Вы находитесь на странице: 1из 21

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

Ke-1 Pertama 21 - 23 Januari 2013 Minggu Pertama Di SK Yan Kechil

Pada hari pertama, saya bersama pasangan praktikum melapor diri kepada Encik Mahyuddin B. Aziz, Guru Besar SK Yan Kechil. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Guru Besar memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah, termasuklah : sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah; misi dan visi sekolah struktur organisasi sekolah latar belakang murid dan masyarakat setempat;

Selepas itu, kami telah berjumpa dengan Puan Hasnah Bt. Par, Guru Penolong Kanan 1. Kami telah berbincang tentang jadual waktu mengajar dengan beliau. Saya telah mendapat Kelas 4 Cerdik sebanyak 6 waktu untuk subjek Matematik. Untuk subjek Bahasa Malaysia, saya telah mendapat 4 waktu untuk kelas 3 Elit.

Selepas waktu rehat, kami diperkenalkan kepada guru-guru dan staf sokongan. Kemudian, kami telah menggunakan masa terluang dengan melawat kawasan sekolah dan melihat kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah. Guru Penolong Kanan telah membawa kami berjumpa dengan guru pembimbing kami, iaitu EncikZolkapli B. Ahmad dan PuanAzlina Bt. Ismailmemberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami tentang jadual waktu, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru dan rancangan semester. Sebelum tamat persekolahan, saya telah ganti kelas 6Elit. Saya telah menjalankan permainan Regu dengan murid-murid. Penglibatan murid sangat aktif dan kelas dalam keadaan terkawal.

Pada hari kedua, saya telah menggunakan masa untuk mendapatkan data murid dan rekod prestasi murid untuk subjek Matematik dan Bahasa Malaysia daripada guru pembimbing.Saya juga telah mendapatkan buku teks dan buku latihan daripada guru pembimbing. Puan Azlina telah berkongsi ilmu tentang formatKSSR.

Saya juga diberi peluang melihat modul pengajaran dan contoh RPH.Kemudian, saya juga telah menggantikan kelas Tahun 1 Elit dan 1 Pandai. Saya telah menjalankan aktiviti melukis dan mewarna bersama murid-murid. Saya telah menjalankan aktiviti ini kerana berdasarkan pengalaman saya mengajar murid-murid Tahun 1 lebih berminat dengan subjek Pendidikan Seni dan Muzik. Pada hari ketiga, sekolah telah mengadakan Majlis Maulidur Rasul. Saya telah terlibat sebagai AJK Persiapan Tempat. Sebelum persekolahan tamat, sekolah juga telah mengadakan majlis pemberian bantuan rakyat kepada murid-murid sekolah.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Nama :En. Zolkapli B. Ahmad Tarikh : / / 2013

Tandatangan : Nama Tarikh : Pn. Zainab Bee Bt. Abd Hamid : / / 2013

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

Ke-2 Kedua 27 - 31 Januari 2013 Tumpuan atau fokus murid semasa pembelajaran

1. Masalah / Peristiwa

Sepanjang minggu ini, saya telah menghadapi masalah dari segi fokus dan tumpuan murid semasa belajar. Sebagai kesannya, murid tidak boleh jawab apabila disoal di dalam kelas. Hal ini seterusnya telah mengganggu proses pengajaran saya di dalam kelas. Saya terpaksa menggunakan masa yang lama untuk menerangkan semula pengajaran saya. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan dalam

pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana kedudukan kelas yang berada di sebelah padang. Semasa saya mengajar kebanyakkan murid lebih tertumpu dengan aktiviti di padang. Mereka sering termenung dan berkhayal semasa belajar. Tambahan pula, jadual waktu yang boleh dikatakan masa kritikal iaitu, pada awal waktu dan akhir waktu persekolahan.

3. Cadangan Tindakan Susulan a) Saya perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik untuk muridmurid. b) Saya juga harus peka dengan sikap-sikap yang negatif yang ditunjukkan murid dan segera menegurnya. c) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan

pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih. d) Saya perlu tegas dalam mengawal disiplin murid di dalam bilik darjah.

e) Saya juga boleh melibatkan murid semasa mengajar. Sebagai contoh, guru memerlukan beberapa murid untuk berlakon atau simulasi.

