Вы находитесь на странице: 1из 41

Tajuk 13

Sinopsis

SISTEM RESPIRASI

Tajuk 13 dalam modul ini merangkumi fungsi sistem respirasi, pengurusan, fisiologi dan kawalan respirasi dan kesan umur terhadap sistem respirasi. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca Tajuk 13 modul ini, diharap anda dapat: 1. Menjelaskan fungsi sistem respirasi 2. Membincangkan pengurusan dan fisiologi sistem respirasi 3. Menjelaskan kesan umur terhadap sistem respirasi. Kerangka konsep Tajuk 13 modul ini

Sistem Respirasi

Pengenalan dan Fungsi Sistem Respirasi


13.0

Pengurusan Sistem Respirasi

Fisiologi Respirasi

Kawalan Respirasi

Sistem Respirasi dan Umur

Sistem Respirasi Sistem respiratori ialah proses memperoleh tenaga dalam suatu sel hidup /

organisma melalui penguraian sebatian organik. Fungsi utama ialah pertukaran gas, iaitu membenarkan oksigen diserap ke dalam saluran darah dan karbon dioksida keluar daripada saluran darah. Sistem respirasi berfungsi bersama dengan sistem kardiovaskular untuk menyempurnakan aktiviti-aktiviti respirasi berikut :

116

o o o o 13.1

ventilasi pulmonari (pernafasan), proses udara masuk dan keluar daripada peparu respirasi luar, pertukaran gas dalam peparu (udara dlm alveoli dengan darah) respirasi dalam, pertukaran gas antara darah dengan bendalir tisu (tissue fluid) pengangkutan gas ke peparu dan tisu serta keluar daripada peparu dan tisu

Fungsi Sistem Respiratori Pertukaran gas antara udara dan darah o Sistem respirasi membentuk dua jenis sumber tenaga, iaitu: o o Respirasi aerobik melibatkan penggunaan oksigen glukosa + O2 CO2 + air + tenaga Respirasi anaerobik tidak melibatkan penggunaan oksigen glukosa asid laktik + tenaga (kurang), contohnya sel otot dan sperma Sistem respirasi manusia terdiri daripada organ hidung, farinks, trakea, bronkus, bronkiol dan peparu. Laluan udara dalam salur respirasi: Hidung trakea bronkus bronkiol alveolus

Rajah 13.1 : Organ Sistem Respirasi 117

Konduksi udara di paru-paru o o Proses pertukaran gas secara resapan ringks pada alveolus. Dinding alveolus merupakan permukaan respirasi untuk pertukaran gas O2 dan CO2 . Ciri penyesuaian alveolus: o jumlah luas permukaan yang besar dinding alveolus yang nipis dinding alveolus yang lembap jaringan kapilari darah yang banyak pada dinding alveolus

Mekanisme pernafasan melibatkan tindakan diafragma, otot interkosta luar dan otot interkosta dalam yang akan mengubah isipadu dan tekanan udara di dalam rongga toraks. Otot interkosta luar dan otot interkosta dalam bertindak secara antagonis.

Rjh 13.2 : Mekanisme Pernafasan o Menarik nafas Otot interkosta luar menguncup; otot interkosta dalam mengendur Sangkar tulang rusuk ditarik ke atas dan ke arah depan Otot diafragma menguncup dan turun ke bawah menjadi mendatar 118

Rongga toraks: isipadu bertambah dan tekanan udara menurun

Menghembus nafas Otot interkosta dalam menguncup; otot interkosta luar mengendur Sangkar tulang rusuk turun ke bawah dan ke dalam Otot diafragma mengendur dan naik ke atas membentuk kubah Rongga toraks: isipadu berkurang dan tekanan udara bertambah Udara didesak keluar daripada peparu

Perlindungan permukaan respiratori Udara sejuk, kering dan kotor boleh merosakkan sel peparu Udara yang masuk ke dalam peparu mesti dilembapkan dan dibersihkan terlebih dahulu. Mukus yang dirembes oleh sel perembes mukus melindungi permukaan salur respirasi dengan memerangkap butir debu dan mikroorganisma yang masuk ke dalam trakea.

Rajah 13.3 : Perlindungan permukaan respiratori

119

Penghasilan bunyi Larinks (Peti suara), suatu alat bersalur yang terletak di bawah farinks dan di atas trakea dan terbina daripada beberapa rawan hialin yang telah berpadu supaya organ ini menyerupai sebuah kotak. Rawan tairoid, rawan krikoid, tudung tenggorok (epiglotis), rawan aritenoid dan rawan hioid terikat antara satu sama yang lain oleh ligamen. Larinks mempunyai dua tugas, iaitu peredaran udara untuk pernafasan dan pengeluaran suara. Pita suara yang terdapat dalam larinks terdiri daripada dua jenis fiber, iaitu: 1. Pita suara benar terbina daripada tisu berfiber yang elastik dan mempunyai lipatan antara pita yang dikenali sebagai glotis. 2. Pita suara palsu ialah lipatan daripada selaput mukosa yang melapisi permukaan dalam larinks tetapi tidak mengambil bahagian dalam pengeluaran suara. Ketegangan pita suara benar di larinks menentukan sifat bunyi bagi suara itu. Apabila pita suara benar tegang dan pendek, nada suara adalah tinggi manakala apabila panjang dan kendur, nadanya adalah rendah. Kekuatan suara bergantung kepada kekuatan udara yang dihembus keluar melalui pita suara. Struktur lain yang membantu larinks dalam pengeluaran suara adalah seperti saiz dan bentuk hidung, mulut, farinks dan sinus udara.

Regulasi pH Kadar pernafasan dipengaruhi oleh kandungan O2 dan CO2 dalam badan. Kadar ventilasi, kadar pertukaran gas antara darah dengan udara di aveolus. Semasa aktiviti cerdas, kemoreseptor pusat mengesan pertambahan kepekatan CO2 melalui perubahan pH darah dan bendalir tisu otak. Lebih banyak O2 akan disedut masuk dan lebih banyak CO 2 dapat disingkirkan sehingga aras pH darah yang normal dikembalikan. Sel kemoreseptor pusat pusat kawalan pernafasan organ yang terlibat dalam respirasi dan denyutan jantung.

120

13.2 o

Pengurusan sistem respiratori Rrespiratori Mukosa Membran mukosa adalah lapisan kulit dalam yang tertutup pada epitelium. Melapisi pelbagai rongga tubuh yang memiliki kontak (contact) dengan lingkungan luar dan organ dalaman.

Trek Respiratori Atas Kaviti Nasal Farinks Larinks Trek Respiratori Bawah
Trakea Bronkus primari

Peparu

Rajah 13.4 : Pengurusan sistem respiratori Struktur Rongga hidung Farinks (tekak) Larinks (peti suara) Trakea Bronkus Peparu 13.3 Fisiologi respiratori Fungsi Menuras, memanaskan dan melembapkan udara Menghubungkan hidung dan mulut (nasal) kepada larinks Menghasilkan bunyi Laluan udara ke rongga torasik Laluan udara ke peparu kiri dan kanan masing-masing Pertukaran udara untuk membekalkan oksigen kepada darah dan mengeluarkan karbon dioksida daripada darah

121

Ventilasi pulmonari adalah fungsi utama paru-paru, iaitu proses pertukaran oksigen dan karbon dioksida antara udara dalam alveolus dengan darah dalam saluran vena dan kapilari pulmonari. Pertukaran gas berlaku melalui proses resapan ringkas.

