Вы находитесь на странице: 1из 5

Nama sebenarnya ialah Muhammad

Ibn Musa al-Khawarizmi. Selain itu,


beliau juga dikenali sebagai Abu
Abdullah Muhammad bin Ahmad bin
Yusoff. Gelaran Al-Khawarizmi yang
dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi,
al-Cowarizmi, al-karismi.
Di negara Perancis pula al-Gorism
muncul sebagai Augryam atau
Angrism. Di negara Inggeris pula dia
dikenali sebagai Aurym atau Augrim.
Manakala, nama Latinnya ialah
Aljabar.
Beliau pada tahun 194 H/780 M,
dilahirkan di Khawarizm (Kheva),
sebuah bandar yang terletak di
selatan Laut Aral di Uzbekistan
Ibu bapanya berhijrah ke sebuah
kawasan di selatan Baghdad semasa
beliau masih kecil lagi.
Beliau ialah seorang tokoh Islam yang
berpengetahuan luas meliputi bidang
falsafah, logik, aritmetik, geometri,
muzik, kejuruteraan, sejarah Islam
dan kimia.
Dalam usia muda beliau bekerja di
bawah pemerintahan Khalifah al-
Ma’mum, bekerja di Bayt al-Hikmah di
Baghdad. Beliau bekerja dalam balai
cerap untuk mendalami ilmu matematik
dan astronomi.
Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin
perpustakaan khalifah. Beliau pernah
memperkenalkan angka-angka India dan
cara-cara perhintungan India pada dunia
Islam. Beliau juga merupakan seorang
penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.
Beliau amat terkenal sebagai guru
algebra di Eropah dan menciptakan
pemakaian Secans dan Tangens dalam
penyelidikan trigonometri.
Begitu besar dan pentingnya karya Al-
Khawarizmi ini, maka karyanya tersebut
tidak hanya dibuat dalam bahasa Arab
saja, melainkan juga dalam bahasa Latin.
Tahun 780 hingga 850 M adalah zaman
kegemilangan al-Khawarizmi.
Beliau wafat antara tahun 220 dan 230
M.

Вам также может понравиться