Вы находитесь на странице: 1из 36

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan

Nama penulis

: Siti Noor Baizuri Binti Ahmad

Tarikh

: 16 Mac 2013

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kepada Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang diberikan. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu kerana telah memberi tunjuk ajar dan maklumat berguna kepada saya dalam melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Jabatan Pengajian Melayu kerana kerjasama yang jitu sepanjang saya menjalankan proses pembikinan tugasan EDU3106, Budaya Dan Pembelajaran ini dan semua rakan-rakan kerana telah memberi idea-idea bernas dan kerjasama yang erat dalam melaksanakan tugasan ini bersamasama. Kepada ahli keluarga yang saya kasihi, jutaan terima kasih saya ucapkan kerana telah memberi sokongan kepada saya sepanjang saya belajar di sini. Sumbangan mereka untuk menampung perbelanjaan dalam menjalankan tugasan ini juga amat saya hargai.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini secara langsung mahupun tidak langsung. Sekian, terima kasih

SOALAN TUGASAN
Tugasan Kerja Kursus Pendek (100%) Pendidikan bukan agenda negara yang boleh dijayakan secara bersendirian tetapi memerlukan penglibatan dan komitmen semua pihak yang berkepentingan

(stakeholders). Kejayaan sistem pendidikan kepada murid adalah melalui pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Aspek penting yang wajar diberi pertimbangan dalam pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya adalah pengurusan persekitaran fizikal, pengurusan persekitaran sosioemosi, dan perhubungan antara kelompok etnik. Berdasarkan kenyataan di atas, tuliskan esei yang kritis tentang aspek-aspek penting dalam pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya bagi menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Sub-tugasan i. ii. Membincangkan kepelbagaian sosio budaya. Tugasan anda hendaklah menghuraikan secara kritis aspek persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dari aspek berikut: a. Pengurusan persekitaran fizikal b. Pengurusan persekitaran sosioemosi dan c. Perhubungan antara kelompok etnik.

iii.

Pandangan-pandangan ilmiah daripada tokoh-tokoh pendidikan dan dapatandapatan kajian yang bersesuaian hendaklah diutarakan sebagai sokongan kepada perbincangan kritis anda.

PENGENALAN KONSEP PENGURUSAN DAN BILIK DARJAH


DEFINISI BILIK DARJAH. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru. Secara amnya, bilik darjah ialah bilik- bilik disekolah dimana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata- mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar- pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain didalamnya.

DEFINISI PENGURUSAN BILIK DARJAH. Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi dikalangan pelajar dan guru. Pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan, dan memastikan keadaan- keadaan bilik darjah dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan. Menurut Lee Shok Mee(1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.

FAKTOR- FAKTOR PENGURUSAN BILIK DARJAH Manusia.

Unsur manusia merupakan perhubungan antara guru dengan murid dan perhubungan murid dengan rakan sebayanya. Aspek ini berkaitan dengan saling interaksi, tingkahlaku, syahsiah dan kerjasama antara mereka. Kebendaan.

Unsur kebendaan merupakan segala alatan dan kelengkapan yang ada di dalam bilik darjah. Pengurusan dalam aspek ini melibatkan penyusunan kerusi, meja, alatan, ruang pembelajaran, buku dan hiasan dalam bilik darjah. Susunan kemudahan fizikal yang menarik dapat mendorong murid terhadap pembelajaran. Operasi.

Unsur operasi pula merupakan segala aktiviti yang dijalankan oleh guru dan murid dalam bilik darjah. Pengurusan operasi secara lancar akan menjamin aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan dengan teratur dan sempurna.

PENGENALAN KONSEP BUDAYA


Konsep Budaya Budaya merangkumi nilai, kepercayaan, tingkah laku dan objek-objek material yang meliputi cara hidup sesebuah kelompok manusia tertentu. Budaya ialah manifestasi apakah yang kita fikirkan, apakah yang kita percayai, apakah yang kita nilai, bagaimanakah kita bertindak, apakah yang kita kata dan apakah yang kita ada. Budaya ialah warisan sosial- satu jambatan yang menghubungkan masa kini kepada masa lampau dan yang menjadi petunjuk kepada masa hadapan. Mengikut ahli sosiologi, budaya perlu dilihat dari dua sudut, iaitu budaya bukan material yang mencerminkan aspek intangibel, iaitu idea-idea yang dibentuk oleh ahli dalam masyarakat dan budaya material, iaitu bahan-bahan artifak yang dicipta oleh ahli masyarakat.

Schein (1985) menganggap intipati budaya ialah andaian-andaian asas dan kepercayaan yang dikongsi oleh warga organisasi. Andaian-andaian dan kepercayaan ini beroperasi secara tidak disedari sehinggakan warga organisasi menganggap amalan dan nilai organisasi sebagai biasa sahaja dan tidak perlu dipersoal. Aspek inilah yang menyukarkan organisasi berubah kecuali jika andaian-andaian dan kepercayaan yang berakar umbi dan tidak disedari ini dipersoal dan dikaji oleh warga organisasi. Sebagai contoh, sistem pengaliran dan pendekatan sekolah mendisiplinkan pelajar dipercayai yang paling baik dan tidak perlu dipersoal. Selagi kepercayaan tidak berubah, maka sukarlah untuk sekolah berubah. Satu lagi sebab mengapa budaya sukar diubah ialah kerana budaya sukar difahami kerana bersifat implisit dan kita hanya dapat melihat dari aspek luaran melalui tingkah laku amalan-amalan, rituals dan upacara (ceremonies).

Bagaimanakah kepercayaan dan nilai ini dapat dicerminkan dalam bentuk luaran budaya? Nias dan rakan-rakan (1989) memerihalkan proses ini dengan mengesan lapisan luar budaya itu dahulu. Cuba kita gambarkan proses pembentukan budaya sebagai lapisan bawang yang dipotong memanjang. Mengikut Nias, tingkah
6

laku dipengaruhi oleh norma-norma dan peraturan, yang mencerminkan nilai-nilai ahli kelompok sosial itu. Nilai-nilai warga organisasi tentang apa yang dianggap baik dan penting ini pula merupakan ekspresi kepercayaan mereka yang sukar difahami oleh orang luar kerana nilai itu dikongsi dan difahami oleh kelompok sosial itu sahaja dan jarang disuarakan. Sistem kepercayaan yang dikongsi yang menjadi inti pati budaya sesebuah organisasi inilah yang sukar diubah dan perlu diambil kira jika sesebuah organisasi itu mahu berubah.

