Вы находитесь на странице: 1из 51

MOTINSPIRASI

motivasi dan inspirasi ANDA ADALAH ANDA Hiduplah hari ini seolah- olah anda seorang yang istimewa. Hiduplah pada hari ini seolaholah anda hidup untuk berjaya. Hiduplah pada hari ini seolaholah segala peluang terbentang di hadapan anda. Sepanjang hari ini sedarlah bahawa setiap pemikiran, perasaan , bauan , pandangan dan rasaan adalah suatu keajaiban kerana anda hidup pada hari ini untuk menikmatinya. Fikirkanlah betapa semua itu adalah satu anugerah yang amat berharga kerana anda adalah anda dan bukannya orang lain. Hiduplah pada hari ini dengan menyedari bahawa apa yang akan terjadi lebih penting daripada apa yang telah anda miliki. Hiduplah pada hari ini dengan penuh kesedaran tentang anda adalah sebahagian daripada realiti kehidupan ini biar siapa pun anda dan di manapun anda berada. Ketepikan kekecewaan kerana anda mampu melakukannya

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi


ANDA BOLEH Anda boleh menikmati kehidupan sebagaimana yang anda inginkan. Malah anda boleh mendapatkan apa sahaja yang and idamkan daripada kehidupan ini. Anda boleh memenafaatkan diri anda ke tahap yang paling tinggi dan paling baik. Anda boleh hidup dengan penuh bahagia dan ceria. Anda boleh memulakannya pada hari ini dan hari- hari seterusnya selagi yang anda mahu dan anda mampu. Anda mampu menangani sebarang cabaran dan halangan. Anda boleh mewujudkan sesuatu yang hebat yang belum pernah anda lakukan dan ujudkan sebelum ini. Anda boleh hidup dengan penuh kesepaduan di dalam dunia serba mencabar ini. Masa hadapan anda ada di dalam tangan anda sendiri. Masa lalu boleh anda lupakan. Setidaktidaknya anda boleh belajar untuk melupakannya. Anda sekarang boleh mengikuti apa jua impian yang anda idam- idamkan sejak lama dahulu. Anda boleh, pasti anda boleh melakukannya, di sini dan sekarang ini! Itupun jika anda memutuskan untuk bertindak, sekarang !

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi


ATASI KERAGUAN Setiap tindakan yang anda ambil adalah satu kemenangan ke atas keraguan anda. Teruskan dan ambil daya usaha yang berterusan. Teruskan dan atasi segala halangan. Pasti anda mempunyai keraguan sama seperti orang yang lain juga. Sungguhpun begitu jangan biarkan ia menghentikan langkah- langkah anda. Teragak- agak di dalam bertindak akan memberikan kekuatan kepada keraguan. Semakin kuat ia semakin sukar untuk anda bergerak.

Jika anda mengalah dengan cepat ia akan menjadi impian yang menjadi kenyataan. Tetapi apabila anda mula bertindak keraguan mula kehilangan kuasa . Semakin jauh anda bertindak maka semakin ia lumpuh dan menghilang . Apabila anda berhenti seketika ia akan kembali tetapi dengan kadar yang perlahan sehingga tidak mampu untuk menggugat langkah anda. Ambil langkah pertama itu dan lihatlah bagaimana keraguan berundur. Setapak anda mara , setapak ia berundur dan akhirnya semakin jauh anda meninggalkannya.

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi


BANGUN SEMULA Anda tidak akan dapat melarikan diri daripada cobaan dan dugaan. Walaubagaimanapun anda boleh menjadikan satu prioriti kepada diri anda sendiri untuk bangun semula meneruskan cabaran biar bagaimana kuat segala cobaan dan dugaan yang menghalang. Di dalam setiap usaha seumpama itu pasti akan ada gangguan , kekecewaan dan mungkin kadangkala musibah dan bala. Masa yang diperlukan untuk pulih amat besar bergantung kepada keputusan yang anda ambil.Masa dan tenaga yang anda curahkan di dalam kemarahan dan menangisi nasib diri sendiri akan memanjangkan masa untuk anda bangun semula. Terimalah cobaan dan dugaan yang datang dan apabila ia berlaku tentukan dan putuskan bahawa anda akan melepasinya dengan kadar yang segera. Carilah yang positif di dalam setiap satunya dan ia akan membantu anda untuk kembali mengekalkan fokus dan maju ke arah matlamat anda yang asal. Orang yang berjaya dan orang yang gagal kedua- duanya tumbang dan tunggang- langgang pada sesuatu masa dan ketika. Tetapi orang yang berjaya adalah mereka yang cepat bangun semula untuk meneruskan cabaran biar bagaimana kuat sekalipun badai cobaan dan dugaan yang datang melanda.

