasi ketiga kesembilan: Dalam situasi berbaki ini, ia melibatkan individu selain suami isteri yang sah. Maka HARAM melakukannya, dan ia merupakan perbuatan yang diHARAMkan syarak kerana ia boleh menyebabkan masalah percampuran nasab dan menghilangkan sifat keibuan yang sebenar. Bahkan ia membawa kepada kerosakan yang sangat besar terhadap dunia. Dalil HARAM terhadap baki situasi IVF : Diriwayatkan oleh Rasulullah S.A.W : Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, menyiram benihnya kepada tanaman lelaki lain.16 Ini untuk mengelakkan berlaku hasil yang merosakkan nasab. Maka, hadis ini melarang meletakkan air mani dengan cara situasi yang ketiga hingga yang kesembilan atas dasar takut-takut berlakunya percampuran nasab, dan tidak diketahui kepada siapa untuk menasabkan anak yang lahir dalam cara ini. Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi dalam sunannya daripada Syatir bin Syakil daripada ayahnya berkata : Aku datang kepada Nabi yang mulia, maka aku berkata, wahai Rasulullah : Ajarkanlah aku perkara yang aku perlu berlindung daripadanya, Maka bersabda Rasulullah Katakanlah : Allah sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kejahatan pendengaran, penglihatan, lisan, hati dan mani.17 Secara zahirnya hadis ini menyatakan kejahatan mani yang memberi maksud berlindung daripada melakukan persetubuhan yang haram, dan juga ditafsirkan sebagai penggunaan yang haram iaitu seorang lelaki meletakkan air maninya ke dalam rahim bukan isterinya dan ini merupakan hakikat dalam gambaran melakukan IVF kepada mereka yang tidak mempunyai ikatan suami isteri. Sebarang hubungan antara perempuan dan lelaki yang tidak berlandaskan hukum syarie merupakan hubungan yang sia-sia dan diharamkan oleh syarak.18

16

Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi : Hadis Hasan At-Tirmizi, Jamiut Tirmizi 17 18 Qadaya Tibiyyah Muasarah (1/24)

Tidak sah disisi syarak seorang lelaki memasukkan air maninya ke dalam rahim perempuan yang tidak halal untuknya, dan ini (walaupun dengan cara IVF) menyerupai kepada perbuatan zina (dari segi hasil ) iaitu anak yang lahir bukan dari ikatan suami isteri yang sah.

Masalah 1 : Hukum Syarak dalam hak pewarisan kepada anak hasil IVF yang dilakukan selepas kematian suami : Gambarannya : Telah sempurna persenyawaan luar rahim (tabung uji) dengan benih suaminya yang telah meninggal dunia sebelum sempat meletakkan embrio tersebut ke dalam rahim si isteri, namun si isteri tetap meletakkan embrio tersebut ke dalam rahimnya walaupun setelah kematian suaminya. Bagaimanakah hak pewarisan kepada anak yang dihasilkan melalui perbuatan ini? Hukum memasukkan embrio yang telah disenyawakan diluar rahim selepas kematian suaminya adalah HARAM. Dan perempuan ini boleh dijatuhkan hukuman tazir. Ini kerana, hubungan perkahwinan antara dia dan suaminya telah berakhir dengan sebab kematian suaminya. Oleh itu, memasukkan air mani ke dalam rahimnya waktu ini adalah tidak sah.19 Hukum syarak dalam pewarisan anak yang dilahirkan dengan cara ini adalah seperti berikut :Anak ini HARAM mendapat hak pewarisan kerana ia adalah hasil persenyawaan selepas kematian suaminya, dan mereka yang bersetuju dengan pandangan ini ialah daripada kalangan Hanafiah20 dan juga Syafiiah21. Ibnu Abidin al-Hanafi menyebut :
22

