Вы находитесь на странице: 1из 11

Ketaksamaan Peluang Pendidikan ( Nota ) Pengenalan Rakyat Malaysia cukup bertuah kerana kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran begitu

prihatin terhadap masalah dan isu-isu pendidikan serta sedaya upaya menyediakan peluang pendidikan yang terbaik dan bertaraf dunia kepada seluruh rakyat. Pelbagai isu pendidikan termasuklah isu guru, pelajar dan infrastruktur pendidikan diberi cukup perhatian. Selain itu, dasar-dasar yang digubal seperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dibentang di Parlimen turut memperkukuhkan lagi pendidikan di Malaysia. Petikan dari ucapan mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Dato Seri Hishamuddin bin Tun Hussein yang dibuat sempena perutusan tahun baru 2006 jelas menterjemahkan misi dan visi kementerian yang sedaya upaya merapatkan jurang pendidikan agar tidak ada golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Namun begitu, masih terdapat ketaksamaan peluang pendidikan kepada setiap rakyat dan etnik di Malaysia.

Perbincangan kita akan lebih berfokus kepada kelas sosial dan jantina. Bagi membincangkan topik ketidaksamaan peluang pendidikan ini, saya telah merujuk kaum Cina sebagai penanda aras. Sebagai pengenalan, masyarakat Cina adalah sebahagian daripada etnik yang bermastautin di Malaysia. Menurut laman web Wikipedia, Masyarakat Cina adalah golongan minoriti yang menduduki hampir 25 peratus daripada keseluruhan penduduk di Malaysia. Masyarakat ini kaya dengan adat resamnya, bahasa pertuturan dan sememangnya perbezaan dari segi budaya amat ketara bagi dua lagi masyarakat utama di Malaysia iaitu kaum Melayu dan India. Kelas sosial

etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain masih menebal dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Ini tergerak dek perasaan prejudis dan saling membenci akibat kecelaruan politik semasa. Faktor ini menyumbangkan masalah semakin lebarnya jurang pendidikan bagi setiap etnik di Malaysia. Sebagai contoh, di peringkat IPT, wujud fenomena etnik Cina memberi nota yang diperoleh kepada kalangan etnik mereka sahaja. Begitu juga etnik Melayu dan sebagainya. Sebagai akibatnya, pasti terdapat perbezaan ketara keputusan peperiksaan akhir setiap etnik. Sememangnya, sikap diskrimasi dan prejudis ini melebarkan jurang ketaksamaan peluang pendidikan. Jantina

Masalah ketaksamaan peluang pendidikan ini dibincangkan kepada beberapa faktor penyumbang masalah termasuklah: Kelas sosial Jantina Kumpulan minoriti Murid berkeperluan khas Isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan

Secara geografinya, etnik Cina kebiasaannya tinggal di kawasan bandar terutama bandar-bandar besar di Malaysia termasuklah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Selangor. Ini terbias daripada dasar penjajahan lampau British yang mengamalkan dasar pemerintahan pecah dan perintah. Oleh sebab itu, Etnik ini mempunyai peluang pendidikan yang lebih baik berbanding kaumkaum lain seperti Melayu yang tinggal di kawasan persisir pantai dan pedalaman serta etnik India yang tinggal di ladang-ladang dan estet. Seperti yang kita sedia maklum, isu pendidikan dari aspek prasarana lebih dititik beratkan di kawasan bandar. Selalunya, sekolah-sekolah di kawasan bandar dilengkapi dengan peralatan belajar yang lebih lengkap berbanding di luar bandar. Ini memberi kelebihan bukan sahaja penduduk di kawasan bandar tetapi juga dari segi etnik yang dirujuk iaitu etnik Cina. Di pedalaman yang rata-rata diduduki oleh etnik Melayu, mereka kurang diberi pendedahan peluang pendidikan yang baik. Oleh sebab itu, mereka hanya menganggap pendidikan ini hanyalah sekadar menulis, membaca dan mengira (3M). Setelah penguasaan asas tersebut tercapai, mereka akan lebih berminat untuk menyambung legasi ibu bapanya seperti menangkap ikan, menjual di kedai runcit dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan konsep diskriminasi yang ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok

