Вы находитесь на странице: 1из 49

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

1.0 PENDAHULUAN

Perkembangan bahasa dalam diri setiap individu adalah bermula sejak awal bayi lagi. Bahasa merupakan asas yang penting dalam kehidupan manusia bagi bertujuan untuk berkomunikasi, menyampaikan maksud, berkongsi idea dan mengintepretasikan segala bentuk keinginan dan kehendak. Bahasa Melayu merupakan satu komponen dalam bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Komponen Bahasa Melayu dan kurikulum menyediakan murid pendidikan khas untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi bersesuaian dengan tahap kefungsian mereka ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Terdapat 7 komponen dalam Bahasa Melayu. Ia terdiri daripada Mendengar, Bertutur, Pra-bacaan, Membaca, Pra-tulisan, Tulisan dan Komunikasi. Komponen Bahasa Melayu ini boleh mendengar dan memberi respon kepada pelbagai sumber, bertutur dengan sebutan yang betul dan bertatasusila dan melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, permainan, penulisan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan serta berurusan untuk mendapatkan perkhidmatan. Berdasarkan komponen-komponen Bahasa Melayu, Model Penaksiran Berasaskan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ( MOPEN) ini dibina bertujuan memberi pengetahuan dan pemahaman kepada individu-individu yang terlibat tentang pembinaan modul ini. Selain daripada itu, pendedahan juga diberikan tentang cara pelaksanaannya dalam mata pelajaran ini terhadap kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran. Ia juga dihasilkan bagi membantu guru yang terlibat dalam menjalankan pengajaran klinikal ke atas kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran.

2.0 DEFINISI PENAKSIRAN

Penaksiran

merupakan satu aspek

dan aktiviti yang sangat penting dalam proses

pendidikan khususnya pendidikan formal dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSM) yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Proses penaksiran merangkumi aspek pengujian dan pengukuran,tiga konsep ini walaupun berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciri tetapi mempunyai perkaitan yang sangat rapat dari segi pelaksanaannya. Penaksiran ditakrifkan sebagai proses menentukan , mendapatkan dan memberikan ialah proses mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti juga membantu guru atau pentadbir membuat

maklumat berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks keberkesanan penaksiran pengajaran dan penaksiran. Penaksiran pertimbangan dan keputusan yang berkesan. Menurut Salvia dan Ysseldyke (2001), mendefinisikan penaksiran sebagai satu proses mengumpul data bagi tujuan membuat keputusan berkaitan pelajar. Penaksiran termasuk dalam proses (testing) cuba-cuba, terdapat juga prosedur-prosedur lain seperti temuduga , pemerhatian dan sampel kerja. Penaksiran patut dinilai sebagai satu proses daripada produk. Ia adalah satu proses pengumpulan penting untuk membuat keputusan. Salvia dan Ysseldyke (2001), satu set soalan kepada individu untuk mendefinisikan cuba-cuba sebagai pemanduan mendapatkan keputusan. Keputusan yang diperoleh ialah produk daripada prosedur cuba-cuba tersebut. Diagnosis mempunyai dua maksud. Dalam bidang perubatan, diagnosisilah proses mencari punca sebenar suatu masalah. Cihen , Swerdilik dan Smith (1992) mendefinisikan diagnosis sebagai perbuatan atau proses untuk mengenalpasti atau menentukan penyakit melalui pemeriksaan . Walaubagaimanapun pencarian untuk punca-punca sebenar yang dilakukan oleh pendidik

selalunya gagal dan tidak menemui punca sebenar. Walaupun punca tersebut dikenal pasti , tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan oleh para pendidik walaupun diagnosis itu boleh digunakan untuk perkara lain. Penaksiran adalah proses yang melibatkan pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik sesuatu maklumat yang luas untuk mendasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian, keputusan klasifikasi dan penempatan (Gearheart & Gearheart, 1990). Manakala Mercet & Mercet ( 1992 ), penaksiran menentukan apa yang hendak di ajar

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

meliputi kemahiran akademik (seperti membaca, mengira), kandungan subjek (seperti Sains, Kajian Tempatan ), kemahiran motor (seperti Kemahiran Urus Diri) dan kemahiran kerjaya (seperti pengetahuan kerjaya). Penaksiran adalah proses mengumpul, menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugasan pendidikan. (David Lambert dan David Lines, 2000). Menurut Mc Cluhen 1994, Penaksiran kanak-kanak khas ialah proses sistematik mengumpul maklumat yang relevan bertujuan membuat keputusan pembelajaran dan perundangan yang berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan khas. Penaksiran pembelajaran juga meliputi usaha memahami masalah pembelajaran pelajar dan faktor-faktor yang memberi kesan kepada pencapaian sekolah dan perkembangan diri murid dari berbagai peringkat umur. Mc Loughin (1990 ), penaksiran pendidikan untuk kanak-kanak khas ialah satu proses sistematik mengumpul pendidikan yang relevan penyelidikan pengajaran mengenai perkhidmatan khas. Definisi definisi di atas boleh disesuaikan dengan menjadikan penaksiran sebagai satu proses mengumpul maklumat atau data mengenai murid yang akan digunakan untuk membuat penilaian dan penyelidikan dengan menggunakan teknik tertentu iaitu MOPEN Bahasa Melayu agar guru, ibu bapa atau sesiapa sahaja mendapat maklumat tahap pencapaian pelajar agar ibu bapa atau sesiapa sahaja mendapat maklumat tahap pencapaian pelajar agar segala kelemahan dapat diperbaiki dan diperkukuhkan. untuk membuat undang-undang dan

3.0 JENIS-JENIS PENAKSIRAN

McLoughin dan Lewis (1994) membahagikan kaedah dan peralatan penaksiran kepada dua jenis iaitu Penaksiran Formal Dan Penaksiran Tidak Formal.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

Penilaian Formal Penilaian formal adalah satu bentuk pengujian yang menggunakan kaedah dan instrumen

pengujian yang standard bagi semua pelajar. Ia digunakan untuk mendokumentasikan pencapaian dan menetapkan suatu label yang bersesuaian. Menetapkan prosedur untuk mentadbir, memberi markah dan mentafsir sesuatu kaedah dan peralatan secara spesifik. Penilaian ini pada amnya melaporkan hasil pencapaian pelajar berbanding dengan kumpulan norma dan juga melaporkan kecukupan teknikal iaitu validiliti dan realiabiliti penaksiran. Berkenaan dengan pelajar yang boleh. Ia mengandungi ujian-ujian yang setara mempunyai beberapa mempunyai arahan dan format. Sementara itu ujian BAHASA MELAYU Penilaian Formal ini boleh digunakan untuk melihat sejauh mana tahap pencapaian

kelebihan daripada teknik tak formal. Owens (1999) , mengatakan

bahawa ujian setara dalam bahasa memberikan keadaan sebenar tentang kekayaan dalam bahasa kanak-kanak ujian setara yang digunakan tidak mengambil kira kepelbagaian budaya dan ini boleh kepada salah penaksiran. Walaubagaimanapun ujian setara ini tetap digunakan. Ujian formal ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pengukuran kefahaman dan kemahirankemahiran bahasa khas. Ujian pengukuran kefahaman dalam bahasa dibuat untuk menguji kemahiran bahasa yang luas mengikut umur. Sebagai contoh The Test Of Development Primary (3RD ed) (Newcomer & Hammil,1988) direka untuk kedua-dua bahagian bahasa iaitu bahasa ekspresif dan reseptif untuk kanak-kanak dari umur 4 hingga 9 tahun. Ia terdiri daripada 7 bahagian yang meliputi aspek fonologi, sintaksis dan semantik. 7 sub bahagian tersebut adalah : a) Perbendaharaan kata dengan menggunakan gambar b) Perbendaharaan kata dengan menggunakan lisan c) Kefahaman tatabahasa d) Melengkapkan atau mengulangi ayat e) Mendiskriminasikan perkataan f) Mengartikulasikan atau membunyikan perkataan g) Kekuatan atau kesimpulan terhadap ujian lima komponen bahasa Ujian secara menyeluruh dalam kemahiran bahasa mempunyai beberapa kelebihan. Paling penting ia memberi gambaran sebenar tentang kebolehan bahasa kanak-kanak. Ia memberi maklumat tentang kebolehan kanak-kanak dalam aspek sintaksis, semantik dan sedikit

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

fonologi. Selain daripada Ujian Setara, Ujian Rujukan Kriteria (URK) dan Ujian Rujukan Norma (URN) dan Ujian Kecerdasan juga merupakan salah satu contoh penilaian formal. Ujian Rujukan Norma ialah ujian yang mengukur pencapaian seseorang individu untuk dibandingkan dengan pencapaian individu lain dalam sesuatu kumpulan. Ia merupakan suatu ujian yang digunakan untuk menentukan prestasi seseorang individu ke atas sesuatu tugasan supaya pencapaian individu tersebut boleh dibandingkan dengan pencapaian individu lain yang melakukan tugasan yang sama. URN menggunakan piawaian yang relatif dan penekanannya kepada kumpulan pelajar. Ia lebih umum dalam mengukur banyak kemahiran yang berbeza dan kemahiran umum pada suatu masa tetapi gagal mengukurnya secara mendalam. Menurut Pophman ( 1981 ), URN digunakan bagi menentukan status seseorang individu berdasarkan kepada prestasi individu yang lain dalam sesuatu ujian. Contohnya, calon mendapat 60 jawapan betul daripada 75 jawapan bagi sesuatu ujian. Markah mentah yang diperolehinya adalah 60. Kedudukan calon ini akan dibandingkan dengan calon-calon yang lain dengan menggunakan satu jadual norma yang telah ditetapkan. Jika markah mentah 60 memberikan bacaan peratusan ke-82 mengikut jadual norma, maknanya calon ini berprestasi melebihi atau menyamai 82% daripada calon-calon dari kumpulan norma tersebut. Oleh yang demikian interpretasi ke atas calon dibuat berdasarkan satu kumpulan norma. Manakalan Ujian Rujukan Kriteria adalah ujian mengukur pencapaian individu dan dibandingkan dengan kriteria yang telah ditentukan. Contohnya, pelajar terbaik adalah pelajar yang dapat menjawab semua soalan yang penting yang telah ditentukan. URK ini dibandingkan dengan satu kriteria yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Soalan-soalan dalam URK adalah hampir sama peringkat kesukarannya. Ia hanya dapat membayangkan pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh murid dan bukannya membezakan kebolehan di antara mereka. Ia bertujuan untuk menentukan bilakah kemahiran seseorang pelajar itu mencukupi untuk membenarkan ia memulakan unit pelajaran yang lain dan bukan untuk melihat perbezaan prestasi antara individu dengan kumpulan tetapi tertumpu kepada sama ada kriteria yang ditetapkan itu dicapai atau tidak oleh pelajar. Secara ringkasnya URK lebih kepada ujian yang dibina untuk menguji pencapaian pelajar terhadap sesuatu kriteria atau ciri-ciri tertentu yang ingin dicapai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. boleh