BUDAYA SEKOLAH Mengikut Reid dan Holly (1987), budaya sekolah ialah hasil daripada cara individu di sekolah berinteraksi, bagaimana mereka berkelakuan antara satu sama lain dan harapan mereka untuk hidup dengan harmoni antara satu sama lain. Budaya sekolah ialah mempunyai pengaruh yang kuat terhadap hidup warganya dari segi kemajuan akademik, sosial dan personal yang dicapai oleh individu di sekolah. Budaya sekolah boleh diertikan sebagai cara hidup sekolah yang meliputi segala amalan sekolah di luar dan di dalam bilik darjah, yang mencerminkan nilai, kepercayaan dan norma yang dikongsi bersama oleh warganya, ada yang telah diwarisi turun temurun, ada yang telah dibentuk oleh warga sekolah itu sendiri. Nilai dan kepercayaan sekolah, dicerminkan melalui simbol, upacara dan adat istiadat, bentuk komunikasi, sikap warga sekolah, amalan pengajaran dan

pembelajaran, peraturan sekolah, keceriaan sekolah, artifak yang ditonjolkan, visi dan misi sekolah, hubungan warga sekolah, dan sebagainya yang menjadi cara hidup sekolah. Dengan kata-kata lain, budaya sekolah mencerminkan cara warga sekolah berfikir dan bertindak. Halpin dan Croft (1962) menganggap budaya sekolah sebagai sahsiah (personality) atau the feel of the school, manakala R utter dan rakan-rakan (1979) menyifatkannya sebagai etos sekolah yang mencerminkan iklim sosial sesebuah sekolah itu.

Mengikut mereka, bukan sahaja cara pelajar dilayan merupakan faktor penting dalam keberkesanan sekolah organisasi sekolah juga penting. Pencapaian pelajar dan kadar kedatangan, akan meningkat jika warga sekolah setuju dengan norma-norma dan nilai-nilai yang ditetapkan dan bekerjasama antara satu sama lain. Masalah disiplin juga berkurangan dalam iklim sosial sekolah yang positif. Secara zahirnya, kebanyakan sekolah di negara kita menampakkan elemen yang sama, penekanan kepada akademik, bangunan yang serupa bentuknya, kurikulum dan kemudahan yang sama, guru-guru yang berkelayakan, jadual waktu yang selaras, dan sebagainya, namun terdapat kelainan yang sukar hendak dinyatakan tetapi boleh dirasakan. Jika diselidik dengan lebih mendalam lagi kita akan dapati bahawa elemen budaya inilah yang mewujudkan kelainan itu.

Budaya Formal dan Tak Formal Budaya sekolah boleh dikategorikan kepada budaya formal sekolah dan budaya tak formal sekolah. Budaya formal sekolah ialah keseluruhan cara hidup di sekolah yang mengarah kepada pencapaian matlamat rasminya. Antara matlamat sekolah ialah sosialisasi golongan muda, memberi kemahiran, dan memupuk perkembangan pelajar secara menyeluruh dari segi intelek,sosial,rohani dan fizikal. Budaya tak formal pula ialah budaya yang dibentuk oleh kelompok pelajar dan guru yang ada subbudaya mereka tersendiri yang mungkin selaras atau bertentangan dengan budaya formal sekolah. Budaya tak formal ini amat penting dalam pembentukan budaya sekolah dan ia juga mencerminkan kurikulum tersirat yang mempengaruhi iklim sekolah.

Sub Budaya Sekolah Budaya sekolah boleh dilihat sebagai penyatuan beberapa subbudaya (Hubberman, 1992). Selain budaya formal sekolah atau budaya dominan yang diterajui oleh pentadbiran sekolah, terdapat subbudaya sekolah yang mewujudkan iklim tak formal sekolah yang begitu penting dalam menentukan keberkesanan sesebuah sekolah itu.
8

Subbudaya murid, guru, pentadbir,pekerja sokongan dan ibu bapa ialah aspek-aspek yang menyumbang kepada sekolah keseluruhannya.

Faktor yang Mempengaruhi Budaya Sekolah Budaya sekolah dipengaruhi oleh pelbagai faktor: sejarahnya, warganya, komuniti di kelilingnya, polisi pendidikan, dan juga perubahan dalam ekonomi dan politik negara. Bolehkah budaya sekolah berubah? Budaya sekolah sentiasa berubah, kerana kedinamikannya. Mengikut Bolman dan Deal (1991), budaya merupakan produk dan proses. Sebagai produk, budaya sekolah mengandungi pengetahuan dan

kebijaksanaan para pendidik yang lampau. Sebagai proses, budaya sekolah sentiasa diperbaharui dan dibina semula. Oleh sebab budaya juga dibentuk oleh warga sekolah itu sendiri, maka budayanya sentiasa berubah. Pengetua yang baru, program pembaikan sekolah (school improvement),boleh mengubah budaya sekolah. Proses perubahan ini mengambil masa, tetapi sentiasa berlaku. Tahap perubahan sekolah bergantung juga kepada jenis norma yang hendak diubah. Rossman dan rakan-rakan (1988) membezakan antara norma sacred dengan norma profane. Norma sacred itu ialah peraturan yang tidak boleh dipertikaikan, perlu diterima tanpa soal dan sukar diubah. Norma sacred ini berasaskan andaian -andaian kepercayaan dan nilai yang telah berakar umbi. Norma profane pula berasaskan pegangan yang tidak begitu teguh dan lebih senang diubah. Perubahan yang hendak dilakukan di sekolah perlu peka kepada bentuk norma yang hendak diubah, seperti perubahan yang menyentuh kepercayaan agama dan adat misalnya. Sebagai contoh, langkah integrasi pelajar berbilang kaum di universiti dengan menggalakkan mereka duduk sebilik menyentuh norma sacred yang agak sensitif. Ada orang mengatakan bahawa kaedah guru mengajar juga merupakan norma sacred, sukar hendak diubah kerana telah terpahat kepercayaan bahawa kaedah yang dilaksanakan itulah cara yang terbaik.