Jurang ketidaksamaan peluang pendidikan antara jantina juga amat ketara. Lazimnya, kita mendengar sesuatu kursus yang ditawarkan di peringkat IPT sering dimonopoli oleh satu-satu jantina sahaja. Sebagai contoh perandingan, kursus kejuruteraan masih dimonopoli oleh lelaki manakala perempuan masih memonopoli hampir keseluruhan kursus di IPT termasuklah kursus perguruan. Ini jelas membuktikan bahawa ketaksamaan peluang pendidikan wujud dengan ketara di antara kedua-dua jantina ini. Faktor ini disokong oleh minat atau interest satusatu jantina itu. Kaum lelaki sememangnya sesuai serta menyukai sesuatu kursus yang mencabar dari segi fizikal, dan ini membuatkan kursus kejuruteraan menjadi monopoli mereka. Berbeza pula dengan perempuan yang lebih bersifat keibuan, mementingkan ilmu teori serta kurang terhadap aktiviti lasak, mereka pasti memilih kursus yang lebih feminin seperti bidang keguruan, kedoktoran serta kulinari. Selain itu juga, minat terhadap pelajaran juga amat ketara sekali bagi kedua-dua jantina ini. Menurut data dari Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (MCIIUM) pada tahun 2006, peratus pelajar perempuan yang layak mendaftar di MCIIUM adalah sekitar 60 peratus berbanding pelajar lelaki 40 peratus. Menurut Encik Khair

Ngadiron, bekas pengarah MCIIUM, fenomena ini disebabkan pelajar lelaki sebenarnya kurang berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertiari dan memilih kerjaya yang setimpal dengan kelulusan PMR dan SPM mereka bagi menampung keperluan harian diri. Ini berbeza dengan pelajar perempuan yang masih memikirkan ilmu itu penting bagi memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik pada masa akan datang. Menurut buku karangan Syed Ismail dan Ahmad Subki bertajuk Budaya dan Pembelajaran (2009), kadar pencapaian murid perempuan di peringkat tertiari telah meningkat daripada 0.5 peratus pada tahun 1970 kepada 4.9 peratus pada tahun 1991 sementara bagi murid lelaki adalah daripada 1.2 peratus kepada 6.0 peratus bagi tempoh yang sama. Peluang melanjutkan pelajaran bagi kedua-dua jantina ini juga berbeza. Jika disingkap kembali sejarah, zaman penjajah memperlihatkan golongan lelaki mendapat tempat dalam pendidikan kerana pada zaman tersebut, peranan lelaki sangat meluas meliputi isu pentadbiran, ketenteraan dan kepimpinan. Berbeza dengan perempuan yang mana hanya diberi pendidikan asas kerana peranan golongan ini masih kecil pada ketika itu. Jika dilihat dari konteks sekarang, golongan wanita telah mendapat tempat di peringkat IPT malah peratusannya lebih tinggi berbanding lelaki. Namun begitu, masih terdapat lagi stigma kuno yang mana perempuan perlu berada di rumah menguruskan rumah tangga dan tidak dibenarkan keluar mencari pekerjaan. Ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa wanita tidak memerlukan pendidikan yang tinggi. Justeru itu, masih ada golongan wanita yang tidak menyambung pelajaran mereka setelah tamat di peringkat menengah atau rendah.

Kumpulan ini termasuklah golongan daripada kaum Bajau, Murud, Kadazan dan sebagainya. Kaum Asli juga termasuk dalam kalangan kumpulan minoriti. Mereka sering terpisah daripada arus pembangunan dan pendidikan amnya kerana faktor geografi dan taburan penduduknya yang rata-rata tinggal di kawasan ceruk rantau dan pedalaman. Sebagai contoh, kaum asli Temiar di Pos Poi terpisah dari bandar terdekatnya Sungai Siput sejauh 20 kilometer. Untuk sampai ke situ, individu perlu menaiki pacuan empat roda atau sekurang-kurangnya motor scrambler untuk sampai ke penempatan orang asli tersebut. Ini jelas membuktikan pendidikan juga sedikit terkebelakang kerana teknologi masih kurang di sana. Oleh itu, pendidikan masih lagi bukan menjadi peranan utama anak-anak daripada golongan minoriti ini. Sebaliknya, kerja-kerja untuk mencari nafkah tetap menjadi keutamaan.