Untuk

membolehkan

resapan

O2

dan

CO2,

ventilasi

pulmonari

harus

meninggikan tekanan separa O2 manakala mengurangkan tekanan separa CO2 dalam alveolus lebih berbanding tekanan separa O2 dan CO2 dalam darah vena. o Pertukaran gas di membran respiratori adalah proses pertukaran gas berlaku antara permukaan alveolus dan sel badan dengan kapilari darah secara resapan ringkas, iaitu dari kawasan berpekatan tinggi ke kawasan berpekatan rendah. o o Tekanan separa ialah tekanan sesuatu gas dalam campuran gas. Kepekatan gas tersebut dan dinyatakan dalam pecahan jumlah tekanan. Dalam bentuk larutan, tekanan separa satu gas dikenali sebagai ketegangan (tension) gas dan keseimbangan dicapai apabila cecair itu ditepui oleh gas yang melarut dalamnya

Rajah 13.5: Pertukaran gas merentas alveolus dan kapilari darah di peparu

122

Rajah 13.6: Pertukaran gas antara darah dengan sel badan o Pengambilan dan penghantaran gas O2 yang telah meresap dari alveolus ke dalam kapilari darah perlu diangkut ke sel-sel badan yang memerlukanya. O2 meresap ke dalam sel darah merah/eritrosit dan berpadu dengan hemoglobin sel darah merah, sejenis protein pigmen respirasi yg berwarna merah dan berfungsi sebagai pembawa oksigen Hemoglobin + O2 O2 diangkut keluar oksihemoglobin. Oksihemoglobin kurang stabil, mudah terurai dan membebaskan semula molekul oksigen apabila sel badan memerlukan O2 Dalam darah, sebahagian kecil CO2 diangkut sebagai asid karbonik, sebagai CO2 + hemoglobin karbaminohemoglobin dan kebanyakan dalam bentuk ion bikarbonat di dalam plasma darah dan diangkut ke alveolus. Apabila sampai di alveolus, CO2 dibebaskan daripada sebatiannya dan meresap ke dalam alveolus lalu dikeluarkan semasa hembusan nafas o Mekanisme kawal atur dalam proses pernafasan Semasa melakukan aktiviti cergas, lebih banyak O2 digunakan untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dan lebih banyak CO2 terbentuk dalam badan hasil daripada respirasi sel. 123 oksihemoglobin dari peparu ke seluruh badan dalam bentuk

Mekanisme kawal atur bertindak mengekalkan kepekatan O2 dan CO2 pada nilai normal masing-masing ketika terdapat perubahan, homeostasis. Pada keadaan istirehat, O2 dan CO2 berada pada aras optimum untuk fungsi respirasi, kadar pernafasan dan kadar denyutan jantung berada pd julat normal, iaitu lebih kurang 15-18 kali pernafasan seminit dan denyutan jantung 60-72 kali seminit.

Dalm keadaan ketakutan, kadar pernafasan dan kadar denyutan jantung meningkat untuk memperoleh O2 yang mencukupi dan menyingkirkan CO2 yang berlebihan. Kadar respirasi meningkat untuk membekal tenaga yang mencukupi

13.4

Kawalan respirasi o o Pusat kawalan respiratori di otak yang mengandungi sel-sel khas, kemoreseptor pusat. Pusat kawalan pernafasan manusia terletak di medula oblongata otak dan bertindak dengan menghantar impuls ke otot respirasi (diafragma & otot interkosta).

Rajah 13.7: Pusat Kawalan Pernafasan o Semasa melakukan aktiviti fizikal, kepekatan CO2 dalam darah meningkat dan menyebabkan nilai pH darah menurun. CO2 + plasma darah o asid karbonik ion hidrogen + ion bikarbonat Ion hidrogen merangsang kemoreseptor pusat dan impuls saraf dihantar. Otot diafragma dan otot interkosta menguncup dan mengendur dengan lebih cepat menyebabkan kadar pernafasan dan kadar ventilasi meningkat. 124

Rajah 13.8: Kepekatan Karbon Dioksida Melebihi Tahap Normal

Kemoreseptor periferi terdiri darrpada jasad karotid dan jasad aorta serta lebih peka terhadap perubahan kepekatan O2 dalam darah.

Rajah 13.9: Kepekatan Oksigen Melebihi Tahap Normal

125

Rajah 13.10: Kepekatan Oksigen Meningkat

13.5 o

Sistem respiratori dan umur Pengurangan keanjalan paru-paru mengakibatkan kelemahan pernafasan, iaitu paru-paru tidak berkeupayaan untuk mengekalkan aras normal gas dalam darah arteri.

Akibat kelemahan pernafasan: - hipoksemia, paru-paru tidak berkeupayaan untuk membekalkan O2 yang secukupnya kepada darah yang mengalir melalui kapilari pulmonari - hiperkapnia, paru-paru tidak berkeupayaan untuk mengeluarkan secukupnya CO2 yang dihasilkan oleh tisu sewaktu menjalani metabolisme.

o o o

Empisima satu keadaan paru-paru yang mengalami kekembungan tetapi kurang udara dalam paru-paru. Keanjalan paru-paru hilang kemungkinan besar kesan daripada merokok Membran alveolus mengalami kerosakan di mana permukaan untuk pertukaran gas telah berkurang, kemampuan resapan O2 dan CO2 antara alveolus dengan sel darah merah menurun

126

Tajuk 14
Sinopsis

Sistem Penghadaman

Tajuk dalam modul ini merangkumi struktur dan fungsi sistem penghadaman dan penyerapan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menjelaskan sistem penghadaman dan fungsinya. 2. Menghurai proses penyerapan bagi setiap nutrien. Kerangka konsep Tajuk 14 modul ini

Sistem Penghadaman Struktur dan Fungsi


14.1 o o o o o Sistem Penghadaman Sistem penghadaman adalah satu proses metabolisme dalam badan untuk mengubah secara kimia atau mekanik sesuatu zat makanan menjadi nutrisi. Penghadaman ialah proses pemecahan zarah-zarah makanan yang besar menjadi molekul-molekul boleh larut ringkas yang dapat diserap ke dalam sel. Sistem penghadaman merangkumi pencernaan fizikal dan pencernaan kimia. Pencernaan fizikal ialah pemecahan makanan secara mekanikal untuk menghasilkan butir makanan yang kecil. Pencernaan kimia ialah proses pemecahan molekul kompleks makanan menjadi molekul ringkas. Contohnya, molekul protein diuraikan kepada peptida dan akhir sekali asid amino. 127

Penghadaman dan Penyerapan

Makanan yang dimakan terdiri daripada bahan kompleks seperti karbohidrat, protein dan lipid. Bahan makanan kompleks ini tidak boleh digunakan secara langsung oleh badan tetapi perlu dicernakan kepada bentuk yang lebih ringkas sebelum dapat diserap oleh usus kecil.

