Вы находитесь на странице: 1из 10

Pelajaran 2 Latihan di dalam kelas Baca petikan di bawah dan buat suatu rumusan tentang langkah-langkah yang dapat

menggalakkan remaja menghayati semangat kejiranan dan faedah-faedah yang diperoleh masyarakat daripada penghayatan tersebut.. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah kata.

Masyarakat bermula daripada jiran. Jiran pula terdiri daripada semua lapisan. Oleh hal itu, remaja merupakan satu daripada entiti yang memenuhi definisi kejiranan. Dalam hal ini remaja ada peranannya yang tersendiri. Konsep kejiranan serta persaudaraan cukup menarik dan mesti dikekalkan oleh masyarakat , khasnya oleh golongan remaja. Melalui persaudaraan dan semangat kejiranan perasaan kasih dan bantu-membantu tersemai dalam diri malah dapat membantu mewujudkan kekuatan dalam kalangan rakyat untuk ingat-mengingati dan tegurmenegur, sehingga seseorang itu berasa begitu lemah jika hidup tanpa jiran. Semangat kejiranan dan persaudaraan yang akrab juga dapat menghilangkan perasaan dengki, iri hati, bermusuh-musuhan dan sifat negatif lain yang membawa perpecahan. Oleh sebab remaja merupakan entiti penting dalam masyarakat maka remaja boleh mengaktifkan diri melalui persatuan masyarakat seperti Rukun Tetangga yang semakin luas fungsinya meliputi aktiviti pendidikan, alam sekitar, sukan, kesihatan, keagamaan dan ekonomi. Selain itu, remaja boleh berperanan sebagai mata-mata kepada pihak berkuasa bagi menangani masalah jenayah di kawasan kejiranan masing-masing. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan guru berperanan untuk memastikan remaja berupaya mentafsirkan peranan masing-masing dalam masyarakat apabila dewasa kelak. Namun begitu, pegangan agama mesti menjadi pegangan kuat dalam kalangan remaja. Mereka perlu memahami dan menghayati matlamat hidup di dunia agar menjadi lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri, agama dan masyarakat. Hal ini akan menjadikan remaja lebih peka akan konsep kejiranan. Pada masa yang sama, Rukun Tetangga perlu berbincang dan bersepakat melaksanakan program yang bersesuaian dengan kehendak remaja demi kemaslahatan jiran tetangga. Sebagai contoh, penganjuran Hari Keluarga dapat merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk, bak kata peribahasa sepakat membawa berkat. Masyarakat pula perlu mempunyai kesedaran untuk berubah. Hasil kajian Jabatan

Perpaduan dan Integrasi Nasional menunjukkan bahawa sikap mementingkan diri merupakan satu faktor utama kelunturan semangat kejiranan. Tindakan seterusnya ialah kesediaan pihak polis melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah jenayah dalam kalangan masyarakat. Rakan Cop yang diperkenalkan pada 9 Ogos 2004 diilhamkan atas kesedaran bahawa polis merupakan elemen pelengkap sesebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Pendekatan Rakan Cop adalah untuk membentuk interaksi dua hala dengan masyarakat. Secara tidak langsung remaja boleh bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak polis demi keselamatan jitan mereka. Sementara itu, Gagasan 1Malaysia yang sangat menekankan semangat perpaduan antara semua kaum di Malaysia perlu dihayati dan diaplikasikan oleh golongan remaja dalam aktiviti seharian mereka demi pemupukan semangat kejiranan yang utuh dalam kalangan

masyarakat. Peranan semua pihak ini akan lebih berkesan jika media massa memainkan peranan penting menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan remaja dan masyarakat. Program penyiaran yang melibatkan remaja dalam aktiviti kejiranan dan perpaduan mampu mempengaruhi sikap dan mentaliti remaja terhadap kepentingan semangat kejiranan dalam hidup mereka. Segala usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, sentiasalah beringat bahawa tiada gunung yang tidak dapat didaki, tiada lurah yang tidak dapat dituruni. Demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan remaja yang peka akan kepentingan bermasyarakat, semua pihak dan anggota masyarakat perlu berganding bahu. (dipetik dan diubah suai daripada, Hidup Berjiran Muafakat Masyarakat Oleh Juliana Mansor: Majalah Dewan Siswa, Mac 2011)

Jawapan Baca petikan di bawah dan buat suatu rumusan tentang langkah-langkah yang dapat menggalakkan remaja menghayati semangat kejiranan dan faedah-faedah yang diperoleh masyarakat daripada penghayatan tersebut.. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah kata.