4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Gaya penyampaian yang baik semasa mengajaradalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Nama :En. Zolkapli B. Ahmad Tarikh : / / 2013

Tandatangan : Nama Tarikh : Pn. Zainab Bee Bt. Abd Hamid : / / 2013

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

Ke-3 Ketiga 3 - 7 Februari 2013 Kawalan disiplin murid

1. Masalah / Peristiwa

Sepanjang minggu ini, saya telah menghadapi masalah dari segi kawalan disiplin murid ketika menjalani aktiviti Matematik. Sebagai kesan, kelancaran pengajaran dan aktiviti dirancang guru terganggu. Saya terpaksa menggunakan masa yang lama untuk menerangkan semula syarat-syarat atau arahan sesuatu aktiviti. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan dalam pengajaran dan

pembelajaran tidak dapat dijalankan mengikut masa yang ditetapkan dalam buku ringkasan. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana kedudukan tempat duduk murid atau ahli kumpulan. Murid-murid lelaki terutamanya sering melakukan bising apabila mereka berada dekat dan dalam satu kumpulan yang sama. Mereka akan bersembang semasa guru memberi arahan tentang sesuatu aktiviti dan semasa aktiviti berjalan. Tambahan pula, jadual waktu yang boleh dikatakan masa kritikal iaitu, pada awal waktu dan akhir waktu persekolahan. Oleh yang demikian, mereka lebih cenderung untuk berehat dan bersembang dengan rakan.

3. Cadangan Tindakan Susulan a) Saya boleh menggunakan sistem token atau penolakan markah sekiranya tingkah laku negatif ditunjukkan oleh murid. b) Saya perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik untuk muridmurid. c) Saya juga harus peka dengan sikap-sikap yang negatif yang ditunjukkan murid dan segera menegurnya. d) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan

pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih. e) Saya perlu tegas dalam mengawal disiplin murid di dalam bilik darjah. f) Saya juga boleh melibatkan murid semasa mengajar. Sebagai contoh, guru memerlukan beberapa murid untuk berlakon atau simulasi.

4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Gaya penyampaian yang lebih tegassemasa mengajar adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Nama :En. Zolkapli B. Ahmad Tarikh : / / 2013

Tandatangan : Nama Tarikh : Pn. Zainab Bee Bt. Abd Hamid : / / 2013

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

Ke-4 Kelima 17 21 Februari 2013 Pengurusan masa semasa pengajaran

1. Masalah / Peristiwa

Sepanjang minggu ini, saya telah menghadapi masalah dari segi pengurusan masa sebagaimana yang telah dirancangkan dalam buku ringkasan. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana

penerangan sesuatu teknik dalam penulisan

karangan, iaitu peta minda ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Sebagai contoh, saya merancang untuk menggunakan masa sebanyak 15 minit untuk Langkah 1 akan tetapi saya telah mengjangkau masa yang telah dirancang. Tambahan pula, masa untuk aktiviti menulis karangan juga mengambil masa yang agak lama. Hal ini kerana terdapat masalah yang mana ada murid yang tidak memberi perhatian ketika saya menerangkan teknik peta minda. Kesannya, murid tersebut menganggu kelancaran pengajaran guru. Saya terpaksa menerangkan semula teknik peta minda dan menggunakan contoh lain bagi memahamkan murid. Di samping itu, masalah masa ini juga wujud kerana pemikiran dan respons awal murid tentang pengajaran guru iaitu, penulisan. Murid berasa risau dan bosan dengan aktiviti penulisan.

3. Cadangan Tindakan Susulan a) Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat

menguruskan masa dengan lebih sempurna. b) Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu

terutama pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan. c) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan

pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih. d) Saya perlu merancang aktiviti yang mengambil masa yang singkat tetapi ilmiah dan padat. e) Saya perlu mempelbagaikan gaya pengajaran dalam kemahiran menulis serta menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik.