14.1

Struktur dan Fungsi Sistem Penghadaman

Rajah 14.1: Organisasi Trek Penghadaman

Sistem penghadaman adalah terdiri daripada satu saluran yang bermula di mulut dan berakhir di dubur. Bahagian-bahagian yang terlibat untuk membina sistem pencernaan terdiri daripada struktur-struktur berikut: (a) Mulut Dikenali juga sebagai kaviti oral. Ruang mulut dikategorikan kepada: i. Ruang umum iaitu ruang tengah yang mengandungi lidah. ii. Ruang vestibul iaitu ruang antara gigi dan permukaan dalam pipi. 128

Ruang mulut terdiri daripada atap, lantai, dinding, lateral dan dua pembukaan, anterior dan posterior. Atap mulut adalah lelangit yang membahagikan mulut daripada kaviti hidung. Lelangit keras terdiri daripada tulang memenuhi dua pertiga daripada anterior lelangit. Bahagian yang terdiri daripada otot adalah satu pertiga daripada posteriornya. Bahagian ini lembut dan digelar sebagai lelangit lunak. Lantai mulut mulut pula dikenali sebagai diafragma mulut dan terdiri daripada otot. Dinding lateral mulut dan pipi adalah otot yang dilapisi oleh membran mukus di bahagian dalam dan dilapisi kulit di bahagian luar. Vestibul mulut adalah ruang yang terdapat antara pipi dan gigi. Pembukaan anterior mulut mempunyai dua bibir, bibir atas dan bibir bawah. Bahagian luar bibir dilitupi oleh kulit dan bahagian dalamnya dilitupi oleh membran mukus. Kaviti mulut berhubung dengan bahagian tengah farinks membentuk pembukaan posterior.

Rajah 14.2: Ruang Mulut (b) Lidah Merupakan organ penting di dalam mulut dalam sistem pencernaan. Lidah terdiri daripada otot rangka yang bahagian anteriornya bebas dan bahagian posteriornya melekat pada lantai mulut. Terdapat dua kumpulan otot lidah iaitu otot ekstrinsik untuk pergerakan lidah, manakala otot intrinsik terlibat dalam perubahan bentuk lidah.

129

Membran mukus melapisi lidah dan membentuk tonjolan-tonjolan kecil yang dipanggil papila. Papila terbahagi kepada tiga jenis iaitu filiform, fungiform dan sirkumvalat.

Tunas rasa terletak pada fungiform dan sirkumvalat. Lidah mempunyai beberapa tugas, iaitu: Tugas lidah Mengenal pelbagai jenis rasa seperti manis, masin, masam dan pahit dan membantu sesorang menikmati makanan atau minumannya.

a. Deria rasa

b. Pertuturan c. Kunyahan dan telanan d. Sentuhan

Lidah adalah penting untuk pertuturan Lidah membantu tindakan kunyahan dan telanan Merupakan salah satu organ deria sentuhan

130

Rajah 14.3: Lidah (c) Gigi Merupakan struktur tambahan dalam sistem pencernaan. Gigi mambantu memecahkan makanan pejal dan membantu menambah rasa lazat pada makanan tersebut. Jumlah gigi bagi orang dewasa adalah sebanyak 32 batang (8 gigi kacip, 4 gigi taring, 8 gigi geraham kecil dan 12 gigi geraham besar). Jenis gigi Gigi kacip Gigi taring Geraham kecil Geraham besar Fungsi Mempunyai pinggir yang rata dan tajam untuk menggigit dan memotong. Mempunyai kepala yang tirus untuk mengoyak dan menikam. Mempunyai dua gerigi di permukaannya untuk mengoyak dan mengisar. Mempunyai muka yang lebar dan tidak rata untuk mengisar dan melumatkan makanan.

131

Rajah 14.4: Gigi

(d) Kelenjar Air Liur Bertanggungjawab merembeskan air liur secara berterusan. Kelenjar-kelenjar air liur terdapat di dalam mulut atau berhampiran mulut. Tiga kelenjar air liur yang mengeluarkan air liur dengan banyak, iaitu kelenjar parotid, submandibular dan sublingual. Rembesan air liur akan bertambah banyak jika kita memakan sesuatu. Ini terjadi supaya proses pelinciran, pelarutan, dan permulaan pemecahan secara kimia dapat dilakukan. Sebanyak kira-kira 1.0 hingga 1.5 liter air liur terhasil dalam satu hari. Kandungan air liur adalah 99.5% air dan 0.5% bahan-bahan tertentu seperti garam klorida, bikarbonat dan fosfat, gas terlarut, urea dan asid urik, albumin, globulin, musin dan lisozim. Kelenjar parotid Terletak di hadapan dan di bawah telinga. Merupakan kelenjar air liur yang terbesar. Rajah 14.4: Gigi Merembeskan air liur melalui duktus parotid yang membuka pada bahagian atas vestibul mulut. 132

Kelenjar submandibular Kelenjar sublingual

Terletak pada rahang bawah di kedu-dua sisi. Duktusnya membuka ke bahagian depan lantai mulut di bawah lidah. Terletak di atas lantai mulut dan di bawah setiap sisi lidah. Duktusnya membuka ke dalam mulut di bawah lidah.

Rajah 14.5: Kelenjar Air Liuh (e) Farinks (Tekak) Terletak di belakang hidung, mulut dan larinks. Terdiri daripada membran berotot dan dilapisi oleh selaput mukus. Berukuran lebih kurang 12.5cm panjang. Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: (i) Nasofarinks terletak di belakang hidung dan terdapat lubang tiub eustachio pada dindingnya. Kelenjar yang terdapat pada nasofarinks adalah adenoid. (ii) Farinks oral terletak di belakang mulut. Pada dinding lateralnya terdapat tonsil. (iii) Farinks larinks bahagian terendah yang terletak di belakang larinks. (f) Esofagus Merupakan tiub berotot dan terletak di belakang trakea, berukuran 23 hingga 25cm panjang. Satu per tiga daripada bahagian atas esofagus adalah otot rangka yang bersifat voluntari. Manakala satu per tiga daripada bahagian 133

bawahnya terdiri daripada otot licin dan bersifat tidak voluntari.Satu per tiga daripada bahagian tengahnya pula adalah gabungan antara otot licin dengan otot rangka. Berfungsi untuk menghantar makanan dan minuman dari farinks ke gaster.