Dapatlah difahami di sini, persenyawaan pada hukum syarak samalah dengan hukum bersetubuh, dan seorang lelaki hanya boleh melakukan persetubuhan ketika hayatnya, bahkan mustahillah sekiranya persetubuhan boleh dilakukan selepas kematian. Sepertimana yang kita ketahui, dengan persetubuhan inilah terbinanya nasab terhadap anak yang dilahirkan, akan tetapi dalam hal ini persenyawaan selepas kematian suami maka di sana tidak terbinalah nasab, penafian nasab anak ini kepada bapanya (pemilik sperma) memberi makna kepada penafian pewarisan juga. Para Fuqaha telah meletakkan kaedah dalam pewarisan : Jika telah dithabitkan nasab, maka boleh keatasnya mendapat hak warisan harta23. Kerana inilah anak yang
Qadaya Tibiyyah Muasarah, (1/22) Ibnu Abidin, Radda Muhtar ala Darul Muhtar, kitabut talaq, babul idah (5/180) 21 Asy-Syirbini, Mughnil Muhtaj, Kitabul Lian, fasal qazaf az-zawaj zaujatuhu, (6/530) 22 Ibnu Abidin, Radda Muhtar ala Darul Muhtar, kitabut talaq, babul idah (5/180) 23 Assirkhusi, al-Mabsut, kitab at-talak, babul lian, (7/57)
19 20

dilahirkan dengan cara ini tidak berhak untuk mendapatkan hak pewarisan di sisi alHanafiah. Kesimpulannya, anak yang berhak mendapat hak nasab ialah yang lahir dari hasil persenyawaan luar rahim ketika suami isteri masih hidup. Sekiranya suami meninggal kemudian si isteri masih melakukan persenyawaan tiadalah ketetapan nasabnya. Tiada ketetapan nasab memberi makna tiadanya ketetapan pewarisan juga. Dalil Syariah HARAM mewariskan anak yang lahir dengan cara ini. Tidaklah dinasabkan anak ini kepada bapanya (pemilik sperma) dan perempuan yang melakukan perbuatan ini akan menanggung perbuatannya ini di dunia dan akhirat. Hubungan suami isteri akan terputus dengan sebab kematian suaminya, maka tiada lagi ikatan perkahwinan antara keduanya selepas kematian salah seorangnya24. Perbuatan ini merupakan perkara yang diharamkan, dan perlulah memberi denda kepada perempuan tersebut atas sebab perbuatannya. (Jika memberi hak pewarisan ibarat menggalakkan lagi perbuatan haram ini) Nabi Muhammad S.A.W memberi nasab kepada anak yang dilahirkan daripada persetubuhan syarie, dan menafikannya kepada persetubuhan yang haram seperti zina. Maka, anak hasil daripada zina tidak berhak kepada bapanya, bahkan ia berhak dinasabkan kepada ibunya. Hadis Rasulullah S.A.W :
25

"..penzina (muhsan) tidak lagi layak kepada sesuatu kecuali rejaman batu sehingga mati" Persetubuhan juga mustahil dilakukan suaminya dengan rela selepas kematiannya. Begitu juga dengan persenyawaan(sperma dan ovum) selepas kematian suaminya. Syariat Islam sangat menjaga keturunan daripada berlakunya percampuran nasab atau hilang keturunan. Sesungguhnya cara ini menghilangkan keturunan dan berlaku percampuran nasab.

Masalah 2 : Hukum IVF dengan menggunakan air mani lelaki yang diambil sebelum berkahwin. Gambaran : Seorang lelaki menyimpan spermanya sebelum berkahwin ( )dan kemudian dia berkahwin dengan seorang wanita. Setelah mereka berkahwin, wanita itu melakukan persenyawaan luar rahim menggunakan sperma (yang diambil sebelum berkahwin tadi) dan dimasukkan ke dalam rahimnya. Adakah dibenarkan?

Dalil yang tidak membenarkan: Sebahagian ulama Fuqaha Asy-Syafiiah26, menyatakan HARAM melakukan persenyawaan dengan sperma yang diambil sebelum aqad. Mereka mensyaratkan sperma yang diambil selepas berkahwin sahaja boleh digunakan dan persenyawaan hendaklah dilakukan ketika sah sebagai suami isteri.