4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan

pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Nama :En. Zolkapli B. Ahmad Tarikh : / / 2013

Tandatangan : Nama Tarikh : Pn. Zainab Bee Bt. Abd Hamid : / / 2013

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

Ke-5 Keenam 24 - 28 Februari 2013 Budaya Sekolah

1. Masalah / Peristiwa

Sepanjang minggu ini, saya dapat melihat dan tertarik dengan satu budaya yang diamalkan oleh murid-murid SKYK, iaitu budaya membaca. Mereka akan menggunakan masa terluang seperti sebelum perhimpunan pagi dan rehat untuk membaca. Fenomena ini berbeza dengan sekolah praktikum Fasa 2 yang lebih berfokus kepada laman-laman sosial.

2. Analisis

Berdasarkan temu bual bersama guru-guru di sekolah, murid-murid telah diajar dan diterapkan budaya ini dari Tahun 1. Bak kata pepatah Hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Budaya ini seterusnya dibawa ke tahun berikutnya dan telah dijadikan satu amalan harian mereka. Penyediaan sudut dan bahan bacaan juga telah memberi peluang kepada murid untuk menambahkan ilmu dan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.

3. Cadangan Tindakan Susulan a) Sekolah menyediakan lebih banyak bahan bacaan baru dan menarik di pusat sumber dan sudut bacaan. b) Program NILAM juga perlu ditekankan kepada murid. c) Bahan bacaan yang disediakan perlu bersesuaian dengan tahap pemikiran murid.

4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan

Saya akan cuba cadangkan idea dan tindakan susulan kepada guru pusat sumber dalam tempoh seminggu . Budaya ini perlu diteruskan bagi meningkatkan pengetahuan murid dan mengelakkan murid daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Nama :En. Zolkapli B. Ahmad Tarikh : / / 2013

Tandatangan : Nama Tarikh : Pn. Zainab Bee Bt. Abd Hamid : / / 2013

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

Ke-6 Ketujuh 3 - 7 Mac 2013 Gejala ponteng sekolah

1. Masalah / Peristiwa

Sepanjang minggu ini, saya dapat melihat dan musykil dengan ketidakhadiran beberapa murid dalam kelas Tahun 4 Cerdik dan beberapa kelas. Sesetengah murid tidak hadir langsung dalam seminggu persekolahan.

2. Analisis

Berdasarkan temu bual bersama dengan kaunselor dan beberapa murid, kebanyakkan murid tidak hadir kerana faktor pengangkutan dan komitmen ibu bapa. Ibu bapa sibuk bekerja sehingga tidak dapat mengantar anak mereka ke sekolah. Selain itu, murid yang berlatarbelakangkan keluarga miskin tidak mempunyai pengangkutan ke sekolah. Tambahan pula, faktor takut kepada guru juga menyebabkan murid tidak mahu hadir ke sekolah. Sebagai contoh, murid tidak menyiapkan kerja sekolah dan takut dimarahi guru telah menyebabkan murid mengambil keputusan untuk tidak pergi ke sekolah.

3. Cadangan Tindakan Susulan a) Sesi perjumpaan antara pihak sekolah dengan ibu bapa perlu diadakan sekiranya kes tersebut menjadi serius. b) Tindakan tegas perlu dikenakan kepada murid-murid yang sering ponteng sekolah atas sebab yang tidak munasabah.

4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu tujuan murid-murid ke sekolah telah lari dari Falsafah Pendidikan Negara.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Nama :En. Zolkapli B. Ahmad Tarikh : / / 2013

Tandatangan : Nama Tarikh : Pn. Zainab Bee Bt. Abd Hamid : / / 2013

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

Ke-7 Kelapan 10 14 Mac 2013 Kehadiran murid dalam kokurikulum

1. Masalah / Peristiwa

Sepanjang berpraktikum disini, saya dapat melihat kehadiran murid amat memberangsangkan untuk perjumpaan kokurikulum. Mereka hadir lebih awal dari masa perjumpaan yang ditetapkan. Perkara ini amat menarik perhatian saya yang mana fenomena ini berbeza dengan dua sekolah praktikum saya sebelum ini.

