Вы находитесь на странице: 1из 40

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

ASAS FOTOGRAFI
Disediakan oleh : Koh Ting Zhi Lau Yan Program : S4 PISMP BC/PJ/KH 1 AMB JAN 2012 Nama pensyarah: Dr. Nizam Abd Latib

PENGENALAN
Fotografi banyak membantu dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Penggunaan media fotografi sebagai ABM dan BBM menjadi semakin mudah dan cepat kerana kini terdapat kamera dan video digital.

SEJARAH RINGKAS FOTOGRAFI


photography menulis dengan cahaya

Istilah photography diperkenalkan pada tahun 1839. Hasil fotografi boleh dianggap sebagai sebuah karya seni. Karya seni foto ialah sebuah lukisan menerusi cahaya. Tanpa cahaya, seni foto tidak boleh berfungsi.

Kamera mula diperkenalkan ketika para pelukis menghadapi masalah untuk merakamkan imej potret.
Kamera abscura
-Dicipta sekitar abd 17 dan 18. -memudahkan melukis imej berbantukan cahaya. -Dicipta sekitar tahun 1888. -dicipta oleh George Eastmen -Dicipta pada tahun 1900. -Berat: 1400 paun. -menggunakan filem sebesar 4.58 kaki.

Kamera Kodak

Kamera Mammoth

Bandingan Kamera
Zaman abscura Produk mahal Saiz besar. Era digital Produk murah Saiz kecil Mesra pengguna

Dalam era ledakan ICT: Telefon bimbit menjadi kamera. Imej fotografi dan video dimuat naik ke laman web, dikirim (e-mail), dan disimpan dalam bentuk digital.

KOMPONEN ASAS KAMERA


Lensa Shutter Apertur (aperture) Viewfinder

Kamera ialah sebuah kotak yang mempunyai lubang untuk mengawal cahaya pada satu bahagian dan mempunyai ruang untuk meletakkan filem di bahagian yang lainnya.

Lubang ini membolehkan cahaya masuk ke dalam kotak dan menyinari filem yang telah sedia dimasukkan untuk membentuk imej. Cahaya bergerak dari subjek yang dikumpul dan difokuskan oleh lensa, kemudian melalui apertur dan shutter yang terletak di depan filem.

Lensa / kanta
Digunakan untuk membentuk imej yang jelas di atas permukaan filem di dalam kamera. Lensa yang berlainan jarak fokus digunakan untuk membentuk imej yang berlainan saiz di atas filem. Jarak fokus Lensa disukat dalam unit mm. Jarak fokus normal akan membentuk satu saiz imej biasa pada mana-mana jenis kamera.

Jarak fokus normal mengikut saiz filem:

Saiz filem 110 126/127 35 120

Jarak fokus normal 25mm 45mm 50mm 75mm

Lensa Bidang Luas = 6mm-45mm Lensa Biasa = 43mm-50mm

Lensa Foto Jauh = 85mm-120mm(gambar potret) = 135mm-200mm(sukan) = 300mm-600mm(pergerakan, alam semula jadi, dan hidupan liar) Lensa Zoom=28mm-50mm: sudut luas ke normal =50mm-100mm: normal ke sederhana =70mm-200mm: normal ke jauh =135mm-300mm: sederhana ke jauh

Lensa zoom berguna pada subjek-subjek yang berubah dengan cepat dan jurugambar tidak ada masa untuk menukarkan lensa lain. Fokus ialah satu proses untuk mengubah jarak lensa dari permukaan filem supaya satu imej subjek yang jelas akan terbentuk di atas permukaan filem. Proses ini dilakukan dengan cara memutar pelaras fokus lensa ke kiri atau ke kanan, sambil jurugambar melihat subjek pada pemidang tilik.

Apertur (Saiz Bukaan Lensa)


Apertur ialah gegelang yang boleh membesar dan mengecil, berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya yang akan menuju ke filem. Sekala pada gegelang apertur ini berukuran/ ditanda dengan f atau f-stop. Skala pada gegelang: f2.8/3.8, f4, f5.6, f8, f11, f16, f22 Nombor yang keci(f.2.8) menunjukkan saiz bukaannya besar, nombor yang besar(f22) menunjukkan saiz bukaannya kecil.

