Вы находитесь на странице: 1из 2

Sistem pentadbiran Brtish telah meninggalkan banyak kesan terhadap sistem pendidikan Malaysia.

Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk memantapkan sistem pendidikan agar dapat bersaing secara global. Bincangkan cara-cara yang telah diambil oleh pihak kerajaan bagi memantapkan sistem pendidikan kita.

Sistem pendidikan di Malaysia yang diseliakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah berkembang dengan pesat. Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memartabatkan lagi sistem pendidikan di Malaysia.

Untuk memantapkan sistem pendidikan di negara, kerajaan telah memperkenalkan Akta Pendidikan 1996. Akta Pendidikan 1996 adalah untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam Akta Pelajaran 1961. Akta Pendidikan yang mengambilkira aspirasi berbilang kaum dalam masyarakat majmuk di Malaysia adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan hasrat Wawasan 2020 yang diserukan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sebagai contoh, Akta Pelajaran 1961 menyatakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu adalah wajib bagi sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja. Untuk memantapkan status bahasa kebangsaan dalam bidang pendidikan, Akta Pendidikan 1996 pula menetapkan bahawa bahasa kebangsaan dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah.

Bukan sahaja itu, pihak kerajaan telah melancarkan sistem pendidikan bestari bagi memantapkan sistem pendidikan yang sedia ada agar dapat selaras dengan hasrat negara kita untuk mencapai Wawasan 2020 serta perkembangan pesat dalam era sains dan teknologi. Dalam melaksanakan konsep sekolah bestari, semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang direka khas oleh pihak tertentu. Guru-guru yang mengajar di sekolah bestari turut diberikan latihan dalam perkhidmatan khususnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan teknologi.

Sekolah Wawasan turut merupakan salah satu usaha kerajaan dalam memantapkan sistem pendidikan di Malaysia. Dalam konsep sekolah wawasan, kerajaan berhasrat untuk menzahirkan bangsa Malaysia yang akan menghapuskan jurang perkauman dan lebih bersifat cinta akan negara. Sesungguhnya, Sekolah Wawasaj merupakan pengelompokan tiga buah jenis sekolah dalam satu kawasan yang sama, iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Di Sekolah Wawasan, murid-murid berbilang kaum akan dapat belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama dengan berkongsi sama kemudahan infrastruktur yang disediakan seperti padang

permainan, kawasan perhimpunan, kantin, laluan dan sebagainya. Sekolah Wawasan telah berjaya memantapkan lagi sistem sekolah vernakular yang ditubuhkan dahulu secara terasing antara satu sama lain. Sistem pendidikan Malaysia telah dimantapkan dengan menyatukan di bawah satu sistem pendidikan yang seragam dan selari.

Bagi memantapkan sistem pendidikan di Malaysia, pihak kerajaan turut memberikan peruntukan wang yang banyak untuk menaiktarafkan kemudahan-kemudahan infrastruktur di sekolah bagi membekalkan satu suasana persekolahan yang selesa kepada murid-murid. Peruntukan kewangan yang diberi telah digunakan untuk memperbanyakkan alat-alat teknologi seperti LCD, komputer, laptop di sekolah. Bangunan-bangunan baru sekolah turut dibina untuk memperbanyakkan bilik darjah di sekolah bagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Alat penghawa dingin juga dipasang di pusat sumber, makmal komputer dan lainlain supaya suasana pembelajaran yang kondusif dapat disediakan bagi meningkatkan prestasi akademik murid-murid.

Selain itu, pihak kerajaran turut banyak melakukan usaha dalam memantapkan penggunaan bahasa Inggeris di negara kita. Pada peringkat awal. Kerajaan telah memperkenalkan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), iaitu mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Setelah pelaksanaan Dasar PPSMI di sekolah-sekolah, suatu dasar baru iaitu Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) telah diperkenalkan. Usaha ini dilakukan adalah untuk memartabatkan bahasa Malaysia dengan mengukuhkan penggunaannya sebagai bahasa pengantar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan memperkukuhkan kedudukan bahasa Inggeris di Malaysia yang merupakan bahasa antarabangsa. Antara pendekatan yang diambil adalah penambahan masa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris sebanyak 90 minit untuk Sekolah Kebangsaan dan 60 minit untuk Sekolah Jenis Kebangsaan.

Sebagai konklusi, pihak kerajaan sentiasa menggembleng tenaga dan idea yang holistik dari semasa ke semasa untuk memantapkan lagi sistem pendidikan di Malaysia.

Вам также может понравиться