Вы находитесь на странице: 1из 6

KERTAS KERJA PENGELOLAAN PELAJAR MEWAKILI DAERAH KE KEJOHANAN BOLA JARING P 18 MSS JOHOR

KEJOHANAN BOLA JARING MSSJ 2013

TARIKH LATIHAN PUSAT : FASA 1 (7 HINGGA 10 MEI 2013 3.00 PETANG HINGGA 5.30 PETANG) FASA 2 (13 HINGGA 16 MEI 2013 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG) TEMPAT : PADANG SEKOLAH TINGGI SEGAMAT

TARIKH PERTANDINGAN :

17, 18, DAN 19 MEI 2013


TEMPAT : MSSD BATU PAHAT

PENGANJURAN : PPD BATU PAHAT

1.0

PENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokorikulum yang telah dirancang dalam takwim Unit Sukan Pejabat Pelajaran Daerah Segamat. Bagi tahun 2013, ia dikelolakan oleh Pejabat Pelajaran Batu Pahat. Pertandingan ini disertai oleh pelajar-pelajar sekolah menengah daerah mengikut kategori umur perempuan 18 tahun. Setiap pasukan menyenaraikan dua belas pemain termasuk lima orang pemain simpanan. Latihan pusat bola jaring akan diadakan pada 7 hingga 16 Mei 2013 bertempat di padang Sekolah Tinggi Segamat. Manakala pertandingan bola jaring ini akan diadakan di MSSD Batu Pahat selama 3 hari bermula dari 17 sehingga 19 Mei 2013. Aktiviti ini diadakan selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan disamping memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan negara yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokorikulum.

2.0

MATLAMAT

Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Aktiviti diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam setiap peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga dapat memberikan setiap individu merancang strategi bagi memperoleh sebuah piala kemenangan dan sijil kecemerlangan. Selain daripada itu, diharapkan juga melalui aktiviti seperti ini pelajar-pelajar yang berbakat dalam bidang sukan khasnya sukan bola jaring dapat menunjukkan bakatnya dalam kejohanan tersebut dan seterusnya dipilih untuk mewakili negeri Johor ke peringkat MSSM dan ke pertandingan-pertandingan yang lebih tinggi tahapnya.

3.0

OBJEKTIF

Adalah diharapkan pada akhir kejohanan ini, para peserta dapat: 3.1 Merasai pengalaman, kepuasan dan keseronokan dalam menyertai sesebuah pertandingan. 3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan. 3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan dengan semangat kesukanan. 3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini. 3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. 3.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial

4.0 4.1

TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN Latihan Pusat Para Peserta Bola Jaring P 18

Tarikh Latihan Pusat : (i) Fasa 1 7 hingga 10 Mei 2013 Masa : 3.00 5.30 petang (ii) Fasa 2 13 hingga 16 Mei 2013 Masa : 8.00 5.30 petang

Tempoh pelaksanaan : 8 hari Tempat : Padang Sekolah Tinggi Segamat

4.2

Pertandingan Bola jaring MSS J 2013

Tarikh pertandingan : 17, 18, dan 19 Mei 2013 (Jumaat, Sabtu, dan Ahad) Tempoh pelaksanaan: 3 hari Tempat : MSSD Batu Pahat

5.0

TENTATIF PROGRAM

5.1 FASA 1

TENTATIF PROGRAM LATIHAN PUSAT BOLA JARING

(7 10 MEI 2013) 2.30 3.00 petang 3.00 4.30 petang 4.30 5.00 petang Ketibaan Peserta Dan Jurulatih Latihan balingan bola dan halangan latihan perlawanan bola jaring antara P 15 dan P18

FASA 2 (13 16 MEI 2013) 7.30 8.00 Pagi 8.00 11.00 pagi 11.00 3.00 petang 3.00 4.00 petang 4.00 5.30 petang ketibaan peserta dan jurulatih Latihan balingan bola dan halangan Rehat / Solat Latihan balingan bola dan halangan latihan perlawanan bola jaring antara P 15 dan P18

5.2

TENTATIF PROGRAM PERTANDINGAN BOLA JARING MSSJ 2013

Tentatif program perlawanan bola jaring adalah mengikut waktu yang telah disediakan oleh pihak penganjuran MSSD Batu Pahat.