(g) Gaster (Perut) Adalah kawasan penyimpanan makanan sementara sebelum makanan tersebut dicerna oleh usus. Isi padu ruang gaster adalah 2.5 liter bagi orang dewasa. Gaster bersifat kenyal akan mengempis apabila kosong dan mengembang apabila berisi makanan. Rongga gaster terbahagi kepada empat bahagian iaitu kardia, fundus, badan dan pilorus. Terdapat kira-kira 40 juta sel kelenjar gaster pada perut. Jus gaster mempunyai enzim pepsin, renin, mukus dan asid hidroklorik. Pepsin menguraikan protein kepada pepton dan polipeptida; manakala renin mengentalkan susu dengan menggumpalkan protein susu yang larut, kaseinogen kepada kasein yang tidak larut. Mukus adalah bendalir yang likat berfungsi melindungi perut dari asid hidroklorik. Fungsi asid hidroklorik adalah: (i) Meneutralkan alkali pada air liur bagi menghentikan tindakan enzim ptialin (amilase air liur); (ii) Menyediakan medium berasid untuk membolehkan ebzim pepsin dan renin bertindak; dan (iii) Mensterilkan makanan daripada bakteria.

134

Rajah 14.6: Gaster (h) Usus Kecil Merupakan saluran makanan yang paling sempit dan dinamakan 3 bahagian: (i) Duodenum yang menghubungkan gaster dengan jejunum; (ii) Mempunyai panjang kira-kira 25cm dan berbentuk C. Kedudukan duodenum adalah mengelilingi kepala pankreas; dan (iii) Jejunum dan ileum panjangnya 2.4m dan 3.6m. (i) (ii) (iii) Tugas usus kecil adalah: Menyelesaikan semua proses penghadaman; Menyerap bahan-bahan makanan yang telah terhadam, asid amino dan glukosa ke dalam darah dan lemak hadam ke dalam salur limfatika; dan Menghasilkan beberapa hormon yang mengawal penghasilan bendalir pankreas, hempedu dan bendalirnya sendiri. (i) Usus Besar (Kolon) Usus besar bermula dari ileum hingga ke anus dan berukuran 1.5m panjang. Bentuknya adalah lebih besar daripada usus kecil dan bahagian pada usus besar adalah: (i) Sekum mempunyai apendiks, namun apendiks tidak mengambil bahagian dalam proses pencernaan. (ii) Kolon naik ke atas di sebelah kanan rongga abdomen, kolon melintang dan kolon bawah. Bersambung dengan rektum. (iii) Rektum saluran berotot yang pendek. Kanal anus adalah bahagian paling akhir pada usus besar berukuran 4 cm. Pembukaan kanal anus dikenali sebagai anus dan dikawal oleh otot licin yang tebal dikenali sebagai sfinkter internal (tak voluntari) dan di luar oleh otot rangka yang disebut sfinkter eksternal (voluntari). Fungsi usus besar adalah sebagai: Penyerap air, garam dan glukosa;

135

Merembeskan musin oleh kelenjar pada lapisan dalam; Menyediakan selulosa dalam bentuk karbohidrat dalam tumbuhan, buahan dan sayuran hijau; dan Menyediakan sisa protein yang belum dicerna oleh tindakan bakteria untuk kumuhan.

Rajah 14.7: Usus Kecil

136

Jadual 14.1: Ringkasan proses kimia dalam pencernaan Sumber : Bantuan Studi Lengkap Biologi Tingkatan 4, Mah Chee Wai. Bahagian Kelenjar Rembesan pH Enzim Perubahan salur pencernaan Mulut Kelenjar Air liur 6.5 6.8 Amilase air Kanji maltosa air liur liur (ptialin) Perut Kelenjar gaster Jus gaster 1.5 HCI (bukan enzim) Pepsin Renin Pepsinogen pepsin Protein pepton + polipeptida Kaseinogen kasein (kasein kemudiannya dicernakan oleh pepsin) Kanji maltosa Protein pepton (polipeptida) Lemak asid lemak dan gliserol Lemak titisan lemak (hempedu meneutralkan asid) Tripsinogen tripsin Pepton polipeptida asid amino Maltosa glukosa Sukrosa glukosa + fruktosa Laktosa glukosa + galaktosa Lemak asid lemak + gliserol

Duodenum

Pankreas

Jus pankreas

7.8 8.5

Amilase pankreas Tripsin Lipase

Hati

Hempedu

Beralkali

Garam hempedu (bukan enzim) Enterokinase Erepsin Maltase Sukrase Laktase Lipase

Usus kecil (jejunum dan ileum)

Kelenjar Brunner (kelenjar usus)

Jus usus (sukus enterikus)

Beralkali (7.6)

137

o Pencernaan berlaku terhadap makanan dan minuman yang kita ambil. Empat peringkat perubahan berlaku kepada bahan makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh kita. (i) Kunyahan dan telanan Makanan akan dihancurkan oleh mulut, gigi dan lidah apabila masuk ke dalam mulut. Tindakan ini dikenali sebagai tindakan mengunyah. Makanan yang dikunyah tadi akan bercampur dengan air liur dan menjadi lumat. Kemudian makanan yang telah lumat ditelan melalui farinks dan esofagus ke perut. Otot pencerut pada dinding farinks bertanggungjawab kepada tindakan menelan ini. (ii) Penghadaman Penghadaman bermula dari dalam mulut hinggalah ke dalam perut dan usus kecil. Usus kecil merupakan tempat di mana kebanyakan proses penghadaman berlaku. Dalam proses penghadaman bahan makanan diubah dari segi fizikal dan kimianya agar lebih mudah diserap. (iii) Penyerapan Selalunya bahan makanan akan diserap di bahagian usus kecil. Namun, penyerapan boleh juga berlaku di bahagian-bahagian lain dalam sistem penghadaman. (iv) Pembuangan bahan makanan yang tidak hadam Bahan buangan iaitu najis adalah hasil bahan-bahan yang tidak hadam. Pembuang bahan makanan tidak hadam dilakukan oleh usus besar.

138

Rajah 14.8: Proses Penghadaman 14.2 Penghadaman dan Penyerapan Pencernaan dapat dilakukan dengan adanya enzim-enzim di dalam sistem pencernaan. Enzim adalah mangkin organik (protein) yang berkebolehan mempercepatkan kadar tindak balas biokimia dalan organisma hidup. Enzim bertindak mengubah kimia bahan makanan yang kompleks menjadi bahan larut yang mudah diserap. Penyerapan ialah satu proses apabila air, garam dan hasil pencernaan unsur makanan dari lumen usus diserap melalui membran ke dalam sel mukosa usus dan seterusnya ke dalam sistem peredaran darah untuk diedarkan kepada tisu sasaran di dalam tubuh.

139

Sekiranya sistem yang terlibat dalam proses penyerapan ini rosak, maka nutrien tidak akan dapat disalurkan kepada sel-sel secara berkesan. Kebanyakan penyerapan berlaku di dalam usus kecil. Secara umumnya, usus tidak boleh menyerap molekul yang lebih kompleks daripada gula heksosa (glukosa, fruktosa dan galaktosa), asid amino, asid lemak dan gliserol.

Untuk memudahkan penyerapan hasil pencernaan, dinding usus mempunyai permukaan yang luas bagi membolehkan penyerapan berlaku dengan lebih berkesan.

