Вы находитесь на странице: 1из 2

Kek coklat moist Bahan A 1 cawan serbuk koko cawan gula 1 cawan air Campurkan semua bahan ini

i dan masak di atas api perlahan dan sejukkan. Bahan B 250 gm butter/margerin 6 biji telur 2 cawan gula (kurangkan gula sekiranya tidak mahu manis) 2 cawan tepung gandum 2 sudu kecil baking powder Sedikit esen wanila Cara-caranya. Pukul butter dengan gula hingga kembang, kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji hingga kembang. Kemudian masukkan esen vanilla, tepung yang diayak bersama baking powder. Akhir sekali tuang bahagian A ke dalam adunan B dan kacau/ kaup dan balikkan sehingga sebati. Kemudian tuang ke dalam Loyang yang telah digriskan butter dan tepung. Bakar pada suhu 180 darjah selama 45 minit. Selamat mencuba Bahan toping 30 gm serbuk koko 1 tin susu cair 1/2 cawan susu tepung bar coklat masakan 1 sudu butter 2 sudu milo Susu pekat ikut manis yang dikehendaki Masak semua bahan ini di atas api yang perlahan. Kacau di atas api hingga pekat. Kemudian tuanglah kat atas kek dan hiaslah kek ikut cita rasa kita. Moga berjaya.

Doh pizza 600 gm tepung gandum 1 peket yis mauripan 2 biji telur 1 senduk susu tepung 1 sudu besar baking powder 1 sudu butter/margerin 2 sudu besar gula garam secukup rasa 2 cawan air Campur semua bahan ini dan uli sehingga sebati. Sekiranya keras boleh tambah air. Kemudian masukkan ke dalam Loyang dan tekan sehingga rata. Inti pizza boleh ikut cita rasa kita. Selamat mencuba

Kek coklat moist (kukus) Bahan-bahannya 2 biji telur saiz A 1 cawan gula 1 cawan susu pekat 1 cawan minyak jagung 1 sudu kecil esen vanilla 1 cawan air panas Bahan diayak 2 cawan tepung gandum 1 cawan serbuk koko 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecilbaking powder Cara-caranya Pukul gula dengan telur hingga kembang, Lepastu masukkan susu, minyak jagung. Lepas tu masukkan bahan yang diayak tadi. Kemudian masukkan air panas dan esen vanilla, kacau hingga sebati Kemudian masuk ke dalam bekas dan kukus selama 45 minit. Toping boleh ikut yang tadi atau masak coklat masakan.

Вам также может понравиться