Вы находитесь на странице: 1из 3

EMOSI MARAH

Marah adalah merupakan emosi yang hadir bersama emosi yang lain seperti kecewa, tersinggung, malu, tertekan, takut, rasa tidak dihargai, tidak diterima dan bimbang. Pertembungan emosi tersebut menyebabkan kita marah. Dalam berita akhbar yang bertajuk tujuh remaja bermotosikal serang pelajar IPT memperlihatkan emosi marah yang mana bertindak melampaui batas dengan memukul seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di Besut. Kejadian tersebut berlaku jam 6.30 petang apabila mangsa yang berumur 18 tahun bersendirian menunggu bas untuk pulang ke Besut dan secara tiba-tiba di hampiri dua remaja bermotosikal. Suspek menyapa mangsa dan meminta duit tetapi mangsa tidak melayan. Mangsa tersebut berkeras untuk tidak memberi duit dan telah ditarik sekumpulan remaja tersebut. Akhirnya mangsa telah dikepung dan beg mangsa telah dirampas lalu dibelasah di muka dan badannya sehingga tidak bermaya. Kemarahan yang kita pamerkan ini kadangkala sukar untuk kita kawal sehingga wujudnya perlakuan-perlakuan negatif yang kita sendiri tidak bermaksud untuk melakukannya. Sekarang ini banyak kita baca dan kita lihat pelbagai insiden yang melibatkan emosi marah. Daripada kejadian tersebut, dapatlah kita

gambarkan bagaimana perasaan marah atau berang yang dirasai oleh sekumpulan remaja tersebut apabila mangsa tidak mengikut arahan yang diberi. Pada pendapat saya, sekumpulan remaja tersebut berasa tercabar dengan sikap mangsa yang tidak mendengar arahan tersebut. Lalu telah membuat suatu tindakan tanpa memikirkan kesan buruk yang akan dihadapi. Apabila kita berada dalam keadaan marah, tahap kewarasan akal kita selalunya tidak akan menentu. Oleh itu, apabila kita marah seluruh tubuh kita bertindak balas terhadap rangsangan emosi tersebut. Dalam konteks fisiologi, tubuh kita menggeletar, jantung berdegup kencang dan suara menjadi kuat. Apabila ini yang berlaku, maka kita perlu bersikap rasional kerana ianya boleh mengundang perkara yang buruk.

Keadaan ini seharusnya tidak berlaku tetapi hal sedemikian semakin berleluasa di negara kita. Sudah tentu banyak faktor yang boleh menyebabkan hal ini berlaku. Antaranya yang paling utama untuk kes-kes remaja adalah terpengaruh dengan rakan ataupun berkawan dengan remaja-remaja yang sudah teruk akhlaknya. Selalunya, remaja-remaja sebeginilah yang ingin mencuba sesuatu yang baru apabila sudah berada di dunia luar. Mereka selalu bertindak mengikut kepuasan mereka sendiri sahaja. Apabila kita sebagai ibubapa, ahli keluarga, guru mahupun masyarakat memberi nasihat mereka selalu berang dan tidak mahu mendengar kata. Selain itu, didikan agama mungkin kurang diberi perhatian di rumah. Ibubapa juga tidak begitu prihatin mengenai setiap gerak-geri anak dan dengan siapa anak mereka berkawan. Dalam hal inilah ibubapa orang yang paling utama perlu mengambil berat setiap anak-anak mereka agar tiada lagi berita-berita yang kurang sedap didengar sepertinya anak sanggup bertengkar dan bergaduh bersama ibubapnya sendiri. Di sekolah, sebagai guru juga memainkan peranan yang penting untuk meyedarkan pelajar-pelajar yang bermasalah tersebut agar berhenti melakukan gejala-gejala negatif. Di sinilah peranan kaunselor di sekolah pelajar-pelajar tersebut agar tidak melakukan kesalahan lagi. untuk memantau Seorang kaunselor

juga perlu bijak untuk menarik perhatian pelajar-pelajar yang bersikap sedemikian. Sebagai remaja kita seharusnya pandai memilih rakan yang baik dan yang penting mendengar kata ibubapa. kita perlu mengawal sikap marah kita agar tidak menyakitkan hati sesiapapun yang berada di sekeliling kita. Apapun, kemarahan itu sebenarnya boleh dikawal dan diuruskan dengan baik. Di negara barat, institusi yang berkaitan dengan pengurusan marah banyak diwujudkan. Tidak seperti negara asia yang masih lagi terbelenggu dengan perasaan malu untuk berjumpa kaunselor atau psikatri untuk meluahkan pendaman mereka akibat rasa marah. Dalam Islam juga menyarankan apabila kita sedang marah ambilah posisi duduk, bila masih marah berbaringlah, bila masih marah juga, berwudhulah. Tujuannya? Tentu agar jiwa kita tenang. Oleh itu, buanglah sifat cepat marah dan amalkanlah gaya hidup yang sihat, tidak seperti remaja tersebut yang besar

kemungkinan moral dan akhlaknya begitu rendah sehingga sanggup memukul sesiapa yang tidak berdosa.

NURFARHANA BINTI MD RAMLI 3PPISMP BM/PJ/PSV

Вам также может понравиться