Ciri-ciri dinding usus yang diperlukan termasuk: 1. usus yang panjang 2. beribi-ribu vilus pada permukaan dinding usus kecil dan duodenum 3. beribu-ribu mikrovilus pada setiap sel mukosa dinding usus.

Usus kecil mempunyai sistem kapilari darah yang luas supaya hasil pencernaan boleh diangkut dengan cepat.

Rajah 14.9: Vilus Usus Kecil

140

Proses dan Penyerapan Karbohidrat Karbohidrat ialah kumpulan sebatian yang terdiri daripada tiga unsur, iaitu karbon, hidrogen dan oksigen dalam nisbah 1:2:1. Glukosa, galaktosa dan fruktosa mewakili hasil muktamad pencernaan karbohidrat. Proses yang menghidrolisiskan disakarida kepada monosakarida seperti ditunjukkan di bawah: - Maltosa + air hidrolisis glukosa + glukosa - Sukrosa + air hidrolisis glukosa + fruktosa - Laktosa + air hidrolisis glukosa + galaktosa Semua karbohidrat dicernakan kepada glukosa yang kemudian disimpan oleh hati dalam bentuk glikogen. Makanan berkanji seperti roti menyediakan karbohidrat yang banyak. Tapak utama penyerapan monosakarida tersebut ialah duadenum dan bahagian proksimal jejunum. Justerus, apabila kime tiba ke ileum, hampir semua karbohidrat yang dimakan telah diserap. Glukosa dan galaktosa diserapkan dari lumen usus melalui mekanisme pengangkutan aktif, manakala penyerapan fruktosa terjadi secara pasif.

Proses dan Penyerapan Lipid Lipid merupakan sebatian hidrofobik. Oleh itu lipid tidak larut dalam air tetapi hanya larut dalam lipid yang lain serta pelarat organik seperti alkohol dan aseton. Contoh lipid ialah lemak, minyak, lilin, fosfolipid dan steroid. Tapak utama pencernaan lemak ialah duodenum dan jejunum proksimal. Langkah pertama pencernaan lemak dalam lumen duodenum ialah penguraian molekul lemak kepada saiz kecil supaya lipase pankreas dapat bertindak ke atasnya. Proses ini yang dikenali sebagai emulsifikasi memerlukan garam hempedu. Garam hempedu mengurangkan ketegangan permukaan lemak dan mempermudahkan pemecahannya kepada titis-titis halus. Dengan cara ini, jumlah luas permukaan lemak bertambah dan membolehkan tindakan lipase yang lebih berkesan. Lipase pankreas bertindak ke atas trigleserida lalu menghasilkan asid lemak bebas, monogliserida dan gliserol. Di dalam sel, asid lemak mengalami esterifikasi dengan cepat dan membentuk trigliserida.

141

Proses dan Penyerapan Air dan Eletrolit - Pada umumnya, sambil bahan terlarut diserap dari lumen usus, sejumlah air yang setara secara isotomik juga diserap. - Penyerapan air juga terjadi dalam kolon supaya kurang daripada 250ml air dikumuhkan.

Proses dan Penyerapan Vitamin Vitamin ialah sebatian organik yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit untuk memelihara kehidupan manusia. Vitamin digunakan dalam bentuk asalnya dan tidak boleh dicernakan kepada bentuk yang lebih ringkas. Vitamin diperlukan untuk tindak balas kimia dalam sel sebagai koenzim. Vitamin tidak dapat disintesiskan (kecuali vitamin D dan K) oleh badan manusia. Oleh itu kita mesti memperoleh vitamin dalam bentuk asalnya melalui makanan. Vitamin dapat dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu vitamin larut lemak, vitamin A, D, E dan K dan vitamin larut air, vitamin B kompleks dan vitamin C. Vitamin larut lemak tidak dikumuhkan keluar melalui kencing tetapi disimpan dalam badan.

142

Tajuk 15
Sinopsis

Pemakanan dan metabolisma

Tajuk dalam modul ini merangkumi pengenalan metabolisma selular, laluan metabolik, diet dan pemakanan dan bioenergetik. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Mengklasifikasikan kumpulan makanan 2. Menjelaskan metabolisma makanan Kerangka konsep tajuk 15 modul ini

Pemakanan dan Metabolisma

Metobolisma selular

Laluan Metabolik

Diet dan Pemakanan

Bioenegetik

15.0

Pemakanan dan Metabolisma Metabolisma adalah berkaitan dengan segala perubahan yang berlaku di dalam

badan berhubung dengan kegunaan bahan-bahan makanan. Semua makhluk yang hidup akan mengalami proses metabolisma. Kadar metabolisma akan bertambah secara berlipat ganda apabila seseorang melakukan pekerjaan seperti pergerakan atau

143

penghadaman makanan. Sebaliknya semasa kita berehat, kadar metabolisma akan berkurangan. 15.1 Metabolisme Selular Metabolisma adalah jumlah tenaga yang diperlukan bagi menetapkan suhu badan. Metabolisme merupakan tindak balas kimia yang berlaku dalam sel hidup untuk menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Proses metabolisme merupakan asas yang membolehkan sel membesar dan membiak, mengekalkan struktur mereka dan bertindak balas terhadap persekitaran mereka. Selain itu, metabolisma juga untuk menggalakkan organ-organ penting dalam tubuh untuk bekerja.

Dalam proses metabolisma, dua perubahan berlaku: (a) Pembinaan (anabolisma) Proses pembinaan otot dan lain-lain tisu dalam badan. Pembinaan ini boleh berlaku daripada asid amino yang diperoleh daripada protein, atau daripada lemak. Hasil daripada pembinaan asid amino dan lemak adalah asid lemak atau gliserol. Kadar anabolisma yang tinggi berlaku semasa pertumbuhan dan semasa penyembuhan daripada penyakit. (b) Pengungkaian (katabolisma) Proses mengungkaikan lemak atau glukos kepada karbon dioksida dan air. Tujuannya adalah untuk membebaskan tenaga bagi melakukan kerja. Kadar katabolisma yang tinggi berlaku semasa seorang dijangkiti penyakit dan semasa waktu mati akibat kelaparan. Kita mendapat tenaga melalui bahan makanan yang kita makan. Tiga jenis zat makanan yang membekalkan tenaga adalah karbohidrat, protein dan lemak. Tenaga daripada tiga jenis zat makanan adalah untuk: Menetapkan suhu badan;

144

Menggalakkan kecergasan tugas organ penting seperti bernafas, pengaliran darah dan penguncupan jantung; dan Menjalankan pergerakan kerja seharian.

