Вы находитесь на странице: 1из 8

Bidang Tugas Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Dan Stok Kerajaan

1.0 PEGAWAI ASET

1.1 Mengurusetiakan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan di Bahagian/Jabatan PTJ. 1.2. Menguruskan aset mengikut Tatacara Aset Kerajaan (TPA)-Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007 yang telah ditetapkan. 1.3. Menguruskan tindakan pelupusan, kehilangan dan hapus kira mengikut Tatacara Aset Kerajaan (TPA)-Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007 yang telah ditetapkan. 1.4. Menyediakan Laporan Tahunan Harta Modal dan Inventori. 1.5. Menyediakan Laporan Suku Tahun Aset Alih dan Stok Kerajaan

2.0 PENGURUS ASET

2.1. Menerima dan mengesahkan aset yang diperolehi. 2.2. Memastikan aset diterima dalam keadaan yang baik, sempurna dan selamat untuk digunakan. 2.3. Mendaftarkan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh penerimaan. 2.4. Memberi tanda pengenalan kepada inventori dan aset yang diterima dengan cara melabel, mengecat, emboss bagi menunjukkan tanda Hak Kerajaan Malaysia (HKM). 2.5. Mengenalpasti aset dan inventori mengikut lokasi ditempatkan dan menyediakan KEW.PA-7 2.6. Mengemaskini rekod KEW.PA yang berkaitan dari semasa ke semasa. 2.7. Mengurus aset alih yang memerlukan penyelenggaraan.

3.0 PEMERIKSA HARTA MODAL DAN INVENTORI

3.1. Memeriksa harta modal dan inventori sekurang-kurangnya 1 kali setahun. 3.2. Memeriksa setiap aset berserta kad daftar. 3.3. Menyediakan Laporan Pemeriksaan Harta Modal KEW.PA-10 dan Laporan Pemeriksaan Inventori Kew.PA-11 kepada Ketua Jabatan.

4.0 LEMBAGA PEMERIKSA PELUPUSAN ASET

4.1. Menyedia dan mengemukakan jadual pemeriksaan kepada Urus Setia Pelupusan Jabatan. 4.2. Memeriksa aset dan rekod yang berkaitan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh diarahkan oleh Jabatan. 4.3. Memastikan segala maklumat sulit dan rahsia dalam peralatan yang hendak dilupuskan telah dikeluarkan/dihapuskan. 4.4. Menyedia Laporan Lembaga Pemeriksa KEW.PA-17. 4.5. Mengesyorkan kaedah pelupusan yang sesuai. 4.6. Menandatangani KEW.PA-17 dan mengemukakan kepada Urus Setia Pelupusan. 4.7. Tindakan pelupusan mengikut kaedah yang diluluskan hendaklah dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh surat kelulusan.

5.0 PENYIASATAN

5.1. Menjalankan siasatan dengan segera selepas pelantikan dan menerima arahan. 5.2. Memeriksa sendiri tempat berlakunya kehilangan. 5.3. Meneliti Laporan Polis yang dibuat mengenai kehilangan. 5.4. Memeriksa rekod-rekod mengenai aset yang hilang. 5.5. Memastikan sama ada Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) dan Arahan Keselamatan Kerajaan dipatuhi. 5.6. Mengenalpasti kelemahan yang wujud. 5.7. Mengesyorkan langkah-langkah keselamatan bagi mengelak berulangnya kejadian kehilangan. 5.8. Menyediakan dan menandatangani Laporan Akhir KEW.PA-30.

6.0 PEGAWAI STOR

6.1. Menerima barang-barang yang dipesan dengan mengesah dan memperaku serahan barangbarang oleh pembekal.

6.2. Merancang dan mengurus penokokan stok bagi memastikan kedapatan stok mengikut paras yang ditetapkan.

6.3. Menjalankan pemeriksaan bagi mengesan dan mengenalpasti sebarang kelemahan yang menyebabkan berlaku perselisihan stok, stok rosak, usang, luput tempoh penggunaan dan tidak bergerak.

6.4. Mengambil tindakan pelupusan ke atas stok yang usang/obselete, rosak, luput tempoh penggunaan, tidak boleh digunakan, tidak diperlukan, tidak bergerak atau melebihi keperluan supaya prestasi stor tidak terjejas dan mengelakkan pembaziran ruang penyimpanan

6.5. Menguruskan tindakan hapus kira ke atas stok yang hilang.

6.6. Menyediakan Laporan Suku Tahun dan Tahunan Pengurusan Stor.

7.0 PEGAWAI PEMVERIFIKASI STOR

7.1. Pemverifikasi Stor hendaklah membuat lawatan ke Stor Pusat dan Stor berasaskan kepada program/jadual verifikasi yang disediakan

7.2. Pemverifikasi Stor hendaklah menyemak semua stok yang disenaraikan di KEW.PS-14 (Laporan Pemeriksaan/Verifikasi Stor) dan melengkapkan serta mengesahkan butiran maklumat disenarai tersebut seterusnya mengemukakan kepada Ketua Jabatan.

7.3. Pemverifikasi stor hendaklah mengira dan merekodkan baki fizikal stok dan kemudiannya mengesahkan ketepatan rekod sebenar dengan Kad Kawalan Stok.

7.4. Menentukan tiada berlaku sebarang transaksi stok semasa verifikasi dilaksanakan.

7.5. Pemverifikasi Stor hendaklah menyediakan KEW.PS-15 dan mengemukakan kepada Ketua Jabatan.

8.0 REKOD (PENGURUS STOR)

8.1. Menyimpan stok mengikut kaedah dan lokasi-lokasi yang ditetapkan dengan menggunakan ruang stor secara optimum.

8.2. Menjaga dan menyelenggara stok supaya sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan. 8.3. Mengeluarkan stok mengikut keperluan pelanggan.

8.4. Menyelenggara rekod-rekod bagi setiap transaksi keluar masuk stok secara tepat, teratur dan kemaskini.

8.5. Mempastikan sistem kawalan keselamatan dan kebakaran serta penyelenggaraan kebersihan stor dalam keadaan baik.

8.6. Bertanggungjawab ke atas penerimaan, penyimpanan dan pengeluaran stok

8.7. Mempastikan semua rekod-rekod (KEW.PA) sentiasa dikemaskini.

Вам также может понравиться