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

Manakala Ujian Kecerdasan pula menurut Weschler 1974 mendefinisikan kecerdasan ialah kebolehan berfikir secara rasional dan bertindak secara bertujuan untuk mengendalikan persekitaran (maksudnya kecerdasan diukur berbeza-beza mengikut persekitaran). Bagi masyarakat bertamadun, kecerdasan diukur secara akademik). Ujian kecerdasan ini adalah ujian yang berbentuk standard dan didatangkan dalam bentuk paket yang telah diswastakan. Antara contoh ujian kecerdasan yang boleh digunakan oleh guru khas ialah test of intelligence. Ia mengandungi item-item yang bukan verbal dan ringkas. Biasanya ia diubahsuai dari semasa ke semasa dan ujian yang terkini dicipta pada tahun 1994. Ujian jenis ini juga dianggap sebagai psychoeducational dan ia memerlukan latihan untuk pentadbiran ujian, menginterpretasi data. Di antara sebab melaksanakan ujian kecerdasan ini ialah: 1. Untuk menentukan kefungsian intelek kanak-kanak khas sebelum membuat ujian lain. 2. Isu hak menerima perkhidmatan pendidikan khas. 3. Penempatan (placement). Di dalam penaksiran kecerdasan ini terdapat ujian kecerdasan secara individu dan juga secara kumpulan. Penaksiran Kecerdasan Individu adalah untuk membuat keputusan berkaitan penempatan pendidikan. Ia penting untuk mengenalpasti masalah kerencatan akal, learning disabilities dan juga giftedness. Ujian yang digunakan ialah ujian Wechsler yang mana terdapat tiga skala dalam ujian ini iaitu: WAIS --16 tahun ke atas WAIS 6 -16 Tahun WAIS 3 - 7 Tahun

Skala jenis ini diperkenalkan oleh Weschler pada 1974. Ia menggunakan persampelan berbentuk data dan ini menunjukkan ia mempunyai perwakilan. Sampel yang digunakan adalah mereka yang berbeza dari segi umur, jantina, bahasa serta kawasan geografi juga berlainan. Keseluruhan sampel adalah seramai 2200 orang yang mana ujian ini mempunyai kebolehpercayaan 5 hingga 9 dan ia tidak sama dengan semua item. Kesahannya tinggi iaitu 8.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

Penaksiran Kecerdasan Kumpulan adalah

ujian secara kumpulan pula ditadbir di

peringkat saringan sahaja. Contoh jenis yang digunakan ialah Cognitive abilities test. Itemitem dalam ujian kognitif ini lebih kurang sama dengan Weschler. Dalam proses standardization sample yang digunakan adalah ramai iaitu seramai 170 ribu orang. Kebolehpercayaannya ialah 8 dan kesahannya rendah iaitu, 5 sahaja. Jadi di sini menunjukkan kesahannya rendah dan ia tidak dapat mengukur ujian-ujian secara kumpulan dengan baik. Penilaian Tidak Formal Penilaian tidak formal adalah satu bentuk pengujian yang menggunakan kaedah dan instrumen pengujian yang tidak standard bagi seseorang pelajar. Penilaian tidak standard dimasukkan dalam ujian pemahaman. Pelbagai kaedah dan pendekatan boleh digunakan untuk membuat penaksiran berdasarkan keadaan dan cara yang paling bersesuaian dengan individu tersebut. Antaranya ia melibatkan skala relatif, struktur rendah sampel bahasa spontan hingga tugas berstruktur tinggi mempengaruhi imitasi. Antara contoh-contoh penilaian tidak formal adalah sampel bahasa, penaksiran prestasi, pemerhatian dan portfolio. Sampel bahasa adalah untuk mendapatkan maklumat tentang bahasa kanak-kanak melalui pengumpulan dan analisis sampel bahasa kanak-kanak walaupun sampel bahasa boleh menjadi maklumatnya. Kaedah terbaik untuk mendapatkan maklumat tentang sampel bahasa ialah dengan cara keadaan sebenar misalnya di bilik darjah, rumah, kantin dan lain-lain. Ia juga boleh diperoleh dengan membiarkan kanak-kanak normal bergaul dengan kanakkanak masalah bahasa. Penggunaan bahan untuk digunakan haruslah berkesan dan bersesuaian dengan peringkat umur. Penggunaan bahan seperti video dan gambar juga boleh digunakan untuk mendapatkan sampel bahasa namun ia mempunyai kelemahan dan kelebihan. Manakala penaksiran prestasi adalah satu bentuk ujian yang memerlukan guru membuat pertimbangan tentang penataran pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri afektif pelajar. Dalam penaksiran ini, kriteria prestasi diperlukan untuk menilai prestasi pelajar. Kriteria prestasi adalah tingkah laku spesifik yang perlu dilakukan oleh murid untuk menjalankan sesuatu tugas atau menghasilkan sesuatu produk. Kriteria prestasi ini boleh dibincangkan bersama pelajar supaya mereka dapat menyedari keperluan tugasan serta piawaian penilaian.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

Ia melibatkan penaksiran pelajar dalam konteks tugasan di bilik darjah di mana pelajar dikehendaki melakukan sesuatu tugasan kompleks tetapi bererti, berdasarkan pengetahuan awal, pembelajaran semasa dan kemahiran yang relevan untuk menyelesaikan masalah yang sebenar. Penaksiran prestasi ini membenarkan guru membuat satu ujian teranjak daripada rutin kebiasaan pembinaan ujian kepada pemikiran kompleks dan penyelesaian masalah. Prestasi pelajar ditentukan berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama. Portfolio adalah salah satu penaksiran tidak formal. Portfolio merupakan satu folder atau fail yang mengandungi bahan-bahan kutipan dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan atau menjelaskan atau menerangkan perkembangan kognitif bagi si penyedianya tentang sesuatu tugasan yang pernah diarahkan. Penaksiran portfolio adalah satu penaksiran untuk mengenal perkembangan kognitif dan psikomotor seseorang pelajar melalui eviden-eviden yang dikumpulkan dalam fail berdasarkan tugasan-tugasan yang telah ditetapkan terlebih dahulu di samping dapat meninggikan kebolehpercayaan penaksiran berkenaan. Penaksiran Portfolio ini direkacipta untuk menggantikan penaksiran rujukan norma. Ia merupakan satu koleksi produk iaitu sampel kerja kanak-kanak yang dimasukkan ke dalam satu fail. Koleksi produk ini menunjukkan apa yang telah dilakukan oleh pelajar. Inferens juga boleh dilakukan ke atas pelajar dari segi kebolehan seseorang pelajar pada masa depan. Contoh-contoh produk yang boleh dikumpulkan ialah tulisan, lukisan, lembaran kerja dan sebagainya.

Jenis-jenis Portfolio Menurut Batzle (1992), terdapat tiga jenis portfolio pada amnya iaitu: i. Portfolio Kerja di mana guru, pelajar dan ibu bapa bersama-sama menyumbang kepada penghasilan portfolio ini. Mereka bekerjasama demi kemajuan dan akhirnya menjadikan ia suatu penghasilan yang diingini.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

ii.

Penghasilan Portfolio iaitu menempatkan penghasilan yang terbaik daripada pelajar dan bukannya sesuatu yang belum disiapkan. Pelajar yang memikirkan dan mengendalikan apa yang sepatutnya dimuatkan ke dalam portfolio.

iii.

Penyimpanan rekod atau portfolio guru berkaitan penyimpanan kertas peperiksaan pelajar dan contoh kerja yang diberikan oleh guru. Ini termasuklah kerja-kerja yang tidak dipilih oleh pelajar untuk disertakan dalam rekod penyimpanan ini. Swicegood (1994) pula menyenaraikan satu lagi jenis portfolio iaitu portfolio penaksiran

yang di dalamnya mengandungi kajian tingkah laku dan fungsi pengubahan seperti senarai semak tingkah laku dan rakaman tingkah laku pelajar, tahap akademik dan perkembangan literasi pelajar (kaedah dan peralatan, penaksiran berasaskan kurikulum dan contoh bacaan serta tulisan), kaedah strategi belajar dan peraturannya serta petunjuk bahasa dan kebudayaan. Mereka yang terlibat dalam menjayakan portfolio ini termasuklah rakan sebaya, ibu bapa serta guru-guru lain yang terlibat dalam mesyuarat RPI/IEP. Matlamat penaksiran Portfolio Matlamat penaksiran portfolio adalah untuk memberi peluang kepada pelajar memperbaiki pembelajaran mereka. Pelajar dapat melihat sendiri akan perkembangan yang telah dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan dan berusaha untuk memperbaikinya. Tujuan penaksiran Portfolio digunakan untuk : i. ii. iii. iv. mendokumentasi usaha pelajar mendokumentasi perkembangan dan pencapaian pelajar menyokong maklumat yang diperolehi daripada kaedah penaksiran yang lain memberi maklumat kepada pihak awam mengenai kualiti program pendidikan. Pemerhatian merujuk kepada suatu cara mengesahkan laporan data yang dikumpulkan. Pemerhatian yang utama membantu pasukan penilaian mendefinisikan sesuatu masalah secara spesifik. Menurut Merrell (1994), pemerhatian secara terus adalah kayu pengukur kepada penaksiran, tingkah laku sosial dan masalah emosi yang berlaku terhadap kanak-kanak.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

10

Pemerhatian dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak secara semula jadi. Ia dilakukan secara tidak disedari supaya kanak-kanak tidak berpura-pura di mana fokus pemerhatian adalah untuk mengetahui tahap kefungsian kanak-kanak secara semula jadi tanpa diganggu oleh faktor-faktor lain. Penilaian boleh dibuat semasa individu terlibat dalam aktivitiaktiviti hariannya seperti bermain, bekerja dalam kumpulan dan penglibatannya dalam aktiviti secara berkumpulan dan sebagainya. Bentuk ini sukar diinterpretasikan kerana ia hanya merekodkan apa yang dilihat sahaja dan orang lain mungkin memberikan interpretasi yang sama atau berbeza. Pemerhatian terbahagi kepada lima bahagian iaitu ciri-ciri fizikal sesuatu tingkah laku, masa permulaan dan pengakhirannya, jangka masa sesuatu tingkah laku, kekerapan tingkah laku itu ditunjukkan dan tahap keagresifan sesuatu tingkah laku itu. Beberapa langkah yang sistematik adalah perlu dalam melaksanakannya iaitu: Definisi tingkah laku (yang boleh dilihat dan diukur). Tingkah laku lain daripada yang diperhatikan tidak diberi perhatian. Jadual pemerhatian (tempoh masa pemerhatian dan prosedur merekod) perlu disediakan. Sistem merekod yang bersesuaian seperti time sampling dan even recording.

