Вы находитесь на странице: 1из 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INDRA 01000 KANGAR, PERLIS.

Tel: 04-9760169 Fax: 04-9774223

CINTAILAH BAHASA KITA

Ruj. Kami Tarikh

SKSIPs.08/06 ( 59 ) : 15 November 2011

Pengurus, Hotel Seri Malaysia Kangar, Lot 8101, Mukim Utan Aji, Persiaran Wawasan, 01000 KANGAR. Tuan, MEMOHON SUMBANGAN BAGI MENJAYAKAN MALAM JAMUAN KELAB KEBAJIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INDRA Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa malam jamuan Kelab Kebajikan Sekolah Kebangsaan Seri Indra akan diadakan pada 19 November 2011. 3. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menghulurkan sumbangan 5 baucer penginapan selama 2 hari 1 malam serta sarapan pagi untuk 3 orang bagi acara cabutan bertuah. 4. Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan dapat membantu pihak kami menjayakan acara tersebut dan kami dahului dengan ucapan berbanyak terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

(AHMAD SHAPRI BIN SALAMAT) Penolong Kanan Pentadbiran, b.p Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Seri Indra, 01000 Kangar, Perlis. s.k Fail Timbul
Pelbagai Surat/Mohon Kebenaran Sekolah /wan

Вам также может понравиться