Konsep Bilik Darjah Yang Mesra Budaya


Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut dan mendalam, pokok utama yang perlu diketahui atau difahami adalah mengenai maksud sebenar tentang perkara yang menjadi tunjang untuk memahami konsep asas bilik darjah yang mesra budaya. Terdapat tiga tunjang yang dikenalpasti dalam konsep ini iaitu :

Bilik darjah Bilik darjah seharusnya tempat yang paling seronok bagi muridmurid. Bilik darjah secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu ruang di mana murid-murid akan menjalani rutin belajar atau menerima seberapa banyak input yang berguna sebagai persediaan menjadi insan yang cemerlang. Di sini juga, kebanyakkan pembelajaran berlaku secara formal (rasmi). Namun, tidak dinafikan juga pembelajaran secara informal (tidak rasmi) juga berlaku.

Tunjang kedua pula ialah budaya. Terdapat beberapa pendapat yang dapat memberi gambaran secara jelas mengenai definisi budaya. Antaranya ialah :

I.

Budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan). (Kamus Dewan Edisi ke-3 1996 : 180).

II.

Budaya berasal daripada budi dan daya. Dua perkataan itu dirangkumkan menjadi budaya. Bu membawa erti asli, pertama, sejati dan yang dipandang sempurna, menyenangkan, bahkan dimuliakan. Daya mengandungi erti akal, jalan fikiran, ciptaan atau bikinan dan yang seumpamanya.

(Asmad, 1990)

10

Konsep bilik darjah yang mesra budaya Sebagai seorang guru, sudah menjadi kemestian bagi kita untuk mengkaji terlebih dahulu latar balakang muridmurid. Di dalam sebuah bilik darjah mengandungi murid yang pelbagai latar belakang atau budaya dan melalui perbezaan ini akan mempengaruhi tingkah laku mereka. Setiap murid bukan sahaja berbeza dari segi individu seperti dari segi jantina, keistimewaan dan cara pembelajaran yang tertentu, tetapi mereka juga berbeza dari segi nilai, sikap, tingkah laku dan kebolehan yang mungkin dipengaruhi oleh latar belakang dan budaya masing-masing.

11

ASPEK PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti pengajaran. Tempat duduk perlu disusun,papan kenyataan dihias dan karel pembelajaran dan rak-rak buku perlu dipasang. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum. Seorang guru haruslah sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada anak murid mereka. Pengurusan persekitaran bilik darjah melibatkan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah. Suasana fizikal bilik darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran. Suasana fizikal mampu menggalakkan atau menghalang pembelajaran, dan oleh sebab inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru. Perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan organisasi, merancang dan menggunakan perkara- perkara yang berkaitan denagn tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, papan pameran dan berbagai- bagai perabot lain dengan sempurna. Persekitaran bilik darjah yang mendorong pengajaran dan pembelajaran tidak wujud begitu sahaja. Seseorang guru hendaklah merancang serta melaksanakan kegiatan yang boleh mewujudkan kea arah persekitaran dan iklim yang sedemikian. Suasana bilik darjah yang harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuknya. Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan- pendekatan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid. Iklim dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik darjah tersebut.

12

Pengurusan bilik darjah juga akan semakin baik apabila sistem penyeliaan diurus dengan berkesan. Murid- murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan- tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada setiap awal tahun secara tidak langsung ai dapat mengembangkan budaya bertanggungjawab, kerjasama serta hubungan baik antara mereka dengan guru dan sesama mereka. Dari aspek pengurusan iklim fizikal, guru hendaklah memastikan bilik darjah itu sentiasa bersih dan kerusi mejanya teratur. Jika kelas itu merupakan kelas KBSR, setiap kumpulan mestilah tersusun selepas setiap waktu pelajaran. Selain itu, sudutsudut pembelajaran hendaklah diwujudkan bagi merangsang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik. Selain itu, penyusunan tempat duduk murid juga penting dalam pengurusan fizikal dan iklim bilik darjah. Walaupun tempat- tempat duduk dalam bilik darjah tidak dapat diganti atau diubah- ubah dari segi fizikal, namun beberapa perkara penting harus diawasi oleh guru. Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana suasana bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum.

13

Cadangan Perancangan Persekitan Fizikal Bilik Darjah


Meja guru

Meja guru diletakkan di belakang kelas dan berada di tengah. Kedudukan seperti ini adalah amat sesuai sekali diaplikasikan terutama pada murid Tahun Satu. meja guru juga hendaklah menghadap meja murid bagi membantu berlakunya kontek visual antara murid dan guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan meja guru di belakang ini juga tidak menghalang penglihatan murid pada papan putih semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan ini juga dapat memaksimumkan pemantauan guru terhadap setiap murid dari setiap sudut. Apabila murid mengetahui setiap gerak gerinya diperhatikan, mereka akan dapat membuat kerja berkumpulan atau individu dengan sebaiknya. Dengan itu, kedudukan ini dapat mencapai keselesaan guru dan dapat merangsang semangat untuk guru mengajar dalam emosi yang positif.

Kerusi dan meja murid

Perkara utama yang mesti diberi perhatian pada setiap kerusi dan meja murid ini ialah kuantiti kerusi dan meja adalah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Untuk tujuan keselasaan, saiz kerusi dan meja harulah sesuai dengan peringkat tahap umur murid. Bagi susunan pula, meja murid disusun secara berkelompok di mana meja disusun secara berempat. Susunan ini memudahkan pengajaran berpusatkan murid. Selain itu, susunan ini dapat menggalakkan interaksi antara murid semasa gerak kerja kumpulan. Pada masa yang sama, murid juga masih boleh fokus kepada kerja sendiri. Susunan kelompok membolehkan murid berbincang, meluahkan pendapat, saling membantu dan berkongsi bahan semasa gerak kerja berkumpulan. Walau bagaimanapun, untuk membuat susunan secara berkelompok ini, guru hendaklah memastikan bilangan murid tidak terlalu ramai dan keluasan kelas hendaklah luas. Guru juga hendaklah memantau ahli kelompok supaya boleh bekerjasama dan bukan medatangkan kesan negatif kepada kumpulan. Guru juga bolehlah menempatkan setiap murid dalam kumpulan mengikut pencapaian mereka.
14

Hal ini akan memudahkan guru memberikan tugasan atau latihan selaras dengan pencapaian murid.

