Вы находитесь на странице: 1из 4

1.

0 Pengenalan PBS PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah .

Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi: Pentaksiran Sekolah Pentaksiran Pusat Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pentaksiran Psikometrik

Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.

Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

2.0 Cabaran-Cabaran Melaksankan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan CaraCara Mengatasinya Dapatan penyelidikan Profesor Madya Dr. Faizah binti Abdul Majid, dari Fakulti Pendidikan UiTM yang diterbitkan dalam Journal of US-China Education Review, Vol.8, No.10, 2011. ISSN1548-6613 memberikan perspektif asas tentang pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di Malaysia dan cabaran yang bakal dihadapi. Menurut beliau, PBS belum sampai ke tahap pelaksanaan penuh. Shanusi Ahmad (LPM) dalam kertas cadangan Ph.D beliau menegaskan bahawa PBS di Malaysia lebih berbentuk gabungan dengan sistem peperiksaan berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

2.1 Pelaksanaan Dokumen standard prestasi KSSR digubalkan berasaskan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dimana standard ini merupakan Dokumen Standard Kurikulum yang menggantikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Standard Kurikulum merupakan pernyataan standard tentang apa yang murid patut tahu dan boleh buat seperti yang terkandung dalam KSSR. Standard Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.

Sistem penilaian peringkat sekolah yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran Malaysia menggantikan kaedah peperiksaan yang dilaksanakan untuk murid sebelum ini amat menguji kredibiliti seseorang guru. Ini kerana pentaksiran berasaskan sekolah memberi hak 100% kepada guru untuk menilai murid-murid semasa di dalam bilik darjah. Penilaian sebanyak 60% oleh guru dan 40% markah peperiksaan peringkat pusat akan diambil kira dalam memberikan murid gred sebagai keputusan yang menentukan hala tuju murid tersebut. Penilaian peringkat sekolah memerlukan guru menilai prestasi serta membimbing murid tersebut untuk memberikan yang terbaik sepanjang proses pembelajaran di dalam bilik darjah.

2.2 Pelaksanaan Evidens Evidens atau bukti penguasaan murid boleh diperolehi melalui pemerhatian, jawapan lisan, latihan dalam buku latihan atau buku kerja dan juga kerja rumah. PBS tidak membataskan kreativiti guru yang sudah tentunya lebih mengenali murid mereka. Kebolehpercayaan kepada pentaksiran yang dijalankan oleh guru ditingkatkan melalui penjaminan kualiti. Semua hasil kerja murid dijadikan evidens yang perlu difailkan sebagai bukti yang menunjukkan murid telah menguasai kemahiran yang diajar.

Semua eviden perlu di susun masuk ke dalam setiap fail murid dan dalam tempoh yang tertentu eviden tersebut perlu dikeluarkan semula untuk diberikan kepada murid setelah direkodkan ke dalam sistem. Rutin berterusan ini perlu dilakukan oleh guru dalam frekuensi yang kerap sehingga pentaksiran selesai dijalankan. Semua kerja ini perlu guru lakukan

sendiri tanpa ada pembantu. Selain itu, guru-guru juga menyandang jawatan sampingan seperti kelas lagi, guru displin, guru panitia, ajk persatuan, kelab uniform, dan sebagainya.

Pada pendapat saya, penyimpanan evidens adalah amat baik untuk dilaksanakan kerana perkembangan individu dapat dinilai secara saksama dan menyeluruh dengan begitu jelas. Namun, adalah wajar agar jawatan pembantu guru diwujudkan untuk meringankan tugas guru dalam pengurusan evidens ke dalam Fail Perkembangan Murid. Melalui pengalaman saya, guru perlu memperuntukkan masa yang banyak untuk peringkat ini. Apabila pembantu guru dihantar ke sekolah, guru boleh memberi tumpuan yang lebih baik di dalam persediaan untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Selain itu, bagi memastikan bahawa pihak sekolah akur dengan konsep PBS, pihak sekolah perlu menyediakan sistem data dan fail yang berfungsi sebagai bukti hitam putih evidens atau hasil kerja setiap orang murid perlu disediakan secara sistematik dan teratur. Bilangan fail mungkin mencecah angka ribu dan puluhan unit almari untuk penyimpanan fail berkenaan. Sistem kod dan nombor fail mesti seragam supaya proses pencarian fail dapat dilakukan secara serta-merta jika diminta oleh pegawai atasan yang memantau pelaksanaan PBS secara mengejut.

2.3 Pelaksanaan konsep Band dalam bilik darjah Dalam sistem penilaian KSSR tiada sistem Peperiksaan untuk menilai prestasi dan pencapaian murid. Sistem Peperiksaan ini telah diganti dengan sistem BAND bagi menilai pencapaian dan prestasi seseorang murid dan pelajar di sekolah. Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara tatatingkat yang digunakan bagi tujuan pelaporan individu, iaitu Band 1 hingga Band 6.

Secara ringkas, dahulunya gred ABC digunakan dalam KBSR untuk menentukan tahap pelajar. Tetapi dalam sistem KSSR gred ABC telah digantikan dengan sistem BAND. Dalam KBSR, kedudukan murid dapat dilihat dengan jelas. Ini kerana markah-markah yang diperolehi oleh pelajar dalam setiap subjek akan dijumlahkan dan dipuratakan serta disusun untuk mendapatkan kedudukan pelajar di dalam kelas. Berbanding dengan sistem KSSR kedudukan murid dalam kelas amat sukar untuk ditentukan kerana penggunaan sistem Band

hanya terbahagi kepada menguasai atau belum menguasai untuk setiap peringkat Band yang telah diuji oleh guru di dalam kelas. Prestasi pelajar hanya boleh dilihat melalui kelompok yang disusun di dalam band-band yang dicapai oleh seseorang pelajar.

Bagi mengatasi masalah ini, saya berpendapat bahawa pihak sekolah perlu mengekalkan sistem peperiksaan yang diguna pakai di dalam sistem KBSR. Gabungan antara sistem peperiksaan dan sistem Band adalah satu langkah yang wajar dalam usaha membantu guru untuk mengenal pasti kedudukan murid di dalam kelas.

3.0 Kesimpulan PBS ialah bentuk pendidikan masa hadapan yang juga berupa ucapan selamat tinggal kepada orientasi peperiksaan yang telah sekian lama mengundang kritikan bertalu-talu. Anjakan paradigma yang berlaku ini bertepatan dengan keperluan masa hadapan mereka. Pelaksanaan PBS acuan Malaysia bermakna sistem pendidikan dan pentaksiran sentiasa melangkah ke hadapan, manakala segala kebijaksanaan dan pengalaman zaman-berzaman akan tetap dimanfaatkan dalam persekitaran terkini. Cabaran pelaksanaan PBS memang akan sentiasa muncul dari masa ke masa. Kekurangan dan ralat yang masih wujud tidak wajar menjadi alasan untuk pelaksanaan PBS kembali lemah. Murid, guru dan masyarakat berhak untuk memberikan sumbangan terbaik demi masa hadapan bangsa dan negara.

Вам также может понравиться