4.0 PENAKSIRAN BERASASKAN KURIKULUM

Istilah Penaksiran Berasaskan Kurikulum ( Curriculum Base Assesment) difahamkan secara umumnya sebagai penaksiran prestasi pelajar berasaskan kurikulum tempatan. Item yang digunakan dalam penaksiran diambil dari kurikulum sekolah. Menurut King Sears (1994) penaksiran berasaskan kurikulum adalah sejenis penilaian secara langsung yang merupakan prosedur pengumpulan data secara terus yang dapat mengukur tahap pencapaian pelajar di dalam kurikulum. Data yang dikumpul menjadi asas untuk mengesahkan perkembangan serta keberkesanan bagi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, CBA ialah sebarang prosedur yang menaksir pencapaian pelajar, berasaskan kandungan kursus atau kurikulum, dengan tujuan untuk menentukan keperluan pembelajaran (Tucker,1985). Menurut Deno(1987), CBA adalah secara umumnya ialah sebarang set prosedur pengukuran pencapaian pelajar berasaskan kurikulum

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

11

tempatan yang menggunakan kaedah pencerapan dan merekod secara terus

sebagai asas

menyimpul maklumat, untuk membentuk keputusan pembelajaran. Mercer 1997 mendefinisikan CBA sebagai mana-mana pendekatan yang menggunakan pemerhatian secara langsung dan merekodkan pencapaian pelajar di dalam kurikulum sekolah sebagai asas mengumpul maklumat untuk membuat keputusan yang berkaitan dengan pembelajaran yang sesuai dengan pelajar. Penaksiran Berasaskan Kurikulum (CBA) digunakan untuk membantu guru menentukan apa yang hendak diajar pada masa akan datang, memudahkan penilaian kemajuan pelajar di mana program penilaian berasaskan kurikulum berperanan untuk melihat kaedah dan bahan pengajaran yang digunakan adalah bersesuaian. Ia dikatakan sah dan ada kebolehpercayaan di mana ia dikaitkan dengan isi kandungan serta dikatakan ada kebolehpercayaan apabila kita mengulangi ujian ke atas pelajar yang sama. Namun begitu CBA ini juga berperanan meningkatkan tahap pencapaian pelajar kerana ia diuji berdasarkan kurikulum, berkesan untuk mengetahui apa yang hendak dilihat dan murid mengetahui apa yang hendak dipelajari dan apa yang telah dikuasai. Di samping itu juga berkesan untuk merekod kemajuan pelajar. Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk melaksanakan penaksiran berasaskan kurikulum (CBA) : Menganalisa kurikulum dan menentukan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar. Guru perlu mengaitkan penaksiran dengan kurikulum, menentukan apa yang perlu ditaksirkan dan bagaimana harus menjalankan penaksiran tersebut. Menaksirkan kemahiran dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di dalam kelas dan perlu mengubahsuainya mengikut keperluan pelajar. Guru juga perlu menentukan penaksiran yang berkesan, menyusun strategi pengajaran yang bersesuaian bagi memudahkan pelajar mengikut pengajaran guru pada masa tersebut. Mengenal pasti objektif pengajaran. Semasa memecahkan kemahiran kepada objektifobjektif, guru perlu menentukan konsep yang akan diuji serta jumlah bahan yang akan digunakan untuk mengukur tahap pencapaian setiap objektif. Menentukan tahap pencapai dengan menetapkan kriteria yang perlu dicapai bagi setiap objektif bagi mencapai tahap penguasaan. Membangunkan dianalisa. bahan atau instrumen pengujian daripada kurikulum yang telah

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

12

Keputusan pengujian menunjukkan tahap penguasaan atau kebolehan pelajar. Keputusan ini boleh digunakan sebagai garis panduan untuk membangunkan Rancangan Pengajaran Individu (IEP), atau pengumpulan pelajar pengajaran secara berkumpulan. Oleh kerana penaksiran berasaskan kurikulum (CBA) ini terikat dengan kandungan mengikut tahap pencapaiannya untuk

kurikulum, ia membolehkan guru mengenalpasti bahagian-bahagian kurikulum yang perlu dibuat pengubahsuaian dan proses adaptasi serta menyesuaikan arahan dengan tahap kebolehan pelajar. Melalui CBA, ia dapat memberikan maklumat yang spesifik bagaimana seorang pelajar itu berbeza dengan pelajar yang lain. (Ronald L. Taylor, Assessment of exceptional students, educational and psychological procedures, Aly & Bacon, USA, 1993).

5.0

PRINSIP-PRINSIP ASAS PENAKSIRAN

Prinsip-prinsip asas penaksiran adalah: a. Penaksiran bertujuan untuk memperbaiki pencapaian pelajar Penaksiran yang baik adalah berdasarkan kepada matlamat pembelajaran yang paling bermakna bagi pelajar dan bagaimana mereka menguasainya serta langkah-langkah yang sepatutnya digunakan. b. Penaksiran berdasarkan pemahaman bagaimana pelajar belajar. Penaksiran yang berkesan ialah pembelajaran yang kompleks dan bersifat multidimensi apabila dicantumkan dan didedahkan dalam pencapaian pelajar. c. Penaksiran perlu mempunyai komponen-komponen yang perlu bagi membuat perancangan dan penambahbaikan. Elemen-elemen pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dalam konteks pengetahuan penuh mengikut jenis-jenis penaksiran yang diambil. Pelajar perlu didedahkan dengan apa yang sepatutnya mereka belajar dan melihat hasil bagi pembelajaran mereka.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

13

e. Penaksiran perlu dilengkapkan dengan pengetahuan yang berguna dan melaporkan tentang pencapaian pelajar kepada ibu bapa mereka. Kaedah penaksiran yang pelbagai perlu untuk memperlengkapkan guru-guru berkaitan apa yang telah pelajar pelajari, kekuatan dan kelemahan mereka. Ibu bapa juga perlu dimaklumkan dengan apa yang mereka perlu lakukan untuk meningkatkan pencapaian dan memperbaiki persembahan anak-anak mereka. f. Penaksiran perlu mempunyai tujuan, matlamat, kriteria, dan piawaian yang jelas. Penaksiran yang terbaik adalah berdasarkan kepada hala tuju atau tujuan yang jelas serta piawaian yang boleh dicapai oleh pelajar. g. Penaksiran memerlukan langkah-langkah yang pelbagai. Instrumen penaksiran adalah penting untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan bagimana untuk memperbaikinya. Guru perlu mahir berkaitan alat-alat penaksiran dan boleh menyesuaikannya dengan jenis-jenis maklumat yang diperoleh. h. Kaedah-kaedah penaksiran perlu mempunyai kesahan, kebolehpercayaan, dan konsisten. Instrumen-instrumen dan proses-proses penaksiran perlu memilih langkah-langkah secara terus termasuk dalam latihan, menambah objektif yang sesuai dan memahami perkongsian yang adil. i. Penaksiran perlu memberi perhatian kepada proses dan hasil pembelajaran. Maklumat berkaitan hasil yang dicapai oleh pelajar adalah penting untuk mengetahui pengalaman serta hasil daripada usaha atau pembelajaran yang telah dilakukan. j. Penaksiran perlu lebih tepat daripada episodik. Pembelajaran pelajar perlu melibatkan rangkaian penaksiran yang dihubungkaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang dibuat dan mengarah kepada matlamat dan pencapaian yang berkaitan dengan piawaian yang ditetapkan. k. Penaksiran bertujuan memperbaiki pencapaian berdasarkan maklumbalas yang

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

14

diterima. Pelajar perlu diberi maklumbalas berkaitan persembahan atau pencapaian dengan bertujuan untuk memperbaiki pencapaian mereka. Pelajar juga perlu diberi peluang untuk menunjukkan latihan dan pembelajaran secara keseluruhan.

5.1

Elemen elemen dalam prinsip-prinsip asas penaksiran:

Terdapat 4 elemen penting dalam prinsip-prinsip asas penaksiran di mana instrumen atau alat penilaian yang digunakan perlulah mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Ia mestilah memenuhi beberapa kriteria penting iaitu objektifan, kesahan, kebolehpercayaan dan kepenggunaan. i. Keobjektifan

Keobjektifan merujuk kepada tujuan atau matlamat yang mesti dijelaskan dengan tepat tanpa ada kekeliruan. Kekeliruan akan timbul jika soalan dalam ujian terlalu umum dan bahasa yang digunakan tidak bersesuaian dengan tahap kognitif kanak-kanak yang diuji. Ujian yang dijalankan hendaklah bebas daripada sebarang pengaruh yang mungkin dapat menjejaskan keadilan keputusan, antaranya faktor latar belakang, kepercayaan atau identiti subjek (faktor luaran). Skema jawapan perlu disediakan terlebih dahulu bagi mengelakkan dari kesubjektifan pemeriksa. Sekiranya dalam menentukan objektif ujian dengan tepat dan betul, tugasan-tugasan lain seperti penyusunan soalan, penerbitan dan pentadbiran ujian boleh membantu meninggikan lagi tahap objektiviti pengujian. Penyelidikan yang berkaitan dengan pengetahuan, kefahaman dan penggunaan sesuatu konsep, ilmu atau fakta memerlukan kaedah pengujian kognitif secara objektif merujuk kepada kurikulum, isi kandungan atau pernyataan tujuan sesuatu ujian itu. ii. Kesahan

Kesahan merujuk kepada kesesuaian interpretasi yang dibuat daripada markah ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu penilaian tersebut. Ia mesti mengukur apa yang sepatutnya diukur. Sesuatu ujian itu mesti dapat dibuktikan dengan mengukur

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

15

sesuatu kemahiran tertentu dan tidak mengukur perkara atau kemahiran lain. Contohnya, sekiranya keputusan digunakan untuk mengukur kefahaman membaca, kita inginkan markah yang telah ditafsirkan adalah mewakili kefahaman membaca dan tidak merujuk atau dipengaruhi oleh kemahiran lain. Kadangkala soalan-soalan yang tidak dibina dengan betul menyebabkan seseorang yang diuji itu memberikan jawapan yang salah, tetapi apabila ia dibina dengan menggunakan bahasa yang lebih mudah, respondan tersebut akan memberi jawapan yang dikehendaki. Kes ini boleh ditafsirkan sebagai tahu tetapi tidak dapat jawab kerana tidak faham soalan. Penaksiran juga dipengaruhi oleh bahasa yang digunakan meliputi laras dan litensinya. iii. Kebolehpercayaan.

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan atau konsisten keputusan sesuatu ujian, iaitu sesuatu tahap yang diperolehi oleh seseorang sememangnya melambangkan tahap kemahirannya dalam ujian tersebut. Sekiranya seseorang itu mempunyai tahap kemahiran tertentu, individu tersebut mestilah dapat mempamerkan kemahiran pada tahap yang sama apabila diuji semula. Dengan ini, tahap kemahiran tersebut boleh dipercayai. Kebolehpercayaan ditentukan melalui beberapa kaedah. Antaranya adalah Kaedah Ujian Ulang-Uji, Kaedah Setara, Kaedah Bahagi Dua, Kaedah Antara Pemeriksa dan Kaedah Antara Pemerhati.

iv.

Kepenggunaan.

