Вы находитесь на странице: 1из 1

CARA-CARA MENGATASI SEKATAN KOMUNIKASI Cara cara untuk mengatasi sekatan terhadap komunikasi ditujukan kepada pengirim dan

penerima kerana mereka sebenarnya bertanggungjawab dan menjadi punca kepesongan dan kelemahan komunikasi.Perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian oleh pengirim ialah: 1. Menentukan matlamat komunikasi. Ia bermakna menjelaskan tujuan mesej itu disampaikan, iaitu sama ada mesej itu untuk memberitahu, menukar sikap seseorang, bersahaja ataupun untuk melepaskan geram kepada orang lain. Kalau mesej itu setakat hendak memberitahu, maka memadai ditulis sahaja tetapi kalau tujuan mesej itu untuk menukar sikap penerima, maka ia memerlukan cara yang mahir dan teliti 2. Menggunakan bahasa yang sesuai. Pengirim pada asasnya mesti menjelaskan dan menyusun sesuatu pendapat yang hendak disampaikan dengan cara tertentu sama ada secara lisan, tulisan, bahasa isyarat dan sebagainya. Bahasa yang sesuai bukan bermakna bahasa mudah, tetapi merupakan perkataan, symbol dan perbuatan yang boleh dikenal pasti dan difahami oleh penerima. Jesteru, penekanan dan perulangan mesej yang disampaikan penting 3. Memperbaiki kredibiliti pengirim. Apa yang dimaksudkan di sini adalah pengirim perlu memperoleh kepakaran dalam bidang yang menjadi pokok perbincangan atau mesejyang disampaikan supaya penerima lebih hormat dan percaya dengan apa yang disampiakan oleh pengirim. Kecetakan pengetahuan dalam bidang hendaklah disampaikan boleh mengurangkan kepercayaan dan minat penerima. 4. Menggalakan maklum balas. Komunikasi yang berkesan boleh dicapai apabila pengirim menerima maklum nalas daripada penerima. Ini merupakan komunikasi dua hala. Walaubagaimanapun, komunikasi seperti ini memerlukan perancangan yang teliti seperti menentukan tajuk dan isu perbincangan terlebih dahulu. Dengan ini, ia memberikan masa bagi kedua-dua pihak bersedia sebelum membicarakan sesuatu isu yang akan dikemukan. 5. Membentuk iklim percaya. Tujuan factor ini adalah supaya segala mesej dibuka dengan seluas-luasnya kepada dua pihak untuk membentuk komunkasi dengan jujur. Jika keduadua pihak (pengirim dan penerima) tidak percaya antara satu sama lain , maka komunikasi tidak akan berkesan. Sebenarnya komunikasi boleh dibuat dengan jujur, Cuma masalahnya ialah dari sedi personal yang menjadi penghalang kepada kejujuran maklumat yang disampaikan 6. Memilih media yang sesuai. Pengirim mesti bijak memilih media komunikasi yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu mesej. Misalnya, apabila memilih sama ada tulisan atau lisan sebagai kaedah komunikasi, maka mestilah disesuaikan dengan perataraan mesej itu disampaikan agar dapat menjamin keberkesananya. Sebagai contoh, iklan rokok lebih suka menggunakan media televisyen untuk menjamin penyampaian mesejnya lebih berkesan.

Вам также может понравиться