terlalu terkebelakang dari aspek pendidikan, perlu diberi pendidikan khas. Terdapat 7 kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan program pendidikan khas, iaitu: Kerencatan mental Bermasalah pembelajaran Kecelaruan tingkah laku Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi Cacat penglihatan Cacat fizikal Pintar-cerdas dan berbakat istimewa

Kumpulan minoriti ini tidak terhad kepada isu etnik dan kaum semata-mata. Golongan yang bermasalah disiplin seperti pelajar ponteng sekolah, menghisap rokok, kaki buli dan sebagainya juga dikaitkan dengan kumpulan minoriti. Ini kerana mereka tergolong daripada sekelompok kecil pelajar yang bermasalah. Kebiasaannya, mereka yang bermasalah ini kurang cemerlang dalam pendidikan. Ini ditambah lagi dengan masa yang kurang untuk membuat rujukan dan ulangkaji kerana banyak masa dihabiskan dengan kerja-kerja tidak berfaedah tersebut. Sememangnya golongan ini harus diambil perhatian serius kerana mereka turut tergolong dalam kalangan yang tidak mendapat sama rata dalam peluang pendidikan.

Golongan ini jika dibiarkan dengan arus pendidikan normal, sudah pasti mereka tidak mampu mengecapi erti kata pendidikan sebenar. Mereka tidak dapat menimba ilmu dengan baik malah pencapaian dalam peperiksaan juga akan sangat kurang baik.

Implikasi terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara Setiap tindakan atau peristiwa yang berlaku pasti akan memberi implikasi secara langsung atau tidak langung kepada golongan sasaran. Isu ketaksamaan peluang pendidikan ini akan memberi kesan atau implikasi kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara. (i) Individu

Murid berkeperluan khas Kumpulan minoriti Kumpulan minoriti ditafsirkan sebagai suatu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil ( Syed Ismail, 2009). Kumpulan ini banyak terdapat di Sabah dan Sarawak. Murid sebegini telah diberi kekurang atau kelebihan daripada manusia normal. Sememangnya, pelajar genius, lembam, down sydrom, dan sebagainya tidak dapat mengikuti arus pendidikan normal seperti kanak-kanak dan pelajar lain. Mereka samada terlalu kehadapan atau

Umumnya, sudah semestinya ketaksamaan peluang pendidikan ini akan membuatkan pelajar tersebut tidak selari dengan pencapaian pendidikan normal pelajar

lain. Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar tersebut pelajar yang lemah pelajaran kerana faktor kewangan keluarga ditambah lagi dengan tinggal di pedalaman serta kurang berminat untuk belajar pasti tidak dapat menandingi pelajar-pelajar lain yang pintar. Seterusnya, individu tersebut akan tersisih daripada arus pembangunan negara, hidup dalam kejahilan, tiada masa depan yang cerah dan juga kurangnya ilmu di dada. Mungkin juga, jika dilihat dari sudut positifnya, individu itu akan lebih berdikari. Ini kerana individu tersebut tiada kemudahan asas dan kesenangan sepertimana pelajar lain. Ini mungkin membuatkan mereka akan lebih beruasaha untuk setaraf dengan pelajar lain atau sekurang-kurangnya berdaya saing dengan yang lain. (ii) Keluarga Kita percaya bahawa pendidikan mampu mengubah nasib keluarga. Jika jurang ketaksamaan peluang pendidikan masih melebar, tidak mustahil nasib keluarga masih berada pada tahap yang sama tanpa perubahan positif. Sebagai contoh, orang asli yang masih kurang mementingkan pendidikan kurang proaktif dalam dunia global sekarang. Akibatnya, mereka lebih senang tinggal di dalam hutan seperti dahulu. Tiada kemudahan yang sempurna dan jauh sekali perkembangan teknologi. (iii) Masyarakat Implikasi kepada masyarakat lebih kepada refleks daripad implikasi kepada keluarga. Apabila kelompok keluarga yang kurang proaktif ini membentuk satu komuniti, sudah masti masyarakat tersebut terkenal dengan tidak proaktifya, mundur dari aspek pendidikan malah tercicir daripada arus pembangunan negara. Mungkin daripada kesan yang lebih buruk lagi, masyarakat ini akan terus didiskriminasi dan tidak diambil peduli oleh masyakarat lain. (iv) Negara