Sudut multi-media

Selain faktor udara, perabot dan ruang, persekitaran fizikal bilik darjah abad ke-21 memerlukan prasarana teknologi yang bersesuaian. Penggabungjalinan elemenelemen ini menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang seronok untuk proses pembelajaran. (Weinstein & Mignano, 2003). Bagi membina persekitaran kondusif sudut multi-media juga perlu ada di dalam setiap bilik darjah. Di sudut ini, disediakan sebuah komputer dengan jaringan internet untuk penggunaan murid yang disambungkan ke plug elektrik yang berada di dinding bahagian tersebut. Sudut ini diletakkan berhampiran meja guru bagi memudahkan murid mendapat bimbingan guru semasa penggunaannya. Ini juga dapat memberi kelebihan kepada guru untuk memantau murid-murid agar menggunakan multi-media secara bijak dan bermanfaat. Guru juga perlu menyediakan peraturan penggunaan multi-media. Rasionalnya adalah supaya semua murid dapat menikmati kemudahan ini di samping pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dan mengelakkan berlakunya kerosakan atau kemalangan.

Sudut bacaan

Di satu sudut di bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan. Di sudut ini, dihamparkan permaidani dan diletakkan beberapa bantal untuk keselesaan muridmurid. Ruang ini lebih bersifat mesra kepada murid-murid dan memberi suasana seolah-olah mereka berada dirumah. Beberapa rak yang memuatkan buku, kamus, peta, surat khabar, majalah turut disusun di sudut ini untuk bacaan umum dan rujukan murid. Bahan-bahan bacaan ini diperolehi daripada sumbangan murid dan guru. Oleh itu, murid-murid akan berasa lebih bertanggungjawab untuk menjaganya kerana merasakan mereka turut memberi sumbangan bahan bacaan. Peraturan penggunaan ruangan ini turut dibina seperti bahan bacaan tidak boleh dikeluarkan daripada kelas, bahan bacaan perlu disusun kembali di atas rak selepas digunakan, buku yang rosak
15

harus diganti dan sebagainya. Peraturan sebegini boleh mengelakkan berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini. Untuk mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.

Pencahayaan dan pengudaraan

Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tingkap dan lampu yang mencukupi boleh memberi pencahayaan yang mencukupi. Guru haruslah memastikan alat elektrik ini berfungsi dan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab jika terdapat kerosakan. Susun atur perabot dalam bilik darjah juga hendaklah disusun dengan baik supaya tidak menghalang tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan pengudaraan. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa membuka pintu dan tingkap untuk pengudaraan.

Meja bulat

Meja bulat diletakkan di sudut kiri atau berdekatan dengan pintu di bahagian belakang kelas. Ini adalah bagi membolehkan murid berehat atau berbincang mengenai aktivitiaktiviti atau tugasan-tugasan tertentu.

Tempat simpanan bekal makanan

Selain itu, untuk membina persekitaran yang kondusif juga, guru bolehlah menyediakan tempat simpanan bekalan makanan. Satu peraturan mewajibkan semua murid dikehendaki menyimpan bekal makanan masing-masing di tempat ini perlu

dilaksanakan. Hal ini kerana sekiranya terdapat murid yang membawa bekal makanan dan diletakkan di meja murid, andainya makanan itu tertumpah, ruang meja murid akan

16

kotor dan mungkin juga akan mengotorkan buku-buku murid. Selain daripada itu, bekal makanan itu juga boleh menarik perhatian murid sehingga mengganggu tumpuanmurid semasa belajar. Dengan adanya tempat simpanan bekal murid ini, masalah-masalah ini tidak wujud dan kelas kelihatan lebih kondusif.

Papan kenyataan

Pada papan kenyataan ini hendaklah dimuatkan jadual tugasan murid, hasil kerja murid, dan gambar aktiviti murid pada papan kenyataan untuk rujukan dan hiburan. Dalam jadual tugasan ini, murid-murid dibahagikan mengikut turutan hari dan tugas membersihkan kelas. Ini dapat melatih sifat bertaggungjawab dan kelas akan kelihatan bersih sepanjang hari. Dengan menampal hasil kerja pula, guru dapat melahirkan rasa bangga murid-murid apabila mereka melihat hasil kerja mereka dipamerkan dan secara tidak langsung mencetuskan minat mereka untuk belajar. Dalam hasil kerja murid pula dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua murid

Bakul sampah

Dengan adanya bakul sampah, kebersihan bilik darjah dapat dijaga kerana murid-murid perlu membuang sampah ke dalam bakul sampah.

Peti pertolongan cemas

Peti pertolongan cemas ini diletakkan di hadapan kelas. Penggunaan peti pertolongan cemas ini perlu mendapat keizinan guru. Setiap kelas perlu mempunyai peti pertolongan cemas kerana kita tidak dapat menjangka bila berlakunya kemalangan. Dengan adanya peti ini, rawatan kecemasan dapat diberikan dengan segera apabila berlakunya kemalangan.

17

Jam dan Kalendar

Jam perlu diletakkan di hadapan kelas untuk melatih murid menghargai masa. Kalendar pula digunakan untuk rujukan tarikh. Dalam kalendar turut dicatatkan beberapa hari dan peristiwa penting seperti Hari Kebangsaan. Ini dapat melatih murid supaya peka dengan peristiwa-peristiwa penting sebegini.

Rak guru

Rak guru diletakkan di sebelah meja guru bagi kemudahan guru untuk menyimpan bahan bantu mengajar, fail-fail, termasuk untuk kegunaan murid.