Dalil yang membenarkan: Sperma dan ovum yang digunakan adalah dari orang yang sama, sama ada belum atau sudah berkahwin. Dengan syarat persenyawaan dilakukan selepas berkahwin. Hanya boleh menggunakan kaedah ini ketika wujudnya keperluan mendesak seperti sakit.

Fasal 2 : Memilih jantina janin Sepertimana yang kita ketahui, anak merupakan satu anugerah yang sangat bermakna dalam perkahwinan.Bahkan pemilihan jantina juga sangat penting.Kebiasaannya kehadiran anak lelaki sangat dinantikan kehadirannya dalam keluarga kerana dikatakan mempunyai banyak kelebihan. Sebagai contoh, di zaman arab jahiliyyah dahulu mereka terasa sangat terhina sekiranya mendapat anak perempuan lalu mereka sanggup membunuh anak tersebut hidup-hidup. Adat orang cina pula anak lelaki penting untuk mewariskan perniagaan dan sebagainya. Oleh sebab ini, wujudlah kepercayaan karut marut dalam masyarakat baik Arab jahiliyyah mahupun Melayu.Sekiranya tidur dalam tepung anak yang dikandungkan adalah anak lelaki, dan siapa yang mahukan anak perempuan tidurlah dengan barli dan banyak lagi kepercayaan. Hukum syarak dalam pemilihan jantina janin : Permasalahan ini tidak dibahaskan dalam mazhab-mazhab fiqah dan tidak tercatat dalam kitab mereka tentang permasalahan ini. Para ulama masa kini telas membahaskan hukumnya : Pendapat yang pertama : HARUS memilih jantina janin dalam semua kaedah27 dengan syarat ia tidak membawa kepada kemudaratan terhadap perempuan tersebut seperti mana hadis Nabi :
28

24 25

Asyarbini, Mughnil Muhtaj, Kitab Ummahatul Aulad, (6/540) Al-Bukhari, Sohih al-Bukhari, 2421 26 Asyarbini, Mughnil Muhtaj, Kitab Ummahatul Aulad, (6/540) 27 Kata-kata Doktor Muhammad Uthman Syabir, Qadaya Tibiyyah Muasarah, (2/299)

tidak mudarat dan tidak memudaratkan (*terdapat sebahagian ulama' masa kini yang hanya membenarkan kaedah-kaedah tertentu sahaja). Pendapat yang kedua : HARAM memilih jantina janin dalam semua cara29.

Dalil pendapat yang mengharuskan : Berdoa untuk mendapat anak lelaki adalah HARUS, (apa yang dibolehkan untuk kita buat maka dibolehkan untuk berdoa) tetapi syarat berdoa ialah tidak meminta kepada yang haram. Seperti dalam al-Quran: Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub dan jadikanlah dia wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai. Surah Maryam : 5 6. Akan wujudnya darurat yang menyebabkan pasangan suami isteri terpanggil untuk memilih jantina anak. Contohnya seperti wujud penyakit yang hanya menimpa kepada lelaki mahupun perempuan sahaja pada masa hadapan, sebagai contoh penyakit genetik yang dibawa oleh kromosome. Kaedah syar'iah ialah [asal kepada semua perkara adalah harus sehingga datangnya dalil yang mengharamkannya]. Isu pemilihan jantina ini tidak ada dalil yang mengharamkannya30, maka hukumnya kekal HARUS.

Ketetapan yang diletakkan hasil ijtihad dalam keharusan memilih jantina janin :Sesugguhnya pemilihan jantina merupakan isu yang bahaya, sekiranya tidak dilakukan mengikut ketetapan, ia akan membawa kepada pelbagai masalah yang merosakkan. Berikut ketetapan yang telah diletakkan oleh syariah : Isu pemilihan jantina tidak menjadi isu yang am atau perkara yang biasa dalam masyarakat, dan tidak dilaksanakan melainkan setelah mengikut ketetapan31. Adanya penyakit genetik yang memerlukan kepada pemilihan jantina anak seperti wujudnya penyakit yang dibawa oleh kromosome, jika ia hanya menimpa anak lelaki sahaja atau sebaliknya.