6.0

JAWATANKUASA PEGAWAI BOLA JARING MSS DAERAH SEGAMAT : Pn. Rus Mizi binti Ibrahim : Pn. Hamidah binti Marjunit (SK Bandar Putra) (SK LKTP Chemplak)

Pengerusi Teknik Ketua Jurulatih 6.1

JAWATANKUASA PEGAWAI BOLA JARING P18 Pengurus : Pn. Suriana binti Ngatiman Jurulatih : Cik Nur Hakimah binti Khairuddin Penolong Jurulatih : Pn. Kartini binti Kamaruddin

(SMK Seri Bali) (SMK Labis) (SMK Tinggi Segamat)

6.2

JAWATANKUASA PEGAWAI BOLA JARING P15 Pengurus : Pn. Nor Zafreena Muzali bt Mohd Zawawi (SMK Tenang Stesen) Jurulatih : Cik Rohaya bt Muhammad (SMK Paduka Tuan) Penolong Jurulatih : Pn. Kartini bt Kamaruddin (SMK Tinggi Segamat)

7.0 BIL 1.

SENARAI NAMA GURU PENGIRING NAMA GURU CIK SURIANI BINTI ZULKIFLI CATATAN Mengiringi pelajar untuk ke latihan pusat pada Fasa 2

2.

PUAN NOR ALIAH BINTI ALI

Mengiringi pelajar untuk ke latihan pusat pada Fasa 2

3.

CIK NUR HAKIMAH BINTI KHAIRUDDIN

Mengiringi pelajar untuk ke latihan pusat pada Fasa 1 dan ke pertandingan bola jaring MSS J 2013 di Batu Pahat

8.0 BIL 1. 2.

SENARAI NAMA PELAJAR MEWAKILI DAERAH SEGAMAT NAMA PELAJAR NURUL AINI BINTI MUHZAR NORZAHIDAH BINTI JAMALUDDIN NO.KAD PENGENALAN 960701-01-5140 960627-01-7016 CATATAN

9.0 BIL FASA 1 1.

ANGGARAN PERBELANJAAN PEKARA BAYARAN JUMLAH

PENGANGKUTAN JUMLAH

1. RM20.80 X 4 HARI

RM83.20 RM83.20

FASA 2 1. PENGANGKUTAN JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN 1. RM20.80 X 4 HARI RM83.20 RM83.20 RM166.40

PUNCA WANG 1. BANTUAN WANG SUKAN SEKOLAH = RM116.40 2. SUMBANGAN PIBG = RM50.00

10.0

PENUTUP

Program yang terancang seperti ini dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada semua penggerak bola jaring. Semangat sayangkan sekolah, zon, negeri dan negara serta rasa tanggungjawab dapat disemai di kalangan mereka yang terlibat. Selain daripada itu, semangat setiakawan dan toleransi akan dapat dipupuk. Dengan adanya kerjasama dan komitmen yang tinggi di kalangan penggerak bola jaring, program seumpamanya juga dapat dilaksanakan dengan cukup berkesan. Adalah diharapkan cadangan ini dapat berjalan dengan lancar demi merealisasikan matlamat kita iaitu untuk melahirkan pemain-pemain yang berkualiti tinggi untuk mewakili sekolah, daerah, negeri dan negara amnya.

DISEDIAKAN OLEH,

DISEMAK OLEH,

DISAHKAN OLEH,

(NUR HAKIMAH KHAIRUDDIN) GURU PENASIHAT BOLA JARING

...........

(EN.ROSMAN BIN ISHAK) (HJ.AMAT PAIJAN BIN SARUWAL) PK KOKRIKULUM PENGETUA SMKL

Вам также может понравиться