Kepenggunaan merujuk kepada aspek praktikal penyelidikan. Pelaksanaan penyelidikan mestilah ekonomik deripada segi sumber, masa dan wang, mudah ditadbir dan diberikan skor/markah, menghasilkan keputusan yang boleh diberi tafsiran dengan tepat serta boleh digunakan oleh orang lain. Tahap kepenggunaan perlu ditentukan dan diberi rasional melalui kaedah atau prosedur penyelidikan. Seboleh yang mungkin, kita perlu menggunakan kaedah yang paling sesuai untuk mendapatkan data dan mencapai matlamat penaksiran.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

16

Terdapat beberapa prinsip di dalam penaksiran, antaranya ialah penaksiran haruslah terdiri daripada sesuatu komponen yang integral dengan kursus, bukannya sesuatu yang ditambah selepasnya. Pengajaran dan elemen pembelajaran dalam program haruslah direka dengan pengetahuan yang penuh penaksiran yang akan dipelajari atau diambil oleh pelajar, jadi pelajar akan dapat mendemonstrasikan apa yang telah mereka belajar serta dapat melihat setakat mana pencapaian sebenar mereka. Dari sinilah mereka boleh memperbaiki apa yang telah mereka capai untuk memperoleh keputusan yang lebih baik. Prinsip yang lain menyatakan akan tujuan utama atau asas bagi sesuatu penaksiran. Tujuannya adalah untuk meningkatkan prestasi pelajar dan penaksiran yang baik adalah berasaskan kepada cara pembelajaran yang mana paling relevan dan bernilai. Hal ini penting kerana melalui pembelajaran yang berkesanlah yang akan menentukan cara bagaimana yang dapat membantu para pelajar mencapai kejayaan. Ia juga adalah untuk menilai apakah masalah yang paling banyak dihadapi oleh para pelajar semasa mereka belajar. Penaksiran juga haruslah berasaskan kepada pemahaman bagaimana seseorang pelajar itu belajar. Sementara itu, penaksiran juga adalah lebih efektif apabila ia reflek terhadap sesuatu fakta yang mana pembelajaran adalah suatu proses yang kompleks, multidimensional dan juga saling berkaitan ataupun berintegrasi. Selain daripada prinsip-prinsip penaksiran juga menerangkan bahawa penaksiran yang bagus akan menyediakan maklumat yang berguna untuk melaporkan kepada ibu bapa tentang pencapaian atau prestasi para pelajar. Kepelbagaian kaedah penaksiran akan menyediakan guruguru yang akan menjadi bukti tentang apa yang telah pelajar tahu dan apa yang mampu mereka lakukan serta kekuatan dan kelemahan yang ada pada setiap pelajar. Daripada penaksiran inilah, guru-guru boleh melapor kepada ibu bapa sejauh manakah perkembangan anak-anak mereka sepanjang tahun. Di samping itu, ia juga dapat membantu guru-guru dan ibu bapa apakah yang perlu dilakukan bagi meningkatkan prestasi pelajar. Selain itu, penaksiran yang baik atau bagus juga memerlukan tujuan, matlamat, standard dan kriteria yang jelas. Hal ini kerana penaksiran akan menjadi lebih berkesan apabila ia diasaskan dengan pernyataan dan juga tujuan serta matlamat khusus dan jelas yang dijangka boleh membantu pelajar untuk berjaya, ada standard dan mempunyai kriteria-kriteria bersandar. Kriteria penaksiran ini perlu difahami dan dieksplisitkan bagi membolehkan para pelajar

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

17

mengetahui apa yang kita jangka daripada mereka daripada setiap penaksiran yang telah mereka sertai. Oleh yang demikian, para guru, ibu bapa, pelajar dan komuniti setempat akan dapat melihat kenapa penaksiran ini digunakan dan juga alasan mengapa penaksiran ini diguna pakai dalam konteks masing-masing. Di samping itu, penaksiran yang bagus juga memerlukan penilaian atau pengukuran yang pelbagai. Hal ini kerana satu instrumen penaksiran sahaja tidak dapat memberitahu tentang prestasi pelajar dan bagaimana ia dapat ditingkatkan. Oleh yang demikian, kita perlu membiasakan dengan pelbagai peralatan penaksiran agar kita dapat memadankan ia dengan tepat berdasarkan maklumat yang kita peroleh. Kaedah penaksiran yang digunakan juga mestilah boleh digunakan, bersifat kebolehpercayaan dan juga konsisten. Instrumen dan proses-proses penaksiran haruslah dipilih secara langsung dengan apa yang ingin kita nilaikan dan ia juga termasuklah kemungkinankemungkinan penilaian oleh guru-guru yang mana ia haruslah tepat untuk mencapai objektif dan berkongsi pemahaman penilaian yang akan dibuat kelak. Penaksiran juga memerlukan pemerhatian untuk memproses hasilan yang diperoleh kelak. Maklumat tentang hasilan yang telah pelajar capai adalah sangat penting untuk kita mengetahui di mana setiap pelajar mengakhiri prosesnya dan juga untuk mengetahui tentang pengalaman-pengalaman mereka di sepanjang proses penaksiran dan jenis-jenis kejayaan yang memandu kepada hasilan yang dicapai ini. Prinsip penaksiran juga mengatakan bahawa penaksiran akan menjadi berkesan apabila ia adalah berterusan berbanding dengan yang episodik. Hal ini kerana pelajar akan belajar dengan baik apabila penaksiran termasuk jaringan aktiviti yang diambil sepanjang tempoh masa. Jadi, perkembangan akan diperhatikan melalui matlamat kursus dan juga pencapaian standard yang relevan. Seperti yang sedia maklum, penaksiran adalah untuk meningkatkan prestasi. Jadi, ia termasuklah refleksi dan maklum balas bagi semua kaedah penaksiran. Keadaan ini mestilah membolehkan pelajar-pelajar untuk menerima maklum balas terhadap pembelajaran dan juga prestasi mereka. Oleh yang demikian, penaksiran yang dijalankan adalah sebagai aktiviti yang dibangunkan untuk meningkatkan pembelajaran para pelajar.

6.0 MATLAMAT MOPEN

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

18

Antara matlamat Mopen ini ialah dapat membantu guru untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran. Selain itu, ia memberikan pendedahan, pengetahuan dan panduan penaksiran serta penggunaan pelbagai instrumen supaya penyelarasan dan penilaian dapat dilakukan secara berperingkat-peringkat untuk membolehkan pelajar menguasai bidang bahasa dengan lebih baik.

7.0 OBJEKTIF MOPEN MOPEN akan dapat membantu guru bagi mengenalpasti kemahiran murid yang diuji dari aspek yang berikut: a. Mengetahui dan memahami konsep bahasa b. Membaca dan memahami isi bacaan mengikut tahap c. Menguasai kemahiran dalam bacaan, pemahaman dan penulisan d. Menulis perkataan dengan mudah dan betul. e. Memahami konsep-konsep yang terkandung dalam bidang bahasa.

8.0 TEORI PENAKSIRAN

Terdapat dua teori yang boleh dikaitkan dengan penaksiran yang dijalankan di sekolah-sekolah. Antaranya:

8.1 Teori Pembelajaran Kognitif Ahli psikologi kogitif berpendapat bahawa pembelajaran adalah proses mental yang aktif untuk mendapatkan, menyimpan, mengingat dan menggunakan ilmu. Fokus kajian ahli psikologi kognitif ialah terhadap proses aktif minda individu untuk memahami persekitarannya. Cara individu berfikir tentang situasi, termasuk kepercayaannya, jangkaannya dan perasaannya, mempengaruhi fakta yang individu pelajar dan cara dia belajar. Ahli pasikologi kognitif berpendapat bahawa ilmu pengethaun yang diperoleh adalah hasil pembelajaran dan kuasa ilmu yang mendorong seseorang belajar ( Woolfolk,1998)

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

19

Anderson et al. dalam Woolfolk, (1998 ) menyatakan bahawa: Instead of being passively influenced by environment events, people actively choose, practice, pay attention, ignore, reflect and make many other decisions as they pursue goals. Older cognitive views emphasized the acquisition of knowledge, but newer approaches stress its construction. Ini bermakna manusia secara aktif memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar, merenung kembali dan membuat banyak keputusan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam persekitaran bagi mencapai matlamat mereka. Begitu juga, Salvin (1997) menyatakan pembelajaran adalah proses aktif minda yang berfokus kepada maklumat penting menapis maklumat tidak penting dan menggunakan maklumat sedia ada untuk membuat pemilihan. Untuk memahami pembelajaran dari perspektif kognitif dengan lebih mendalam, bahagian berikut menjelaskan tentang psikologi Gestalt, eksperimen Kohler dan model pemprosesan maklumat. Ahli-ahli psikologi yang terdahulu termasuk Max Wertheimer, Kurt Koffka dan Wolfgang Kohler. Kohler, dalam kajiannya ke atas cimpazi yang bernama Sultan, telah menemui pembelajaran melalui celik akal (insight). Oleh itu, pandangan ahli psikologi kognitif terhadap pembelajaran juga dikenali sebagai Teori Pembelajaran Gestalt (Banks & Thompson, 1995). Ahli psikologi kognitif yang lain, seperti Edward Tolman, memajukan konsep pembelajaran latent, iaitu pembelajaran berlaku tanpa peneguhan, yang digunakan juga oleh Jean Piaget, Jerome Bruner, David Ausubel dan Robert Gagne. Ahli psikologi kognitif kini berpendapat bahawa pembelajaran melibatkan dua proses mental penting, iaitu persepsi (pengamatan) dan pembentukan konsep (penanggapan). Gagne melihat proses pembelajaran sebagai langkah-langkah individu memproses maklumat, Ausubel pula telah mengemukakan pembelajaran resepsi dan bermakna. Seterusnya, Bruner mengemukakan pembentukan konsep dan pembelajaran penemuan.

8.2 Teori Pembelajaran Konstruktivisme

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

20

Menurut Borich dan Tombari ( 1997 ), dalam bukunya Educational Psychology. A Contemporary Approach, pendekatan pembelajaran konstruktivisme ialah Constructivism is an approach to learning in which learners are provided the opportunity to construct their own sense of what being learned by building internal connections or relationships among the ideas and facts being taught. Dalam definisi ini, mereka menjelaskan bahawa konstruktivisme adalah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yagn dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Oleh itu, konstruktivisme juga dikenali sebagai fahaman binaan. Seterusnya, menurut Woolfolk ( 1998 ), dalam bukunya Educational Psychology, Constructivist perspectives View that emphasizes the active role of the learner in building understanding and making sense of information. Dari kenyataan-kenyataan ini jelaslah bahawa mengikut teori pembelajaran konstruktivisme, pelajar perlu memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi makna kepada makluamt atau pengetahuan yang dipelajari.

