Вы находитесь на странице: 1из 2

Kaum Bajau adalah kaum pribumi Sabah yang kedua terbesar selepas kaum Kadazan/Dusun.

Umumnya, kaum ini tinggal di kawasan pantai dan bekerja sebagai nelayan di pantai, sungai malah di kawasan pulau-pulau yang berdekatan dengan penempatan mereka. Selain itu, ada juga segelintir daripada mereka yang mendapatkan rezeki dengan bekerja sebagai petani tepi laut atau tasik dan pengumpul hasil-hasil laut. Kaum Bajau mempunyai Adat Istiadat Perkahwinan Kaum Bajau yang tersendiri. Walau bagaimanapunadat istiadat perkahwinan kaum Bajau mempunyai persamaan dengan adat istiadat perkahwinan kaum Melayu. Dalam melakukan majlis perkahwinan, masyarakat Bajau berpegang kepada pantang larang kaumnya. Penetapan hari perkahwinan perlulah dielakkan daripada hari Rabu dan Ahad. Ini kerana kedua-dua hari ini dianggap kurang baik untuk upacara tersebut. Jika ada yang melanggar pantang ini, pengantin akan jatuh sakit dan tidak akan mendapat rezeki yang baik. Pada kebiasaannya mereka akan memilih hari yang ke-14 atau 15 mengikut kalendar Islam, kerana dipercayai ketika itu cahaya bulan terang dan rezeki pengantin baru itu akan menjadi murah. Bagi kaum Bajau mereka lebih mempercayai perkahwinan yang bersifat monogami daripada poligami. Dalam adat istiadat perkahwinan kaum Bajau, kebanyakan perkahwinan berlaku antara kaum kerabat (saudara-mara) mereka sendiri. Hal ini kerana mereka amat percaya bahawa perkahwinan sesama kaum kerabat sendiri lebih menjamin perkembangan zuriat mereka. Perkahwinan Bajau tidak pernah melarang perkahwinan dengan orang luar dari kerabat mereka, namun mereka lebih cenderung untuk berkahwin dengan kaum kerabat (yang jauh) sendiri. Pun begitu, mereka tidak boleh mengahwini mereka yang mempunyai ikatan akrab atau muhrim. Jika perkahwinan berlaku dengan muhrim sendiri, maka perkahwinan itu dianggap sumbang dan ?anas?serta akan mendatangkan sial. Masyarakat Bajau amat teliti dengan perlaksanaan sesuatu majlis perkahwinan. Mereka percaya bahawa perkahwinan tidak boleh dilakukan dengan sambil lewa, sebaliknya dilaksanakan dengan tuntutan adat dan agama. Suatu ketika dahulu, majlis perkahwinan Bajau berlangsung selama satu hari, satu malam. Sebaliknya pada ketika ini, majlis berlangsung selama dua hari satu malam. Pada hari pertama, majlis disambut meriah pada waktu petang dan malam. Sambutan ini disambut secara maglami-lami (beramai-ramai). Dalam majlis ini, kaum kerabat dan tetamu akan berkumpul untuk menjamu selera (bagi memperingati nenek moyang mereka yang telah meninggal dunia) dan menyaksikan beberapa jenis hiburan yang disediakan oleh pihak pengantin perempuan. Dalam jamuan memperingati nenek moyang, mereka akan berzikir bersama tetamu yang lain dan biasanya nasi kunyit bersama lauknya dan kuih panyam disediakan. Pada hari kedua pula, upacara dimulakan dengan pukulan titik diallau, iaitu pukulan tagungguk khas. Biasanya pukulan itu dibuat pada pukul lima pagi (sebelum subuh), bagi mengingatkan penduduk setempat, akan majlis perkahwinan mereka. Setelah bersarapan lebih kurang pada pukul lapan pagi, kedua-dua pengantin akan dimandikan oleh ahli-ahli agama di rumah masingmasing diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci sebagai doa selamat bagi mereka. Setelah dimandikan pengantin lelaki akan diarak dengan menaiki kuda ke rumah pengantin perempuan atau ke masjid untuk majlis akad nikah. Setelah itu pengantin lelaki akan didukung oleh dua orang lelaki masuk ke dalam rumah pengantin perempuan atau masjid, di mana akan berlangsungnya majlis akad nikah. Proses akad nikah yang dilakukan oleh kaum Bajau adalah sama seperti adat perkahwinan Melayu, iaitu sebelum dinikahkan imam akan membacakan khutbah nikah. Setelah selesai upacara pernikahan, pengantin lelaki akan diberikan sehelai kain selendang dan dipimpin oleh pengapitnya ke pelamin. Dalam tempoh itu, pengantin lelaki diiringi oleh pukulan tagungguk dan nyanyian jam-jam. Apabila rombongan pihak lelaki semakin hampir, pihak perempuan akan menurunkan tirai di hadapan pelamin untuk melindungi pengantin perempuan daripada penglihatan pengantin lelaki. Beberapa syarat dikenakan kepada pengantin lelaki jika ingin melihat pengantin perempuan di sebalik tirai itu. Jika pihak pengantin perempuan menutup pintu, maka pihak pengantin lelaki perlulah membayar wang tebus pintu atau dipanggil kaukaban lawang. Biasanya pengantin

perempuan akan duduk dipelamin dan menunggu suaminya di sebalik tiga lapis tirai. Tirai itu perlulah dibuka selapis demi selapis dengan disertai magjam-jam. Setiap tirai hanya akan dibuka sebaik sahaja pengantin lelaki membayar wang tebus sebanyak mana yang difikirkan patut. Setelah tirai yang terakhir dibuka, pengantin lelaki perlulah memutarkan kain selendang yang diberikan kepadanya selepas majlis akad nikah tadi, sebanyak tiga pusingan di atas kepala pengantin perempuan. Kemudian, pengantin lelaki tadi perlulah menyentuh dahi pengantin perempuan dengan ibu jari tangan kanannya. Proses ini dikenali sebagai tutukan yang sama seperti proses membatalkan air sembahyang dalam perkahwinan Melayu. Selepas majlis persandingan, pengantin lelaki akan terus tinggal di rumah pengantin perempuan selama tiga malam. Dalam tempoh itu, ahli-ahli agama akan bergilir-gilir memberikan nasihat tentang rukun berumahtangga, persefahaman suami isteri dan lain-lain nasihat yang dirasakan perlu. Setelah tiga malam ibu bapa pengantin lelaki akan datang dan meminta izin dari besannya untuk menjemput pasangan pengantin baru itu berpindah ke rumah mereka. Perpindahan itu dikenali sebagai tingkuang. Pasangan pengantin baru itu kemudiannya boleh terus tinggal di rumah pengantin lelaki buat selama-lamanya, jika mereka mahu.

http://www.pengantin.com.my/v1/component/content/article/1-adat-istiadatperkahwinan/157-adat-istiadat-perkahwinan-kaum-bajau

Вам также может понравиться