Sesebuah negara bergantung penuh kepada kepakaran modal insannya. Sekiranya modal insan yang diharapkan iaitu berpendidikan dan berpengetahuan luas di samping berdaya saing dan proaktif tidak mencukupi, sudah semestinya banyak dasar-dasar yang telah digubal oleh pemerintah tidak dapat dilaksanakan. Kesan daripada hal sedemikian, negara akan menjadi mundur, tidak mampu menjadi negara yang kuat dan yang paling memalukan, kedaulatan negara akan dicabul. Imej negara akan menjadi buruk dan semestinya pelbagai lagi andaian negatif bakal terjadi.

Penilaian tersebut adalah suatu yang berterusan dalam suatu jangka masa panjang Penilaian boleh diwarisi dari satu generasi ke genarasi yang lain Memberi kesan langsung kepada peluang-peluang pendidikan 2)Jantina Gender Memberi makna wujudnya status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri yang sesuai untuk lelaki dan perempuan, interaksi lelaki dan perempuan. Zaman tradisonal: fungsi wanita terhad sebagai pembantu suami. Pada zaman penjajahan peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki. Amalan patriarki iaitu menerima budaya lelaki sebagai ketua yang mempunyai kuasa dan dominasi ke atas wanita dan kanak-kanak. Sistem meritokrasi telah digunakan iaitu pemilihan berdasarkan pencapaian akademik dan bukannya gender. Kecenderungan pemilihan kursus di institusi pengajian tinggi

Kesimpulannya, isu ketaksamaan peluang pendidikan ini patut ditangani oleh bukan sahaja di pihak kerajaan, tetapi juga pihak berwajib seperti ibu bapa, guruguru, masyarakat sekeliling dan individu itu sendiri. Semua perkara mampu ditangani selagi azam dan tekad menjadi tunjang perjuangan.

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN 1) Definisi Ketaksamaan

Menurut Kamus Dewan edisi ke-3: Ketidaksamaan perihal (sifat, keadaan) tidak sama antara gambaran dan hakikat. Noran Fauziah Yaakub - keadaan di mana manusia tidak memperoleh ganjaran sosial yang sama. Perbezaan semulajadi seperti sahsiah,kecondongan yang berlainan Perbezaan darjat@taraf seperti keupayaan mental, bakat dan kekuatan Bergantung kepada penilaian sesuatu masyarakat

3)Murid Berkeperluan Khas Dr. Chua Tee Tee- satu program khas untuk kanakkanak istimewa atau luar biasa. Mempunyai kecerdasan yang amat rendah atau kebolehan mental yang lebih tinggi.

Persekitaran yang kurang yang kurang mesra menyebabkan golongan ini tertinggal. Mereka mengalami kecelaruan tingkah laku Tingkah laku terbias Tingkah laku bersifat pengongkongan dalaman. Mengalami ketidakmatangan yang sangat ketara.

- biasanya mula berlaku pada usia 30 bulan. - gangguan dalam otak yang menguasai bahagian kefahaman, emosi & komunikasi. Bilangan pengidap di dunia 10-15 dalam 10 ribu orang. Kanak-kanak lelaki lebih banyak mengidap dengan nisbah 4:1.

Ibu bapa bersabar dan membimbing dengan penuh perhatian. Boleh sembuh jika mengidapi sebahagian ciri-cirinya. Hantar ke Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia untuk rawatan.