Istilah kadar metabolisma basal (BMR) merujuk kepada jumlah keseluruhan aktiviti metabolisma. Kadar metabolisma basal diambil sewaktu badan dalam keadaan rehat dari segi fizikal dan mental. Kenapa dilakukan dalam keadaan rehat? Kerana pada waktu ini, tisu bekerja pada tahap yang paling minimum dan menyebabkan kadar oksigen yang diperlukan adalah sedikit. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar metabolisma seseorang. Faktorfaktor tersebut adalah saiz tubuh, umur, jantina, iklim, kepanasan, jenis pakaian dan jenis pekerjaan. Namun, kadar metabolisma bergantung kepada aktiviti yang dilakukan oleh individu. Kadar metabolisma individu yang berkerja manual seperti berkebun adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan individu yang bekerja di pejabat yang banyak duduk. Kadar metabolisma pada penyakit juga berbeza dan dipengaruhi oleh beberapa kelainan pada kelenjar tiroid. Keadaan hipertiroidisma akan meningkatkan kadar metabolisma kerana kelenjar tiroid melakukan kegiatan yang berlebihan. Manakala, penyakit yang aktiviti kelenjar tiroidnya kurang seperti kretinisma dan miksedema akan menurunkan kadar metabolisma. Kadar metabolisma disukat dengan mengira jumlah haba yang dihasilkan dalam badan. Seseorang mestilah benar-benar berehat tanpa memakan apa-apa bagi tempoh 12 jam pada suhu udara biasa. Jika keputusannya adalah +10, membawa erti bahawa adalah 10% melebihi kadar biasa. Jika keputusannya -10 bererti 10% kurang daripada kadar biasa. Kadar yang tinggi biasanya berlaku pada lelaki muda dan mempunyai permukaan badan yang luas. Faktor ini menyebabkan kehilangan haba dengan lebih banyak. Oleh itu, manusia perlu makan untuk menggantikan haba yang hilang. Kita juga perlu makan untuk mengekalkan penghasilan tenaga semasa penghasilan haba berlaku. Jumlah tenaga yang dikeluarkan oleh zat makanan dalam nilai kalori adalah: Protein = 17kJ (4.1kcal) setiap gram 145

Lemak

= 38kJ (9.3kcal) setiap gram

Karbohidrat = 17kJ (4.1kcal) setiap gram

Manusia memerlukan kalori untuk: Mencegah kehilangan berat badan; Mengekalkan suhu tubuh; dan Membekalkan tenaga bagi aktiviti semua sel, tisu, kelenjar dan organ.

Kadar metabolisme membabitkan tiga perkara asas: 1. Kadar metabolik asas yang merangkumi keperluan untuk membolehkan badan berfungsi dengan baik. Biasanya setiap orang menggunakan sehingga 75% daripada tenaga daripada tenaga harian untuk tugas ini. 2. Pencernaan dan penyerapan makanan. Kira-kira 10% daripada kalori harian digunakan untuk tugas ini. 3. Aktiviti fizikal harian seperti bersenam pula akan membakar baki tenaga yang ada. Berapa banyak tenaga dibakar bergantung kepada tahap aktiviti yang dilakukan.

15.2 Laluan Metabolik (a) Metabolisma Karbohidrat Karbohidrat berubah menjadi kanji dan gula hasil daripada tindak balas dengan enzim dalam air liur. Gula dan kanji akan dicernakan menjadi glukosa dan diserapkan ke dalam darah. Glukosa yang dibawa oleh darah akan disimpan dalam hati dan otot tulang dipanggil sebagai glikogen. Pada peringkat ini, aktiviti insulin adalah diperlukan. Semasa aktiviti otot berlaku, glikogen akan digunakan. Glikogen yang telah digunakan akan digantikan kembali dengan glukosa gula darah mengikut keperluan tubuh badan. Semasa kita sakit pula, badan memerlukan kalori yang banyak. Karbohidrat merupakan bahan makanan yang senang dicernakan dan diasimilasikan. Oleh itu, 146

kita memerlukan lebih banyak makanan berkarbohidrat berbanding makanan berprotein dan lemak. Proses pencernaan adalah proses yang menukarkan bahan makanan kepada bentuk kimia yang boleh diserap oleh sel-sel dalam badan. Semasa pencernaan, ptialin bertugas untuk mengubah kanji masak menjadi maltosa. Enzim di dalam usus iaitu invertasi, maltase dan laktase bertugas menghasilkan pemecahan akhir pada maltosa menjadi pelbagai monosakarida. Monosakarida yang terhasil adalah laevulosa, glukosa dan galaktosa. Semasa penyerapan, monosakarida akan diserap ke dalam darah. Kawalan insulin dan aktiviti hati pada saat ini adalah berfungsi untuk mengekalkan peratus gula darah. Haba dan tenaga dibekalkan hasil daripada pengoksidaan karbohidrat dalam tisu. Selebihnya disimpan sebagai lemak dan menjadi penambah berat badan. Hasil muktamad metabolisma karbohidrat adalah dalam bentuk karbon dioksida dan air. Air disingkirkan melalui sistem perkumuhan iaitu sebagai air kencing (sistem urinari) dan peluh (kulit). Manakala, karbon dioksida dikeluarkan dari sistem tubuh melalui paru-paru. (b) Metabolisma Lipid (Lemak) Lemak disimpan dalam tisu adiposa oleh tubuh badan. Lemak akan dikeluarkan apabila diperlukan dan berubah menjadi gliserol dan asid lemak semasa simpanan dalam hati. Lemak diubah menjadi gliserol dan asid lemak kerana inilah bentuk yang paling mudah dapat digunakan oleh tubuh badan. Untuk menghasilkan haba dan tenaga dalam tisu, lemak digunakan sebagai bahan api dalam proses pembakaran. Lemak terbakar keseluruhannya menjadi karbon dioksida dan air jika terdapat jumlah gula yang mencukupi. Tetapi jika jumlah gula yang ada hanya sedikit atau tiada langsung, pembakaran menjadi tidak lengkap. Hasil daripada pembakaran yang tidak lengkap ini adalah bahan keton. Jika zat keton yang dihasilkan terlalu banyak maka, ketosis akan berlaku. Selalunya ketosis berlaku kepada individu yang sedang dalam keadaan kelaparan di mana tubuh tidak mempunyai sesuatu untuk digunakan kecuali lemak dalam tisu 147

adiposa. Ini juga berlaku pada pesakit diabetes dan pengamal diet yang mengambil terlalu banyak lemak tetapi kurang karbohidrat. Dalam proses pencernaan, terdapat sedikit hidrolisis lemak yang dihasilkan oleh lipase gastrik. Manakala lipase pankreas dan lipase usus memecahkan lemak menjadi gliserin dan asid lemak. Dalam penyerapan pula, gliserin dan asid lemak akan diserap oleh lakteal dan disalurkan ke duktus toraksik kemudian masuk ke dalam aliran darah. Apabila sudah berada di dalam darah, lemak akan dihantar ke setiap sel di tubuh badan. Lemak yang sudah dioksidasikan di hati akan disimpan di dalam tisu. Semasa disimpan di dalam hati, sesetengah lemak dioksidakan oleh karbohidrat untuk menghasilkan haba dan tenaga. Sebahagian lemak yang mengandungi vitamin A dan D akan disimpan. Hasil akhir yang menjadi bahan buangan adalah sama seperti yang berlaku dalam metabolisma karbohidrat iaitu karbon dioksida dan air. Cara perkumuhannya juga sama iaitu karbon dioksida oleh paru-paru, manakala air oleh kulit dan sistem urinari. Keperluan lemak oleh seorang individu adalah tidak kurang daripada 50gm setiap hari. Tubuh memerlukan 30% kalori daripada lemak. (c) Metabolisma Protein Protein diubah menjadi asid amino oleh tindakan dengan enzim bendalir perut, pankreas dan usus. Asid amino diperlukan untuk tugas pertumbuhan dan pembaikan tisu tubuh. Jumlah asid amino yang dipecahkan di dalam hati adalah banyak jika kita mengambil makanan yang mengandungi banyak protein. Asid amino dipecahkan untuk mengeluarkan nitrogennya, maka yang tinggal untuk penghasilan haba dan tenaga adalah karbon, hidrogen dan oksigen. Semasa proses pencernaan di dalam perut, pepsin menukarkan protein menjadi pepton. Sementara di dalam usus pula, tripsin bertugas untuk memecahkan protein dan pepton kepada polipeptida. Kemudian daripada polipeptida ditukarkan menjadi asid amino hasil tindak balas dengan erepsin. 148