Shutter (Pengatup)
Sebuah tingkap yang menutup permukaan filem daripada terkena cahaya. Tingkap pengatup akan hanya dibuka untuk jangka masa dedahan tertentu yang sesuai untuk mendapat gambar foto yang cantik. Indek kelajuan pengatup ditunjukkan dengan angka B, 1, 2, 4, 6, 15, 30, 60, 125, 500, dan 2000.(tanda 1= kecepatan 1/1 saat) Lebih besar indek kelajuan maka lebih singkat masa dedahan dibenarkan.

Filem
Filem ialah media (biasanya plastik lembut) yang diselaputi oleh bahan kimia silver halide crystals yang sensitif cahaya. Silver halide crystals akan membentuk imej apabila cahaya dibiarkan jatuh ke atasnya. Jenis-jenis filem:

Filem sangat peka pada cahaya. Kadar kepekaan filem yang berlainan ukuran adalah tidak sama. Semakin tinggi nombor kepekaannya semakin tinggi dan sekiranya nombornya kecil kepekaannya semakin rendah. Filem dengan kepekaan tinggi perlu digunakan sekiranya anda mengambil gambar di tempat yang kurang cahaya seperti dalam bilik yang bercahayakan lilin atau di ruang yang malap.

Dedahan cahaya yang tepat kepada filem bergantung pada 3 faktor: 1. Sensitiviti atau kelajuan filem 2. Bukaan apertur lensa 3. Kelajuaan shutter

3 faktor ini menentukan kualiti fotografi yang dihasilkan.

PENGGUNAAN LAMPU KILAT(FLASH)

1. Halaan terus ke objek (direct flash)


Teknik ini biasanya digunakan oleh semua orang. Hasilnya kurang baik jika seseorang itu mengambil foto potret yang memakai cermin mata. Cahaya flash akan memantul dari permukaan cermin mata model. Potret kurang menarik jika latar belakang telalu rapat dengan model yang akan menyebabkan bayang yang keras terbina di sebelah model.

2. Halaan pantulan (bounce flash)


Teknik ini menarik digunakan pada penggembaran potret. Kita boleh menghalakan flash ke siling rumah atau bilik. Cahaya pantulannya akan melembutkan muka model.(baik untuk model wanita) Biasanya teknik ini akan menggunakan apertur lubang besar.

3. Penggunaan filter pada flash


Teknik ini boleh digunakan dengan meletakkan filter khas yang boleh dibeli dari kedai-kedai fotografi. Filter boleh melembutkan cahaya flash dan memberikan warna khas pada foto anda. Flash binaan digital telah tersedia dengan kad reflektor dan filter.

4. Flash berkembar
Teknik ini boleh memberikan tambahan cahaya, tetapi perlu berhati-hati jika anda menggunakan apertur yang besar atau kecil. Flash berkembar akan membantu ketika merakam foto dari jarak jauh. Anda boleh menggunakan dua flash bersama alat tambahan Slef Unit.

5. Simbahan manual
Simbahan manual bermaksud anda menyimbahkan cahaya flash dengan cara menekan butang test berulang kali ketika merakam foto menggunakan low shutter speed.

JENIS KAMERA

Kamera kompak (Kamera Fokus Tetap)


Kamera jenis ini tidak mempunyai mekanisme fokus, sebaliknya yang ada hanya sebuah penilik pandangan yang kedudukannya jauh sedikit dari lensa. Kebanyakan kamera jenis ini mempunyai apertur tetap dan tidak boleh diubah suai. Tetapi ada juga kamera jenis ini yang mempunyai apertur pelaras yang mudah yang ditandakan dengan lambang-lambang.

Kamera Satu Lensa Refleks (SLR)


Kamera SLR tidak mempunyai tingkap penilik pandang di sebelah depannya. Ia hanya mempunyai tingkap menenang di sebelah belakang. Imej yang dilihat pada tingkap penilik pandangan masuk melalui lensa yang memancarkan imej ke filem. Ia dilengkapkan dengan sistem lensa yang boleh ditukar ganti. Lensa boleh ditukar tanpa merosakkan filem yang telah diisi ke dalam kamera.