b)Sindrom down Golongan ini mesti diberi peluang supaya tidak tertinggal dalam arus pendidikan nasional. Melalui Akta Pendidikan Khas 1966 memberi kuasa kepada KPM menyediakan pendidikan yang sesuai untuk golongan ini. 4)Siapakah Mereka? Kerencatan mental Masalah pembelajaran Kecelaruan tingkah laku Kecacatan pendengaran & masalah komunikasi Kecacatan penglihatan Kecacatan fizikal Pintar cerdas & berbakat istimewa Ciri-ciri Autisme; Suka menyendiri Masalah bahasa & komunikasi Asyik dengan aktiviti sendiri Ketawa tiba-tiba Tidak rasa sakit apabila jatuh Ciri-ciri; Tidak takut pada bahaya Fizikal Menangis/marah tanpa sebab Kepala bulat Mengulangi kata-kata Hidung kemik Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal Berbadan pendek Tidak bertentangan mata semasa bercakap Mata sepet Menunjukkan dgn jara arah yang disukai Rupa hampir serupa 5)Kerencatan Akal a) Autisme Cara Mengatasi; Pakar jiwa. Bertingkah laku melampau Mudah mendapat penyakit jantung, sembelit & leukemia Kecerdasan IQ rendah daripada 50 Sindrom Down - kecacatan mental dan fizikal. - Punca pembahagian kromoson yang tidak seimbang. - Wanita mengandung berumur 40 tahun ke atas kebarangkalian bayi mendapat sindrom down 5%.

- ketidakupayaan kanak-kanak memahami perkara sekeliling.

Boleh diajar mengurus diri apabila meningkat dewasa

Berjumpa pakar otopedik, fisioterapi, jurupulih cara kerja & jurupulih pertuturan

Aduan: mengadu mata panas, kabur, berganda & pening kepala. e) Kecacatan Pendengaran

c)Cerebral palsy d) Kecacatan Penglihatan Cerebral-otak & palsy-kurang daya kawalan pada otot. Penyakit yang berkaitan dengan kerosakan otot. Bukan berpunca daripada keturunan tetapi faktor lain. Otot kurang bermaya (mudah letih) & lambat menyiapkan kerja. Terjejas pusat kawalan otok di otak. Masalah koordinasi antara kawalan otot dan pergerakan tangan dan badan. Kesan-gerak badan kekok, imbangan badan mengeletar, badan lembik, kaki & tangan kejang,masalah menghisap & menelan Punca; Kerosakan otak Deman kuning yang teruk selepas lahir Deman panas Kelahiran awal Kecederaan, pembengkakan otak & selaput Jangkitan rahim Pendarahan sebelum kelahiran Rawatan; Mengajar kebolehan asas. rupa: sensitif pada cahaya, bgh tepi mata merah & berair, juling terdapat bintik putih di tengah mata hitam. Tingkah laku: mengosok-gosok mata, menutup sebelah mata, selalu mengelip mata, menjeling kelopak mata dan memegang buku dekat dengan mata. Lahir tidak cukup bulan Demam campak Terdedah bunyi yang sangat kuat Definisi di Malaysia- mereka yang tidak boleh melihat dengan terang tanpa kawalan cahaya, kanta khas dan latihan khusus. Punca; Penyakit berjangkit- siplis, campak rubell. Keturunan Jangkitan kuman semasa mengandung. Kekurangan vitamin A. Termakan bisa Kemalangan Hewett & Forness- cirinya dapat dilihat dari segi rupa, tingkah laku & aduan. Punca; Baka Jangkitan kuman semasa mengandung Ibu mengidap kencing manis, penyakit beri-beri & pernah menagih dadah Keadaan seseorang tidak dapat melihat dan memerlukan braille. Individu yang kehilangan penglihatan sepenuhnya atau ketajaman penglihatan 6/60 atau 20/200 atau kurang. Individu yang tidak nampak sebarang cahaya dan penglihatannya 3/60 atau kurang. Terbahagi dua pekak deria tidak berfungsi dan separuh pekak boleh mendengar tetapi kurang jelas boleh dibantu dengan bantuan alat. Kecacatan pendengaran tidak mengalami kecacatan akal.