18

Pengurusan Persekitaran Sosioemosi Bilik Darjah Komponen Perkembangan Sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan kemahiran emosi yang matang. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran dan perkembangan murid dan seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka. Perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif. Kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran. Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami emosi, keperluan dan menghormati pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni.[Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2007]. Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang secara sihat dan positif, mereka dapat belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Apabila dikatakan kanak-kanak mempunyai tahap sosioemosi yang

memberangsangkan, ini bermakna mereka mempunyai sesuatu perasaan sebagai reaksi bagi menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat dengan cemerlang. Walau bagaimanapun, sosioemosi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam bentuk yang keterlaluan tidak baik dipandang oleh masyarakat. Ini bermakna, kanak-kanak seharusnya mempelajari bagaimana menyesuaikan bentuk sosioemosi mereka dalam masyarakat.

Sosioemosi Banyak takrifan yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh terkemuka untuk mentakrifkan perkataan sosioemosi. Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi. Menurut Kamus Pelajar Edisi Pertama, sosial bermaksud segala hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan. Manakala Kamus Dewan Edisi
19

Ketiga pula menakrifkan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Menurut Rohani Abdullah, proses ini melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat, iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979). Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu emovere yang membawa maksud untuk keluar. Oleh itu, emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi. Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi datang dalam berbagai bentuk seperti emosi gembira, sedih, takut, marah dan lain-lain. Tahap emosi juga pelbagai dan secara umumnya emosi dikelaskan sebagai emosi positif seperti gembira, teruja, girang dan emosi negatif pula adalah seperti marah, sedih, kecewa dan lain-lain. Oleh itu, sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.

Perkembangan Sosioemosi Perkembangan Sosioemosi merupakan perkembangan penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat, sangat penting

20

dalam kehidupan seseorang. Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran murid. Perkembangan Sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif. Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami keperluan, emosi dan pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam kehidupan masyarakat majmuk yang mesra dan harmoni. Komponen perkembangan sosioemosi memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan untuk menghadapi kehidupan seharian yang penuh dengan pelbagai cabaran. Oleh itu, komponen ini perlu disepadukan melalui aktiviti pembelajaran komponen lain.

Teori-teori Perkembangan Sosioemosi Banyak teori-teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh berkaitan dengan

perkembangan sosioemosi kanak-kanak pernah menyatakan bahawa kanak-kanak perlu didedahkan tentang; Kesedaran dan pengurusan kendiri, Pencapaian emosi yang positif, Kesedaran tentang keperluan, perasaan dan pandangan orang lain, Pembinaan kemahiran sosial, dan Pembinaan keyakinan menghadapi cabaran kehidupan harian.

Bandura pula menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya pada orang lain dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat, cara yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat.

21

Teori Erik Erikson pula menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Di dalam teori ini, Erikson memperkenalkan lapan peringkat perkembangan psikososial. Setiap peringkat saling berkait rapat antara satu sama lain. Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan di dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu. Peringkat-peringkat yang terlibat untuk kanak-kanak yang berusia 2 - 6 tahun ialah: Autonomi lawan keraguan (1 hingga 3 tahun) Kanak-kanak akan cuba melakukan aktiviti fizikal tanpa memerlukan bantuan orang dewasa contohnya ingin cuba makan dan minum dengan sendiri, membuang air, memakai kasut dan sebagainya. Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk meneroka perlakuan fizikal ini akan merasa mempunyai keyakinan diri atau autonomi manakala yang tidak diberi peluang akan merasa ragu-ragu kepada dirinya.

Inisiatif lawan rasa berasa bersalah (4 hingga 6 tahun) Kanak-kanak cuba berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran baru. Mereka suka bertanya dan mahu penjelasan untuk situasi yang berlaku. Sokongan yang diberi akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak diberi peluang akan rasa bersalah kepada dirinya.

22

Pengurusan Sosioemosi Murid Melalui Komunikasi


Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim emosi pula, guru perlu memiliki kemahiran komunikasi dan kelucuan penuh dengan budi bahasa untuk mewujudkan kemesraan dan empati di samping mengendurkan perasaan takut dan suasana tegang di kalangan pelajar. Ganjaran dan pujian merupakan salah satu cara yang dapat memotivasikan pelajar. Aspek komunikasi dalam bilik darjah sangat ditekankan dalam pembinaan sosioemosi bilik darjah. Ini kerana murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah, mereka akan bersama setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati dan jiwa serta perasaan mereka perlu dibersihkan dijaga dan dipupuk melalui pendidikan yang terbaik, yang melampaui tingkahlaku manusia. Terdapat perbezaan antara individu murid atau kumpulan murid dengan yang lain yang mendesak guru menggunakan yang optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah penting guru memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh guru, dapat membina hubungan sosioemosi yang positif dengan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya. Kemahiran yang pelbagai perlu ada dalam diri setiap guru bagi menjamin pengurusan bilik darjah yang efektif. Salah satunya adalah kemahiran berkomunikasi dan ianya teras kepada pembentukan budaya yang positif dalam bilik darjah. Komunikasi merupakan aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Oleh kerana pengurusan bilik darjah melibatkan manusia iaitu guru dan murid, perhubungan antara mereka sentiasa wujud dan penting. Proses sosialisasi tidak akan di bilik darjah tidak akan berlaku sekiranya tidak wujud komunikasi.
23

Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samaada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima maka komunikasi berkesan telah berlaku. Ketika guru menulis di papan hitam untuk kegunaan murid- murid maka komunikasi lisan telah berlaku. Menurut Feeney (1983) mengatakan bahawa komunikasi merupakan satu proses untuk menyampaikan maklumat, mesej atau isyarat kepada pihak lain. Proses komunikasi dibina daripada pengalaman dan persefahaman antara kedua- dua belah pihak. Tindak balas atau reaksi yang lahir daripada proses komunikasi ini adalah berpunca daripada pengalaman dan persefahaman yang wujud antara mereka. Antara ciri yang perlu ada pada seseorang guru untuk memperbaiki kemahiran komunikasi di bilik darjah ialah:

Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi.

Mengamalkan prinsip demokrasi di dalam bilik darjah dapat memperbaiki komunikasi. Wujudnya amalan demokrasi dalam bilik darjah akan melahirkan suasana yang kondusif dan harmoni. Murid tidak akan rasa berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka. Mereka bebas menyuarakan pandangan walaupun pandangan mereka itu kurang disenangi oleh guru dan rakan lain. Menggunakan bahasa yang berkesan.