Kamera Digital
Kamera digital kini semakin popular kerana harganya berpatutan dan mudah digunakan. Perbezaan ketara antara kamera digital dengan kamera menggunakan filem ialah kamera digital mempunyai sensor elektronik menggantikan filem. Pengguna dapat melihat dengan segera imej yang sudah dirakamkan pada skrin preview dan boleh membuat keputusan sama ada akan menyimpan imej tersebut, memadam atau merakam semula.

Teknik Penggambaran
1. Kamera dipegang dengan teguh 2. Jangan menghalang bidikan 3. Gunakan Flash apabila cahaya suram.

Jenis Teknik Penggambaran Fotografi


Teknik Jarak dekat Imej yang dirakamkan dari jarak dekat dapat menjadi sumber yang membantu PnP apabila guru ingin memberikan fokus terhadap sesuatu kandungan yang pengetahuan kepada pelajar

Teknik Jarak Sederhana Digunakan untuk foto pemandangan Foto yang memaparkan imej yang luas untuk memberikan maklumat yang lebih banyak dan terperinci dapat dihasilkan melalui teknik jarak sederhana. Imej pemandangan dan persekitaran sangat sesuai dijadikan bahan bantu mengajar kerana imej yang menyeluruh itu meluaskan pemandangan pelajar terhadap sesuatu perkara.

Teknik Panning Digunakan untuk foto aksi atau sukan. Hasil teknik ini ialah imej yang bergerak itu kelihatan jelas, tetapi objek statik akan kelihatan kabur. Teknik: Pusingkan bahagian atas badan anda mengikut pergerakan subjek semasa anda menekan shutter bagi dedahan sehingga selesai shutter tertutup.

Muat Turun Imej


Muat Turun Imej ke Komputer Semua produk kamera digital membekalkan perisian dan aksesori bagi memudahkan pengguna memuat turun imej fotografi dari kamera ke komputer atau pencetak. 1. Anda perlu memasang (install) perisian, supaya dapat menyambung USB ke komputer. 2. Jika belum install, anda boleh memuat turun imej dengan menggunakan card reader. 3. Pengguna juga boleh menggunkan perisian komputer yang lain

Perisian-perisian tersebut dapat membantu anda memuat turun imej supaya dapat disunting dan dimanipulasi sehingga kadangkadang menghasilkan produk penyudah dan menakjudkan. Perisian yang disediakan oleh Microsoft

Menu Tools Untuk menyunting Secara Manual


Brightness and Contrast Menyunting kecerahan dam kontras Menyunting warna

Colour

Crop

Menyunting saiz imej

Rotate and Flip

Menyunting kedudukan imej

Red Eye Removal

Menyah titik merah di mata imej apabila foto dihasilkan menggunakan flash

Peranan Fotografi Dalam PnP


1. Menarik minat pelajar untuk mengikut pengajaran guru. 2. Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu konsep atau tema yang hendak disampaikan oleh guru. 3. Merangsang pemikiran pelajar untuk berfikir lebih jauh dan mendorong penerokaan dan perkembangan idea pelajar. 4. Memudahkan tugas guru dalam menerapkan nilai dan kesedaran dalaman ke dalam jiwa pelajar.

SOALAN
1. Nyatakan perbezaan antara kamera abscura dan kamera digital. 2. Sila nyatakan 4 komponen asas kamera. 3. Banyak teknik boleh dipraktikan ketika menggunakan flash. Sila nyatakan teknik-teknik tersebut dan huraikan. 4.Terdapat 3 teknik penggambaran asas. Sila nyatakan dan menghuraikan kesannya dalam PnP 5. Nyatakan peranan fotografi dalam PnP 6. Memilih dua daripada peranan fotografi dalam PnP dan membuat huraian dengan mengaitkannya dengan subjek dan cara untuk melaksanakannya.

Sekian Terima Kasih

Вам также может понравиться