Ciri-ciri; Lambat menjawab pertanyaan Lain ditanya lain dijawab Gangguan dalam sebutan Sukar menguasai kosa kata Menyendiri

Pengaruh cerita f)Kecelaruan Tingkah Laku Hiperaktif- terdiri daripada lelaki dan tingkah lakunya jelas pada usia 4-9 tahun. Mula berkurangan pada usia 9 tahun ke atas. Selalu ditakuti oleh keluarga semasa kecil Jika tidak berubah langkah rawatan mesti diambil untuk mengelakkan masalah tingkah laku. Kebimbangan tinggi Deraan g)Ciri-ciri Hiperektif Bising/merayau Mengganggu orang tanpa sebab Nakal & tidak takut pada hukuman Tidak mendengar kata Tidak menumpukan pada kelas Tidak menyiapkan kerja sekolah Suka membuat rekaan Suka merosakkan harta orang Kasar Resah Tidak disukai orang lain mereka mengalami kesukaran mengikuti arahan sama ada secara lisan atau tulisan. Kesukaran ini akan hilang apabila meningkat dewasa. mempunyai kecerdikan yang memuaskan & boleh bersosio budaya. otak kanak-kanak tidak dapat memproses bahasa dan bunyi dengan baik. h)Masalah Pembelajaran Masalah Pembacaan (Dyslexia) sebagai gangguan yang jelas menunjukkan kesukaran membaca walaupun diajar secara lisan. Keluarga terlampau keras dalam mendidik Pengaruh keluarga Kerosakan otak Sifat semula jadi

Melakukan banyak kesilapan ejaan. Lambat atau terhenti-henti ketika membaca. Kesukaran menyebut atau menulis abjad tertentu spt s,c,p & d. Perlu perhatian dan kesabaran untuk mendidik kanakkanak ini. Boleh dipulihkan.

i)Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar Cerdas Daya pemerhatian tajam & perasaan igin tahu tinggi. Bahsa- perbandaharaan kata luas & pertuturan lancar. Menyelesaikan masalah kreatif & inovatif. Ingatan yang baik. Cepat menguasai kemahiran baru. Menunjukkan bakat luar biasa. Menggunakan perkara yang dipelajari dalam konteks baru. Menyusun turutan secara logik. Menghasilkan idea yang aneh & tidak munasabah. Boleh berbincang & menghuraikan idea. Minat menulis & membaca.

Punca; Kurang kasih sayang Minta perhatian

Ciri-ciri; Cepat belajar & mengaplikasikan apa yang dipelajari. Kesukaran membaca sifir, tambah & tolak. Inisiatif & mahu bekerja sendiri. Selalu menggunakan jari atau alat untuk mengira.

Menumpukan perhatian yang lama & meneruskan kerja yang mencabar. Menunjukkan kepintaran & kelucuan. Terangsang dengan sesuatu yang kompleks & suka meramal. Menunjukkan perasaan & pendapat yang teguh. Sangat kritikal pada diri sendiri.

memastikan lebih ramai pelajar mendapat peluang pendidikan yang disediakan.

Jurang digital merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru.

Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Jurang ini dan pencapaian pelajar, penyediaan kemudahan fizikal pelajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang perbezaan yang ketara dari segi sosioekonomi antara penduduk. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3).

Jurang antara tahap pencapaian pelajar Jurang antara tahap pencapaian pelajar merujuk kepada kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada sistem pendidikan. Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas.

6) KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN.. ( PEDALAMAN ) merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar ; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya ; jurang digital dan jurang antara mereka yang bekeperluan khas ; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein ( Perutusan Tahun Baru, 2006 ) A) Pengenalan Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan, guru terlatih dan sumber mencukupi.

Usaha merapatkan jurang pendidikan telah berkembang pesat dan mencapai banyak kemajuan sejak RMKe-3. Walaubagaimanapun, tugas ini belum selesai dan akan terus diberi keutamaan dalam RMKe-9.

Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas merujuk kepada perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses p&p pelajar bekeperluan khas termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas dan berbakat.

B)Dasar dan Matlamat Jurang sosioekonomi Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada SK dan SJK. KPM telah mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. Jurang bandar dan luar bandar Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman. Jurang Digital Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam Bandar.