28 29

Ahmad, Musnad, Hadis Hasan 2856 Salah seorang yang menyatakan pandangan ini ialah Doktor Rajihul Kardi, Doktor Hamam Said dalam Qadaya Tibiyyah Muasarah dan juga Syeikh Abdul Aziz Ali Syeikh. 30 As-Suyuti, al-ashbahu wan-nazair (1/131). 31 Al-Islam wal Musykilat al-Muasarah nadwatul injab, Doktor Muhammad Asyqar.

Wujudnya hajat yang membawa kepada keinginan pemilihan jantina. Seperti sepasang suami isteri yang hanya dikurniakan anak lelaki dan berhajat untuk memiliki anak perempuan walaupun seorang atau sebaliknya. Bebas daripada sebarang pencampuran nasab dan hilangnya nasab32.

Fasal 3 : Ibu Tumpang Hukum Syarak dalam perbahasan ini terbahagi kepada 2 bahagian : Pertama : Mengambil sperma suami dan ovum isteri kemudian disenyawakan diluar rahim kemudian diletakkan embrio tersebut untuk proses penempelan ke dalam rahim perempuan asing bukan isterinya. Kedua : Dalam kes poligami, lelaki yang mempunyai isteri lebih daripada seorang, boleh jadi isteri pertamanya mengalami masalah kesihatan iaitu tidak mampu untuk mengandungkan janin di dalam rahimnya tetapi mampu menghasilkan telur. Maka diambil sperma si suami dan ovum isteri pertama untuk disenyawakan di luar rahim, kemudian diletakkan ke dalam rahim isteri kedua. Hukum Syarak pada permasalahan pertama: Mengambil air mani suami dan telur isteri kemudian disenyawakan diluar rahim kemudian diletakkan embryo tersebut untuk proses penempelan ke dalam rahim perempuan asing bukan isterinya. Ulama sepakat dalam kaedah ini yakni menggunakan perempuan asing sebagai ibu tumpang secara jelasnya HARAM untuk dilakukan. Dalil Pengharaman Firman Allah S.W.T : Dan mereka yang menjaga kehormatannya Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. Surah Al-Mukminun : 5-6 Mafhum daripada ayat ini, HARAM meletakkan sebarang benda ke dalam rahim perempuan lain melainkan kepada isteri sendiri atau hamba sahaya yang dimiliki. Firman Allah S.W.T : Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: Anak-anak dan cucu-cicit,
32

Qadaya Tibbiyah Muasarah, petikan daripada Doktor Ali As-Sowa, (2/299).

serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal Surah An-Nahl : 72 Mafhumnya: ibu tumpang bukanlah tergolong sebagai isteri yang menyambung zuriat keturunan. Sabda Rasulullah S.A.W : Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, menyiram benihnya kepada tanaman lelaki lain.33 Maka, tidak halal sama sekali bertemunya sperma dan telur dalam rahim wanita yang bukan isterinya. Rahim perempuan juga turut terlibat dalam pembentukan janin, yakni memberi makanan daripada darah rahim wanita ini34. Dalam situasi ibu tumpang ini, rahim perempuan yang digunakan ini telah bercampur dengan air mani lelaki ajnabi.35 Konsep ibu tumpang merosakkan makna keibuan. Ini kerana ibu tumpang tersebut yang memberi makan kepada janin tersebut bahkan dia yang merasakan kesakitan mengandung. Tetapi selepas dilahirkan, bayi diserahkan kepada ibunya yang sebenar(pemilik ovum).36 Perbuatan ibu tumpang yang belum berkahwin akan mendatangkan penghinaan dan kejian daripada manusia dan membawa kesan buruk kepada masyarakat. Dan boleh jadi perempuan itu mengandungkan anak luar nikah tetapi mengaku sebagai ibu tumpang untuk menutup kesalahannya. Firman Allah S.W.T : Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). Surah an-Nur : 19 Adakah perbuatan Ibu Tumpang berhak menerima hukuman zina? Perbuatan ini merupakan perbuatan yang tidak sama dengan zina37, dan tidak boleh dilaksanakan hukum hudud terhadap ibu tumpang ini kerana di sana wujudnya perbezaan antara perbuatan ini dengan zina.
33 34

Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi : Hadis Hasan At-Tantawi, Fatwa Ali at-Tantawi, (1/103) 35 Al-Islam wal Musykilat al-Muasarah nadwatul injab fi dhaul Islam, dipetik daripada kata-kata Doktor Badar Mutawalli Abdul Basit. 36 Mansur, al-Ahkam at-Tobiyyah al-Mutaalaqah bin nisa 37 At-Tantawi, Fatawa Ali at-Tantawi, (1/103)

Namun, perbuatan ini tetap HARAM, dan orang yang melakukannya berhak menerima hukuman tazir yang ditentukan kadarnya oleh qadi/hakim seperti dipenjara atau bayar denda. Berikut dinyatakan perbezaan antara dua perbuatan ini :IBU TUMPANG Tidak melibatkan syarat-syarat zina seperti memasukkan zakar ke dalam faraj. Tidak sah untuk meng'qias'kan zina dengan ibu tumpang. Persenyawaan berlaku di luar rahim. Hanya embrio sahaja dimasukkan ke dalam rahim ibu tumpang. Tidak bercampur nasab kerana sperma dan ovum diyakini dari suami isteri yang sah. ZINA Maksud : memasukkan zakar ke dalam faraj perempuan ajnabi dan jika bebas daripada sebarang syak wasangka akan dijatuhkan hukuman hudud. Persenyawaan berlaku di dalam rahim wanita tersebut. Diyakini bercampur nasab antara lelaki dan wanita tersebut.

Hukum Syarak pada permasalahan kedua :Dalam kes poligami, lelaki yang mempunyai isteri lebih daripada seorang, boleh jadi isteri pertamanya mengalami masalah kesihatan iaitu tidak mampu untuk mengandungkan janin di dalam rahimnya tetapi mampu menghasilkan telur. Maka diambil sperma si suami dan telur isteri pertama untuk disenyawakan di luar rahim, kemudian diletakkan ke dalam rahim isteri kedua. Pandangan ulama dalam situasi ini. Pendapat yang pertama : HARUS menggunakan kaedah ibu tumpang dalam situasi ini. Pendapat yang kedua : TIDAK HARUS menggunakan ibu tumpang dalam situasi ini. Setelah meneliti banyak buku serta pandangan daripada ulama fuqaha masa kini. Maka, kami nyatakan keputusan Mesyuarat Panel Kajian Syariah (PKS) JAKIM kali ke60 dalam permasalahan ini. Keputusan Mesyuarat Panel Kajian Syariah (PKS) JAKIM kali ke-60 Mesyuarat JAKIM kali ke-60 yang diadakan pada 3-5 September 2007, telah membincangkan isu ini dan membuat keputusan seperti berikut : Menggunakan kaedah ibu tumpang adalah HARAM, walaupun sperma dan ovum adalah diambil daripada pasangan suami isteri yang sah kerana berlaku kekeliruan dari segi nasab anak yang dilahirkan. Kesucian ikatan perkahwinan yang sah TIDAK HARUS dicemari sepanjang proses bantuan reproduksi atau ART. Pengamalk ART yang beragama Islam mestilah mengawal dengan penuh tanggungjawab kesucian telur dan sperma kepada pasangan yang mendapatkan rawatan. Oleh kerana percantuman sperma dan telur bukan melalui kaedah biasa ia mestilah dilaksankan dalam linkungan perkahwinan yang sah.