Pada proses penyerapan yang berlaku dalam darah, asid amino akan membawa nitrogen dan sulfur ke setiap sel dalam tubuh. Untuk pertumbuhan dan pembaikan, asid amino yang diperlukan akan dipisahkan oleh sel tubuh. Hasil kumuh daripada metabolisma protein adalah urea, sedikit asid urik dan kreatinin. Semua bahan kumuh ini disingkirkan ke dalam bentuk urin oleh ginjal. Sebanyak lebih kurang 30gm urea disingkirkan setiap hari dari badan melalui jalan ini bersama dengan sedikit asid urik dan kreatinin. o Kawalan metabolisma dilakukan oleh dua faktor iaitu: (i)Sistem saraf pusat dan tidak sedar (involuntari) Apabila tiada bekalan saraf pada sekelompok otot maka kelumpuhan akan berlaku. Otot akan menjadi kurus, bahagian tersebut tidak dapat berfungsi dan pertumbuhan bahagian tersebut akan terbantut. (ii)Organ endokrin Seperti yang kita pelajari dalam sistem endokrin, terdapat organ tertentu menghasilkan zat yang bersifat kimia untuk mengawal kesihatan tubuh. Contoh; aktiviti metabolisma menjadi berkurangan apabila rembesan kelenjar tiroid tiada, manakala kadar metabolisma meningkat secara mendadak apabila rembesan tiroid terlalu banyak. 15.3 o Diet dan Pemakanan Pemakanan ialah suatu sains atau ilmu pengetahuan mengenai makanan yang diperlukan oleh manusia untuk hidup, tumbesaran, menjalankan kerja-kerja pembiakan dan penyusuan. o o Makanan seimbang ialah satu makanan yang mengandungi kelima-lima jenis zat makanan dalam kadar yang diperlukan utuk menjaga kesihatan. Selain karbohidrat, protein dan lemak, badan memerlukan garam galian, vitamin dan air Kalsium dan fosforus untuk tulang dan gigi Ferum membentuk bahan hemoglobin

149

Kalium memelihara tekanan osmosis bendalir badan, plasma dan darah selain membantu dalam pengecutan otot yang normal. Iodin untuk membentuk hormon kelenjar tiroid. Sulfur untuk membentuk sel-sel kulit, rambut dan kuku. Fluorin membentuk tulang dan gigi yang kuat. VITAMIN FUNGSI Membina pigmen penglihatan pada retina A proses penuaan. Membantu pembinaan dan pemeliharaan tulang dan gigi. Membentuk sel darah merah. E Penting untuk memelihara sistem pembiakan yang sihat. K B1 Terlibat dalam pembentukan trombin yang diperlukan dalam pembekuan darah Membantu fungsi normal sistem saraf. Untuk pertumbuhan badan. Membantu perkembangan sistem saraf. Memelihara kesihatan kuit. Membina tisu penghubung (kolagen) KESAN - rabun malam kering - kerosakan gigi - riket - osteomalasia menyebabkan kemandulan Darah sukar membeku Beri-beri Kekejangan otot, kelesuan, koordinasi motor terganggu. Skursi, luka lambat sembuh, anemia.

Memelihara kesihatan kulit dan melewatkan - penyakit mata

B5

Air terkandung dalam semua makanan semula jadi. Sumber air dalam makanan termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, susu, jus buah-buahan, sup dan air minuman. Air memainkan peranan penting kerana air membentuk 70% daripada berat bedan manusia. Air bertindak sebagai medium untuk tindak balas biokimia dalam sel. Air juga mengawal atur suhu badan, menjadi medium pengangkutan, menyingkirkan hasil perkumuhan dan lain-lain.

150

Rajah 15.1: Pemakanan Seimbang o o o Tenaga ialah keupayaan untuk bekerja. Tenaga kimia yang terdapat dalam makanan adalah sumber tenaga manusia untuk hidup dan bekerja. Tenaga matahari adalah sumber asas semua tenaga yang boleh ditukarkan kepada bentuk kimia dalam makanan. Berikut adalah keperluan kalori bagi individu yang menjalankan aktiviti, umur dan jantina yang berbeza. Jadual 15.1: Keperluan Kalori Aktiviti /Jantina dan umur Lelaki yang sedentari Lelaki yang sederhana cergas Lelaki yang sangat cergas Perempuan yang sedentari Perempuan yang sederhana cergas Perempuan mengandung Perempuan menyusukan anak Kanak-kanak 2 3 tahun Kanak-kanak 4 5 tahun Kanak-kanak 6 7 tahun Kanak-kanak 8 9 tahun 151 Jumlah kalori 2,100kcal 2,500kcal 3,000kcal 1,750kcal 2,100kcal 2,000kcal 2,500kcal 750kcal 1,000kcal 1,300kcal 1,600kcal

Kanak-kanak 10 11 tahun Kanak-kanak 12 15 tahun o

1,800kcal 2,100kcal

Berikut adalah peruntukan protein yang diperlukan di negara tropika. Jadual 15.2: Peruntukan protein yang diperlukan di negara tropika Lelaki dewasa Perempuan dewasa Budak lelaki Budak perempuan Budak 2 -9 tahun Perempuan mengandung Perempuan menyusukan anak 65gm setiap hari 55gm setiap hari 80gm setiap hari 70gm setiap hari 40 60gm setiap hari 80gm setiap hari 85gm setiap hari

15.4 Bioenergetik 15.4.1 Regulasi Haba o Regulasi haba bermaksud bagaimana kita menyeimbangkan haba yang berada dalam tubuh badan. Keseimbangan haba adalah apabila kita berehat atau menggunakan sedikit tenaga, suhu badan adalah pada takat 37C. Sebagai kesimpulannya, tenaga yang kita gunakan untuk aktiviti ringan sentiasa dibebaskan ke persekitaran. Oleh itu, keseimbangan suhu dapat dikekalkan. o o o o Keseimbangan haba tercapai apabila kehilangan haba sama dengan penghasilan haba. Kehilangan haba berlaku melalui perolakan, pengaliran, pancaran dan penyejatan. Suhu badan dapat dikekalkan pada takat 37C ketika rehat atau semasa melakukan aktiviti melalui sistem regulasi termal (thermoregulation). Pendedahan yang ekstrem kepada haba boleh mengurangkan prestasi kerja, malah mudah terkena penyakit serius berkaitan cuaca panas Serious Heat Illnesses dan kematian. o Heat Illnesses boleh dikurangkan melalui: Pengambilan air yang cukup dan penggantian elektrolit; Penyesuaian dengan iklim haba; dan Kesedaran tentang had bebanan melalui aktiviti yang dilakukan, pakaian dan haba persekitaran.