Masyarakat bermula daripada jiran. Jiran pula terdiri daripada semua lapisan. Oleh hal itu, remaja merupakan satu daripada entiti yang memenuhi definisi kejiranan. Dalam hal ini remaja ada peranannya yang tersendiri. Konsep kejiranan serta persaudaraan cukup menarik dan mesti dikekalkan oleh masyarakat , khasnya oleh golongan remaja. Melalui persaudaraan dan semangat kejiranan perasaan kasih dan bantu-membantu tersemai dalam diri malah dapat membantu mewujudkan kekuatan dalam kalangan rakyat untuk ingat-mengingati dan tegurmenegur, sehingga seseorang itu berasa begitu lemah jika hidup tanpa jiran. Semangat kejiranan dan persaudaraan yang akrab juga dapat menghilangkan perasaan dengki, iri hati, bermusuh-musuhan dan sifat negatif lain yang membawa perpecahan. Oleh sebab remaja merupakan entiti penting dalam masyarakat maka remaja boleh mengaktifkan diri melalui persatuan masyarakat seperti Rukun Tetangga yang semakin luas fungsinya meliputi aktiviti pendidikan, alam sekitar, sukan, kesihatan, keagamaan dan ekonomi. Selain itu, remaja boleh berperanan sebagai mata-mata kepada pihak berkuasa bagi menangani masalah jenayah di kawasan kejiranan masing-masing. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan guru berperanan untuk memastikan remaja berupaya mentafsirkan peranan masing-masing dalam masyarakat apabila dewasa kelak. Namun begitu, pegangan agama mesti menjadi pegangan kuat dalam kalangan remaja. Mereka perlu memahami dan menghayati matlamat hidup di dunia agar menjadi lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri, agama dan masyarakat. Hal ini akan menjadikan remaja lebih peka akan konsep kejiranan. Pada masa yang sama, Rukun Tetangga perlu berbincang dan bersepakat melaksanakan program yang bersesuaian dengan kehendak remaja demi kemaslahatan jiran tetangga. Sebagai contoh, penganjuran Hari Keluarga dapat merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk, bak kata peribahasa sepakat membawa berkat. Masyarakat pula perlu mempunyai kesedaran untuk berubah. Hasil kajian

Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional menunjukkan bahawa sikap mementingkan diri merupakan satu faktor utama kelunturan semangat kejiranan. Tindakan seterusnya ialah kesediaan pihak polis melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah jenayah dalam kalangan masyarakat. Rakan Cop yang diperkenalkan pada 9 Ogos 2004 diilhamkan atas kesedaran bahawa polis merupakan elemen pelengkap sesebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Pendekatan Rakan Cop adalah untuk membentuk interaksi dua hala dengan masyarakat. Secara tidak langsung remaja boleh bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak polis demi keselamatan jitan mereka. Sementara itu, Gagasan 1Malaysia yang sangat menekankan semangat perpaduan antara semua kaum di Malaysia perlu dihayati dan diaplikasikan oleh golongan remaja dalam aktiviti seharian mereka demi pemupukan semangat kejiranan yang utuh dalam kalangan masyarakat. Peranan semua pihak ini akan lebih berkesan jika media massa memainkan peranan penting menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan remaja dan masyarakat. Program penyiaran yang melibatkan remaja dalam aktiviti kejiranan dan perpaduan mampu mempengaruhi sikap dan mentaliti remaja terhadap kepentingan semangat kejiranan dalam hidup mereka. Segala usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, sentiasalah beringat bahawa tiada gunung yang tidak dapat didaki, tiada lurah yang tidak dapat dituruni. Demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan remaja yang peka akan kepentingan bermasyarakat, semua pihak dan anggota masyarakat perlu berganding bahu. (dipetik dan diubah suai daripada, Hidup Berjiran Muafakat Masyarakat Oleh Juliana Mansor: Majalah Dewan Siswa, Mac 2011)