Bahasa merupakan media terpenting dalam proses komunikasi di bilik darjah. Mesej atau maklumat yang disampaikan oleh guru kepada murid perlu menggunakan bahasa yang berkesan iaitu tepat, jelas dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang dan meleret- leret akan menyukarkan pemahaman dan mungkin akan berlakunya penyalahan tafsiran.

24

Kesediaan untuk mendengar.

Komunikasi berlaku antara dua pihak, iaitu pemberi maklumat dan penerima maklumat. Walaupun guru merupakan orang yang terpenting sebagai pemberi maklumat di bilik darjah, guru juga perlu menjadi penerima maklumat. Kesediaan guru untuk mendengar apa yang diujar oleh murid dapat mewujudkan suasana yang baik untuk proses berkomunikasi. Murid akan lebih bersedia untuk memberi pandangan mereka sekiranya mereka mengetahui bahawa guru mereka sedia untuk mendengar. Menghormati perasaan orang lain.

Proses komunikasi juga melibatkan domain efaktif, di samping kognitif dan psikomotor. Sebagai guru, seseorang itu perlu menghormati orang lain, termasuklah menghormati perasaan atau emosinya. Murid yang tersinggung perasaannya tidak akan

berkomunikasi dengan baik. Atau mungkin ia tidak mahu lagi berkomunikasi dengan guru. Guru perlu sedar akan perasaan atau isi hati muridnya agar dapat mewujudkan iklim yang sesuai untuk berkomunikasi di bilik darjah. Menyesuaikan diri dengan situasi.

Guru perlu bijak mengubah peranan mengikut kehendak situasi. Sekiranya berhadapan dengan situasi yang berbeza, guru perlu menukar cara berinteraksi yang bersesuaian dengan individu atau kumpulan berkenaan. Murid di dalam sesebuah kelas adalah terdiri daripada individu- individu atau kelompok- kelompok yang berbeza. Guru yang prihatin dan sensitif dapat menyesuaikan diri mengikut keadaan.

25

Cadangan Pembinaan Sosioemosi Positif Dalam Bilik Darjah


Bermain adalah proses semula jadi dan spontan. Ia adalah kerja kanak-kanak yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain

membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Froebel (1782 1852) pernah mewujudkan program kindergarten 1 di Jerman untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun berkonsepkan bermain sambil belajar. Beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu aktiviti yang menggembirakan. Bermain adalah salah satu aktiviti yang

menggembirakan. Dengan bermain kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran. John Dewey (1852 1859) pula menggalakkan proses pembelajaran melalui prinsip belajar melalui bermain di mana aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap kanak-kanak. Mildred Parten (1932) telah mengkaji main dari segi aspek sosial. Beliau mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanak-kanak menerusi main. Kajiannya tentang main sosial masih dianggap sesuai sehingga hari ini. Pemeringkatan main yang digunakan oleh Parten terus dijadikan rujukan. Kategori main sosial mengikut Parten adalah seperti berikut: Perlakuan tidak menentu (unoccupied behaviour) kanak-kanak bergerak di dalam kelas dari satu tempat ke tempat lain sambil memerhati tetapi tidak bermain; Main sendirian (solitary play) kanak-kanak bermain sendirian, tidak melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya; Main pemerhatian (onlooker play) kanak-kanak ini berdiri memerhati kanak-kanak lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan;

26

Main selari (parallel play) kanak-kanak bermain permainan yang sama tetapi tidak bermain bersama-sama dan tidak berkongsi alat permainan yang sama;

Main asosiatif (associative play) kanak-kanak ini berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan berkongsi peralatan mainan tetapi tidak bersama dalam aktiviti main; dan

Main koperatif (cooperative play) kanak-kanak ini bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti.

Jean Piaget menyarankan bahawa pembelajaran bermakna memerlukan masa untuk memainkannya dengan cara membuat sesuatu menerusi berbagai alternatif. Oleh itu kanak-kanak memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti main untuk mencapai matlamatnya.

Kegunaan permainan tersebut dari segi sosioemosi dan juga kognitif kanak-kanak
Secara umumnya, belajar melalui bermain dapat menyumbang kepada pelbagai aspek perkembangan seperti daya kreatif, fizikal, bahasa, sosioemosi dan moral. Melalui permainan ini, kanak-kanak dapat merasai pengalaman jual beli yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kanak-kanak akan mendapat pengetahuan baru mengenai cara penggunaan wang, nilai wang, dan urusan jual beli di pasar atau pun pasar raya. Berikut adalah kegunaan permainan ini dari segi sosioemosi dan juga kognitif kanak-kanak dari segi perkembangan sosioemosi kanak-kanak, (a) Kanak-kanak belajar bagaimana mengadakan perhubungan sosial.

27

Contohnya dalam permainan ini, kanak-kanak belajar untuk berurus niaga dengan rakan-rakannya dalam permainan yang berkonsepkan main peranan. Untuk bermain dengan jayanya, kanak-kanak perlu berkomunikasi dengan rakan-rakannya dalam cara yang dapat difahami di samping memahami apa yang cuba disampaikan oleh mereka kepadanya. Komunikasi ini melibatkan aktiviti bertutur dan bersoal jawab yang secara tidak langsung dapat merangsang perkembangan komunikasi dan bahasa kanak-kanak.

(b) Kanak-kanak belajar bagaimana menyelesaikan masalah apabila berlaku. Mereka juga bersama-sama dengan ahli kumpulan mereka berkolaborasi untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan nilai wang dan urusan membeli barangan. Contohnya, apabila mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mendapatkan barangan yang mereka inginkan, mereka bersama-sama berbincang untuk mencari jalan penyelesaian. Mungkin mereka akan mengambil keputusan untuk membeli barangan yang lebih murah harganya atau pun melakukan tawar-menawar dengan pihak penjual.

(c) Kanak-kanak belajar menjadi pemimpin dan pengikut. Dalam permainan ini, kumpulan kanak-kanak ini dengan sendiri mereka melantik ketua bagi kumpulan mereka. Apabila permainan berlangsung, masing-masing menjalankan peranan masing-masing dengan memainkan watak sebagai penjual dan pembeli.