152

Kehilangan Haba o Kehilangan haba boleh berlaku pada tubuh badan melalui empat faktor iaitu: (i) Perolakan (convection) Pemindahan haba dari satu tempat ke tempat yang lain melalui pergerakan sesuatu bahan panas. Contohnya udara yang bertiup dari kipas ke atas permukaan kulit memindahkan udara panas daripada badan dan digantikan dengan udara sejuk. Seseorang individu yang berlari akan kehilangan haba secara perolakan sama seperti individu yang berdiri di udara. Kadar kelajuan dan suhu udara yang bertiup ke atas permukaan kulit menentukan jumlah haba yang hilang daripada tubuh badan. (ii) Pengaliran/konduksi (conduction) Pemindahan haba antara dua objek yang berbeza suhu yang bersentuhan antara satu sama lain. Selalunya arah pengaliran haba adalah dari objek panas ke objek sejuk. Contohnya apabila kita memegang ais, haba dari tapak tangan akan mengalir ke ketulan ais dan mencairkannya. Begitu juga apabila kita menyentuh dapur yang panas, haba dari dapur akan berpindah ke tangan kita. (iii) Radiasi (radiation) Molekul dalam badan kita adalah sentiasa bergetar. Oleh itu, haba akan dikeluarkan secara berterusan dari tubuh dalam bentuk gelombang elektromagnetik. Radiasi adalah pemindahan haba antara objek melalui gelombang elektromagnetik. Contohnya apabila seseorang berada di dalam bilik, dia akan memancarkan haba ke dinding bilik dan pada masa yang sama perkara sebaliknya berlaku. Kita akan memperoleh haba apabila objek di sekeliling lebih panas daripada suhu badan, manakala kita akan kehilangan haba apabila badan lebih panas daripada objek di sekeliling kita. 153

Oleh itu, kita akan kehilangan haba apabila hanya sedikit awan yang menutupi matahari dan apabila kita berada di tengah panas antara pukul 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang. (iv) Penyejatan (evaporation) Penyejatan berlaku melalui perpeluhan. Perpeluhan tidak nyata berlaku semasa berehat juga menyebabkan penyejatan. Penyejatan berlaku apabila air bertukar menjadi wap. Contohnya seorang bekerja kuat dan berpeluh, badan akan menjadi sejuk apabila penyejatan peluh bertukar kepada wap pada permukaan kulit. Namun, apabila peluh tidak dapat disejat dan mengalir ke bawah, penyejukan tidak berlaku. Pada setiap gram penyejatan peluh berlaku, kita kehilangan 0.580 kcal haba. Penghasilan Haba o Unit tenaga haba yang digunakan adalah kalori yang telah diuraikan untuk menaikkan suhu 1gm air sebanyak 1C. 1 kilokalori (kcal) adalah jumlah haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1kg air sebanyak 1C. o o Haba khusus yang perlu untuk mengubah suhu air 1C adalah 1 kcal/kg/C. Haba khusus untuk suhu tisu badan adalah 0.83kcal/kg/C. Oleh itu, seseorang yang seberat 70kg harus menyimpan 58kcal haba untuk meningkatkan suhu badan sebanyak 1C. Jumlah haba atau tenaga yang dihasilkan semasa metabolisma bergantung kepada makanan yang dioksidakan. Penghasilan haba dari metabolisma bagi individu yang sedang berehat adalah sebanyak 1.45kcal/minit atau 87kcal/jam. o Jika tiada haba yang hilang, sebanyak 1.5C suhu badan akan meningkat dari 37C ke 38.5C. Tetapi pada waktu berehat, peningkatan ini tidak berlaku kerana haba dihilangkan melalui penyejatan, pengaliran, radiasi dan perolakan.

154

Haba juga boleh diperoleh melalui radiasi, pengaliran dan perolakan. Ini boleh berlaku apabila udara dan objek di persekitaran adalah lebih panas daripada badan.

15.4.2 Regulasi haba juga berlaku melalui sistem termal. Fungsi sistem termal ialah untuk mengekalkan suhu badan secara relatif. Sistem regulasi termal terdiri daripada reseptor termal dan efektor termal. (i) Reseptor termal Reseptor termal adalah organ-organ yang sensitif kepada stimulasi termal. Dua kawasan reseptor termal adalah bahagian hipotalamus otak (pusat reseptor) dan kulit (reseptor periferal). Kedua-dua kawasan ini mempunyai dua jenis pengesan iaitu peka kepada bahang dan peka kepada sejuk. Pusat reseptor peka kepada perubahan kecil suhu pada salur darah arteri yang berubah-ubah antara 0.2 0.4C. Reseptor pada kulit pula berubah mengikut keadaan suhu sekeliling. Reseptor kulit yang mempunyai saraf yang banyak dapat mengesan kehadiran bahang. Lokasi reseptor bahang adalah di seluruh tubuh dan jumlah reseptor sejuk adalah lebih banyak daripada reseptor panas. Kedua-dua reseptor bersambung ke korteks dan pusat regulasi di hipotalamus. Tindakan dari kepekaan kepada panas dan sejuk adalah mencari tempat redup, menambah atau mengurangkan pergerakan dan lain-lain. (ii) Efektor termal Merupakan otot tulang yang merangkumi arteriol yang membekalkan darah pada kulit, kelenjar peluh dan kelenjar endokrin. Dalam keadaan sejuk atau menggigil akan meningkatkan bahang pemprosesan metabolik pada masa yang sama. Arteriol yang membekalkan darah ke kulit akan berada dalam keadaan pemvasocerutan apabila cuaca sejuk. Apabila suhu panas, ia akan menyebabkan keadaan sebaliknya. Perpeluhan mencegah kita daripada mengalami suhu lebih had kerana peluh mengewap dari kelenjar-kelenjar peluh yang berada di semua permukaan 155

tubuh terutamanya di tapak tangan, kaki dan leher. Kelenjar endokrin yang terlibat dalam regulasi haba adalah tiroid dan medula adrenal. Kelenjar tiroid akan mengeluarkan tiroksin apabila keadaan sejuk dan meningkatkan kadar metabolisma. Tahap adrenalin dan noradrenalin dan medula adrenal akan meningkatkan suhu dari pengurangan penegangan dan pengecutan.

_____________________________________________________________________

TUGASAN TERARAH Merujuk kepada Buku Latihan Essentials of human anatomy and physiology (Marieb, E.N., 2006).

156

Вам также может понравиться