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi


BERCITA- CITA TINGGI ATAU SOMBONG Ramai yang terkeliru di antara bercita- cita tinggi dan sombong dan menduga- duga mengapakah ia berakhir dengan kegagalan? Perbezaan di antara kedua-duanya amat tipis dan kadangkala kedua-duanya kelihatan sama sahaja.. Walaubagaimanapun hasilnya amat jauh berbeza. Bercita- cita tinggi bermaksud mengharapkan yang terbaik. Sombong pula meyakini bahawa anda adalah lebih baik daripada orang lain. Bercita- cita tinggi ialah keinginan untuk melakukan sesuatu yang berbeza. Kesombongan pula percaya bahawa anda tidak ada pengganti yang hampir. Bercita- cita tinggi bermaksud melakukan apa sahaja yang perlu untuk mencapai apa yang patut dicapai sedangkan kesombongan pula bermaksud bahawa dunia ini berhutang dengan anda dan anda perlu melakkukan apa sahaja untuk mendapatkannya kembali. Bercita- cita tinggi bermaksud berdisiplin dan berlembut. Kesombongan pula mendesak. Bercita- cita tinggi bermaksud bertanggungjawab dan terhormat manakala kesombongan pula memusnahkan dan menjijikkan. Adakah anda di dorong oleh cita- cita tinggi atau kesombongan ? Kesombongan akan membenamkan anda ke tanah manakala cita- cita tinggi akan menjulang anda ke langit

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi Dunia tidak boleh membuat anda gembira. Hanya anda sahaja yang mampu untuk
melakukannya, dan ia adalah lebih mudah daripada yang anda sangkakan. Anda boleh bergembira dengan hanya memutuskan untuk bergembira. Walaupun ia kelihatannya agak mudah , tetapi dengan pendekatan yang sebegitu rupa ia sebenarnya adalah pendekatan yang berkesan. Untuk menggunakan potensi yang ada sepenuhnya, anda perlu terlebih dahulu menghargai apa yang anda ada.Adakah cara yang lebih baik dengan memutuskan untuk merasa gembira dan bertuah dengan anda dan kehidupan anda sendiri? Adakah mungkin untuk berasa gembira sedangkan apa yang berlaku adalah tidak seperti yang anda inginkan, atau sesuatu yang menyedihkan menimpa anda ? Boleh! Apa yang berlaku dan mengelilingi anda bukanlah diri anda. Merasa sedih adalah sesuatu yang biasa dan tidak memudaratkan bahkan kadangkadang sesuatu yang perlu. Kesedihan biar bagaimana tinggi sekalipun darjahnya tidak sepatutnya menggugat anda. Anda boleh merasa kecewa dengan apa yang berlaku ke atas diri dan persekitaran anda , tetapi dalam masa yang sama anda boleh merasa gembira dengan diri anda dan apa yang anda miliki di dalam masa yang sama. Di dalam kegembiraan ada tenaga yang cukup hebat dan dapat digunakan untuk mengatasi kesedihan dan kekecewaan. Bergembiralah --bukan kerana sengaja di ada- adakan tetapi kerana anda tahu kelebihan dan kekuatannya. Bergembiralah dan jadilah yang terbaik dengan potensi diri yang anda miliki.

