You are on page 1of 2

Kriteria Pemarkahan Pemarkahan bagi setiap model yang dicipta akan dinilai berdasarkan kriteria yang berikut: i.

Keaslian Model yang dicipta perlu memiliki ciri keaslian. Model berdasarkan barangan contoh sedia ada boleh digunakan. Sebagai contoh, model kereta Proton Saga. Namun, jika terdapat aspek inovasi atau pengubahsuaian pada model tersebut, ini bermakna ciri keasliannya tinggi. Kreativiti Model perlu mempunyai daya penarik dan ciri kreativiti yang tinggi. Aspek seni visual yang diterapkan akan dinilai satu persatu. Kombinasi warna dan penggunaan bahan juga akan dinilai. Persembahan Kemampuan Pembina model untuk menerangkan model dan mempersembahkannya pada juri turut dinilai. Semua fakta yang dinyatakan akan diambil kira dan jika terdapat maklumat palsu,markah boleh dikurangkan dengan banyak bergantung kepada timbang rasa juri. Kegunaan Model ini lebih bermakna jika terdapat kegunaan tertentu. Hal ini bagi mengelakkan model ini terbuang begitu sahaja selepas pertandingan. Kegunaan tipikal seperti hiasan adalah diterima. Namun, jika kegunaannya boleh melibatkan kerja seharian seperti pembersihan boleh diberi markah yang tinggi. Kekemasan Model ini sememangnya dicipta dari bahan terbuang. Walaupun begitu, ciri kekemasan tetap perlu dinilai. Kerja yang kemas dan halus membuktikan usaha dan komitmen yang dicurahkan dalam pembinaan model.

ii.

iii.

iv.

v.

Kriteria Keaslian Kreativiti Persembahan Kegunaan Kekemasan

Markah /25 /25 /25 /15 /10

Catatan