You are on page 1of 3

Bentuk Kemahiran Mendengar

Bentuk kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada beberapa jenis: Mendengar secara pasif Mendengar secara bertelau-telau Mendengar tanpa tindak balas Mendengar secara membuak-buak Mendengar dengan beremosi Mendengar secara berhati-hati Mendengar secara kritikal Mendengar dengan pengamatan Mendengar secara kreatif

a) Mendengar secara pasif Mendengar secara pasif atau dikenali sebagai mendengar secara tidak interaktif adalah peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah. Pada peringkat ini si pendengar biasanya tidak berupaya menangkap makna keseluruhan ujaran yang dilafazkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarnya. Si pendengar juga jarang-jarang dapat memahami dan mengingati serta menyebutkan semula perkara-perkara yang didengar itu. Banyak perkara yang boleh mendorong kanak-kanak mendengar secara pasif. Antaranya ialah: I. II. III. Bahan yang diperdengarkan itu tidak menarik minat mereka atau kerana bahan itu merupakan perkara biasa yang tidak diolah sebaik mungkin. Bahan yang disampaikan terlalu sukar untuk difahami dan tidak sesuai dengan tahap umur pendengar dan tidak bermakna kepada mereka. Gangguan persekitaran yang tidak selesa atau kebisingan juga menyebabkan pendengar tidak memberikan perhatian kepada ujaran yang didengar Gaya penyampaian penutur yang stereotaip dan tidak pelbagai boleh menyebabkan pendengar berasa bosan dan tidak bersedia untuk mendengar dan memberikan respons.

IV.

Kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran mendengar dalam sesuatu bahasa tentu tidak dapat memahami sepenuhnya pertuturan bahasa tersebut. Keadaan menjadi lebih teruk lagi jika mereka diganggu oleh pengaruh bahasa ibunda,dialek,terhadnya perbendaharaan kata atau sebagainya.

b) Mendengar Secara Bertelau-telau Mendengar secara bertelau-telau berlaku dilalangan pelajar bahasa kedua ataupun bagi mereka yang memperlajari bahasa asing.Kemahiran ini lebih tinggi tarafnya daripada kemahiran mendengar secara pasif. Dalam kemahiran ini, pendengar biasanya kurang mampu mendengar dan menangkap bahagian-bahagian ujaran tertentu dalam sesuatu pertuturan. Mereka kurang biasa mendengar dan bertutur atau berkomunikasi dalam bahasa itu.Mereka tidak Berjaya untuk membentuk konsep dan gagal memahami ujaran yang diperdengarkan kepada mereka itu. c) Mendengar Tanpa Tindak Balas Mendengar tanpa tindak balas bermaksud pelajar-pelajar mendengar tetapi tidak membuat sebarang tindakan selepas itu. Hal ini berlaku kerana si pendengar tidak peka terhadap kata-kata yang diucapkan itu. Mungkin si pendengar tidak memahami sepenuhnya hubungan makna di antara kata-kata dalam ayat-ayat yang

diucapkan menyebabkan mereka tidak memberi sebarang reaksi sama ada marah, sedih, simpati atau sebagainya. d) Mendengar Secara Membuak-buak Hal ini berlaku dikalangan pelajar bahasa pertama. Pelajar hanya menebuk-nebuk kata atau rangkai kata yang didengar dan mengambilnya untuk tujuan tertentu. Di peringkat ini, kemahiran mendengar pelajar yang menuturkan bahasa itu masih rendah.Kemahiran mendengar secara menebuk ini juga berlaku di kelangan pelahar bahasa ibunda. Ini berlaku kerana mereka pasti yang mereka cukup berupaya memahami dan menggunakan bahasa sendiri, walhal darjah kefahaman mereka terhadap bahasa itu adalah pada peringkat yang masih lemah. e) Mendengar Dengan Beremosi Pada peringkat ini pendengar sudah mula mempunyai kemahiran dalam bahasa yang dituturkannya. Ini dikatakan begitu kerana pendengar dapat merasakan sesuatu hingga memberanngsangkan emosinya. Mereka sudah boleh mendengar, memahami dan bertindak terhadap ujaran tersebut. Mendengar secara beremosi ini berlaku kerana perkataan yang dilafazkan membawa makna yang berbeza-beza. Kemungkinan orang yang menuturkannya tidak tahu atau faham adat resam, tradisi dan budaya orang yang mendengarnya. Perkataan yang dilafazkan secara tidak berhati-hati dan tidak mengambil kira lingkungan geografis dan budaya boleh menimbulkan salah faham apabila pendengar tersilap membuat tafsiran.Contohnya,pendengar akan berasa marah jika dimarahi. f) Mendengar Secara Berhati-hati Mendengar di peringkat ini memerlukan seseorang itu mendengar dengan teliti dan secara bersungguh-sungguh. Dia harus menumpukan pendengarannya terhadap kata demi kata, rangkai kata demi rangkai kata dan ayat demi ayat di dalam sesuatu percakapan itu. Tujuan mendengar dengan teliti setiap ujaran yang dilafazkan ituadalah untuk menentukan supaya setiap butir yang dituturkan itu dapat difahami dengan tepat dan betul. Kemahiran mendengar secara berhati-hati ini boleh dicapai dengan memberikan banyak latihan mendengar kepada pelajar. Mereka dilatih untuk mempelajari bahasa lisan secara formal lebih berkesan daripada pembelajaran yang dilakukan secara tidak formal.