Penglibatan pihak yang ketiga tidak dapat diterima sama sekali sama ada sumbangan sperma, telur, embrio atau rahim. Amalan di dalam kaedah ART yang berleluasa yang menggunakan kaedah sperma dan telur yang didermakan atau menyewa ibu tumpang adalah bertentangan dengan prinsip asas islam berhubung reproduksi manusia ; dan Bagi kes poligami, menanam embrio ke dalam rahim salah seorang isteri sebagai ibu tumpang, sedangkan ovum diperolehi daripada isteri yang lain. Hukumnya berasaskan kaedah sad az-zaraik.38

Majma al-Fiqh al-Islami pada daurah yang ke-lapan juga telah mengHARAM perbuatan ini kerana berlaku kemungkinan yang sangat besar yang akan mengakibatkan kepada penentuan nasab si janin. Contoh-contoh keraguan : Isteri kedua yang menjadikan rahimnya sebagai tempat tempelan kepada benih suami yang disenyawakan dengan benih madunya, wanita ini berkemungkinan akan mengandungkan zuriatnya dengan si suami sebelum berlaku tempelan hasil antara benih suaminya dan madu si isteri tersebut. Atau boleh berlaku di sana kelahiran anak kembar yang kita tidak dapat pastikan adakah kedua-duanya anak kepada isteri yang mendermakan rahim atau isteri yang memberi ovum. Berkemungkinan benih antara suami isteri pemilik ovum yang ditempelkan pada rahim isteri yang menderma dinding rahimnya telah mati lalu berlaku persenyawaan baru antara suami atau isteri yang mendermakan rahimnya.

Jelasnya, keraguan yang cukup besar ini pastinya akan menyebabkan seorang mujtahid akan mengharamkan setiap cara yang mengakibatkan keraguan ini kerana islam menitikberatkan masalah nasab seseorang.39 Nasab anak yang dilahirkan melalui kaedah ibu tumpang : Di sana ulama yang terlibat dalam Muktamarat, Nadwah dan Mujami al-Fiqhiah telah mempunyai pendapat yang berbeza tentang perbahasan penggunaan ibu tumpang bagi kes poligami, adakah ibu kepada anak itu yang melahirkan anak atau ibu pemilik telur : Pandangan ulama dalam masalah ini :
38

Kertas Kerja Hukum Menggunakan Kaedah Ibu Tumpang untuk Mendapatkan zuriat, J abatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, 2008. 39 Kertas Kerja, Persenyawaan Buatan dan Bayi Tabung Uji oleh Ustaz Hairul Nizam Mat Husin, Master Usul Fiqh Universiti al-Azhar, Mesir, 2006.

Pendapat pertama : Anak itu dinasabkan kepada ibunya yang asal yakni yang mendermakan telur dan bukannya yang mengandungkan serta melahirkannya. Dan ini merupakan pandangan sebahagian ulama Syafaiah. Pendapat kedua : Ibu kandung kepada anak ini adalah ibu yang mengandung serta melahirkannya. Dan tidak dinasabkan kepada ibu yang mendermakan telur.

Dalil yang paling rajih adalah pendapat yang pertama, berikut dalilnya : Telur yang sempurna ditanam membawa semua sifat dan pengkhususan genetik daripada telur sehingga kepada pembentukan janin. Bahkan rahim perempuan yang mengandungkan anak itu sama sekali tidak menyumbang kepada sebarang perubahan sifat dan genetik. Ibu yang mengandungkan anak ini hanya memberikan anak itu daripada rahimnya makanan dan darah sehinggalah lahirnya anak itu. Kelahiran secara biasa anak itu terbentuk daripada mani lelaki yang bersetubuh bercantum dengan telur perempuan yang melahirkan.