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi


BERIKAN BONUS KEPADA KEHIDUPAN ANDA Selesaikan projek yang sedang anda usahakan sekarang. Kejutkan seseorang dengan memberi lebih daripada apa yang mereka harapkan daripada anda Luangkan masa untuk mempelajari sesuatu yang baru. Tawarkan persahabatan dan keselesaan kepada sesiapa sahaja yang mungkin memerlukannya. Ajarkan sesuatu yang anda tahu kepada seseorang yang lain. Cari kesempatan untuk memahami pandangan orang lain yang berbeza. Berikan seseorang pujian yang ikhlas. Lapangkan masa untuk berjalan- jalan. Bersihkan kertas yang berselerak di atas meja atau di dalam bilik anda. Ambillah langkah yang berani menggantikan langkah yang terlalu berhati- hati yang selalunya anda ambil di dalam bertindak. Ucapkan terima kasih kepada seseorang. Dengar dengan bersungguh- sungguh apa yang diperkatan oleh orang lain. Lakukan sesuatu yang menggembirakan untuk diri anda dan orang lain.Jadilah seorang yang sabar terhadap diri anda sendiri dan sesiapa sahaja yang berada di sekeliling anda. Kehidupan ini adalah istimewa jika anda bercita- cita untuk menjadikannya istimewa. Berikan diri anda sesuatu bonus pada hari ini dan lihatlah nanti betapa cerahnya hari esok hasil daripada tindakan anda itu.

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi


BERITA BAIK Hari ini berjuta- juta orang memandu ke tempat kerja pergi dan balik dengan penuh selesa dan selamat tanpa sebarang kemalangan. Hari ini berjuta- juta orang jatuh cinta dan cinta itu kekal sepanjang usianya. Hari ini berjuta- juta orang mendermakan masa dan wang ringgit mereka kepada yang memerlukannya. Hari ini berjuta- juta orang di seluruh dunia hidup dengan penuh aman damai dan produktif sepanjang hari. Hari ini penemuan yang mengkagumkan telah berjaya dibuat. Rumah kediaman yang baru tegak terbina.Imaginasi terpancar. Kehidupan terpelihara.Persahabatan diperbaharui. Anakanak dididik dengan sempurna. Antara hari ini dan besok , berjuta- juta perkara yang baik terjadi. Hari ini penuh dengan peluang yang positif dan kebanyakan daripada disedari dan dipergunakan sebaiknya. Apakah tidak ada bencana dan kesengsaraan di dunia ini ? Sudah pasti ada. Tetapi kebaikan juga tetap ada. Bahkan kebaikan oleh kerana terlalu banyak dan terlalu kerap sehingga sudah tidak menjadi berita sensasi lagi. Apabila sahaja anda mendengar tentang perkara yang negatif , ingatlah perkara ini: terlalu banyak yang positif di mana- mana. Banyak yang telah kita abaikan kerana terlalu biasa. Secara keseluruhannya, hari ini adalah terlalu indah dan menakjubkan melebihi daripada apa yang dapat diucapkan oleh kata- kata dan perkataan.

MOTINSPIRASI BERSEDIAmotivasi UNTUK BERJAYA innovasi dan inspirasi

Sudah pasti anda sentiasa berharap untuk "hari yang dinanti-nantikan" itu, tetapi sudahkah Bersedia bukanlah sesuatu yang mudah. Ia adalah sukar dan memenatkan. Ia juga boleh menjadi sesuatu yang mengecewakan dan meletihkan. Sungguhpun begitu ia adalah amat penting anda bersedia jika ia adalah pada hari ini? Walau bagaimana besar sekalipun peluang yang jatuh ke riba anda , tidak akan ada ertinya jika anda tidak bersedia untuk menerimanya.. Sering kita melihat hasil dan melupakan usaha yang telah dicurahkan untuk mendapatkan hasil tersebut. Persediaan sering dilakukan secara tersembunyi tetapi ia adalah sesuatu yang mesti dilakukan tanpa kecuali. Bersedia selalunya tidak menghiburkan.Ia selalunya kerja yang kuat dan keras. Setiap orang yang pernah mengecapi walau sekecil mana sekalipun madu kejayaan, pasti tahu pahitnya jadam persediaan. Apakah yang telah anda lakukan sekarang sebagai persediaan untuk menerima peluang yang anda cari selama ini Tanpa persediaan yang mencukupi semua peluang itu adalah kosong belaka. Sebaliknya jika anda bersedia , semua peluang terbuka luas umpama suatu keajaiban . Yang mana satukah pilihan anda? Pilihlah untuk membuat bayaran yang setimpal dengan mengambil dayausaha yang sepatutnya untuk bersedia. Apa sahaja yang datang kepada anda selepas itu adalah sesuatu yang setimpal dengan bayaran yang telah anda buat di dalam bentuk membuat persediaan yang secukupnya secara fizikal, mental, spiritual dan sosioemosional.

