Вы находитесь на странице: 1из 1

Kontemporari ini, keadaan ekonomi di dunia tidak sebegitu memberangsangkan.

Harga barangan di pasaran juga telah mengalami kenaikan akibat permintaan yang tinggi berbanding pengeluaran dan peningkatan koa penghasilan barangan. Sebagai pengguna bijak, wajarlah kita mempraktikkan tabiat berbelanja dengan bijak. Persoalannya, apakah cara- cara untuk berbelanja secara berhemat? Salah satu cara untuk berbelanja dengan bijak adalah melalui perancangan perbelanjaan yang berdisiplin. Buatlah simpanan pada awal bulan supaya tidak mengalami masalah kekurangan duit ketika memerlukannya. Apabila kita menguruskan perbelanjaan dengan sistematik, kita dapat mengelakkan diri daripada meminjam wang daripada pihak lain. Tegasnya, perbelanjaan yang dirancang akan memastikan kita tidak berbelanja melebihi keperluan. Seterusnya, kita boleh menjimatkan duit dengan mencari alternatif untuk meminimumkan perbelanjaan. Sebagai contoh, kita boleh membeli barang buatan Malaysia yang lebih murah berbanding barangan yang diimport. Keadaan ini adalah umpama serampang dua mata kerana kita bukan sahaja dapat berjimat, malah kita juga menyokong barangan buatan negara sendiri. Selain itu, buatlah perbandingan harga ketika kita keluar membeli- belah. Melalui pengamalan tabiat menyemak iklan di pasaraya, kita dapat membuat perbezaan dengan harga yang ditawarkan di tempat lain agar dapat membeli barangan dengan harga terbaik. Deduksinya, pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk berbelanja secara bijak. Sebagai rakyat, kita haruslah menjadi pengguna yang tahu merancang perbelanjaan kita agar tidak mengalami defisit dalam pengurusan kewangan kita, bak kata pepatah sediakan paying sebelum hujan. Sekiranya semua orang tahu membuat keputusan yang terbaik ketika berbelanja, sudah tentunya kita tidak perlu meminjam wang dari bank dan melangsaikannya pada kemudian hari.

Вам также может понравиться