Вы находитесь на странице: 1из 2

PERTANDINGAN FUTSAL ANJURAN KUMPULAN T1SAINS, IPG KAMPUS PULAU PINANG

14 Mac 2013, Khamis Kumpulan T1SN telah menganjurkan satu pertandingan futsal antara kumpulan-kumpulan PPISMP dan PISMP tahun 1 pada 14 Mac 2013 pukul 5 petang. Ia merupakan satu pertandingan liga yang bertempat di padang IPG Kampus Pulau Pinang. Pertandingan futsal ini telah diadakan secara berasingan kepada guru pelatih lelaki dan guru pelatih perempuan. Sebanyak empat kumpulan bagi kategori guru pelatih lelaki dan lima kumpulan bagi kategori guru pelatih perempuan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Antara kumpulan peserta lelaki yang terlibat ialah Mugiwara, Tiger, Sky Reborn dan Bismillah FC manakala kumpulan yang melibatkan peserta perempuan ialah Amilin, Sejarah, Merlin Merlap, Tesl 2 dan Tesl 3. Bismillah FC merupakan johan bagi kategori peserta lelaki dan Amilin telah muncul sebagai johan dalam kategori peserta perempuan. Secara keseluruhannya, hampir semua peserta telah menunjukkan kesungguhan mereka semasa pertandingan ini dijalankan dan kerjasama yang padu telah diberikan kepada pihak penganjur untuk menjayakan pertandingan futsal ini.

Вам также может понравиться