PENUTUP Konklusinya, IVF diharuskan oleh Islam dengan bersyarat dan diharamkan dengan bersebab untuk menjaga kemaslahatan sejagat. Pensyariatan dalam Islam bukan bertujuan menghalang tetapi bertujuan untuk mengawal kehidupan manusia agar tidak melampaui batas dan tidak menyusahkan diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Segala maklumat dan kandungan yang terdapat dalam kertas kerja ini boleh dijadikan panduan kepada kita semua apabila berhadapan dengan permasalahan yang berkaitan dengannya pada hari muka. Segala kandungan yang ditulis di dalam kertas kerja ini berdasarkan sumber-sumber yang sahih dan kajian ilmiah yang meyakinkan. Hukum-hukum yang dikeluarkan boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada kita semua. InshaAllah. Semoga dengan penghasilan kerja ini dapat meningkatkan kefahaman kita tentang Islam dan Sains. Sesungguhnya Islam itu mudah dan menjaga kemaslahatan umatnya.

RUJUKAN Al- Quran dan hadith J.D Biggers. 1984. In Vitro Fertilization and Embryo Transfer. Alan Trounson, Carl Wood. United States of America: Churchill Livingstone. Howard W. Jones Jr. 2002. Assisted Reproductive Technology: Accomplishment and New Horizons, Christopher J. De Jonge, Christopher L.R Barratt. United Kingdom: The PressSyndicate of the University of Cambridge . Joseph G. Schenker 1988. In Vitro Fertilization and other Assisted Reproduction. Howard W. Jones, Jr., Charlotte Schrader Vol 541 United States of America: The New York Academy of Sciences. Catherine M Marin, Alan S. Penzias 2003. Current Obstetric & Gynecologic: Diagnosis & Treatment. Alan H. DeCherney, Lauren Nathan Ed. Ke 9. United States of America: Appleton & Lange. Danial Navot 2004, Textbook of Assisted Reproductive Techniques: Laboratory and Clinical Perspectives, David K Gardner, Ariel Weissman, Colin M Howles, Zee Shoham Ed Ke-2, United Kingdom: Taylor & Francais Group. A Van Steirteghem 2004. Assisted Reproductive Technologies: Quality and Safety. Jan Gerris, Petra De Sutter. United Kingdom: Taylor & Francais Group. Hassan Hathout 1988. Islamic Perspectives in O&G. California: The Islamic Organization of Medical Science. Tamara L. Callahan, Aaron B Caughey 2009. Blueprint Obstetric & Gynaecology Ed Ke5, philadelphia: Lippincott Williams & Wilkins (LWW). Salim Daya, Robert F. Harrison, Roger D Kampers 2004. Advences in Fertility and Reproduction Medicine ( International Congress Series 1266) Netherland: Elsevier. Ahmad Shuib Yahaya 2005. Kertas Kerja Bayi Tabung Uji menurut Perspektif Sains. Program Thaqafah Online Perubatan 2005. Dr. Tarik Abdul Manam, 2010 Risalah dukturah, Ahkam at-Tadkhul at-tibbi fi an-Nutfah al-basyiriah fi al-Fiqh al-Islamiy. Darul Nafais, Jordan. Hairul Nizam Mat Husain, 2006.PMRAM, Kertas Kerja Persenyawaan Buatan dan Bayi Tabung Uji. Kertas Kerja Hukum Menggunakan Kaedah Ibu Tumpang untuk Mendapatkan Zuriat, 2008, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

*NOTA PENTING Kertas kerja ini mengandungi banyak kelemahan terutamanya dari sudut analisis yang penting ditinggalkan kerana kekangan muka surat yang diperuntukkan kepada kami. Dan juga disebabkan kelemahan kumpulan kami sendiri yang terdiri daripada Tahun 1, Ijazah Usul Fiqh dan sebahagiannya Ijazah Kedoktoran atau Pergigian ketika menyiapkan kertas kerja ini. Kertas kerja ini telah disemak oleh salah seorang calon Phd di Universiti Yarmouk. Sebarang teguran kesalahan dan kesilapan fakta boleh terus berhubung dengan salah seorang ahli kumpulan kami di alamat emel : ecahamad@gmail.com

Вам также может понравиться