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi


BERSEMANGAT Apa sahaja yang anda lakukan , lakukanlah dengan penuh semangat. Hampir setiap orang yang berusia 30 -an dan keatas, berasa ingin kembali muda semula. Apakah salah satu ciri terpenting orang muda? Bersemangat! Apabila masa berlalu dan semakin meningkat usia , kita seolah- olah kehilangan dan kekurangan semangat sama ada dengan sengaja atau kerana memikirkan bahawa itu satu hakikat dan kenyataan yang patut diterima. Semua ini adalah karut belaka. Anda mahu berasa muda dan bertenaga? Cari sesuatu yang boleh menjadikan anda bersemangat.

Semangat akan menyalakan kembali lampu yang semakin suram di dalam diri anda. Semangat akan membawa anda melayari lautan kehidupan yang penuh dengan badai dugaaan dan cobaan. Semangat akan mendorong anda untuk maju ke hadapan dan meninggalkan saingan anda di belakang. Semangat adalah sesuatu yang tidak dapat di tahan- tahankan. Ia juga membuahkan kegembiraan, keceriaan dan keberkesanan. Carilah jalan untuk ke sana. Ia adalah sesuatu yang berbaloi!

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi


BIAR APAPUN KIRANYA.. Inovasi atau penciptaan benda- benda baru datangnya daripada orang dan keadaan yang bermasalah. Kreativiti muncul daripada kalangan mereka yang tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara. Penemuan yang terhebat adalah datangnya daripada mereka yang juga berhadapan dengan cabaran dan halangan yang besar dan hebat juga. Kecemerlangan tidak akan dicapai oleh mereka yang hanya mampu berkata:" Saya akan mulakan apabila ada masa dan wang ." Kecemerlangan dan kehebatan datangnya daripada mereka yang mencari ruang dan peluang untuk menjayakan apa sahaja biar apa sekalipun cabaran dan halangan ataupun terhadnya sumber- sumber yang ada. Apakah yang melambatkan anda? Adakah kerana kekurangan sumber, seperti yang selalu anda ingatkan diri anda, atau adakah ia hanya alasan belaka? Cara yang paling mudah selalunya bukanlah cara yang satu itu sahaja . Ada banyak cara lain untuk mencapai sesuatu tujuan atau matlamat. Bilakah kali terakhir anda berkata kepada diri anda sendiri " biar apapun kiranya.."? Jangan menunggu sehingga sesuatu perkara itu sempurna. Halangan akan sentiasa ada menunggu di mana- mana. Mereka tidak akan pergi begitu sahaja. Carilah jalan untuk melalui menerusi dan mengatasi mereka. Berhenti menunggu untuk " kalaulah.." dan mulalah hidup anda dengan " biar apapun kira".