(d) Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur. Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur apabila melakukan urusan jual beli dengan ahli kumpulan mereka. Perkara ini berlaku apabila mereka perlu berkongsi wang yang diperolehi untuk mendapatkan sesuatu barangan yang hendak dibeli. Oleh itu, setiap kanak-kanak perlu bertolak ansur untuk mengeluarkan wang masing-masing untuk mendapatkan barangan yang telah dipersetujui.

28

(e) Kanak-kanak belajar untuk berjimat cermat dan nasihat menasihati. Dalam permainan ini, kanak-kanak akan belajar berjimat cermat menggunakan wang yang ada tanpa sebarang pembaziran berlaku. Kanak-kanak akan menggunakan wang yang diperolehi dengan sebaik-baiknya. Setiap ahli kumpulan akan memberi nasihat dan mengingatkan rakan-rakan sekumpulannya untuk berjimat cermat dalam penggunaan wang.

29

Perhubungan Antara Kelompok Etnik Dalam Bilik Darjah Dalam bilik darjah yang pelbagai ras/etnik, seperti yang terdapat di Negara kita pelajar membawa budaya mereka tersendiri yang berbeza daripada budaya makro (budaya dominan) yang menjadi budaya formal sekolah. Pelajar berbeza dari segi cara mereka berkomunikasi (verbal dan bukan verbal), nilai-nilai social dan intelektual, cara berinteraksi, gerak badan dan pandangan (world view) mereka yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal mereka. Guru juga membawa budaya mereka tersendiri ke dalam bilik darjah. Jika perbezaan timbul di kalangan pelajar dan antara pelajar dengan guru dari segi cara mereka berkomunikasi, pandangan, nilai, dan sebagainya maka akan timbul masalah dalam interaksi antara mereka. Jika guru tidak peka kepada kelainan ini, akan timbul salah faham, prejudis dan stereotaip di antara guru dengan pelajar. Satu kajian kecil yang dilakukan untuk mengesan sama ada wujud stereotaip di kalangan pelajarnya yang berbilang ras, menunjukkan bahawa pelajar mempunyai stereotaip yang tertentu (selalunya negatif) terhadap ras yang lain dan lebih positif kepada guru yang sama ras dengan mereka. Satu masalah yang timbul dalam bilik darjah berbilang etnik/budaya di mana pelajar dan guru tidak saling memahami antara satu sama lain, ialah ada golongan pelajar yang akan berasa terpinggir dan kurang dapat melibatkan diri dengan aktiviti pembelajaran bilik darjahnya. Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim sosial antara etnik, guru

hendaklah merancang pergerakan pelajar, tingkahlaku pelajar di dalam kelas semasa guru mengajar, mewujudkan kumpulan perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi bahasa, mengadakan prosedur dalam peminjaman dan pemulangan peralatan pembelajaran. Dalam bilik darjah berbilang budaya beberapa strategi boleh digunakan oleh guru untuk memastikan tiada pelajar yang berasa terpinggir lantaran ras/etnik dan budaya mereka antaranya ialah: Integrasi isi (Content) Guru menggunakan bahan-bahan dan contoh daripada pelbagai budaya untuk menerangkan konsep yang diajar. Pelajar akan berasa bangga dan
30

yakin

diri

apabila

perkara-perkara

positif

daripada

budaya

mereka

diketengahkan dan dibincang. Ini akan menarik minat pelajar dan mereka akan memberi tumpuan kepada pembelajaran dalam bilik darjah.

Mengurangkan prasangka dan stereotaip Guru membantu pelajar supaya mempunyai sikap positif terhadap

kepelbagaian budaya yang terdapat di kalangan rakan-rakan mereka dengan memberi ganjaran kepada pelajar jika mereka berpandangan positif terhadap ras/kelompok lain. Selain itu, guru perlulah menambahkan kontak pelbagai latar belakang dengan aktiviti-aktiviti terancang dan dengan mengamalkan pembelajaran koperatif. Dalam kaedah ini murid bekerjasama belajar dalam kelompok kecil yang dianggotai oleh pelajar berbilang kaum,kebolehan dan keistimewaan.

Memupuk budaya sekolah yang positif Amalan-amalan pengelompokan yang membezakan pelajar seperti

pengaliran perlu dihentikan. Iklim bekerjasama, sikap guru yang lebih terbuka, staf lain yang tidak mengamalkan perasaan prejudis terhadap pelajar yang bebeza latar belakang akan mewujudkan budaya kesefahaman dan perpaduan.

Menggunakan

bahan-bahan

dan

kaedah

yang

boleh

meningkatkan

pencapaian akademik semua pelajar Jika guru mengendalikan kelas mereka supaya lebih selaras dengan budaya, keperluan dan stail pembelajaran murid maka penerimaan murid terhadap pengajarannya akan lebih mudah.

31

KESAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN Pelbagai kajian telah dilakukan yang mengaitkan keberkesanan pengurusan bilik darjah denagn kejayaan murid. Kajian menunjukkan bahawa pencapaian murid adalah hasil daripada pelakuan guru, seperti merancang, mengurus dan mengajar dan pelakuan murid seperti melibatkan diri, menguasai pelajaran dan menyelesaikan tugasan. Cole (1994), merumuskan bahawa kejayaan dan keberkesanan pengurusan bilik darjah bergantung kepada empat faktor yang perlu ada pada seseorang guru, iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran merancang dan mengurus, kemahiran mengajar dan keupayaan guru menggunakan motivasi dan pengukuhan. Keempat- empat faktor ini sama pentingnya dan guru yang dapat mengurus kelas denagn baik.

