You are on page 1of 4

Tidak dapat ku bayangkan hidupku kini tanpa ibu bapaku Yang selama ini membesarkan aku Mendidik aku,

membimbing aku sehingga aku menjadi insan seperti sekarang

Tidak dapat ku bayangkan hidupku kini sepi tanpa bicara ibu bapaku Yang selama ini sentiasa berceloteh bercerita tentang diriku pada waktu kecil Yang selalu memanggil2 namaku bila ku berada di rumah Yang sentiasa bertanya khabar tentang diriku apabila kejauhan Sedangkan aku bersama teman2 sering lupa berhubung dengan mereka

Tidak dapat ku sangkal kehebatan ibuku di saat beliau melahirkan aku Tidak dapat ku nafikan pengorbanan bapaku di saat aku memerlukan sesuatu Mereka cuba memenuhi impianku.. dari kecil sehingga besar Sedangkan aku hanya memikirkan keseronokan hidup

Di saat mereka menginjak tua, aku menginjak dewasa Erti pengorbanan, kasih sayang dan harapan daripada mereka kepada aku Makin aku mengerti.

Kini Aku cuba untuk memenuhi impian mereka pula

Aku cuba berusaha untuk berjaya Aku cuba menjadi seorang anak yang baik Aku cuba meraih perhatian mereka Sehingga ku rasa inginkan kasih sayang mereka padaku seorang sahaja Walaupun ku punya ramai adik beradik

Ya allah. Ku pohon Kau panjangkan usia mereka Di saat aku mengecap kejayaan dalam hidup Aku ingin ibu dan bapa ku merasai manisnya kejayaan ku kelak Namun aku tidak dapat menolak andainya Kau mengambil mereka setelah Kau meminjamkan mereka kepada kami Cuma aku tidak pasti hidupku bagaimana kelak andai kau memisahkan ku dengan mereka

Ibu..syurga terletak di telapak kakimu Namun aku sentiasa mengabaikanmu Aku meraikan kegembiraan bersama teman2 Dan aku sentiasa lupakan mu

Bapa..pengorbananmu tidak ternilai Namun aku tidak menghargainya

Aku lebih menyanjungi lelaki lain Sedangkanmu berusaha menyenangkan hidupku

Betapa aku takut untuk kehilanganmu. Bayanganmu akan sentiasa mengusik jiwaku Aku terlalu menyayangimu

Ibu Walaupun kini ku punya ramai teman Namun mereka bukan sepertimu ibu Yang selalu menasihatiku Yang selalu berdoa untukku

Bapa. Walaupun ku punya ramai rakan2 lelaki Namun mereka bukan sepertimu Yang selalu memanjakanku Yang selalu berkorban untukku

Di saat mereka masih ada.. Akanku cuba berbakti kepada mereka.

Menyayangi mereka Menjaga dan menghargai mereka

Ya allah.. Berikan aku waktu untuk menikmati rasa bahagia ini bersama ibu dan bapaku Tidak aku sia2kan mereka kerna ku tahu waktu mereka sudah tidak panjang Sesungguhnya aku takut untuk menghadapi saat dan waktu apabila Kau menjemput mereka kelak Aku tahu aku seorang yang lemah dan tidak berdaya..tanpa mereka disisiku..