2. Kekurangan Kemudahan Asas o Terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah yang masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan ICT di sekolah, di samping menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan diesel terutama sekolahsekolah yang jauh di pedalaman. Cabaran KPM adalah untuk membekalkan janakuasa yang berkuasa tinggi iaitu 30-35KVa, menyediakan

Bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman, mengalami pelbagai kekurangan daripada segi kemudahan asas. Guru serta sokongan ibu bapa dan masalah jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada usaha

mekanisme penyelenggaraan janakuasa dan pembekalan diesel agar sekolah-sekolah ini dapat memanfaatkan penggunaan ICT sepenuhnya untuk p&p. o Kebanyakan sekolah mempunyai bekalan air awam kecuali di 1517 sekolah rendah dan 68 sekolah menengah. Bagi sekolah-sekolah tersebut, bekalan air disediakan melalui kaedah bekalan air graviti, penuaian hujan (rain harvesting) dan telaga tiub (tube well). Bekalan air graviti menggunakan air dari sungai atau air terjun manakala penuaian hujan pula menggunakan air tadahan hujan.

bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar. Dalam program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina. Faktor pertama : Kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu-satu bidang.

Hal yang demikian menyebabkan cara ataupun pendekatan yang digunakan oleh guru di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menarik. Kesannya, murid tidak berminat untuk belajar apatah lagi kebanyakan murid-murid di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak pada kebiasaanya akan menggunakan bahasa pertuturan kaum mereka sendiri. Oleh yang demikian, guru perlu belajar menguasai bahasa pertuturan satu-satu kaum agar apa yang disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran difahami oleh anak muridnya dan secara tidak langsung ia akan menarik minat untuk mereka belajar dan meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka.

BANTUAN DAN PROGRAM SOKONGAN KPM memperuntukkan lebih daripada RM 1.0 bilion setiap keluarga miskin dan golongan kurang upaya melalui program berikut; a) b) c) d) e) f) g) Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM) Bantuan Makanan Asrama. Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid Jaket Keselamatan Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

3. Sekolah Kurang Murid Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan sebagai SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150 orang. Hampir 90 % SKM ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan. Selain itu, penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh dipedalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil pula menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan.

Faktor kedua : Pertumbuhan pusat urban yang lembab. Ia merujuk kepada kegagalan sesuatu kawasan itu untuk berkembang sebagai pusat penawaran khidmat perbandaran yang efektif. Sebagai contoh, kurangnya kemudahan awam seperti bekalan air, elektrik , pengangkutan serta kemudahan prasarana sekolah yang teruk. Apabila segala kesulitan ini dihadapi oleh murid-murid, secara tidak langsung ia menjadi sebagai satu halangan kepada murid-murid untuk pergi menuntut ilmu. Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tertarik pergi ke sekolah untuk memajukan diri mereka sendiri.

h) Skim Baucer Tuisyen (SBT) i) Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) j) Asrama Harian

4.

Cabaran KPM

Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar

FAKTOR-FAKTOR KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN BAGI MASYARAKAT PEDALAMAN

Golongan pembesar Faktor ketiga : Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya yang kurang merangsang. Ia merujuk kepada masyarakat pedalaman yang boleh dikatakan masih tebal dengan ciri-ciri penduduk desa, boleh dikatakan tidak berfikiran terbuka terutama dalam aspek pendidikan. Sebagai contoh, ibu bapa di kawasan pedalaman tidak mementingkan pelajaran anak-anak mereka. Hal ini berlaku kerana ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan ataupun tidak berpelajaran. Mereka lebih suka anak-anak mereka melakukan aktiviti harian seperti menangkap ikan dan mencari hasil hutan. Golongan istana Aspek ketaksamaan peluang pendidikan: Kemudahan mendapatkan guru Bahan-bahan rujukan Peluang kerjaya selepas tamat belajar Kelas sosial masyarakat: Perubahan zaman,sistem kelas masyarakat turut berubah: Golongan petani Ketaksamaan Kelas Sosial Taraf @ kelas sosial adalah faktor kepada ketaksamaan peluang pendidikan Boleh wujud dalam sesuatu kumpulan kaum itu sendiri atau juga antara kaum Contoh: Masyarakat Melayu( golongan pembesar dan rakyat bawahan) Masyarakat India ( kasta dalam masyarakat ) Masyarakat Cina ( antara golongan berada dan kurang berkemampuan Golongan masyarakat kampung Golongan yang tinggal di bandar Golongan kurang berkemampuan Golongan pemimpin Golongan berada Aspek ketaksamaan peluang pendidikan: Kemudahan mendapatkan guru Kemudahan peralatan fizikal di sekolah Kelas tambahan@tuisyen Kelas sosial masyarakat: Sistem feudal Rakyat bawahan@marhain Pembiayaan kewangan Bahan-bahan rujukan Peluang-peluang melanjutkan pelajaran Peluang kerjaya selepas tamat belajar Pendidikan Masyarakat Indigoneous Sistem pendidikan sekolah yang secara nasional dikembangkan di Tanah Air belum menyentuh sistem belajar asli (indigenous learning system) masyarakat tradisional. Padahal, sistem belajar asli memiliki banyak hal positif, antaranya mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu. Merujuk kelompok masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman & masih belum menerima sebarang perubahan luar. Mereka masih taksub dengan sistem kehidupan mereka. Dalam konteks Malaysia merujuk penduduk pribumi di pedalaman Sabah & Sarawak. Di Sabah spt Kadazan, Bajau, Murut, Suluk & Orang Brunei. Di Sarawak spt Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Penan & Kelambit. Sistem pendidikan nasional belum menyentuh sistem belajar asli (indigenous learning system) masyarakat tradisional. Sistem belajar asli mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu. Sistem belajar asli yang diwarisi potensi yang berharga. Sistem belajar asli masyarakat indigenous berpandukan pengalaman merupakan proses pendidikan yang manusiawi kerana proses pendidikan itu disesuaikan dengan kudrat dan perkembangan manusia.