Pembelajaran dan Pengajaran Konstruktivisme Pembelajaran dan pengajaran menggunakan pendekatan kontruktivisme boleh dilaksanakan dengan memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut : Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep. Memberi peluang kepada pelajar berkonsi persepsi antara satu sama lain. Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternative rakan mereka. Menghormati semua pandangan pelaajr dan tidak memandnagn rendah terhadap pandangan mereka. Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar. Menyediakan aktiviti-aktiviti berbentuk hands on dan minds on.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

21

Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar. Menggalakkan pelajar merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya. Meminta pelajar menghubungkaitkan idea asal dengan idea yang baru dibina. Menggalakkan pelajar mengemukakan hipotesis. Tidak menyampaikan makluamt secara terus kepada pelajar. Memberi peluang pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar-pelajar lain. Memberi perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minat pelajar. Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan. ( Ramlah & Mahani, 2002)

Berikut merupakan dua kumpulan penaksiran iaitu langkah-langkah penting dan tahap-tahap keputusan penaksiran atau penilaian. Langkah-langkah penting di dalam Penaksiran / Penilaian. 1. Pembentukan jawatankuasa 2. Menghasilkan atau menyempurnakan keputusan 3. Menghasilkan atau menggunakan pernyataan keputusan 4. Menjalankan audit kurikulum 5. Membuat alatan atau instrumen dan kajian perintis 6. Alatan atau instrumen perintis dan menyempurnakannya seperti yang dikehendaki 7. Kajian perintis secara rasmi 8. Penilaian, keputusan-keputusan laporan, menyempurnakan kajian 9. Menggunakan laporan-laporan untuk menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran 10. Teruskan proses pentaksiran atau penilaian Kitaran Pusingan Hasil Keputusan Pentaksiran/Penilaian McCann (Woldt, 2003).

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

22

1. Tentukan tempat atau institusi, rancangan-rancangan, atau misi kursus, matlamat atau perancangan strategik 2. Mewujudkan kaedah pengukuran untuk menilai matlamat 3. Mengumpulkan hasil-hasil data 4. Menganalisa data dalam hubungannya dengan matlamat 5. Berkongsi keputusan dengan kumpulan orang yang sepatutnya 6. Sarankan cadangan-cadangan bagi penambahbaikan. 7. Melaksanakan penambahbaikan 8. Memerhatikan kemajuan penambahbaikan

9.0 MODEL-MODEL PENAKSIRAN / MODUL PENAKSIRAN Terdapat beberapa model penaksiran. Antaranya ialah: Model Penaksiran Autentik Model Penaksiran Dinamik Model Penaksiran Adaptif Model Penaksiran Berasaskan Permainan Model Proses Penaksiran ATSTAR Model Reka Bentuk Pengajaran Model Penaksiran Silih Ganti/ Gilir

9.1

Model Penaksiran Autentik

Penaksiran Autentik dicadangkan penggunaannya untuk pembinaan teknik-teknik penaksiran yang bersesuaian dengan kanak-kanak dan menganjurkan penghapusan percubaan piawaian rujukan biasa dalam persekitaran awal kanak-kanak Countinho dan Malauf (1992), menekankan tiga ciri-ciri khusus untuk penaksiran autentik iaitu dimensi persembahan/penyampaian, dimensi autentik dan sambungan pengajaran.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

23

Dimensi penyampaian adalah tindakbalas aktif pelajar melalui pemerhatian secara langsung atau tidak langsung. Dimensi autentik pula menekankan kepada kehidupan atau konteks semulajadi yang mana penaksiran berlaku manakala sambungan pengajaran menekankan had tugasan penaksiran yang konsisten atau tetap dengan hasilan kurikulum.

9.2

Model Penaksiran Dinamik

Menurut Feuerstein (1997),Model penaksiran dinamik adalah asas kepada pekerjaan dan telah dibuat pengubahsuaian untuk digunakan oleh kanak-kanak prasekolah (Lidz 1991). Penaksiran ini menggunakan prosedur-prosedur ujian-mengajar-ujian untuk melibatkan kanak-kanak sebagai subjek yang aktif dalam menyampaikan aktiviti-aktiviti untuk menyelesaikan masalah. Menurut Bagnato, Neisworth, & Munson (1991), terdapat tiga komponen dalam model penaksiran dinamik iaitu pengambilan aktif kanak-kanak dalam tugasan, menekankan strategi pembelajaran untuk belajar cara menyelesaikan masalah secara berdikari dan cadangan untuk pengubahsuaian teknik pengajaran.

9.3

Model Penaksiran Adaptif

Model Penaksiran Adaptif menekankan penggunaan deria alternatif dan kemampuan atau kebolehan bertindakbalas dengan peluang pembelajaran yang sesuai (Bagnato, Neisworth & Munson,1997). Penaksiran ini bertujuan untuk membolehkan para profesional dan ibu bapa berbincang tentang skop dan intensiti perkhidmatan yang diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas di mana mereka perlu ditafsirkan berdasarkan tahap kebolehan mereka.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

24

Penaksiran ( Fasa I )

Pengalaman yang dapat digunakan Mengawal Model Penyelidikan

Penilaian ( Fasa II )

Dapatan dan kajian semula. Kepentingan menilai dan implikasi Buat cadangan untuk mengubah

Memulih ( Fasa III )

Mengubah landskap strategi pengurusan Meminda prosedur pelaksanaan Ulang semula mengawal, model dan penyelidikan

9.4

Model Penaksiran Berasaskan Permainan

Dalam proses penaksiran, pentafsir terlibat secara langsung dalam sesi permainan kanak-kanak yang terlibat dan menggunakan permainan kanak-kanak itu sendiri dalam persekitaran semulajadi untuk memerhati kemahiran yang ada pada kanak-kanak tersebut seperti kemahiran berkomunikasi dan bersosial. Menurut Bagnato, Neisworth & Munson, (1997), penyesuaian diri yang berubah-ubah bergantung kepada keadaan dan situasi adalah lebih sesuai untuk tabiat dan keterbatasan tugasan bagi setiap kanak-kanak.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

25

9.5 Model Penaksiran ATSTAR Rajah model di bawah menunjukkan satu contoh model penaksiran iaitu penaksiran ATSTAR dipecahkan kepada enam bahagian komponen. Pecahan komponen proses penaksiran yang pertama ialah membentuk kumpulan pelajar bagi memudahkan proses penaksiran. Pecahan komponen proses penaksiran yang kedua ialah membentuk soalan. Selepas pembahagian atau membentuk kumpulan dalam pelajar, soalan akan dibentuk. Proses yang ketiga ialah mengumpul maklumat yang berkaitan akan dikumpulkan bersama-sama yang bertujuan untuk memudahkan proses penilaian dan sebagai rujukan. Proses penaksiran ATSTAR yang keempat ialah proses yang melibatkan usaha menganalisis semua maklumat yang telah diperolehi mestilah dianalisis terlebih dahulu sebelum mendapatkan hasil jawapan. Proses ini akan disusuli dengan pecahan proses penaksiran ATSTAR yang kelima iaitu menghasilkan jawapan, hasil daripada maklumat yang telah dianalisis sebelumnya. Proses penaksiran ATSTAR yang ke enam ialah memilih jawapan. Setelah melalui kelima-lima proses penaksiran yang sebelumnya. Satu jawapan yang tepat dan memuaskan harus dipilih.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

26

Memilih jawapan.

Bentuk Kumpulan Pelajar

Hasil Jawap an

Bentuk Soalan

Analisis Maklumat

Mengumpul Maklumat

ATSTAR Assessment Process 9.6 Model Reka Bentuk Pengajaran Rajah model di bawah adalah contoh model reka bentuk pengajaran turut melibatkan proses penaksiran yang direka bentuk untuk pengajaran bagi pelajar. Dalam reka bentuk model ini terdapat tiga komponen yang mengelilingi pelajar. Iaitu Matalamat dan objektif merupakan komponen pertama. Komponen yang kedua ialah komponen yang melibatkan proses penaksiran iaitu penaksiran pembelajaran yang dilakukan agar dapat

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

27

mengetahui keputusan pembelajaran yang bersesuaian dengan pelajar. Dan yang terakhir ialah dalam pengajaran kita mengadakan aktiviti pembelajaran untuk pelajar. Model reka bentuk pengajaran ini berfokuskan kepada pelajar. Segala proses atau bentuk pengajaran yang dilakukan adalah untuk memenuhi keperluan pelajar.

Matlamat Dan Objektif

Pelajar

Aktiviti Pembelajaran

Penaksiran Pembelajaran

Instructional Design Model

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

28

9.7 Model Penaksiran Silih Ganti/ Gilir

PENCAPAIAN MATLAMAT RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU.

PENAKSIRAN SILIH GANTI/ GILIR

PETUNJUK LUARAN

UKURAN SAH

Rajah di atas menunjukkan satu model penaksiran silih ganti atau dikenali sebagai bergiliryang berbentuk piramid dan mempunyai tiga komponen penting iaitu pencapaian matlamat Rancangan Pendidikan Individu (RPI) , ukuran sah dan petunjuk luaran. penaksiran. Untuk mencapai ke puncak terlebih dahulu melalui dua komponen lain iaitu ukuran yang sah dan petunjuk luaran.

10.0 STRATEGI PENAKSIRAN Pelbagai strategi penaksiran yang boleh dilakukan ke atas pelajar-pelajar berkeperluan khas ini. Berikut adalah strategi-strategi yang digunakan:

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

29

10.1 Pendekatan Penaksiran Menurut McLaughlin dan Vogt (1996), menyatakan bahawa penaksiran merujuk kepada proses mengumpul dan mensintesiskan maklumat mengenai pembelajaran pelajar. Penaksiran digunakan bagi mengukur keupayaan dan pencapaian seseorang murid menguasai sesuatu kemahiran atau pengetahuan. a) Pemerhatian sistematik Pemerhatian sistematik adalah cara yang terbaik kepada seseorang guru untuk menentukan cara pelajar dapat belajar secara optima. Guru perlu merekodkan tahap-tahap pelajar yang mengalami peningkatan. Maklumat menentukan bagaimana mengajarkebiasaanya terhasil secara memerhati keupayaan pelajar sebelum ini dan perubahan yang dapat dilihat. Contoh :i. ii. iii. b) Ujian Kriteria Bertujuan untuk menaksir apa yang perlu diajar oleh guru dan menentukan kesan pembelajaran dan bagaimana cara yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar. Contohnya guru boleh membahagikan perkataan ejaan kepada dua kumpulan bagi menentukan penggunaan pelbagai deria sama ada strategi yang digunakan adalah sesuai atau tidak dengan melihat respon pelajarpelajar tersebut: i. Apa yang mendahului tingkah laku ii. Tingkah laku pelajar iii. Ekoran tingkah laku (tindakan guru) c ) Menanda carta Menghasilkan carta yang memberi maklumat yang berfaedah bagi menentukan bagaimana pelajar perlu diajar. Carta yang dikumpulkan dapat menentukan perkembangan harian pelajar serta dapat menentukan secara pengesanan rekod graf. Graf tersebut berguna untuk mengukur Apa kelemahan pelajar Apa keupayaan pelajar Tindakan guru

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

30

perkembangan pelajar bagi sesuatu jangka masa tertentu. Guru dapat menganalisis corak graf tersebut dan membuat keputusan perubahan kepada mana-mana peristiwa terdahulu dan akibatnya. Carta ini biasanya digunakan untuk menentukan apa yang diajar perlu dan melalui carta ini juga dapat mendorong sebahagian pelajar untuk meningkatkan pencapaian mereka. 10.2 Kaedah Penaksiran Kaedah penaksiran dilakukan untuk menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu mempunyai ketidakupayaan, dan sekiranya ada, apakah program-program dan perkhidmatan yang sesuai untuknya. Beberapa kaedah telah dikenalpasti untuk tujuan-tujuan tersebut:

i.