Ketidakberkesanan pengurusan bilik darjah ada kalanya tidak langsung berkaitan dengan perlakuan negatif murid. Pengurusan bilik darjah yang berkesan menggalakkan daya pemikiran kreatif yang tinggi dikalangan murid. Ia berkaitan dengan corak penyusunan tempat duduk dan pengaturan bilik darjah. Penggalakkan murid- murid supaya aktif didalam bilik darjah adalah bergantung kepada corak bilik darjah tersebut. Perkara ini memerluakn imaginasi guru supaya perkongsian ilmu melalui perbincangan dapat dilakukan antara mereka dengan suasana yang selesa. Papan kenyataan dalam bilik darjah juga menggalakkan pemikiran yang lebih baik sekiranya diamnfaatkan secara berkesan. Melalui pengurusan bilik darjah yang komprehensif dan tersusun pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ini kerana, kemampuan seorang guru dalam mengurus bilik darjah secara fizikal, iklim, komunikasi dan pengawala disiplin dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar seterusnya objektif dan matlamat dapat dicapai. Malaysia amat dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum. Secara tidak langsung, pelbagai budaya akan wujud dalam sesebuah bilik darjah. Oleh yang demikian, guru tidak seharusnya menganggap ini sebagai satu masalah

32

dengan kehadiran murid yang berbeza dari segi individu dan budaya tetapi menjadikan fenomena ini sebagai keistimewaan yang wujud dalam bilik darjah. Murid yang hadir dari pelbagai ras atau etnik akan membawa budaya mereka tersendiri yang berbeza daripada budaya makro (budaya dominan) yang menjadi budaya formal sekolah. Murid berbeza dari segi cara mereka berkomunikasi (verbal dan bukan verbal), nilai-nilai sosial dan intelektual, cara berinteraksi, gerak badan dan pandangan (world view) mereka yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal mereka.

Sebagai contoh, Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran. Melalui program ini juga diharap dapat melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah. Berdasarkan program ini, jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

Keperluan pendidikan berbilang budaya ini amat meruncing di Malaysia. Muridmurid datang daripada latar belakang dan budaya yang berbeza. Oleh itu, guru perlu peka kepada kepelbagaian ini supaya tiada kelompok merasakan diri mereka tersisih di sekolah atau di bilik darjah. Pendekatan ini turut menjadikan guru lebih peka kepada amalan-amalan sekolah yang selama ini diterima tanpa dipersoal. Ada amalan-amalan sekolah secara tidak langsung mendiskriminasi golongan tertentu. Sebagai contoh, sistem pengaliran, pengisian kurikulum dan buku teks yang tidak mengambil kira keperluan dan pengertiannya bagi murid-murid yang berbilang latar belakang, mungkin menyebabkan murid tertentu berasa tersisih dan ketinggalan.

Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dapat membantu guru dalam mengenali murid dengan lebih dekat lagi. Apabila guru dan pihak sekolah peka kepada kepelabagaian muridnya dan mengambil inisiatif untuk memahami keperluan dan mengenal mereka dengan lebih dekat lagi, sekolah akan lebih bermakna kepada sebilangan besar murid.
33

Selain itu, melalui bilik darjah yang mesra budaya ini juga dapat mengurangkan stereotaip dan prasangka (prejudice) dalam kalangan guru dan murid. Ada guru yang mempunyai prasangka (negatif) kepada murid disebabkan ras, agama, kecacatan atau kebolehan mereka. Pendekatan ini memberi peluang kelompok yang berasa tersisih, meningkatkan keyakinan diri mereka selain meningkatkan peluang mereka mengecapi kejayaan.

Jika dikaitkan dengan konteks RIMUP, persekitaran yang mesra budaya dapat meningkatkan peluang untuk berjaya dan menimbulkan kesefahaman dan perpaduan dalam kalangan murid. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, budaya asal seseorang murid itu boleh mempengaruhi tingkah lakunya di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang lemah dan datang dari keluarga yang miskin mempunyai gaya belajar yang berbeza. Mereka memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih spesifik berbanding dengan murid yang lebih berupaya yang hanya memerlukan bimbingan sahaja dan boleh belajar sendiri.

34

KESIMPULAN Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan berlakunya pemantauan yang efektif. Guru yang berwibawa sentiasa berfikir kaedah bagi mencapai pengurusan bilik darjah yang cemerlang, diantara perkara utama yang harus dipandang berat ialah memahami amanah yang diberikan padanya dalam kerjayanya sebagai pendidik. Tugas guru bukan sahaja mendidik malahan lebih daripada itu sekiranya matlamat utama yang ingin dicapainya adalah melahirkan modal insan yang berkualiti dan berjaya didunia dan akhirat. Pendidikan berbilang budaya ialah salah satu

pendekatan pendidikan yang diusahakan untuk mencapai kesaksamaan peluang pendidikan dengan mengambil kira keperluan murid yang berbeza dari segi individu dan budaya. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, seorang guru harus peka dengan kepercayaan dan amalan sosio-budaya yang berbeza dalam kalangan muridnya. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Secara ringkasnya, guru harus peka kepada perbezaan ini supaya tiada murid daripada golongan terhadap yang tertentu berasa tersisih ini disebabkan juga dapat

ketidakprihatinan

keperluan

mereka.

Keadaan

mempengaruhi cara murid berkomunikasi dan memahami dunia di sekeliling mereka.Oleh itu, semua guru dan bakal guru haruslah menitik beratkan apa yang
berkaitan dengan pengurusan bilik darjah dari segala aspek agar matlamat dan objektif pendidikan dapat dicapai.

35

RUJUKAN
Abd. Ghafar Md. Din(2003), Prinsip dan Amalan Pengajaran,Selangor, Utusan Publication& Distrib.

Atan Long Ph.D (1980),Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Ahmad Mohd Salleh (1997), Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng (2000), Pendidikan diMalaysia, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah(edisi kedua), Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Leonard M.S Yong, Karen L (1996), Guru Yang Kreatif, Isu- Isu Teorikal & Aplikasi Praktikal, Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn Bhd.

Sharifah Alwiyah Alsagof (1983), Ilmu Pendidikan: Pedagogi.Kuala Lumpur: Helnemann Asia.

Azman

Che

Omar(2003),

Pengurusan

Di

Malaysia

Dari

Perspektif

Islam,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 6. http://dukeamienerev.blogspot.com

http://pengurusanbilikdarjah.smkberangan.com/index_files/script.js

http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/11/ciri-ciri-iklim-bilik-darjah-yang.html

http://eprints.ums.edu.my/4441/1/nc0000001734.pdf

36

Вам также может понравиться