2. Analisis

Berdasarkan temu bual bersama dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan beberapa murid, kehadiran murid ini berpunca dari minat murid itu sendiri. Murid-murid berasa seronok dengan aktiviti kokurikulum seperti kawad,

perkhemahan dan sukan. Mereka juga mengambil kesempatan untuk berjumpa rakan-rakan dan bermain bersama. Tambahan pula, mereka menggunakan peluang ini untuk cuba mewakili pasukan sekolah. Perjumpaan sebegini merupakan medium terbaik untuk sekolah dalam mencari bakat-bakat baru untuk mewakili sekolah. Komitmen dari pihak sekolah dalam kokurikulum juga merupakan faktor penyebab budaya ini timbul.

3. Cadangan Tindakan Susulan a) Sekolah boleh mengadakan sistem token atau memberi penghargaan kepada murid yang mempunyai kehadiran penuh. b) Sekolah boleh mengadakan pertandingan dalam perkhemahan atau

permainan. c) Sekolah perlu menyediakan peralatan yang cukup untuk aktiviti kokurikulum.

4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan

Budaya ini perlu diteruskan dan dikekalkan demi mencapai murid yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Nama :En. Zolkapli B. Ahmad Tarikh : / / 2013

Tandatangan : Nama Tarikh : Pn. Zainab Bee Bt. Abd Hamid : / / 2013

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

Ke-8 Kesembilan 17 - 21 Mac 2013 Fenomena murid semasa peperiksaan

1. Masalah / Peristiwa

Sepanjang minggu ini, saya dapat melihat pelbagai kerenah murid-murid dalam menghadapi peperiksaan bulanan. Sebelum peperiksaan, ramai murid yang tidak menggunakan masa sebaik-baiknya untuk mengulang kaji. Mereka telah

menghabiskan masa dengan bermain ketika masa terluang. Semasa peperiksaan berlangsung, murid-murid akan cuba menjawab semua soalan dengan cepat. Hal ini kerana mereka ingin membaca komik atau novel yang mereka bawa ke sekolah.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana tiada kawalan yang serius dari segi kemasukan bahan bacaan seperti komik dan majalah ke sekolah. Selain itu, sikap murid-murid yang ambil mudah tentang peperiksaan bulanan. Tujuan mereka ke sekolah adalah bermain dengan rakan-rakan lain dan bukannya untuk belajar. Mereka juga telah didedahkan pelbagai kemudahan teknologi sosial seperti Twitter dan Facebook. Mereka sering menghabiskan masa membincangkan hal-hal yang ada dalam kemudahan tersebut.

3. Cadangan Tindakan Susulan a) Kawalan dan pemantauan kemasukan bahan-bahan bacaan seperti komik dan majalah ke sekolah. b) Tindakan tegas perlu dikenakan kepada murid-murid yang membawa bahanbahan bacaan seperti komik dan majalah. c) Guru perlu tegas dalam memberikan latihan dan tugasan kepada murid agar masa digunakan dengan sebaik-baiknya.

4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Kawalan disiplin perlu diketatkan agar disiplin murid dalam keadaan baik di dalam dan diluar sekolah. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu tujuan

murid-murid ke sekolah telah lari dari Falsafah Pendidikan Negara.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Nama :En. Zolkapli B. Ahmad Tarikh : / / 2013

Tandatangan : Nama Tarikh : Pn. Zainab Bee Bt. Abd Hamid : / / 2013

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

Ke-9 Kesepuluh 31 Mac - 4 April 2013 Latihan guru tidak disiapkan

1. Masalah / Peristiwa

Sepanjang saya berpraktikum di sini, saya dapat menyemak dan melihat buku latihan murid. Berdasarkan penelitian tersebut, saya dapat melihat terdapat ramai murid 4 Cerdik tidak menyiapkan latihan yang saya berikan. Selain itu, ada murid memberi alasan kertas latihan hilang dan tertinggal di rumah. Hal ini secara tidak langsung menyukarkan guru untuk membuat penilaian dan menganggu proses P&P.

2. Analisis

Berdasarkan analisis saya, saya mendapati komitmen murid untuk belajar adalah sangat rendah. Tujuan mereka ke sekolah sebenarnya untuk bermain sahaja. Hal ini boleh dilihat dari segi tumpuan mereka di dalam kelas. Seterusnya, hal ini memberi kesan kepada aktiviti dan latihan yang guru rancangkan untuk mereka. Mereka tidak melihat kepentingan untuk belajar Matematik dan latihan yang diberi oleh guru.