Kaedah Pemerhatian

Pemerhatian secara terus terhadap tingkahlaku adalah kayu pengukur kepada penaksiran tingkahlaku, sosial dan masalah emosi yang berlaku kepada kanak-kanak serta remaja (Merrell 1994). Kaedah pemerhatian sebagai kaedah menjalankan penyelidikan telah diperkenalkan oleh ahli psikologi eksperimental pada tahun 1970-an dan 1980-an. Kaedah ini bukan sahaja digunakan oleh penyelidik, pakar-pakar tetapi juga digunakan oleh guru iaitu menjalankan pemerhatian di dalam kelas atau situasi-situasi lain di dalam sekolah. Kanak-kanak khas perlu dilihat secara individu, kes demi kes. Tujuan kaedah ini dijalankan adalah untuk merancang dan menilai program pengajaran. Pemerhatian pengajaran boleh dilaksanakan oleh seorang individu atau kumpulan. Kaedah pemerhatian dijalankan dengan pelbagai cara: a. Catatan peristiwa (event recording)

Ia mencatatkan kekerapan masa dan peristiwa. Lazimnya sesuatu kekerapan atau bilangan kali tentang berlakunya tingkahlaku akan dihitung untuk catatan. Guru akan membuat catatan pada borang khas setiap kali tingkahlaku dilihat. Pencerapan tingkahlaku dijalankan pada satu tempoh masa yang tertentu, misalnya semasa waktu Bahasa Melayu, selama 2 minggu.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

31

b.

Sampel masa (time sampling)

Kaedah ini mencatatkan samada tingkahlaku sasaran berlaku ada / tiada, serta tingkahlaku tertentu yang berlaku pada tempoh masa yang ditetapkan. Pencerapan dilakukan pada akhir sela masa sahaja. Sela masanya agak panjang, agar membolehkan masa pencerapan yang lebih panjang. Misalnya 2 jam. Kaedah ini tidak memerlukan tumpuan yang begitu intensif. Dengan demikian, ia dianggap dapat meringankan beban guru. Kaedah ini sesuai untuk tingkahlaku yang kerap berlaku dan berlaku pada tempoh masa yang agak panjang. Misalnya out-of-seat, kurang tumpuan, dan lain-lain. c. Tempoh catatan (interval recording) Kaedah ini mencatatkan sama ada tingkahlaku sasaran itu dilakukan atau tidak dalam sela masa berkenaan. Ia tidak ambil kira bilangan kali tingkahlaku itu berlaku. Pencerapan dijalankan pada sela-sela masa yang kecil dalam satu tempoh masa pencerapan yang tertentu. Misalnya, tempoh pencerapan 1 minit boleh dibahagi-bahagikan kepada enam sela-sela kecil, setiapnya 10 saat. Alat-alat bantuan seperti jam randik, pita kaset yang berbunyi pada sela masa yang ditetapkan. Jenis maklumat yang boleh didapati daripada interval recording adalah: Anggaran kekerapan berlakunya tingkahlaku sasaran (satu catatan sahaja dibuat untuk satu sela. Ia hanya ambil kira ada/tiada berlakunya tingkahlaku). Anggaran tempoh masa (duration) berlakunya tingklahlaku sasaran dalam tempoh masa pencerapan yang berkenaan. Agihan /pola berlakunya tingkahlaku sasaran.

Kaedah ini juga boleh digunakan untuk merekodkan tingkahlaku beberapa murid sekaligus. Walau bagaimanapun, kaedah ini memerlukan tumpuan yang banyak. Kaedah ini sesuai bagi tingkahlaku seperti tingkahlaku off-task, out-of-seat, dan tingkahlaku yang mengganggu murid lain.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

32

d.

Catatan selaan (latency recording)

Kaedah ini mengukur amaun masa yang berlaku di antara masa isyarat telah diberikan untuk melakukan sesuatu. Borang untuk mencatatkan latency hampir sama dengan borang untuk mencatat duration. Alat bantuan seperti jam randik juga diperlukan. Kaedah ini sesuai untk tingkahlaku seperti enggan mengikut arahan, enggan bekerjasama, enggan melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan dan lain-lain. e. Catatan berulang (duration recording)

Kaedah ini digunakan untuk mengukur tempoh masa berlakunya tingkahlaku sasaran. Misalnya menangis. Catatan dibuat pada masa-masa tertentu sahaja. Alat bantuan seperti jam randik diperlukan. Dua jenis data yang biasa disampaikan : seat. Purata tempoh masa berlakunya tingkahlaku sasaran. Jumlah tempoh masa berlakunya tingkahlaku sasaran.

Kaedah ini sesuai bagi tingkahlaku yang bersifat berterusan misalnya menangis, out-of-

f.

Catatan Anekdot (Anecdotal recording)

Kaedah ini meredodkan segala yang berkaitan dengan tingkahlaku sasaran, berserta peristiwa dan akibat. Ia mengandungi huraian mengenai tingkahlaku murid sepanjang tempoh pemerhatian. Ini termasuklah juga mengenai persekitaran murid, pihak-pihak yang dianggap signifikan dan interaksinya dengan murid serta aktiviti yang dijalankan.

ii.

Kaedah Senarai Semak Kaedah senarai semak adalah penilaian yang dilakukan di mana penilai hanya mencatatkan sama ada sesuatu ciri atau tindakan yang dinyatakan adalah wujud atau tidak. Ia lazimnya dilakukan beserta dengan kaedah pemerhatian.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

33

iii.

Kaedah Soal Selidik Ia merupakan temubual berbentuk borang di mana pelajar dikehendaki mengisi borang jawapan yang disoalkan sama seperti senarai semak. Ia sering kali dilakukan beserta dengan kaedah pemerhatian.

iv.

Kaedah Permainan Penaksiran juga boleh dibuat ketika kanak-kanak bermain. Ini termasuklah maklumat tentang kemahiran perkembangan kanak-kanak seperti kemahiran kognitif/persepsi motor, kemahiran bahasa, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran sosio-emosi dan kemahiran-kemahiran kehidupan harian. Penaksiran kognitif mengukur jangkamasa pemerhatian, proses berfikir, konsep pembentukan, diskriminasi visual, tiru semula, peringatan, menyusun dan klasifikasi. Penaksiran ini memberikan tahap kemahiran perkembangan kanak-kanak. Ia juga mengenalpasti bidang kekuatan dan kelemahan beserta cara pembelajaran. Melalui kaedah ini kemahiran bahasa dan komunikasi juga diberikan penaksiran. Keadah ini mengukur kemahiran bahasa seseorang kanak-kanak. Ia juga mengukur ekspresi bahasa, pengeluaran pertuturan (termasuklah artikulasi/ fonologi, fonasi/suara dan kefasihan). Sementara itu kemahiran motor kasar merupakan penaksiran yang mengukur tentang kemahiran beberapa asas motor dan komponen seperti pergerakan prestasi otot, perkembangan motor saraf dan integrasi saraf. Di samping itu, kaedah ini juga mengukur integriti tindakbalas, integriti saraf, integriti kulit, lokomosi dan imbangan. Bagi motor halus pula, penaksiran dibuat dengan mengukur kecekapan perkembangan kemahirankemahiran tangan yang diperlukan untuk melakukan aktiviti-aktiviti berfungsi dan kemahiran-kemahiran komponen. Ini termasuklah motor - persepsi - visual, proses saraf , integrasi saraf, menyelaraskan mata dan tangan dan tugas-tugas motor halus.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

34

Bagi

kemahiran

sosio-emosi

penaksiran

dilakukan

dengan

mengukur

perhubungan interpersonal, kemahiran berinteraksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya, cara pembelajaran , sifat-sifat peribadi dan perkembangan sosio-emosi. Kemahiran kehidupan harian juga dikenali sebagai perilaku penyesuaian. Ia adalah prestasi bagi perkembangan aktiviti-aktiviti harian yang sesuai, yang diperlukan untuk memenuhi keperluan peribadi dan tuntutan-tuntutan sosial. Penaksiran perilaku penyesuaian dilakukan ke atas bidang-bidang seperti kemahiran bantu- kendiri, kemahiran bermain, cara-cara pembelajaran, kemahiran berkomunikasi, kemahirankemahiran motor dan kemahiran interaksi sosial. v. Kaedah Temubual Temubual adalah satu kaedah pungutan data yang penting kerana ia membantu pengkaji mendapatkan maklumat secara mendalam dalam memahami sesuatu situasi/masalah /isu dengan jelas. Maklumat ini lazimnya diperlukan untuk mengetahui tentang kebolehan dan kekuatan dan kelemahan kanak-kanak. Temubual juga dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan pelajar dari pelbagai faktor dengan dapatan. Ibu bapa dan guru juga ditemubual untuk mendapatkan maklum balas mengenai perkembangan pelajar. Pelajar juga akan ditemubual tentang soal pengalaman, stail belajar dan strategi pembelajaran yang digunakan. Temubual awal boleh dibuat secara temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur yang boleh dilaksanakan bersama: 1. 2. 3. Guru kelas Ibu bapa Pentadbir

Temubual berstruktur Soalan-soalan yang ingin ditanya adalah terhad pada sesuatu tajuk atau bidamng yang tertentu sahaja dan telah ditentukan supaya pengkaji dapat menyoal secara sistematik.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

35

Temubual tidak berstruktur Soaljawab yang mementingkan penerokaan idea ataupun perbincangan terbuka. Dilakukan dalam situasi tidak formal. Keadah ini memberi peluang pengkaji meneroka secara mendalam dan membuat interpretasi mengenai perasaan dan ideanya sendiri. Di samping itu temubual juga boleh dijalankan secara berkumpulan. Contohnya, Making Action Plans Approach (MAPS) di mana setiap kumpulan akan membuahkan idea dalam membantu perkembangan pelajar yang lain.

vi.