Markah penuh 30 dibahagi kepada: (a) Isi - 20 markah (b) Bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah] Nota : (i) Panduan mengira perkataan Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan: Nama khas Perkataan berulang Penggunaan kata depan di dan ke Tarikh Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan Gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa. (iii) Periksa jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja. BAHAGIAN PENDAHULUAN ISI TERSURAT ISI TERSIRAT KESIMPULAN JUMLAH 4 12 5 11 6 10 7 9 8 8 9 7 10 6 11 5 12 4 2 20 MARKAH MARKAH 2 16

PENDAHULUAN ( 2 markah ) Petikan membincangkan cara-cara menggalakkan remaja menghayati semangat kejiranan di Malaysia. ( 2 markah )

ISI TERSURAT ( 4-12 MARKAH ) BIL ISI 1 2 Remaja boleh mengaktifkan diri melalui persatuan masyarakat MARKAH 2

Boleh berperanan sebagai mata-mata kepada pihak berkuasa bagi 2 menangani masalah jenayah di kawasan kejiranan masing-masing.

Pegangan agama mesti menjadi pegangan kuat dalam kalangan 2 remaja

4. 5

Remaja memahami dan menghayati matlamat hidup di dunia Rukun Tetangga berbincang dan bersepakat

melaksanakan 2

program yang bersesuaian dengan kehendak remaja 6 Masyarakat pula perlu mempunyai kesedaran untuk berubah 2

7 8

Pihak polis melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah jenayah

Gagasan 1Malaysia perlu dihayati dan diaplikasikan oleh golongan 2 remaja dalam aktiviti seharian mereka

Media

massa

memainkan peranan

penting menyemarakkan 2

semangat kejiranan dalam kalangan remaja

ISI TERSURAT ( 4-12 MARKAH ) BIL ISI 1 2 3 Remaja/masyarakat tidak bersikap keakuan Sikap saling menghormati /mesra menjadi budaya dalam masyarakat MARKAH 2 2

Unsur-unsur negatif/jenayah dapat diatasi bersama-sama dalam kawasan 2 kejiranan/kejadian jenayah berkurangan

4 5 6 7

Remaja /masyarakat hidup dalam suasana harmoni/perpaduan Meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Masyarakat di dalam kawasan kejiranan dipandang tinggi Kegiatan sosioekonomi bergerak lancar

2 2 2 2

KESIMPULAN ( 2 MARKAH ) Kesimpulannya, semua pihak perlu berusaha bagi memastikan remaja peka akan hal-hal kejiranan agar remaja yang mesra jiran dapat diwujudkan. ( 2 markah )

Latihan Kendiri Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang peranan pusat sumber sekolah dan sebab-sebab pusat sumber sekolah kurang

