Вы находитесь на странице: 1из 1

Cabaran Dalam Kesatuan Sekerja

Kesatuan sekerja adalah suatu elemen penting dalam perhubungan perindustrian. Kesatuan Sekerja terdiri daripada sekumpulan pekerja yang bergabung untuk melindungi kepentingan bersama dan mengadakan perundingan dan perjanjian bersama dengan majikan demi menjamin hak dan faedah pekerja. Kesatuan sekerja adalah pertubuhan yang bukan sahaja terhad kepada pekerja-pekerja biasa malahan termasuk mereka yang berada dalam kategori pengurusan, penyelia, eksekutif dan sebagainya. Kewujudan kesatuan pada dasarnya berfungsi mengimbangi perbezaan kedudukan antara majikan dan pekerja. Dengan wujudnya kesatuan yang bersifat sebagai orang tengah, berbagai -bagai masalah yang melibatkan majikan dan pekerja dapat diatasi. Di samping itu, pekerja juga memperoleh faedah-faedah tertentu mengikut perjanjian bersama seperti mana yang dituntut oleh kesatuan tanpa mengira sama ada dia adalah ahli kesatuan ataupun tidak. Dari sudut pandangan seseorang majikan , pekerja yang menganggotai kesatuan sekerja boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan.

Вам также может понравиться