Kaedah Ekologikal Pendekatan penaksiran ekologikal mengabungkan inventori ekologikal dan inventori repertoire pelajar (Gage & Falvey,1195). Kaedah ini menumpukan ke atas ciri-ciri jasmani dan interpersonal kanak-kanak dan persekitaran di mana perilaku kanak-kanak itu berlaku. Ciri-ciri jasmani termasuklah penyusunan ruang, cahaya lampu dan bunyi. Sementara ciri-ciri interpersonal pula termasuklah perhubungan kanak-kanak dengan keluarga, rakan sebaya dan guru. Kaedah ini bertujuan untuk mengenalpasti dan menjangka keperluan pelajar bermasalah dalam memerlukan masa depannya dan perancangannya (sekolah atau pekerjaan). Penaksiran ekologikal dilakukan dengan langkah berikut: i. ii. iii. iv. v. Bahagikan kurikulum kepada subjek atau lingkungan kurikulum seperti vokasional. Menggariskan persekitaran yang sesuai untuk pelajar tanpa masalah. Menggariskan persekitaran yang besar kepada persekitaran yang lain. Menggariska aktiviti dengan persekitaran. Menggariskan kemahiran tertentu yang dijangka atau diperlukan untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti. Sementara itu inventori pelajar pula dilakukan beserta dengan inventori ekologikal. Seterusnya, disenaraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menguji kemahiran pelajar tanpa masalah. Jika tiada menunjukkan sebarang perkembangan tiga

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

36

opsyen dicadangkan, iaitu ajar kemahiran, kembangkan adaptasi dan latih pelajar menggunakan atau persembahkan dalam pelbagai cara. Menurut model yang dicadangkan oleh Evans, Evans, & Gable, 1989, kaedah ini perlu melibatkan keupayaan dan kemahiran pelajar dalam pelbagai persekitaran seperti biofizikal, fizikal, psikologikal dan sosial i. Kaedah Multidisiplin Kaedah ini dilakukan oleh sebuah pasukan yang terdiri daripada pelbagai disiplin dengan pelbagai kepakaran. Ahli-ahli pasukan berbincang dan merekabentuk suatu skim penaksiran di mana sample perilaku-perilaku yang sama dapat diberikan pemerhatian. Dengan menggunakan kaedah ini, seorang ahli pasukan melakukan interaksi dengan seorang kanak-kanak, dan pada waktu yang sama ahli pasukan yang lain akan membuat pemerhatian dan mencatatkan prestasi kanak-kanak tersebut mengikut bidang dan kepakaran masing-masing. Matlamat dan objektif intervensi ini dibuat berdasarkan kelemahan dalam bidang yang ditaksir dihasilkan secara berasingan. Perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk mencapai matlamat dalam setting yang tertentu. Keberkesanan intervensi/terapi/rawatan dinilai. Syor-syor dikemukakan untuk intervensi/terapi/rawatan bagi masa akan datang. Kaedah multidisiplin ini dapat: i. ii. iii. Berfokuskan kepada keperluan murid, bukan setakat diagnosis dan intervensi individu yang dilakukan oleh pakar. Kejayaan dan kegagalan dalam menangani masalah murid adalah tanggungjawab bersama-sama dengan murid. Role release dapat diamalkan tetapi keputusan tentang apakah jenis intervensi dan pengajaran yang perlu dijalankan adalah keputusan secara berkumpulan. iv. Perkhidmatan yang diputuskan tetapi keputusan tentang apakah jenis intervensi dan pengajaran yang perlu dijalankan adalah keputusan secara kumpulan.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

37

v.

Perkhidmatan yang diputus untuk disediakan akan dijalankan dalam setting yang semulajadi di mana terdapat tuntutan untuk murid menggunakan kemahiran yang disasarkan.

vi. vii.

Jadual-jadual yang membolehkan ahli-ahli pasukan untuk memerhati dan berinteraksi dengan murid akan diwujudkan. Ahli-ahli pasukan mengakui dan menerima hakikat bahawa semua ahli adalah sama tahap dalam pengetahuan berkaitan pelbagai aspek yang mempengaruhi hasil pembelajaran murid. Walaupun pelbagai kaedah telah dikenalpasti dan digunapakai di dalam membuat

penaksiran, hampir tiada kaedah yang dapat dijalankan secara bersendirian. Setiap kaedah memerlukan sokongan ataupun ujian dan intrumens dari kaedah yang lain. Dengan demikian, Jawatankuasa Pendidikan Khas tidak harus mengunakan hanya satu kaedah sahaja di dalam menentukan ketidakupayaan seseorang kanak-kanak, atau menentukan program yang sesuai untuknya. Lazimnya beberapa kaedah digunapakai serentak untuk tujuan-tujuan ini.

10.3 Teknik Penaksiran Penaksiran merupakan salah satu perkara yang penting bagi menentukan kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar. Selain daripada strategi dan kaedah yang sesuai, teknik-teknik penaksiran juga penting dilaksanakan oleh guru. Guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan bersesuaian semasa menjalankan penaksiran. Antara teknik-teknik yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut: i. Teknik Menerang. Guru boleh menjalankan penaksiran dengan menggunakan teknik penerangan. Melalui teknik penerangan seseorang guru akan menerangkan kepada pelajar tentang sesuatu maklumat. Contohnya semasa menggunakan satu-satu instrumen untuk ujian. Guru akan menerangkan terlebih dahulu tentang soalan-soalan yang dikemukakan. Setelah selesai membuat penerangan guru bersoal-jawab tentang jawapan kepada soalan yang dikemukakan. Semasa

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

38

pelajar member jawapan, guru boleh menjalankan penaksiran sama ada teknik penerangan yang dijalanka oleh guru tersebut berkesan atau sebaliknya. ii. Teknik Mengkaji Teknik mengkaji sesuai digunakan apabila penaksiran dijalankan melalui penaksiran tugasan. Penaksiran tugasan memerlukan seseorang guru membuat hipotesis tentang sesuatu yang berlaku. Sesuatu hipotesis yang diberikan oleh seseorang guru memerlukan guru tersebut menggunakan teknik mengkaji. Contohnya untuk melihat kelemahan seseorang pelajar menguasai bacaan dalam Bahasa Melayu. Guru perlu mengumpulkan maklumat tentang kelemahan-kelemahan pelajar dalam menguasai bahasa. Setelah mengkaji kelemahan-kelemahan yang ada pada seseorang pelajar, barulah guru tersebut membuat hipotesis. Oleh itu, dengan adanya teknik mengkaji dalam menjalankan penaksiran, maka penaksiran tersebut akan menjadi lebih bermakna kepada guru dan juga pelajar. iii. Teknik Penyelesaian Masalah. Penaksiran juga boleh dilaksanakan dengan menggunakan teknik penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah selalunya terdapat dalam instrumen penaksiran yang dijalankan untuk melihat kekuatan dan kelemahan pelajar dalam Matematik. Teknik penyelesaian masalah dapat membantu guru untuk membuat penaksiran tentang kebolehan murid menyelesaikan sesuatu masalah menjadi lebih mudah. Bagi pelajar yang berkebolehan menyelesaikan sesuatu masalah selalunya mereka mempunyai daya pemikiran yang tinggi. Mereka dapat menjalankan metakognisi. Metakognisi ditakrifkan sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat dengan kesedaran tentang proses yang dilaksanakan secara berfikir. Gadner (1992) berpendapat kebolehan mengawal proses berfikir adalah dipengaruhi oleh umur dan pengalaman seseorang. Dengan demikian, penaksiran yang dijalankan dengan menggunakan teknik penyelesaian memerlukan guru melihat umur dan juga pengalaman seseorang pelajar. Bukan semua pelajar boleh menggunakan teknik penyelesaian masalah Oleh itu, seseorang guru perlu mengunakan teknik yang lebih sesuai.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

39

iv.

Teknik Bercerita Penaksiran yang menggunakan teknik bercerita boleh digunakan sekiranya seseorang guru menggunakan kaedah temu bual semasa menjalankan penaksiran. Semasa menjalankan temu bual guru boleh menggunakan teknik bercerita agar pelajar merasa lebih selesa untuk menjalankan penaksiran. Contohnya semasa menjalankan penaksiran untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Guru boleh member gambar kepada pelajar. Pelajar kemudian diminta untuk menceritakan semula bahan yang dibacakan dengan menggunakan bahasa sendiri. Pelajar mungkin boleh menceritakan semula karektor satu-satu watak, peristiwa-peristiwa yang berlaku serta penyelesaian konflik dan kesimpulan cerita. Melalui teknik bercerita guru dapat membuat penilaian tentang kebolehan bahasa seseorang pelajar. Oleh yang demikian, teknik bercerita agak sesuai dilaksanakan semasa menjalankan penaksiran kerana pelajar akan lebih selesa dan dapat memberi kerjasama sepenuhnya semasa proses penaksiran.

v.

Teknik Perbincangan Teknik perbincangan oleh digunakan apabila guru menjalankan penaksiran secara berkumpulan. Penaksiran secara berkumpulan memerlukan seseorang pelajar memberi kerjasama dalam kumpulan. Teknik perbincangan sesuai digunakan kerana pelajar digalakkan untuk berinteraksi antara satu sama lain. Contohnya guru ingin membuat pemerhatian tingkahlaku di dalam kumpulan. Guru boleh memberi satu topik yang bersesuaian untuk semua ahli kumpulan dan meminta pelajar membuat perbincangan. Melalui perbincangan yang dijalankan oleh pelajar, guru membuat penilaian ke atas sikap setiap pelajar melalui kaedah pemerhatian. Oleh itu, secara tidak langsung penaksiran dapat dijalankan.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

40

10.4 Aktiviti Penaksiran . Ujian Saringan Aktiviti penaksiran melibatkan pengesanan awal untuk mengetahui sama ada seseorang bayi itu mengalami kecacatan ataupun masalah pada deria mereka. Antara aktiviti pengesanan awal ialah melalui ujian saringan. Sir Alexander Ewing dalam Gan Siew Kiang (1991), telah membahagikan ujian saringan ini kepada tiga mengikut ujian perkembangan bayi tersebut. Ujian ini menggunakan pelbagai bunyi bising frekuensi yang tinggi 90 hingga 100 dB untuk mendapatkan respon daripada subjek. Ujian-ujian saringan tersebut dibahagikan kepada : o o o Distracing Test Co-operative Test Performance Test

Distracting test Dijalankan untuk subjek yang berusia 7 hingga 18 bulan dan memerlukan dua orang penguji. Kaedah yang digunakan ialah :

a. Penguji A akan ke hadapan dan bermain dengan objek yang berwarna warni untuk menarik perhatian subjek b. Penguji B akan berdiri pada sudut 45% di belakang subjek dan membunyikan alat bunyi-bunyian pada paras telinga subjek c. Sekiranya subjek mendengar bunyi gangguan di belakangnya, subjek akan memalingkan kepalanya ke kanan atau kekiri secara spontan.

Co-operative Test

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

41

Penguji duduk di hadapan subjek dengan beberapa jenis permainan dan objek yang mudah disebut dan biasa dengan subjek seperti bola, beg, kereta dan lain-lain

Perfomance Test Dijalankan untuk subjek yang berusia dua setengah tahun hingga lima tahun. Subjek akan duduk di kerusi dan penguji mewujudkan suasana mesra dengan ibu bapa terutamanya dengan subjek. Dengan ujian ini juga,penguji dapat mengetahui sama ada subjek adalah kidal atau tidak.