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi


CABARAN DAN KRITIKAN Ramai orang mula mengkritik apabila sesuatu yang ingin mereka lakukan menghadapi cabaran. Kritikan ialah menunjukkan apakah yang salah.Cabaran pula ialah menunjukkan kepada kemungkinan.Kritikan boleh menjadi sesuatu yang menghancurkan.Ia melenyapkan daya usaha dan ikhtiar.Sebaliknya cabaran adalah sesuatu yang membina dan patut dilakukan kepada orang lain.Ia menjadikan seseorang itu terfokus, bertenaga , bermotivasi dan bersemangat tinggi untuk berusaha. Apabila anda cuba untuk mengkritik orang lain terlebih dahulku tanyakan kepada diri anda apakah tujuan sebenarnya anda mengkritik tersebut.Adakah tujuan anda untuk membina atau memusnahkan ?Jika anda bertujuan untuk memusnahkan , mengapakah anda perlu melakukannya? Anda tidak dapat membina diri anda sendiri dengan memusnahkan orang lain. Jika anda bertujuan untuk membina, tukarkan kritikan kepada cabaran. Lihat kepada dua penyataan berikut: "Cara persembahan anda lemah, sudah pasti anda tidak akan mendapat sebarang pesanan." dan " anda tentu akan mendapat pesanan daripada pelanggan sekiranya anda memperkemaskan lagi cara persembahan anda." Kedua- dua pernyataan tersebut menunjukkan kelemahan yang ada. Tetapi satu memusnahkan manakala yang satu lagi membina. Tidak perlu kritikan yang memusnahkan kepada sesiapapun pada bila- bila masapun. Ia tidak memberikan sebarang menafaat.Daripada menunjukkan kesalahan , cubalah mencari jalan untuk menunjukkan kemungkinan. Itulah yang baik dan bermenafaat.

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi


CARA YANG PALING MUDAH Apabila ada sesuatu yang perlu dilakukan, anda mempunyai pilihan yang banyak. Anda boleh merungut, anda boleh mencari alasan, anda boleh tidak mengendahkannya,anda boleh mencari hujjah- hujjah yang rasional untuk menentangnya atau yang paling mudah ialah melakukannya tanpa banyak bicara. Memang benar bahawa pada akhirnya nanti anda akan terpaksa melakukannya juga. Melakukannya dengan segera tanpa banyak bicara memerlukan tenaga yang paling minimum. Melambat- lambatkan kerja, merungut dan mencari- cari alasan akan menghabiskan tenaga dan menjadikan tugasan tersebut lebih sukar untuk dihadapi nanti. Jadikan diri anda malas dengan mengambil langkah yang sepatutnya dengan segera.Jimatkan tenaga dengan bertindak segera secepat yang mungkin. Kebanyakan orang cuba untuk mengelak daripada berusaha dan bertindak menyelesaikan sesuatu tugasan, keluarkanlah diri anda daripada senarai orang yang begini.

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi


CARILAH JALAN Berapa kalikah sesuatu yang pada mulanya bermula dengan 'tidak' tetapi berakhir dengan 'ya' ? . Berapa kalikah sesuatu yang dianggap mustahil pada mulanya tetapi berakhir dengan penuh kegemilangan? Sejarah peradaban manusia adalah satu siri perubahan di dalam harapan dan siri yang berkesinambungan di dalam sesuatu yang mustahil menjadi kenyataan. Hanya ada satu sahaja jalan untuk menjadikan sesuatu itu mustahil iaitu dengan tidak mencubanya. Sebaliknya banyak cara untuk menjadikan sesuatu yang mustahil itu tidak mustahil. Dalam keadaan ini usaha menjadi penentu sama ada sesuatu itu boleh atau tidak boleh dijayakan. Kejayaan dimulai dengan keputusan untuk melakukan sesuatu kemungkinan dan kemudian mengikutinya dengan komitmen dan kesungguhan. Cubaan yang tidak membuahkan hasil atau tidak menepati tahap yang telah ditetapkan bukanlah satu kegagalan. Ia sebenarnya adalah pengalaman pembelajaran yang menjurus kepada kejayaan dan pencapaian seperti yang diharapkan atau ditetapkan.Ia membekalkan ilmu dan kekuatan untuk mencari jalan ke arah matlamat tersebut. Pasti ada jalan yang membawa anda dari tempat anda berada sekarang ini ke tempat tujuan anda. Pasti ada onak dan duri, cobaan dan dugaan di dalam perjalanan ke sana , tetapi semuanya akan ke tepi sekiranya anda memutuskan untuk meneruskannya dengan tabah dan sabar ke puncak jaya. Jadi apa yang sebelumnya dianggap sebagai mustahil akhirnya terbukti tidak mustahil lagi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

MOTINSPIRASI motivasi innovasi dan inspirasi

Вам также может понравиться