dikunjungi. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Sejak dahulu lagi sesebuah sekolah dianggap tidak lengkap jika tidak mempunyai satu perpustakaan. Perpustakaan itu pula dianggap sebagai gedung ilmu dan sumber pengetahuan. Hal ini bermakna, kalau sebelum ini perpustakaan merupakan pusat pengumpulan bahan bercetak dan bilik alat merupakan tempat pengumpulan bahan-bahan alat pandang dengar, sekarang kedua-dua tempat ini diintegrasikan untuk menjadi pusat sumber sekolah. Pusat sumber sekolah berfungsi sebagai pusat untuk menyediakan, menyimpan, mengedarkan, dan memberi perkhidmatan koleksi bahan. Sama ada bersaiz sekadar sebuah bilik darjah ataupun berdiri megah berbentuk bangunan sendiri, pusat sumber sekolah berpotensi besar dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan tahap intelektual warga sekolah, khususnya murid. Usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu yang menjadi satu daripada fokus tahunan pusat sumber sekolah. Pusat sumber sekolah dapat mengadakan kolaborasi dengan Panitia Bahasa Melayu dalam program peningkatan akademik. Pusat sumber sekolah juga merupakan tempat berlakunya segala kegiatan yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan pemelajaran. Konsep pusat sumber sekolah ini adalah berkaitan dengan konsep pendidikan moden, iaitu untuk mewujudkan keadaan belajar secara kendiri. Dengan yang demikian, setiap individu boleh menentukan kehendak pelajarnya dan merancang sesuatu bagi memupuk keperluan dan kehendak yang tersendiri. Pusat sumber sekolah sememangnya dapat membantu dan membaiki kualiti pendidikan negara agar dapat memberikan asas yang kukuh bagi

membentuk masyarakat berpengetahuan. Oleh itu, golongan pendidik sentiasa diingatkan supaya menghasilkan pengajaran yang berkesan. Pada masa yang sama, pusat sumber sekolah perlu dilengkapi dengan alat bahan, dan kemudahan. Pusat sumber yang lengkap dan menepati kehendak pelanggannya membolehkan proses capaian maklumat dilaksanakan dengan berkesan. Antaranya termasuk penyediaan keratan akhbar dan koleksi rencana daripada majalah. Selain itu, pusat sumber sekolah mampu menghasilkan bahan-bahan yang mudah dan murah, tetapi berkesan kepada pelanggannya. Jadi, pusat sumber sekolah disediakan bertujuan untuk memajukan sumber pelbagai media bagi kegunaan guru dan pelajar. Tegasnya, dapatlah dikatakan bahawa peranan pusat sumber sekolah sangat luas. Di samping memupuk minat gemar membaca dan membuat penyelidikan, diharapkan apabila pelajar dapat memanfaatkan pusat sumber sekolah, mereka akan dapat menjadi pelajar yang berdedikasi, berfikiran matang, berdisiplin, dan dapat mengembangkan bakat, serta kebolehan mereka berdasarkan minat dan kecenderungan masing-masing. (Dipetik dan diubah suai daripada Pusat Sumber Meningkatkan Penguasaan Bahasa Melayu oleh Zuridah Hanim Md. Akhir, Pelita Bahasa, April 2011

Jawapan: Pendahuluan Markah Petikan membincangkan fungsi/tugas/tanggungjawab pusat sumber sekolah. Isi-isi tersurat [4 -12 markah] [Peranan] 1. Menyediakan, menyimpan, mengedarkan, dan memberi perkhidmatan koleksi bahan 2. Meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan tahap intelektual warga sekolah 3. Mengadakan kolaborasi dengan Panitia Bahasa Melayu dalam program peningkatan akademik 4. Meningkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan pemelajaran.

5. Mewujudkan keadaan pelajar secara kendiri. 6. Membantu dan membaiki kualiti pendidikan negara. 7. Membolehkan proses capaian maklumat dilaksanakan dengan berkesan. 8. Menghasilkan bahan-bahan yang mudah dan murah, tetapi berkesan 9. Memajukan sumber pelbagai media bagi kegunaan guru dan pelajar.

Isi- isi tersirat (4 12 markah): [Sebab-sebab kurang dikunjungi] 1. Tidak sesuai dengan jadual waktu 2. Suasana tidak sesuai /kondusif 3. Koleksi bahan tidak mencukupi /tidak menarik 4. Ruang bacaan yang sempit 5. Peraturan pusat sumber sekolah kurang mesra pelanggan 6. Waktu untuk berkunjung ke pusat sumber yang sangat terhad /kekangan masa 7. Kurang promosi /tiada galakan /tiada penghargaan 8. Kurang aktiviti di peringkat pusat sumber

Kesimpulan Semua pihak haruslah memanfaatkan pusat sumber sekolah supaya dapat memupuk budaya membaca.

Вам также может понравиться