Ujian-ujian lain ialah Crib-O-Gram, Observation Audiometry, Pure-Tone Audiometry dan lain-lain.

a. Saringan untuk pengajaran pembelajaran Setelah murid telah dikenalpasti mempunyai masalah dalam pembelajaran murid-murid ini disaring dengan menggunakan ujian-ujian tertentu bagi mengenalpasti masalah dalam bidang bahasa, matematik dan sebagainya. Saringan ini dibuat bagi mengetahui tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran tersebut.

ii.

Penaksiran Hasil Saringan

Sebelum intervensi awal diberikan, penaksiran secara formal atau tidak perlu dilakukan (Dowker, dalam Gersten dan Jordan,2005). Penaksiran ialah proses mengumpul maklumat berkenaan kanak-kanak yang diajar.Tujuan penaksiran ialah untuk mengetahui kelemahan, kekuatan dan keperluan mereka. Penaksiran yang dibuat dalam situasi dan penggunaan instrumen tertentu. Keadaan ini akan membantu guru membuat persediaan untuk pengajaran dan pembelajaran.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

42

iii.

Kelayakan dan Ujian Diagnostik

Hasil penyaringan menunjukkan tanda-tanda kanak-kanak ini bermasalah, kanakkanak ini akan dirujuk untuk ujian diagnostik. Ujan diagnostik khusus yang digunakan tertakluk kepada masalah yang dihadapi (McLean, Bailey & Wolery 1996). Lazimnya ia bertujuan untuk mengetahui tentang masalah kanak-kanak yang menghalang perkembangan dirinya.(Heward, 2003). Ujian ini melibatkan : Perkembangan motor Perkembangan kognitif Komunikasi dan perkembangan bahasa Perkembangan Emosi dan Sosial Kemahiran Adaptif Hasil ujian tersebut kanak-kanak ini akan diletakkan di bawah kelayakan untuk mendapat pendidikan yang sesuai dengan keupayaannya. Penaksiran akan dibuat bagi menyediakan perancangan pembelajaran yang berarah dan terancang.

iv.

Aktiviti Keseluruhan

PENAKSIRAN

PENILAIAN FORMAL UJIAN RUJUKAN KRITERIA


-IQ Kemahiran -Topik

UJIAN RUJUKAN NORMA

PENILAIAN TAK FORMAL PEMERHATIAN


CBA

-PTK -Pemilihan -URK subjek yang akan diajar -Rekabentuk Peperiksa -Tingkahlaku pengajaran an awam -Merujuk kepada kehidupan -penilaian seharian. berasaskan

-Pencapaian -Prestasi -Portfolio -Pemerhatian -Portfolio

UJIAN RUJUKAN ALTERNATIF KRITERIA

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

43

11.0 CARA PENGGUNAAN MOPEN i. Membina senarai semak berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah ii. Membina instrument penaksiran berdasarkan senarai semak - Ujian Saringan - Ujian Diagnostik iii. Pelaksanaan Modul

12

CARA PENGGUNAAN MOPEN

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

44

Kaedah membina skema penskoran Skema penskoran digunakan dalam penaksiran sebagai panduan untuk membuat keputusan terhadap prestasi murid yang ditunjukkan melalui instrumen yang disediakan. Skor ini akan memperihal tahap pencapaian murid dalam konteks MOPEN Bahasa Melayu. Hal ini membolehkan pentaksir membandingkan tahap penguasaan murid dengan kriteria yang ditentukan. Skema penskoran ini menyediakan maklum balas samada sesuatu kemahiran yang tertentu telah dikuasai atau belum dikuasai dan memberi kemudahan kepada sesiapa sahaja yang berkenaan untuk menjalankan langkah-langkah seterusnya terhadap murid tersebut. Oleh sebab MOPEN Bahasa Melayu ialah penilaian berasaskan kriteria, maka dalam konteks MOPEN Bahasa Melayu ini tiada total skor dan tidak ada jumlah markah tertentu yang ditetapkan. Dalam konteks MOPEN Bahasa Melayu, sistem yang digunakan ialah dengan berpandukan Senarai Semak sama ada Senarai Semak Saringan atau Senarai Semak Diagnostik untuk menentukan sama ada pelajar telah menguasai kemahiran ataupun tidak. Sekiranya pelajar: Tidak menjawab Tidak menunjukkan respon Mendapat skor kurang daripada separuh berpandukan jumlah soalan dalan ujian. Para pelajar yang mempunyai ciri-ciri di atas, guru tidak akan menandakan tarikh pada ruangan dalam Ujian Saringan dan Ujian Diagnostik. Ini menandakan para pelajar belum menguasai kemahiran yang telah diuji.

Keperluan Penskoran Keperluan penskoran adalah penting bagi mengetahui tahap pencapaian seseorang murid sama ada murid tersebut telah menguasai, belum menguasai, menguasai dengan bantuan atau tiada sebarang respon. Hasil keputusan penaksiran ini akan dijadikan sebagai langkah pengajaran yang seterusnya (RPI) agar keadilan murid berkeperluan khas terpelihara. Kesediaan murid Sebelum penaksiran ujian MOPEN Bahasa Melayu dijalankan, murid mesti diberi peluang

belajar iaitu mesti mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kelas.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

45

Saksama Sebelum penaksiran ujian MOPEN Bahasa Melayu dijalankan, guru hendaklah berusaha memastikan bahawa murid telah pun mengikuti tempoh yang telah ditetapkan. Terbuka Murid atau pihak ibu bapa atau penjaga murid yang berkenaan perlu diberitahu tentang tahap penguasaan murid atau anak jagaan mereka selepas penaksiran dijalankan dan ibu bapa dan murid berhak untuk mengetahui apakah tindakan selanjutnya yang akan diambil bagi membantu mereka. Kaedah Merekod Skor Skor murid akan dicatatkan dalam petak bahagian bawah setiap kemahiran atau aktiviti yang diuji dan ini akan digunakan oleh guru bagi tujuan membuat rumusan, penyelarasan, rujukan bagi guru yang ingin membantu murid dari segi peningkatan prestasi serta tujuan-tujuan lain.

Kaedah Merumus Skor Maklumat yang dikutip daripada skor harus dirumus dan ditafsirkan bagi mengetahui tahap penguasaan murid dalam setiap kemahiran dalam pengurusan diri. Dalam kes ini, skor yang dihasilkan akan memberi gambaran yang jelas tentang : Kemahiran yang telah dikuasai Kemahiran yang belum dikuasai Apakah tindakan yang perlu dilakukan seterusnya bagi membantu pelajar. Skor yang dirumuskan akan menunjukkan sama ada murid itu sudah atau belum mencapai sesuatu konstruk.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

46

Kaedah Melaporkan Dapatan Penaksiran Melaporkan dapatan pentaksiran ialah satu proses menyampaikan atau mempamerkan hasil aktiviti pentaksiran kepada sesiapa yang berkenaan. Secara amnya laporan dapatan pentaksiran haruslah jelas, tepat dan mempunyai nilai yang praktik kepada sesiapa yang menggunakannya. Secara khususnya laporan dapatan pentaksiran yang dijalankan di sekolah haruslah : Mengandungi pernyataan yang jelas tentang konstruk (yang diwakili oleh item) yang diukur. Pernyataan itu adalah berdasarkan prinsip yang digunakan dalam skema penskoran. Lengkap dengan huraian yang menunjukkan murid yang ditaksir itu belum atau sudah menguasai sesuatu konstruk supaya tindakan dapat diambil bagi membantu murid yang berkenaan.

RUJUKAN

Alper, Sandra, Ryndak Diana Lea & Schloss Cynthia N. 2001. Alternate Assessment of Students With Disabilities In Inclusive Setting . Boston: A Pearson Education Company. Blankenship, C.S 1985. Using curriculum-based assessment data to make instructional decisions. Exceptional Children, 233-238. Brigge June Lee & Stump Colleen Shea. 1999. Curriculum, Assessment an Instruction for Student With Disabilities. Boston: Wadsworth Publishing Company.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

47

Bigge.J.L, Stump C.S. Silberman. 1999. Curriculum, Assessment and Instruction for students with Disabilities. Wadsworth Publishing Company. Ee Ah Meng. 1998. Pedagogi III Pengujian dan Penilaian, Pemulihan Pengayaan dan Pendidikan Inklusif. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hanipah Hussin, Mudzniyah Md Jaafar. 2003. Instrumen. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pNp/kj/tinjau_awal/instrumen.htm [4 Februari 2008] http://aimstar.knowbility.org/curriculum/curricindex.htm http://apps.emoe.gov.my/lpm/files/manualPenyelarasanPBS.pdf. http://members tripod.com/ipda/unitpk.html. http://web2.uwindsor.ca/courses/edfac/morton/instructional_design.htm http://www.atstar.org/curriculum/curricindex.htm http://www.ctl.utm.my/polisi2007.pdf http://www.moe.gov.my/galeriawam/selidik2007/2007 BTMK 47566 6886.pdf. http://www.ums.edu.my/spks/kerjasosial.html. http://zulsaatpendidikankhas.blogspot.com/2008/02/penaksiran-dalam-pendidikan-khas.html

Jabatan Pendidikan Khas. Manual IPP3M. Instumen Penentu Penguasaan 3M. Kementerian Pendidikan Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah Dan Menengah . Kuala Lumpur: KPM Jamilah Ahmad ,( 1999). Panduan mengajar Pemulihan Bahasa Melayu. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

48

June Lee Bigge,Ccolleen Shea Stump, Michael Dward Spegna & Rosanne W. Siberman . 1999.Curriculum, Assessment, and Instruction for Students with disablities . USA: Wad & Worth Publishing. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2006). HBET2103: Psikologi Pendidikan. Open University Malaysia (OUM). Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Lawrence C. Gloeckler.2003. A Parents Guide to Special Education. http://www.vesid.nysed.gov.specialed/publications/policy/parentguide.htm [4 Februari 2008] Lawrence C. Gloeckler. 2003. The Individual Evaluation. http://www.vesid.nysed.gov/specialed/punlications/preschool/guide/indeval.htm [4 Februari 2008] Lerner, J.W. 2003. Learning Disabilities: Theories, Diagnosis and Teaching Strategies . Houghton Mifflin Co. Pearson Ed. Model Penaksiran Berasaskan Kurikulum Pendidikan Masalah Pembelajaran Pendidikan Islam

Salvia, John & Ysseldyke James, E. 1988. Assessement In Special and Remedial Education, Fourth Edition. Boston: Houghton Miffin Comnpany. Taylor,R.L. 2000., Assessment Of Exceptional Students Educational And Psychological Procedures. Unit Pendidkan Khas Jabatan Pendidikan Melaka. Instrument Ujian Diagnostik Berasaskan Kurikulum (CBA). Melaka: Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

KERANGKA MODUL PENAKSIRAN KURIKULUM BAHASA MELAYU 2008

49

Вам также может понравиться