3. Cadangan Tindakan Susulan a) Sesi perjumpaan antara pihak sekolah dengan ibu bapa perlu diadakan sekiranya kes tersebut menjadi serius. b) Tindakan tegas perlu dikenakan kepada murid-murid yang sering ponteng sekolah atas sebab yang tidak munasabah. c) Sistem token perlu dilaksanakan.

4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu tujuan murid-murid ke sekolah telah lari dari misi dan visi Falsafah Pendidikan Negara.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Nama :En. Zolkapli B. Ahmad Tarikh : / / 2013

Tandatangan : Nama Tarikh : Pn. Zainab Bee Bt. Abd Hamid : / / 2013

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

Ke-10 Kesebelas 7 April - 11 April 2013 Pembelajaran murid melalui permainan

1. Masalah / Peristiwa

Berdasarkan sesi P&P Bahasa Malaysia dan Matematik, saya dapat melihat penglibatan murid secara aktif di dalam aktiviti pengukuhan melalui permainan. Mereka bersaing secara sihat untuk menjadi kumpulan yang terbaik apabila bermain. Murid yang lemah juga seronok untuk terlibat sama. Mereka tidak sedar permainan itu adalah satu proses pembelajaran untuk mereka.

2. Analisis

Berdasarkan analisis saya, saya mendapati komitmen murid untuk belajar adalah sangat rendah. Tujuan mereka ke sekolah sebenarnya untuk bermain sahaja. Hal ini boleh dilihat dari segi tumpuan mereka di dalam kelas. Seterusnya, hal ini memberi kesan kepada aktiviti dan latihan yang guru rancangkan untuk mereka. Oleh yang demikian, saya cuba mengubah strategi pengajaran saya dengan menyediakan aktiviti pengukuhan berbentuk permainan. Melalui permainan, saya telah berjaya mengumpan murid untuk terlibat aktif dalam P&P. Secara tidak langsung, mereka lebih bersemangat untuk belajar subjek Matematik.

3. Cadangan Tindakan Susulan a) Aktiviti permainan yang dijalankan haruslah sesuai dan selaras dengan topik yang diajar. b) Permainan haruslah melibatkan semua murid. c) Sistem token atau kumpulan perlu dilaksanakan.

4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengaplikasikan strategi ini dalam P&P sepanjang baki tempoh saya berpraktikum. Saya berharap strategi ini dapat membantu saya dan murid dalam meningkatkan prestasi masing-masing dalam P&P.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Nama :En. Zolkapli B. Ahmad Tarikh : / / 2013

Tandatangan : Nama Tarikh : Pn. Zainab Bee Bt. Abd Hamid : / / 2013

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

Ke-10 Keduabelas 7 April - 11 April 2013 Latihan guru tidak disiapkan

1. Masalah / Peristiwa

Sepanjang saya berpraktikum di sini, saya dapat menyemak dan melihat buku latihan murid. Berdasarkan penelitian tersebut, saya dapat melihat terdapat ramai murid 4 Cerdik tidak menyiapkan latihan yang saya berikan. Selain itu, ada murid memberi alasan kertas latihan hilang dan tertinggal di rumah. Hal ini secara tidak langsung menyukarkan guru untuk membuat penilaian dan menganggu proses P&P.

2. Analisis

Berdasarkan analisis saya, saya mendapati komitmen murid untuk belajar adalah sangat rendah. Tujuan mereka ke sekolah sebenarnya untuk bermain sahaja. Hal ini boleh dilihat dari segi tumpuan mereka di dalam kelas. Seterusnya, hal ini memberi kesan kepada aktiviti dan latihan yang guru rancangkan untuk mereka. Mereka tidak melihat kepentingan untuk belajar Matematik dan latihan yang diberi oleh guru.

3. Cadangan Tindakan Susulan a) Sesi perjumpaan antara pihak sekolah dengan ibu bapa perlu diadakan sekiranya kes tersebut menjadi serius. b) Tindakan tegas perlu dikenakan kepada murid-murid yang sering ponteng sekolah atas sebab yang tidak munasabah. c) Sistem token perlu dilaksanakan.

Вам также может понравиться