Dalam sistem belajar asli, proses belajar seseorang akan mencakupi empat perkara. manusia akan mengalami sesuatu secara nyata. memikirkannya secara konseptual. mengamati sesuatu sambil merenung, dan mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas.

Kadar keciciran sangat tinggi dalam kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) melaporkan 34.31 peratus murid Orang Asli tercicir daripada memasuki sekolah menengah sementara 46.28 peratus dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima. Dalam kes tertentu terdapat segelintir kanak-kanak Orang Asli yang tidak dapat ke sekolah kerana tergolong sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.

Minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Pengaruh persekitaran seperti kurang ambil berat ibubapa terhadap hal-hal berkaitan pelajaran dan tiada tekanan untuk berubah. Cara hidup yang masih tertumpu kepada hutan mendorong ramai anak Orang Asli berhenti sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka ke hutan mencari rotan atau membantu mengusahakan ladang ubi dan padi bukit. Kesannya berlakunya keciciran pelajaran dalam kalangan mereka. Bagi meningkatkan minat pendidikan anak Orang Asli dan seterusnya mengurangkan kadar keciciran pelajaran, guru hendaklah mengubahsuai sistem pendidikan daripada 3M kepada 6M (dengan tambahan mainpelajaran di luar bilik darjah, makan-Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan muzik-tarian dan kegiatan kebudayaan).

Proses belajar di sekolah yang cenderung melakukan proses belajar secara deduktif iaitu proses yang dialami adalah pengetahuan konseptual dulu barulah mengalami pengalaman nyata. Berbeza dalam sistem belajar asli masyarakat indigenous. Dalam sistem belajar asli, masyarakat lebih memiliki kepekaan terhadap alam dan nilai-nilai budaya

Faktor kemunduran Orang Asli turut dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah (Mustaffa Omar, 2004). Menurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan Orang Asli masih berada di tahap rendah. Keciciran yang dicatatkan pada 1998 adalah tinggi iaitu 45.8 peratus dan kadar buta huruf 49.2 peratus (kadar nasional 6.4 peratus). Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan sering ditipu peraih. Kesannya pendapatan Orang Asli merosot dan hidup serba kekurangan. Seisi keluarga adalah tenaga kerja yang keluar mencari makan seharian suntuk. Tempat kediaman terlalu jauh dengan sekolah. Taraf sosio-ekonomi yang rendah. Tanggapan negatif ibu bapa dan penjaga terhadap anak sama ada anak mereka itu normal atau berkeperluan khas.

Orang Asli Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi. Keserasian cara hidup dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan. (Rusli Zaenal, 2002) Kajian Kementerian Pelajaran, mendapati, ada dalam kalangan ibu bapa ORANG ASLI yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan mengubah masa depan kaum mereka. `Sekolah' bagi mereka ialah kemahiran membezakan madu dan tuba, ketangkasan dan ketepatan berburu dan menyumpit, dan sebagainya.

Вам также может понравиться